Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum wbt

Pengerusi majlis yang saya hormati, Panel hakim yang bestari,


Seterusnya hadirin yang di kasihi.
Israk ialah perjalanan baginda dari Masjidil Haram, di Mekah ke
Masjidil Aqsa di Palestin.
Manakala Mikraj pula perjalanan baginda dari Masjidil Aqsa di
Palestin ke Sidratulmuntaha
hadiah Allah kepada baginda,
mengubat hati yang berdukacita,
bapa saudara dan isteri baginda.
Wafat mereka, itulah nadi baginda.
(pantun)
Rasulullah S. A. W. telah di belah dadanya oleh malaikat Jibrail dan
Mika'il. Hati pula dicuci dengan air zamzam. Manakala dadanya
dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggang oleh
Rasulullah.
Firman Allah

yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya


kekuasaan dan kebesaran Kami
Surah Al Isra ayat 1
Allah Maha Berkuasa. Kejadian puting beliung yang berlaku di Kedah
baru-baru ini telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Rakan-rakan sekalian,

Sepanjang perjalanan israk itu Rasulullah S. A. W. ditemani oleh


malaikat Jibrail dan Israfil. Baginda dapat menyaksikan beberapa
peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Harum mewangi kuburan Masyitah deq teguhnya iman di sanubari
Kepala di pecahkan berkali-kali akibat tidak sujud pada Ilahi
(nasyid astaghfirullah)
Setibanya di masjid Al-Aqsa, baginda mengimamkan solat dua rakaat
kepada para nabi terdahulu.
Setelah itu baginda terasa dahaga, lalu Jibrail membawa dua bejana
yang berisi arak dan susu. Jibril mengatakan bahawa baginda telah
memilih susu. Jika arak yang dipilih, nescaya ramai umat baginda
akan menjadi sesat.
Firman Allah

Maksudnya
Dan peliharalah diri kamu dari hari kiamat dan kamu akan
dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan dihisab tiap-tiap seorang
setelah apa yang telah dilakukan dan tidak dikurangkan balasannya
sedikitpun.
Program Raudhah Dihatiku anjuran TV9 adalah program yang sangat
praktikal dalam memupuk jiwa para belia untuk mengimarahkan
masjid.
Rakan-rakan sekalian

baginda dan Jibril naik ke atas mikraj pertama


lalu terangkat ke pintu langit di dunia.
Baginda bertemu para nabi yang terdahulu
Di setiap langit hingga langit ke tujuh sungguh terharu
Rasulullah menyaksikan sungai Al-Kautsar yang terus mengalir ke
syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan neraka. Pelbagai
keajaiban dapat baginda lihat yang tidak terjangkau oleh manusia.
Firman Allah

Maksudnya
dan dirikanlah solat sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan
yang keji dan mungkar
Surah Al Ankabut ayat 45

Solat tiang agama. Kem Bestari Solat yang diadakan di sekolahsekolah dapat membantu para pelajar mendirikan solat.

Rakan-rakan sekalian

Sidratul Muntaha bertemu yang Esa


50 rakaat solat telah difardhukan
Musa menyuruh Muhammad merayu
Kepada Allah rakaat solat di kurangkan

Akhirnya Allah perkenankan permintaan baginda memfardhukan solat


lima waktu sehari semalam.
Solat itu dapat menjauhkan diri daripada kemungkaran. Program
dakwah yang dijalankan di sekolah-sekolah dapat mencegah remaja
daripada melakukan maksiat.
Firman Allah

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan
bersabar dan mengerjakan solat; kerana sesungguhnya Allah
membantu mereka yang sabar
Surah Al Baqarah ayat 153

27 Rejab yang dirai


Israk Mikraj menjadi bukti

Itulah mukjizat nabi


Yang baik diteladani
Yang buruk di jauhi
Penuh ketakwaan
Penuh keinsafan
Syurga, Neraka, janji yang pasti

Firman Allah

Maksudnya
Berjayalah orang-orang yang beriman yang khusyuk dalam solat.
Surah Almukminun ayat 1 dan 2.

Sekian wbt.

Anda mungkin juga menyukai