Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS

“Muktamar i-Rakan Kali Ke-14”

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬ ْ ِ‫ب‬


َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ا ْل َعلَ ِميْن‬
. َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬
ْ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ِد َو َعلّى آلِ ِه َوَأ‬ َ ‫ساَل م َعلّى‬ َّ ‫صاَل ِة َوا ْل‬
َّ ‫َوا ْل َعاقِبَة ِل ْل ُمتَّقِيْنَ َوا ْل‬

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, Hanya padamu sahaja kami panjatkan


kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas


iradat dan kudratmu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami
untuk berhimpun pada pagi yang penuh barakah ini, di dalam “Muktamar
i-Rakan Kali ke-14” pada hari ini. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu
yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-Mu samada yang sedikit
lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Bersempena dengan majlis pada hari ini. kami memohon inayah dan
taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya dapat kami
mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan
negara. Kami memohon kepada-Mu.

Semoga Engkau berkati program ini dengan limpahan rahmat-Mu,


semoga segala usaha kami dalam menjayakan program ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana- Mu Ya Allah. Kami
berkumpul untuk menghubungkan silaturahim di antara kami dan
memberi sokongan kepada arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, panjangkanlah


umur kami agar kami yang hadir pada hari ini dapat melaksanakan segala
kebajikan dan berbakti dalam agama-Mu. Dan kami pohon perlindungan
dengan Engkau daripada melakukan keburukan. Ya Allah kurniakanlah
kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah lembut dan kesabaran. Serta muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
‫صوصًا ا ْل َوبَا َء ِو ْي ُروس ا ْل ُك ُرونَا‪،‬‬ ‫اَللّ ُه َّم ا ْدفَ ْع عَنَّ َوا ْلبَآَل َء َوا ْل َوبَآ َء ُخ ُ‬
‫صةً َوعَنْ بُ ْلدَانَ‬ ‫ْوا ْل َغاَل ء َوا ْل ِم َه ِن َوا ْلفِتَ ِن َما ظَ َه َر ِم ْن َها َو َما بَطَنَ عَنْ بَلَ ِدنَا َه َذا َخا َ‬
‫ب ا ْل َعالَ ِميْنَ‬‫عَا َمة ً يَا َر َّ‬
‫ص ْو ًما‪،‬‬‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما ‪َ ،‬وتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع ُ‬ ‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫شقِيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‪ ‬‬
‫َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا َ‬
‫اب النّا ِر‬‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ َ‬ ‫سنَة ً َوفِي ِ‬
‫األخ َر ِة َح َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫سلَّ َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‪.‬‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ ْ‬
‫ص َحابِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai