Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
َ
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى آلِ ِه‬ َ َ
َ ‫سال ُم َعلى‬َّ ‫الصالة َُوال‬ َ َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َو‬
َ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫اب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬ ْ ‫َوَأ‬
ِ ‫ص َح‬
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan
Majlis sambutan Hari Guru (2015) peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Sam pada pagi yang
berbahagia ini dengan tema : ("Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak")
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru
itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab
yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata.
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu
agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap
anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka
sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi
dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti
putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang
tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar
sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan
kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar
daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara
tercinta.
Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan
kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini
dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan
melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah
sekiranya Engkau mengizinkannya .

َ‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬
َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬
Doa Majlis persaraan dan perpindahan
‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
. َ‫أجـ َم ِع ْين‬
ْ ‫أص َحابِ ِه‬ َ
ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َعلى َءألِ ِه َو‬ َ
ُ ‫سال ُم َعلى َر‬ َ َّ ‫صالَةُ َوال‬ َّ ‫ َوال‬، ُ‫ِـحات‬ َ ‫صال‬ َّ ‫ِي ِبن ِْع َمتِ ِه َتتِ ُّم ال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ الذ‬
Allahuma Ya Rahmaanu Ya Raheem,
Kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat
kesihatan dan kesejahteraan-Mu, sehingga kami dapat Majlis Perhimpunan Khas
Sempena Persaraan dan Perpisahan guru SK Sungai Sam bg Y.
Bhg____________________ pada pagi yang amat berbahagia ini.
Ya Allah, Ya Qodhial haajaat,
Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami
hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, justeru dengan
kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah
pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi
dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang terpelihara.
Ya Allah, Ya ‘Azizi Ya Sattar,
Ya Allah kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat
menyayangi hamba-Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah
dengan tekun dan teliti sehingga mencapai kejayaan yg cemerlang.
Justeru kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan
kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi
demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati ,
Kami warga SK Dabong amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan
yang diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang
bermakna, kelapangan yang mesra , pilihan yang tepat agar mereka dapat
memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik hendaknya.
Akhirnya jangan hampakan segala hajat dan impian hadirin yang ada bersama
kami, kerana sesungguhnya hanya kepada Engkau kami mengharap dan hanya
Engkau sahaja yang mencukupkan segala permintaan hamba-Mu YA ALLAH.
ْ‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمن‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
َ ْ َ ً
. ‫َيت َب ُعنا شقِ ّيا َوال َمط ُر ْو ًدا َوال َم ْح ُر ْو ًما‬ َ َ ْ
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬، ‫سلَّ َم‬ َ َ ِ ْ َ َ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى‬
‫و‬ ِ
‫ه‬ ‫ب‬ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫و‬ ِ
‫ه‬ ِ ‫ل‬‫ا‬ ‫ء‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai