Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Restu Ilmu SPM

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِ ْينَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menjayakan majlis restu ilmu  pada hari ini yang akan berlangsung pada minggu hadapan. 
Sesungguhnya Ya Allah pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi
seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha
kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami
terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah Ya Sami’un ‘Alim

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-anak didik kami
akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah akhlaknya. Engkau jadikanlah anak-anak
didik ini menjadi seorang manusia  cemerlang akademiknya, gemilang sahsiahnya dan  terbilang
agamanya. Mudah-mudahan mereka dapat berbakti untuk Negara dan agama-Mu Ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada pagi ini, dapat
melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada
melakukan keburukan . teguhkanlah iman kami,kuatkanlah hati kami. Kurniakanlah kepada kami
hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu. Jauhilah kami dari segala laranganMu. Dekatkanlah
kami dengan segala suruhanMu. Tanamlah rasa benci di hati kami kepada maksiat. Tanamlah
rasa cinta di hati kami kepada ibadat. Agar ilmu yang kami pelajari selama ini mendapat berkat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat
minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada
bahaya dan keburukan.
‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما ‪َ ،‬وتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعصُوْ ًما ‪َ ،‬والَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم ْ‬
‫طرُوْ دًا َوالَ‬
‫َمحْ رُوْ ًما ‪.‬‬
‫اب النَّار ِ‬
‫األخ َر ِة َح َسنَة ً َوقِنَا َع َذ َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي ِ‬

‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم ‪َ ،‬و ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِم ْينَ‬


‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai