Anda di halaman 1dari 1

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬

ِ ‫سْ ِم‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َرس ُْولِ َنا األ ِمي َْن َو َعلَى َءألِ ِه َوأصْ َحاب ِه أجْ ـ َم ِعي َْن‬ ُ ‫ِـح‬
َّ ‫ َوال‬، ‫ات‬ َ ‫هلل الذِيْ ِبنِعْ َم ِت ِه َت ِت ّم ُالصَّال‬ َ ‫ْال‬
ِ ‫ـح ْم ُد‬

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Jamuan Akhir tahun 2019 & Jamuan
Perpisahan pada petang yang mulia ini.
Kami berhimpun pada hari ini merafak sembah, mengirim doa, memohon restu, menyatakan setinggi-
tinggi kesyukuran pada Mu atas segala nikmat kurniaan yang tidak ternilai.

Engkau Maha Mengetahui Ya Allah, sepanjang tahun 2019, kami telah berusaha sedaya upaya
melaksana tugas mendidik anak bangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyampaikan
ilmu berdasarkan sukatan pelajaran, berusaha membantu anak murid kami memahami konsep ilmu
yang tersirat di sebalik yang tersurat bagi melahirkan hamba-hamba yang taat kepada agama Mu.

Justeru itu Ya Allah, kami mohon agar Engkau ampunkan dosa kami sekiranya kami tersilap dalam
memberi makna, tersalah dalam menghurai fakta, terlanggar batas tutur kata dan adab bicara,
tersasar dari landasan kebenaran, tersalah anggap terhadap anak didik kami dan kurang memahami
kehendak mereka serta tidak berupaya menarik minat mereka supaya cintakan ilmu yang menjadi
tugas utama profession kami.

Sekiranya usaha kami pada tahun ini tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan,
kami mohon ampun Ya Allah, berkatkanlah rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami dan sekiranya
masih berkurangan, sudi apalah kiranya Ya Allah Engkau tampungkan dengan ibadat-ibadat sunat
serta amalan kebajikan yang kami kerjakan.

Kepada sahabat kami yang akan berhijrah, kami mohon agar Engkau cekalkan hatinya, berikan
keselesaan kepadanya di tempat bertugas yang baru, capaikan hasratnya, semoga dengan
penghijrahan ini akan lebih memberikan ruang waktu kepada keluarga tercinta.

Kami mohon kepada Mu Ya Rahim, Engkau tunjukkan kami jalan yang benar, tetapkan iman kami,
hidupkan kami dengan perasaan kasih ukhuwwah, Engkau satukan hati kami, kukuhkan perpaduan
antara kami, jadikan kami para guru yang mampu berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat
tanpa sengketa, mempunyai jalinan kerjasama yang utuh serta jauhkan kami Ya Allah dari sifat-sifat
mazmumah, dengki-mendengki terhadap pencapaian sesama sendiri, bermusuh-musuhan dan
berpaling muka, tindas-menindas demi kepentingan diri sendiri sebaliknya Engkau campakkan ke
dalam hati-hati kami perasaan ingin membantu agar yang ringan dapat dijinjing dan segala yang berat
dapat dipikul secara bersama demi kecemerlangan organisasi kami.

‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا‬، ‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬، ‫مْع َنا َه َذا َجمْ عًا َمرْ ح ُْومًا‬
َ ‫للَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج‬
‫َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬
‫اب ال َّنار‬َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعال ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai