Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU HALUAN SISWA

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
، ‫اء َوْالُمْرسَِلْيَن‬ ِ ‫السالَ ُم َعلَى َأشَْر‬
ِ ‫ف الَأْنِبَي‬ َّ ‫ َو‬، ‫العالَ ِم ْي َن‬
َّ ‫الصالَة َو‬ ِ ‫اَلْحم ُد‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫هلل َر‬ َْ
‫َأج َم ِع ْي َن‬ ِ ِِ
ْ ‫َأص َحابِه‬
ْ ‫َو َعلَى آله َو‬
Ya Allah ,Ya Ra'uufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu ya Allah, kerana dengan
keizinan-Mu jua kami dapat berada di dalam Majlis Perasmian Minggu Haluan
Siswa pada hari ini.

Ya Allah , Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah,
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) ,
kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan
dihormati, sama ada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya
mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal ’aalamin ,


Mudah-mudahan segala maklumat yang diberikan di sepanjang minggu haluan
siswa ini, dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilang .
Dan jadikanlah kami mahasiswa yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan
dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi
pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain
yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kaasyifal ghumma ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

ِِ ِ
،‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َف ُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ً‫َوالَ تَ ْج َعل فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َش ِقيًّا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما َوالَ َمط ُْر ْودا‬
‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫ َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬، ِ
َ ‫ َوقنَا َع َذ‬،ً‫سنَة‬ َ ‫ َوفي األخ َرة َح‬،ً‫سنَة‬ َ ‫الد ْنيَا َح‬
.‫العالَ ِم ْي َن‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه َر‬ ِ ‫وصلَّى اهلل َعلَى مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و‬
َ ‫ َوال‬، ‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬ َ َ َ َ َُ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai