Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG, PPDA dan Anti Buli

‫الر ِحي ِْم‬ َّ ِ‫ِبس ِْم هللا‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬
‫علَى َءأ ِل ِه‬
َ ‫األميْنَ َو‬ ُ ‫علَى َر‬
ِ ‫س ْو ِلنَا‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة َُوال‬ ْ ‫ْالـ َح ْم ُد هللِ الذ‬
َّ ‫ِي بِنِ ْع َمتِ ِه تَ ِت ّم ُال‬
َّ ‫ َوال‬، ُ‫صا ِلـ َحات‬
َ‫أجـ َم ِعيْن‬
ْ ‫ص َحاب ِه‬
ْ ‫َوأ‬
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri majlis pelancaran program Guru Penyayang, PPDA dan anti buli
pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak
didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasi pelajar yang gemilang di dunia, bahagia di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


Kami pohon ya Allah, supaya matlamat pelaksanaan program ini dapat meningkatkan
hubungan yang mesra antara kami dan tahap disiplin diri kami serta memandu kami
kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilang. Dan jadikanlah kami dari kalangan
hambaMu yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi kami.

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.

‫ َوالَ تَ ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اجعَ ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
. ‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬َ ‫َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْ َبعُنَا‬
َ َ‫َّامنَا َي ْو َم ْألق‬
‫اك فِ ْي ِه‬ ِ ‫اخ ُرهُ َو َخي َْر أ َ ْع َما ِلنَا خ ََواتِ ُمهُ َو َخي َْر أي‬ ِ ‫ارنَا َء‬ ِ ‫اج َع ْل َخي َْر أ َ ْع َم‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
‫ان َوالَ ت َ ْجعَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغلًّ ِللَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا‬ ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْو‬
َ َ ‫عذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫األخ َرةِ َح‬ ِ ‫سنَة ً َوفِي‬ َ ‫َربَّنَا َءا ِتنَا فِي الدُّ ْن َيا َح‬
َ‫ب العَالَ ِميْن‬ ِ ‫ َو ْال َح ْمد ِ َُّّلِلِ َر‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai