Anda di halaman 1dari 1

PELAN PERGERAKAN KECEMASAN SEKOLAH SK SS 19 SUBANG JAYA

Arahan dan Peraturan yang Perlu Kecemasan dan Kebakaran dibunyikan


1.

dipatuhi

Apabila

Isyarat

Jika terlihat kebakaran atau keadaan bahaya segera beritahu guru.

2. Isyarat loceng yang berbunyi panjang tiga kali berturut-turut akan dibunyikan untuk menandakan sesuatu kecemasan atau kebakaran berlaku di sekolah ini. 3. Apabila mendengar bunyi isyarat tersebut, guru yang berada di dalam kelas atau di bilik-bilik lain hendaklah mengarahkan murid-murid bergerak berdua-dua menuju ke tempat yang ditetapkan (padang) dengan teratur dan seberapa cepat mengikut laluan yang ditetapkan seperti dalam pelan kecemasan. 4. Murid-murid diingatkan hendaklah bergerak tanpa berebut-rebut, tidak dibenarkan membawa beg, buku atau melakukan perkara yang melambatkan pergerakan dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal dalam kelas, manakala murid di padang hendaklah tetap berada di situ. 5. Guru, pengawas atau ketua kelas hendaklah memastikan semua murid keluar ke tapak perhimpunan di padang dan beratur mengikut kelas seperti dalam pelan. 6. Kakitangan pejabat akan membawa semua dokumen yang penting termasuklah buku kedatangan pelajar, guru dan pekerja dan diserahkan kepada guru perhimpunan bertanggungjawab. 7. Semua guru, kakitangan, pekerja dan sesiapa sahaja di dalam kawasan sekolah hendaklah pergi ke tapak perhimpunan semasa loceng kecemasan dibunyikan. 8. AJK Jawatankuasa Bertindak Keselamatan hendaklah mengambil dan membawa alat pemadam api untuk memadamkan api tersebut sekiranya kebakaran tersebut kecil dan tidak berbahaya. 9. Jika keadaan terkawal, satu isyarat akan dibunyikan dan murid-murid dikehendaki balik ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai