Anda di halaman 1dari 23

HBSC4403 V2

MANAGEMENT OF TEACHING
RESOURCES AND SCIENCE LABORATORY
MAY 2015 SEMESTER

NAMA : ALI SIDIN ALI KASAN


NO.MATRIK : 710404125413001

PENGENALAN
Kebakaran merupakan bencana yang berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia ataupun
kegagalan sesuatu sistem yang menyebabkan tercetusnya kebakaran. Kebakaran telah banyak
menyebabkan kerugian dan juga kehilangan nyawa. Bencana ini boleh berlaku di mana-mana
saha tidak kita di rumah, tempat kerja, hutan, dalam kenderaan dan berbagai lagi situasi yang
tidak diduga.
Adakalanya, kemalangan nyawa disebabkan oleh api, ataupun sikap tidak bertanggungjawab
pihak tertentu yang menjadikan kawasan yang kelihatan selamat menjadi bahaya semasa
proses pemadaman api.
Kebakaran boleh dikelaskan kepada berberapa kategori:

Kelas A

Disebakan oleh :
Benda-benda padat, misalnya : kertas, kayu, plastik

Kelas B

Disebabkan oleh :
Cairan yang mudah terbakar, misalnya : petrol, minyak tanah, alkohol dan lain-lainnya

Kelas C

Disebabkan oleh : Kegagalan fungsi peralatan elektrik

Bagi bangunan yang padat dengan orang ramai, risiko kecederaan, panik dan kehilangan
nyawa amatlah tinggi sekiranya tidak ditangani dengan baik. Salah satu langkah yang boleh
diambil terutamanya di kawasan sekolah ialah memberikan latihan kebakaran kepada muridmurid. Perkara ini amat penting agar murid-murid tahun mengenai arahan guru, bunyi amaran
dan tempat yang seharusnya mereka tuju sekiranya berlaku kebakaran.
Laporan ini bertujuan untuk menjelaskan prosedur dan tindakan-tindakan guru dan murid
sebelum latihan, semasa latihan dan selepas latihan dijalankan di sekolah

SEBELUM LATIHAN

Sebelum latihan dilaksanakan, penubuhan jawatankuasa latihan amat penting agar latihan
dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat. Bagi latihan kali ini, AJK latihan telah
dibentuk berdasarkan keperluan-keperluan semasa latihan dijalankan. Setelah pembentukan
AJK, kertas kerja latihan haruslah disediakan untuk diluluskan oleh guru besar.

SK TANDEK KOTA MARUDU

KERTAS KERJA
LATIHAN KEBAKARAN DAN
DEMONSTRASI MEMADAM
KEBAKARAN 2015

ANJURAN:
SK TANDEK, KOTA MARUDU
DAN
BOMBA DAERAH KOTA MARUDU

1.

NAMA PROGRAM
Latihan Kebakaran SK Tandek 2015 bertema Sentiasa Selamat.

2.

PENDAHULUAN

Memandangkan aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting dalam semua


institusi, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang berbentuk
peningkatan dan keselamatan murid. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada
warga sekolah betapa pentingnya isu keselamatan diambil berat oleh semua pihak. Program
ini telah dirancang dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat dengan
pengetahuan keselamatan yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya program ini akan
memberikan impak yang besar kepada tahap keselamatan sekolah kita.

3.

MATLAMAT

Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan
pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan
ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

4.

OBJEKTIF
4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
4.2 Memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran.
4.3 Memberi pendedahan kepada warga SK Tandek tentang bahaya kebakaran.

5. TARIKH DAN HARI


Tarikh : 14 Julai 2015
Hari

: Selasa

diri

6. TEMPAT
Tapak perhimpunan SK Tandek
7. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK Tandek.
8. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Aturcara :
9.30 pagi : Guru dan pelajar bergerak ke Tapak Perhimpunan yang telah ditetapkan
mengikut blok.
9.45 pagi : Berhimpun dan Guru mengambil kedatangan.
10.00 pagi : Ucapan Pegawai Latihan Bomba Kota Marudu.
10.15 pagi : Demonstrasi memadamkan kebakaran dan tayangan video.
11.15 pagi : Majlis bersurai.

9. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi

: En.Jubili Intang
Guru Besar SK Tandek

Timbalan Pengerusi

1. Pn.Jamnah Abd.Sani
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2. En.Azhar Abd.Rasid
Penolong Kanan Pentadbiran,

3. En.Abit Sawaian
Penolong Kanan Kokurikulum Murid SMK

Setiausaha

: Pn.Mastijah Hj.Madina

Bendahari

: Puan Rosnih Akhbar

Ahli Jawatan kuasa

Pengacara Majlis

: En.Asri Asmara

Siaraya

: En. Raijon John

Disiplin dan Keselamatan pelajar : En.Ali Sidin Ali Kasan

Jurugambar

: En. Baharudin Din

Buku Program

: Puan Elizabeth

Pelaporan & Dokumentasi

: Puan Ebitah

Persiapan Tempat & Peralatan

: Cik Eveslyn Maikol


: En.Richard Odal

Perhubungan dan Jemputan

: Cik Noratika Mohd Azan

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perkara

Perbelanjaan

Jumlah

1.

Dokumentasi

RM 30.00

RM 30.00

2.

Minyak Petrol

5 Liter X RM 2.05

RM 10.25

3.

Minyak Diesel

5 Liter X RM 1.95

RM 9.75

JUMLAH

Catatan

RM 50.00

12. PENUTUP
Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak
yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan
mengenai keselamatan di sekolah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Setiausaha,

Penolong Kanan HEM,

Program Latihan Kebakaran

SK Tandek

SK Tandek
Tarikh:

Diluluskan oleh:

Guru Besar
SURAT JEMPUTAN
Pegawai Penguasa,

Pejabat Bomba Daerah Kota Marudu,


89108 Kota Marudu.
Tarikh: 05 Julai 2015
Tuan,
CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa SK Tandek menjemput pihak tuan untuk mengadakan
satu program ceramah keselamatan tentang latihan kebakaran Fire Drill. Program tersebut
akan diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh
: 14 Julai 2015
Masa
: 10.00 pagi
Tempat: SK Tandek
3.
Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan
kebakaran ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah
yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pihak sekolah akan
berbincang semula dengan pihak tuan tentang kawad latihan kebakaran yang sebenar. Pihak
tuan akan menilai tahap kecekapan dan pergerakan pelajar ke tempat berkumpul.
4.
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi
menyampaikan ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas.
Berserta dengan surat ini juga dilampirkan bersama-sama beberapa maklumat tentang
program bagi rujukan pihak tuan.
5.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kam dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(JAMNAH ABD.SANI)
PK Hal Ehwal Murid,
SK Tandek
b.p Pengetua, SK Tandek.
Lampiran A

Aturcara Program Ceramah Latihan Kebakaran dan Keselamatan


SK Tandek 2015
Tarikh : 14 Julai 2015
Hari : Selasa
PERLAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN DAN CERAMAH
Aturcara
:
9.30 pagi : Guru dan pelajar bergerak ke Tapak Perhimpunan yang telah ditetapkan
mengikut blok.
9.45 pagi : Berhimpun dan Guru mengambil kedatangan.
10.00 pagi : Ucapan Pegawai Latihan Bomba Kota Marudu.
10.15 pagi : Demonstrasi memadamkan kebakaran dan tayangan video.
11.15 pagi : Majlis bersurai.
PELAKSANAAN
1. Guru kelas akan mengambil kedatangan pelajar dibantu oleh ketua kelas.
2. Pihak Bomba akan menyampaikan ceramah tentang latihan kebakaran dan
keselamatan.
3. Pihak bomba akan menilai dan menerangkan tentang latihan yang telah
dilaksanakan.
4. Pihak bomba melaksanakan demonstrasi memadam kebakaran dan
menyelamatkan mangsa kebakaran.
5. Bersurai.
AKTIVITI
1. Ceramah Latihan kebakaran dan keselamatan.
2. Demonstrasi memadam kebakaran.

SEMASA LATIHAN
Semasa latihan kebakaran dijalankan merupakan sesi yang penting dalam latihan ini. Ini
kerana, pada masa inilah petugas-petugas akan menerangkan sebaik mungkin mengenai

aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian, bukan sahaja oleh murid malah guruguru dan kakitangan sekolah yang lain. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah :
1. Amaran Kecemasan
Murid dan kakitangan memberi respon terhadap amaran kecemasan yang dikeluarkan.
Antara amaran kecemasan yang biasa dikeluarkan ialah pengaktifan Siren Kecemasan.
Murid-murid seharusnya mengetahui bunyi yang dikeluarkan adalah amaran kecemasan.
Sekiranya penggera mengalami kerosakan, alternatif lain pula ialah dengan jeritan. Guruguru seharusnya mempunyai kod atau standard tertentu untuk memastikan jeritan tersebut
dikenalpasti sebagai amaran kecemasan. Contohnya jeritan API.

2. Utamakan keselamatan nyawa


Terdapat kes kehilangan nyawa disebabkan tindakan mangsa cuba mendapatkan barangbarang berharga atau dokumen. Begitu juga di sekolah, murid-murid seharusnya
mengetahui keselamatan nyawa lebih penting daripada beg atau peralatan sekolah.
Petugas seharusnya menegaskan bahawa mereka perlu meninggalkan lokasi secepat
mungkin. Guru-guru juga diberi peringatan yang sama.

3. Laluan Kecemasan
Kebakaran akan menyebabkan seseorang menjadi panic. Oleh itu, perlu diberi penekanan
mengenai laluan kecemasan yang perlu murid-murid ikut ketika berlaku kecemasan.
Setiap sekolah seharusnya mempunyai tanda laluan yang mudah dilihat oleh murid-murid
dan guru.

4. Tempat Berkumpul

Murid-murid perlu diarahkan untuk berkumpul di kawasan padang sekolah atau kawasan
lapang yang jauh dari tempat berlakunya kebakaran. Pastikan guru-guru juga sentiasa
mengenali murid-murid supaya mudah untuk mengenalpasti setiap murid berada di
tempat yang selamat.

5. Alat Pemadam Api


Guru-guru dan murid tahun 6 seharusnya dapat menggunakan alat pemadam api dengan
baik. Oleh itu, amat penting bagi petugas menerangkan sebaik mungkin cara penggunaan
alat tersebut. Sekiranya langkah ini dapat dilakukan dengan baik, mungkin kebakaran
yang lebih besar dapat dielakkan.

6. Mendengar arahan guru


Semua murid-murid mestilah mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Ini akan
memastikan murid-murid sentiasa bergerak ke tempat yang lebih selamat.

7. Rekod kehadiran murid


Sebagai tindakan guru, buku rekod boleh dijadikan rujukan kehadiran murid dan
memastikan jumlah murid yang berkumpul sama dengan rekod kehadiran.

8. Menjaga disiplin
Murid-murid hendaklah menjaga disiplin. Jangan berlari-lari, menjerit-jerit, membuat
bising, cemas dan kelam kabut.

9. Masuk kembali ke kelas

Murid-murid dinasihatkan agar tidak kembali ke kelas semasa kejadian kebakaran, atau
tanpa arahan daripada guru.

10. Tunggu arahan selanjutnya


Murid-murid dan kakitangan sekolah mendengar arahan selanjutnya dari pihak guru
besar/gpk satu/gpk hem/pihak bomba.

LALUAN KECEMASAN SK.TANDEK

Kanti
n

Rumah
Guru

PraSekolah
Makmal
Komputer

Kelas
Tahun
1 dan
3

Kelas Tahun 5
dan Pemulihan

Jalan Raya

Pondok
Pengawa
l
Pusat
Sumber
dan Bilik
Guru

Jalan Raya

PADANG SEKOLAH
Tahu
n1

TEMPAT BERKUMPUL
KETIKA
KECEMASAN

Ruma
h
Guru

Ruma
h
Guru

Tahun 6
Tahun 4

PUNCA KEBAKARAN

Kantin

Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda
tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca
yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di
tempat kerja adalah seperti berikut:

1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.


2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
3. Kebocoran atau mampatan gas.
4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.


2. Lebihan beban aliran kuasa
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN SELEPAS LATIHAN KEBAKARAN

Selepas Latihan
Apabila latihan selesai, guru-guru haruslah memastikan semua murid masuk ke dalam kelas
dengan cara yang selamat.
1. Memastikan murid tidak berbuat bising.
2. Memastikan peralatan semasa latihan benar-benar selamat.
3. Mengemaskan semua peralatan latihan.
4. Melakukan post-mortem keberkesanan latihan.

Sentiasa Bersedia Menghadapi Kebakaran

Bangunan di tempat anda mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta
dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang
palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar
walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih
tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari
pengesan asap. Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda
anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan
mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun
muncungnya.
Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan
pemadam kebakaran.
Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja
anda meninggalkan tempat itu. Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik
anda.

Tips Menyelamatkan Diri


Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamalkan diri dengan cara
merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di
bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini
udaranya bersih.
Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik darjah semasa kebakaran, sebelum membuka
pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan
menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka
pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda
hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka
pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki
bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka,
buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup
tingkap dengan segera. Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun
sekolah anda diperbuat dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api
yang kecil.

Kenali alat pemadam api

Sebagai langkah awal pencegahan kebakaran, guru-guru dan murid seharusnya tahu
menggunakan alat pemadam api yang disediakan. Selain tahu menggunakan, guru dan murid
juga seharusnya tahu kedudukan pemadam api di dalam kelas. Peralatan ini juga haruslah
sentiasa dipantau tarikh luputnya agar sentiasa berkesan apabila diperlukan. Alat pemadam
api yang sudah luput tarikh penggunaannya mugkin akan membahayakan pengguna atau
menyebabkan kebakaran yang lebih teruk.

Gambar : Contoh Alat Pemadam Api

Panduan penggunaan alat pemadam api

Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan
"Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.
Kelas Api
A

Penerangan
Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang
bahan mudah bakar.
Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan

lain-lain.
Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian

C
D

elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.


Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium,
logam kalsium dan logam magnesium.

Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial.

Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api ( Fire Extinguisher ) :


Cabutkan Pin
Halakan nozel ke pangkal (base) api
Tekan tuil (lever)
Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan

Kenali pasukan bomba dan penyelamat


Badan yang bertanggungjawab menangani kebakaran dan usaha menyelamat merupakan
tugas utama Bomba dan Penyelamat Malaysia. Namun kadangkala jarak yang jauh daripada
balai akan menyebabkan usaha memadamkan api terlewat. Tetapi di kawasan Tandek Kota
Marudu, hasil pengalaman yang lalu telah menyebabkan Pasukan Bomba dan Penyelamat
menubuhkan pasukan Bomba Sukarelawan yang bertujuan untuk memberikan bantuan awal
sebelum pasukan dari balai berdekatan tiba. Pasukan sukarelawan ini turut dilengkapi dengan
pam pemadam api yang mampu memadamkan kebakaran. Oleh itu amat penting untuk kita
mengetahui setiap perkhidmatan yang diberikan oleh Pasukan Bomba. Semua murid-murid
juga harus didedahkan dengan pasukan Bomba agar mereka tahu tindakan yang perlu diambil
semasa berada di sekolah atau di rumah jika berlaku kebakaran.

KESIMPULAN
Keselamatan murid-murid dan kakitangan sekolah haruslah dititikberatkan oleh semua pihak.
Oleh

itu,sesebuah

organisasi

perlu

mengetahui

dan

melaksanakan

pengurusan

keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan yang dapat mencegah


daripada berlakunya kecederaan atau kehilangan nyawa. Melaksanakan latihan kebakaran di
sekolah dan cara pengendalian peralatan akan memberikan impak kepada murid-murid dan
guru dalam menangani kebakaran. Dengan latihan yang selalu diberikan,langkah-langkah
pencegahan dapat dilakukan. Pihak sekolah juga seharusnya menubuhkan jawatankuasa
kecemasan yang berfungsi sekiranya berlaku kebakaran dan bertindak dengan pantas dan
efisien

berserta

Sekolah

juga

kelangkapan
seharusnya

yang

mencukupi

memulihkan

apabila

keadaan

terjadinya

secepat

yang

kecemasan.
mungkin.

Ini nerupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan
normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak. Latihan
kebakaran seperti ini hendaklah dilakukan dengan kerap dan sentiasa diubah situasinya

menyerupai kebakaran sebenar dan tidak tertumpu kepada latihan memadamkan kebakaran di
tengah padang sahaja.
Pemeriksaan peralatan dan pendawaian elektrik juga seharusnya sentiasa dilakukan di
sekolah bagi memastikan semua peralatan ini berfungsi dengan baik. Pemeriksaan ini
membolehkan pengesanan awal kepada pencegahan kebakaran. Selain itu, alat penggera
kebakaran juga hendaklah sentiasa dicuba agar berfungsi mengikut keperluan.
Selain pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa juga memainkan peranan dalam memberikan
pendidikan dan pengetahuan tentang bahaya kebakaran. Latihan kecil juga boleh dilakukan di
kawasan luar rumah. Dengan adanya latihan seperti ini, murid-murid mempunyai
pengetahuan sedia ada. Ini akan memudahkan pihak sekolah dalam memberikan bantuan
kepada murid-murid sekiranya kejadian kebakaran benar-benar berlaku.
Kerjasama pelbagai pihak akan mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa.
Oleh itu, amat penting bagi semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan keselamatan generasi akan datang ini sentiasa terjaga.

2524 patah perkataan

Rujukan
file:///C:/Users/Manager/Downloads/unit3-100123204946-phpapp02.pdf
http://www.bomba.gov.my/
Polisi Pencegahan Kebakaran, SMK Sg.Tapang
http://learnwiring.blogspot.com/2009/07/kerosakan-yang-biasa-berlaku-dalam.html
https://ayein.wordpress.com/category/pengenalan-kepada-litar-elektrik/

Anda mungkin juga menyukai