Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM ANTI DENGGI

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

2012

Unit Kesihatan SK Seksyen 11 Kota Damansara telah menganjurkan Kempen


Anti Denggi 2012 bermula pada 10 April 2012 hingga 13 April 2012. Kempen ini
diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan warga sekolah tentang
kepentingan menjaga persekitaran sekolah dan rumah daripada pembiakan nyamuk
aedes. Kempen ini juga menyajikan banyak informasi tentang bahaya nyamuk
aedes yang dapat membawa penyakit demam denggi.

Kempen ini bermula dengan perasmian oleh En. Nik Azman B Kundor, PK
Kurikulum SK Seksyen 11 Kota Damansara pada 10 April 2012 kira-kira pada pukul
7.30 pagi di Dewan Srikandi SK Seksyen 11 Kota Damansara. pada hari tersebut
juga diadakan Pertandingan Poster Inovatif bagi murid-murid Tahap 2. Seterusnya,
satu ceramah Cegah Denggi oleh En. Abdullah B Suhaimi dari Pejabat Kesihatan
Daerah Petaling telah diadakan pada 12 April 2012. Selain itu, murid-murid juga
berpeluang untuk melihat pameran di makmal sains sepanjang kempen ini. Murid-
murid juga juga dikehendaki menghantar jawapan kuiz selewat-lewatnya pada 13
April 2012. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada
16 April 2012.

Kekuatan :

1. Aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan dapat menarik minat murid.

2. Tajuk poster sesuai dengan program dan dapat menonjollkan kreativiti murid.

3. Pameran dapat memberi pelbagai informasi.

Kelemahan :

1. Bilangan poster tidak sesuai dengan bilangan murid di kelas.

2. Aktiviti boleh dipelbagaikan lagi.

3. Melibatkan sebahagian murid sahaja dalam melukis poster.

4. Perlu perbanyakkan lagi bahan pameran.

5. Penceramah agak pasif dan cara penyampaian tidak menarik. Penerangan


yang disampaikan tidak jelas.

Penambahbaikkan :

1. Menambah jumlah poster dalam setiap kelas.

2. Masa untuk ceramah perlu dipanjangkan lagi.

Anda mungkin juga menyukai