Anda di halaman 1dari 3

a) Kepentingan makan makanan berkhasiat

Kepentingan makan makanan berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Punca utama
serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat.
Adakah diet kita mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju
merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga
mengandungi banyak lemak dan garam.

Terlalu banyak gula


Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan
bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Terlalu sedikit serat


Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk
melalui saluran penghadaman.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu kita harus menentukan apa
yang terbaik untuk diri kita. Untuk memastikan kita makan berlebihan, kita mungkin
perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat
perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti
biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang
digunakan untuk kegiatan seharian.
Diet kita menentukan keadaan kesihatan kita. Jadi mengamalkan tabiat makan yang baik
dari peringkat muda lagi.

Anda mungkin juga menyukai