Anda di halaman 1dari 12

Hujah bahawa guru adalah professional Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai berdiri sama tinggi

dan duduk sama rendahdengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidikadalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyakkriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertarafprofesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras denganapa yang digariskan oleh Lieberman. Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi,mampu

menjalankantanggung jawabnya sebagaipendidikprofesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumberyang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; SufeanHussin, 1996). Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yangditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti sertamempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagaicontoh Di England dan Wales,Teacher Training Agency (TTA)adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggianmartabat profesion perguruan (Elliot, 2002)

Perkhidmatan

perguruan

adalah

diasaskan

oleh

satu

kodetika

yang

menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalamperkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendaknegara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalamFalsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of Education, 1982). Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkanguru yang berpekerti mulia, berpandangan progresifdan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negaraserta menjunjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu dan memeliharasuatu berdisiplin. (Malaysia Ministry of Education, 1982 masyarakat yang bersatu padu, demokratik,progresif dan

Berita Harian KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat dalam ruangan ini bertarikh 3 Disember lalu atas tajuk Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran. Kenyataan guru-guru baru hendaklah bersedia menerima sebarang tanggungjawab diberikan pengetua/guru besar mereka, adalah ucapan saya ketika merasmikan konvensyen guru baru, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang berjumlah lebih 500 orang di Putrajaya baru-baru ini. Pada umumnya, profesion perguruan memerlukan komitmen tinggi semua pendidik. Ini bagi memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Malah, kenyataan Akmal Fairuz dalam sebuah akhbar tempatan 3 Disember lalu mengenai tugas profesional guru dan tugas pentadbiran, masih boleh dipersoalkan. Sebenarnya tugas seperti menulis buku rekod mengajar, memeriksa buku latihan murid dan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga adalah sebahagian tugas profesional guru. Semua guru bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan serta kelemahan setiap anak didik mereka. Makluman ini bukan saja untuk pengetahuan guru bahkan untuk disampaikan kepada ibu bapa/penjaga. Oleh itu, tugas yang dikatakan tugas perkeranian itu sebenarnya, sebahagian tugas guru untuk mendidik setiap murid bagi mencapai objektif pendidikan. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak hanya berlaku dalam bilik darjah, malah guru perlu mempunyai kreativiti serta inisiatif untuk melaksanakan P&P melalui aktiviti di luar bilik darjah. Seorang guru perlu berusaha untuk membentuk kemahiran berfikiran kritis dan kreatif murid belajar melalui pengalaman secara terus (kontektualisme dan konstruktivisme) seperti gerak kerja luar bilik darjah, lawatan sambil belajar dan aktiviti kemasyarakatan bersesuaian dengan keperluan murid. Usaha ini membabitkan pembentukan nilai murni, sahsiah, peribadi mulia serta kemahiran insaniah melalui aktiviti pasukan beruniform, kelab, sukan dan permainan dan lain-lain aktiviti luar darjah. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran berhasrat memperkasa sukan dan permainan di sekolah bagi melahirkan atlit muda. Hal ini sudah tentu

memerlukan komitmen guru sebagai orang di barisan hadapan untuk melatih dan mengenal pasti bakat murid. Oleh itu, latihan sebegini adalah juga tugas profesional seorang guru. Ini juga selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Seorang pentadbir sekolah perlu dilantik di kalangan profesional (guru) kerana berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman, pengetua/guru besar berupaya untuk memastikan semua dasar yang berkaitan dengan pembangunan kemanusiaan dapat dilaksanakan selain urusan pentadbiran biasa. Guru mempunyai kelebihan dari segi pengetahuan ilmu psikologi kanakkanak/remaja dan kepakaran dalam pedagogi. Maka, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti sebagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbiran profesional kelak. Berkaitan dengan pandangan Akmal Fairuz, guru hanya memberi tumpuan kepada P&P di bilik darjah, tidak begitu tepat. Pengurusan pendidikan dilaksanakan oleh orang profesional. Mereka lebih arif dan berpengalaman mengenai perkara membabitkan pendidikan dan melahirkan modal insan. Tidak salah guru yang berpengalaman dilantik sebagai pentadbir seperti menjadi Pengetua/Guru Besar, pegawai PPD/JPN hingga peringkat kementerian. Ini juga menjadi amalan di kebanyakan negara maju. Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab penuh dedikasi dan amanah bagi memartabatkan profesion perguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. TAN SRI ALIMUDDIN MOHD DOM, Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran.

GURU KELAS Bidang Tugas: 1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah. 2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar. 3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah. 4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. 5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. 7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran. 8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah. 9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain. 10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan. 11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis. 12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar. 13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK

HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. 15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar. 16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. 17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet. 18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa. 21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau

persendirian. 5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. 7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. 9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. 10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. 11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. 13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. 14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. 15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. 16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. 17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. 19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. 20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. 22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Rencana tentang profesion perguruan.

Lambakan guru wanita


ENTAH di mana silapnya dunia pendidikan kini berdepan masalah lambakan guru wanita manakala lelaki pula lebih selesa memilih bidang pekerjaan lain.Alasan kurang mencabar, tidak sesuai dengan jiwa dan gaji sedikit antara faktor penolakan menyebabkan guru wanita mendominasi bidang perguruan biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi menarik golongan lelaki. Berikutan ketidakseimbangan jantina itu, timbul persoalan, sampai bilakah senario ini akan berterusan?

SIFAT KEWANITAAN...guru wanita lebih memahami manakala pelajar lebih terbuka berkongsi masalah.

Tokoh Guru Kedah Sayed Mahdzir Sayed Omar, berkata lambakan itu bukannya disebabkan golongan lelaki terlalu memilih, tetapi tawaran kerjaya lain lebih menarik. Beliau berkata, dulu bidang kerjaya terhad, kini dengan perkembangan ekonomi memberangsangkan, wujud pelbagai bidang pekerjaan yang memerlukan kepakaran tertentu.

"Sesetengah lelaki memilih bidang perguruan, mungkin gagal mendapat pekerjaan

lain di luar atau guru adalah pilihan terakhir mereka. "Dari segi fizikal dan emosi, kerjaya ini lebih sesuai dengan wanita, malah pelajar rasa lebih selesa kerana wanita penuh kelembutan. "Bagaimanapun, peranan guru lelaki juga penting kerana ada bidang tertentu yang tidak mampu dilakukan guru wanita," katanya.
SABAR...adakah guru lelaki mempunyai kesabaran tinggi untuk menangani kerenah pelajar?

Mengikut statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita 279,650 orang. Sayed Mahdzir, berkata sukar meneka mengapa kerjaya guru didominasi wanita namun hakikatnya, golongan itu mempunyai kredibiliti dan kesabaran melaksanakan tugas.

BEGINI... peranan guru lelaki diperlukan dalam pembelajaran subjek teknikal.

Walaupun guru wanita dikatakan lebih garang, pelajar mudah berkomunikasi dan ini memudahkan proses pembelajaran. "Guru wanita mempunyai emosi lembut, mudah berunding dan lebih memahami menyebabkan kerjaya ini. Waktu bertugas juga agak fleksibel. "Meskipun bebanan tanggungjawab semakin berat, mereka berkemampuan apatah lagi kerjaya ini bagaikan tugasan hakiki sejak dulu," katanya.

Namun, katanya, dalam beberapa aspek, kepakaran guru lelaki memang dituntut terutama membabitkan penggunaan fizikal, disiplin dan pendidikan jasmani . "Malangnya, kekurangan itu menyebabkan guru perempuan terpaksa melakukannya, sudah tentu membebankan. "Justeru, keseimbangan jantina juga penting bagi memastikan pelaksanaan bidang tugas mengikut kesesuaian mampu dilaksanakan," katanya.

Ditanya apakah bidang tugasan menuntut komitmen penyertaan guru lelaki, beliau berkata disiplin lebih sesuai kerana pelajar mudah memperlekehkan guru wanita. Katanya, gejala sosial di kalangan pelajar terutama memerlukan mekanisme dan pemantauan sesuai yang hanya berkesan jika ditangani guru lelaki.

"Penting mengimbangi jantina antara dua golongan supaya penyelarasan tugasan dapat diseimbangkan kerana kemampuan guru wanita terbatas. "Bayangkan apa akan jadi jika krisis ini berterusan, siapa yang akan menanggung

akibatnya pada masa depan. Justeru, tindakan agresif perlu dilakukan bagi menarik guru lelaki menyertai kerjaya ini," katanya.

Beliau meminta Kementerian Pelajaran menambah kouta pengambilan guru lelaki selain menyediakan skim gaji lebih menarik. "Itu antara langkah boleh dilakukan, untuk jangka masa panjang. Dulu, lelaki suka jadi guru, kini sebaliknya. "Fenomena ini menyedihkan kerana gabungan antara guru lelaki dan perempuan boleh melahirkan kecemerlangan dalam akademik," katanya.

Beliau tidak menafikan kejatuhan disiplin pelajar juga disebabkan kurangnya peranan dimainkan guru lelaki namun bukan aspek kecemerlangan.

LEBIH LAYAK...guru lelaki dilaporkan lebih sesuai menangani isu disiplin.

"Kewibawaan guru wanita tidak perlu dipersoalkan, mereka komited. Ini bukan masa mencari kesalahan orang lain. "Selesaikan dulu kekurangan sedia ada. Letakkan kepentingan mendidik anak bangsa di tangga paling atas supaya tidak sesiapa menjadi mangsa," katanya.

Anda mungkin juga menyukai