Anda di halaman 1dari 4

FORMAT/RANGKA PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENDAHULUAN
Pengenalan
Menerangkan latar belakang penyelidikan tindakan yang dijalankan
Pada bahagian ini, pengkaji perlu membuat penjelasan tentang isu, dapatan-dapatan kajian
yang lalu secara sepintas lalu (jika ada), model atau panduan sedia ada.
Sejarah perkara-perkara berkaitan secara ringkas
Gambaran secara umum tentang tajuk kajian- baca, menulis, dll
Menerangkan hubung kait antara konsep-konsep yang terdapat dalam tajuk penyelidikan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Membuat analisis situasi dan menjelaskan pelbagai isu, fenomena atau masalah pedagogi
secara keseluruhan (tidak memberi fokus kepada Isu Kajian yang dipilih sahaja)
Membuat analisis kefahaman kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah pedagogi
tersebut (kesan hasil tindakan pedagogi yang dilakukan, kelemahan, dan kekuatan) yang
berlaku dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan pemelajaran
Isu etika dan dilema penyelidik dalam bilik darjah
Menentukan isu/bidang keprihatinan (Isu Kajian): (baca, menulis, pedagogi, tingkah laku)
Refleksi ditujukan kepada diri penyelidik sendiri, murid yang terlibat secara langsung, rakan-
rakan murid yang memberi masalah, bahan bantu mengajar yang digunakan serta kaedah
atau teknik yang digunakan oleh guru (penyelidik)
Pada bahagian akhir perlu dinyatakan masalah/fokus kajian sebenar dalam pengajaran yang
ingin dikaji.
FOKUS KAJIAN
Isu Kajian
satu daripada beberapa masalah yang dinyatakan sebelumnya
Huraian masalah sebenar yang ingin dikaji
Menyatakan rasionalnya berasaskan data-data kajian (rekod persekolahan, pemerhatian,
dsb.)(bukti- menulis,--------------------- karangan----------------ayat-----------------
Objektif Kajian
Boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku guru dan murid, dan amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran
Boleh diukur semasa dan selepas kajian
1. Tingkatkan prestasi (pra-pos)
2. Kenal pasti kaedah. (kaedah- kaedah mana yang murid paling boleh terima. sesuai)
3. t/laku (pra- kaedah -pos)
Soalan Kajian
Berkaitan dengan objektif kajian.
Kepentingan Kajian
Membuat penjelasan mengemukakan pandangan berkaitan kepentingan kajian terhadap
murid, guru, sekolah, jabatan pelajaran, dan bidang pendidikan amnya.
Definisi Istilah
Membuat definisi bagi istilah dalam tajuk atau istilah penting berkaitan kajian yang perlu
dijelaskan dengan terperinci.
Definisi mengikut Kamus Dewan, Kamus Tesaurus, Kamus Istilah atau berdasarkan
pandangan tokoh-tokoh berkaitan bidang yang dikaji
Membuat rumusan kendiri secara keseluruhan
SOROTAN KAJIAN
[JUMLAH KAJIAN LEPAS TIDAK KURANG 5]
Terdiri daripada sedutan kata yang memerihalkan perkara yang telah dibuat dan
diperkatakan oleh penyelidik lain
Digunakan untuk menyokong tindakan dalam kajian
Menjelaskan konsep berkaitan sekiranya kajian yang dijalankan menggunakan konsep yang
sudah kukuh asas teorinya berkesinambungan.
Mensintesis kajian-kajian lepas untuk mendapat perspektif baharu
Mengenal pasti hubungan antara idea dan amalan
Mengenal pasti metodologi dan teknik penyelidikan yang pernah digunakan
Menggunakan rujukan-rujukan relevan dan berkaitan dengan bidang kajian
Menyatakan perkara yang telah dikaji dan
merumuskan dapatannya
sorotan kajian yang baik membolehkan penyelidik menjawab soalan-soalan berikut:
a. apakah teori, konsep, dan idea utama dalam kajian?
b. Apakah soalan dan permasalahan utama yang dihadapi dan ditangani sekarang?
c. Bagaimanakah pengetahuan berkaitan bidang ini disusun dan diatur?
d. Apakah pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam bidang ini dapat
meningkatkan pemahaman dan pengetahuan terhadap bidang berkenaan?
e. Apakah definisi dan asal-usul topik ini?
f. Apakah isu-isu yang ditimbulkan dalam bidang ini?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Reka bentuk kajian
Penerangan terperinci berkaitan model yang dipilih untuk menjadi asas kajian.
Kumpulan Sasaran
Latar Belakang Sekolah
Segala maklumat berkaitan sekolah, contohnya sejarah penubuhan, latar belakang guru-
guru, dsb.
Latar Belakang Murid
Maklumat berkaitan murid seperti latar belakang keluarga dsb.
Pelaksanaan Tindakan
Menerangkan secara terperinci cadangan tindakan/kaedah yang akan digunakan
untuk menyelesaikan masalah kajian
Perincian berkaitan dengan teknik dan langkah-langkah pelaksanaan bagi setiap
tindakan serta aktiviti yang akan dilaksanakan
Kaedah Pengumpulan Data
Penerangan tentang instrumen yang digunakan untuk mengumpul data-data
berkaitan masalah kajian
Contoh: Senarai semak, soal selidik, temu bual, ujian, analisis dokumen, rekod
anekdot, dan sebagainya.
Jadual Pelaksanaan
Dibuat dalam bentuk jadual yang mengandungi maklumat senarai tindakan yang
dibuat dan tarikhnya.
Kos Kajian
Senarai perkara (bahan-bahan yang digunakan) dan anggaran kos perbelanjaan
RUMUSAN
Rumusan keseluruhan berkaitan cadangan kajian yang dibuat yang merangkumi pandangan
umum yang boleh dikaitkan dengan mana-mana pengkaji, cadangan, dan harapan terhadap
penyelidikan yang akan dilaksanakan.
RUJUKAN
Wajib menggunakan format APA
Bahan rujukan wajib seperti jurnal kajian, tesis, prosiding, seminar pembentangan kerja
kajian
Rujukan lain: buku-buku ilmiah berkaitan bidang yang dikaji, majalah ilmiah (cth: Dewan
Bahasa, Pelita Bahasa, dsb.), dan sumber internet yang sah (ada nama penulis & rujukan)
LAMPIRAN
Maklumat berkaitan pelaksanaan kajian seperti rakaman gambar pelaksanaan tindakan,
BBM, lembaran kerja, dsb.
Soalan ujian: Diagnostik, Pra, Tindakan, dan Pos

Anda mungkin juga menyukai