Anda di halaman 1dari 3

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada

pihak kerajaan dan rakyat. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan
cuaca negara kerana acap kali melanda negara. Realitinya, keadaan negara yang
berjerebu ini amat membahayakan kesihatan rakyat.
Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap
daripada kenderaan. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin
meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kenderaan seperti lori, trelar, bas dan
banyak lagi mengeluarkan asap karbon monoksida sehingga mencemarkan udara.
Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga
menyebabkan keadaan jerebu terjadi-jadi. Oleh sebab sampah sarap dibakar sesuka
hati, sikap masyarakat dikatakan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Natijahnya, kanak-kanak diserang sesak nafas dan penyakit asma.
Pembakaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti sebagai punca fenomena
jerebu berlaku. Situasi ini bertambah buruk terutamanya di kawasan perindustrian
kerana pihak pengilang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Hujan asid dan penyakit kulit pasti menyerang
kita.
Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan berleluasa juga
menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan
dengan jalan mudah ini. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga
menyebabkan negara-negara jika terpaksa menerima padahnya.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing
dalam soal penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk
menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap
perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu.

Anda mungkin juga menyukai