Anda di halaman 1dari 12

Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai "pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil

pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui
serombong, pendiang, atau lohong." Secara umumnya, setiap kali aktiviti penyalaan api di luar, ia
dikira telah membuat pembakaran terbuka.

Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara.
Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa
pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran
di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan
kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan
mengurangkan jarak penglihatan. Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada 1997
menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi `asap'. Keadaan jerebu yang berlaku
ketika itu amatlah membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU)
meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya.

IPU adalah satu sistem ukuran yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai
mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah. IPU
mengukur kepekatan bahan pencemar yang terampai dan dalam suatu nombor pada skala antara 0
hingga 500. Justeru, bagi mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembakaran
terbuka, sejak 1998 Jabatan Alam Sekitar (JAS) melancarkan Operasi Mencegah Kebakaran
Terbuka (Ops Bakar) di seluruh negara. Operasi berkenaan adalah program bersepadu
membabitkan aspek pengesanan, penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan, memadam, aktiviti
kesedaran serta pendidikan.

Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dengan membabitkan pelbagai
agensi kerajaan memantau masalah itu juga perlu. Larangan pembakaran terbuka tidak boleh
dilaksanakan hanya dengan arahan. Ia sepatutnya disertai dengan penguatkuasaan undang-undang.
Pembakaran terbuka akan terus berlaku selagi belum ada bukti setiap mereka yang melakukan
kesalahan dikenakan hukuman setimpal. Jika kes pembakaran terbuka dilakukan oleh individu atau
syarikat, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman mengikut Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974. Sememangnya hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah
berat iaitu denda maksimum RM500 000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta
kompaun maksimum RM2 000.

Kesan-kesan Pembakaran Terbuka

- Kemusnahan hutan dan kepelbagaian biologi

- Gangguan aktiviti harian dan ekonomi

- Kemusnahan harta benda

- Gangguan kesihatan (lelah, bronchitis, alahan, radang paru-paru, sakit mata dan kulit)
terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah.

- Kemerosotan industri pelancongan yang memberi kesan kepada ekonomi dan pertukaran wang
asing.

- Keadaan persekitaran berjerebu.

- Jarak penglihatan yang berkurangan

Punca-punca pembakaran terbuka

Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara
terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja
penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara
terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas. Sesetengah pemaju
perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka .Semua tindakan ini
merupakan punca masalah jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia
yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan
semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat daripada perbuatan
mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains
dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak
bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses
untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator
telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga. Pembebasan
asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di bandar-bandar
besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan
kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap
di udara. Akibatnya partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti
udara. Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber
tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia
daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya
sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui,
misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.

Kesan-kesan pembakaran terbuka

Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini
disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga
menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan
orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan
penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi
untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat
jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata
berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk
di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan,
terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah
debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang
penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang
meninggal dunia.

Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak
dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapat menjalani proses fotosintesis
seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu
tumbuhan kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang
lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran.
Dari segi pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini
boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan
persekitaran.

Langkah-langkah untuk Mengatasinya

Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran


terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan kegiatan
membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi kawasan- kawasan
setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan
bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah
seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya
petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber
tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya
yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.

Pencemaran Udara Terhadap Tumbuh-tumbuhan


Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia
ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara, iaitu Nekrosis (keguguran daun),
Klorosis (pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah
antara tumbuhan yang mudeah mengalami kerosakan dengan bahan cemars seperti sulphur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi mengalami kekurangan sumber
makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi ini juga terganggu.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika
udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses
penghasilan klorofil. Ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuh-
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang
terlekat pada pokok dan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai
penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.

Pencemaran Udara terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai
contoh, di Pozo Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, tik, lembu, khinzir angsa dna
anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh
sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman
makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan-bahan toksid yang terdapat di
dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah
membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut
kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah
mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.
\

\
]

Anda mungkin juga menyukai