Anda di halaman 1dari 9

Pencemaran Alam Sekitar – Fakta, Punca

Dan Kesan Kepada Manusia


By The Voize / Alam Sekitar, Rencana / 4 minutes of reading

Kepesatan teknologi dan pembangunan di seluruh dunia banyak memberi manfaat dan
memudahkan manusia. Tetapi, ada bayaran yang besar nilainya yang perlu dibayar seiring
dengan pembangunan moden iaitu pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar sudah wujud sejak dari zaman batu lagi apabila manusia mula
belajar untuk menghidupkan api. Buktinya, para pengkaji menjumpai kesan terbakar di
dinding gua tempat manusia tinggal pada zaman dahulu.

Pencemaran zaman moden pula bermula pada era ‘Revolusi Industri’ pada tahun 1850
dimana bahan kimia dan toksin yang tidak dirawat dilepaskan ke air berdekatan.

Revolusi Industri inilah antara punca terawal wujudnya pencemaran alam sekitar yang kita
kenali hari ini.
Revolusi Industri
Isu pencemaran alam sekitar juga dikaitkan dengan kenaikan mendadak populasi manusia
di sesuatu kawasan yang mana ianya melebihi kekuatan masyarakat itu untuk menguruskan
sisa buangan mereka.

Setiap pencemaran terdapat nilai dan pengukuran yang berbeza yang ditetapkan pihak
penguatkuasa bagi setiap negara. Sekiranya sesuatu kawasan diuji dan indeksnya melebihi
dari kadar normal, baharulah diisytiharkan sebagai tercemar.

Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar Yang


Ada
Antara masalah-masalah pencemaran yang utama yang ada sekarang ini ialah :

 Pencemaran udara
 Pencemaran air
 Pencemaran bunyi
 Pencemaran tanah
 Pencemaran radioaktif
 Pencemaran cahaya
 Pencemaran haba
Pencemaran-pencemaran ini terhasil dari ciptaan teknologi yang manusia reka dan cipta.
Contohnya seperti pencemaran radioaktif yang terhasil dari penciptaan teknologi nuklear.
Punca-Punca Yang Menyebabkan
Pencemaran Alam Sekitar

 Pencemaran Udara

Pencemaran Udara Di Yangzhou China


Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, antara punca utama pencemaran udara di negara
kita datang dari asap kenderaan. Penggunaan kenderaan yang sangat tinggi dalam Malaysia
menyumbangkan sehingga 53.18% kepada punca pencemaran berbanding yang lain.

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat pelepasan bahan kimia dan bendasing ke ruang
atmosfera. Antara gas yang selalu dikaitkan dengan pencemaran udara ialah karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan kloflorokarbon yang datang dari ekzos
kenderaan.

[Baca Lagi : 15 Idea Kek Hari Jadi ]


 Pencemaran Air
Pencemaran Air Di Kawasan Setinggan
Pencemaran ini terjadi apabila kilang dan manusia melepaskan sisa bungan industri dan
toksin seperti klorin ke punca air mengalir seperti sungai dan laut.

Antara penyumbang terbesar pencemaran air ialah pertanian yang melepaskan baja kimia
dan perosak serangga. Sistem pembetungan yang tak dijaga juga membuatkan air tercemar.

 Pencemaran Bunyi
Bunyi bising yang datang dari jalan raya besar, kapal terbang dan juga kilang berhampiran
menghasilkan pencemaran bunyi.

Sekiranya bunyi yang terhasil lebih tinggi dari indeks yang selamat, ia boleh menyebabkan
pekak dan sangat berbahaya kepada manusia dan bayi kecil.

 Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah terjadi apabila manusia melepaskan bahan bertoksin seperti racun
perosak, baja kimia, bendasing berat dan klorin ke tanah.

Selain itu juga, sektor pembinaan yang meninggalkan sisa-sisa binaan ke tanah juga
membuatkan ia tercemar. Pencemaran tanah memberikan kesan ke atas aktiviti harian
manusia dan menyebabkan sesuatu kawasan tidak lagi ditumbuhi pokok dan bunga yang
dapat membekalkan oksigen.

 Pencemaran Radioaktif
Pusat Janakuasa Nuklear
Pencemaran ini antara pencemaran yang baru sahaja wujud dalam abad ke-20. Ianya
berpunca dari aktiviti pembinaan, pembangunan dan pengurusan senjata nuklear dan kilang
janakuasa nuklear.
Selain itu juga, kesan pencemaran ini dapat dilihat dengan jelas di Hiroshima dan Nagasaki,
dua tempat dimana bom atom dilepaskan semasa perang dunia kedua.

 Pencemaran Cahaya
Pencemaran cahaya juga dikenali sebagai pencemaran-foto yang terjadi apabila terdapat
kehadiran cahaya antropogenik pada waktu malam di kawasan tersebut.
Ia terjadi akibat dari penggunaan secara berlebihan lampu dan cahaya dan mengubah
keadaan persekitarannya. Penggunaan berlebihan cahaya lampu juga mengakitbatkan
pembaziran tenaga yang sangat tinggi.

Pencemaran ini biasanya berlaku di kawasan bandar-bandar besar seperti New York dan
Kuala Lumpur.

 Pencemaran Termal

Pencemaran termal ialah pengurangan kualiti air yang berlaku akibat dari perubahan suhu.
Pencemaran ini berpunca dari penggunaan air sebagai agen penyejuk di dalam janakuasa
industri kilang.
Apabila air digunakan sebagai agen penyejuk ia akan dilepaskan ke alam sekitar pada suhu
yang tinggi. Perubahan suhu secara tiba-tiba ini menyebabkan bekalan oksigen
berkurangan sekaligus memberi kesan pada komposisi ekosistem.
Perubahan suhu secara tiba-tiba ini boleh menyebabkan ikan dan organisma lain mati tiba-
tiba.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Manusia


Setiap jenis pencemaran memberikan kesan yang berbeza terhadap alam sekitar. Secara
asasnya, ia terbahagi kepada beberapa kesan iaitu

Kesan Kepada Kesihatan Manusia

Kesan Pencemaran Kepada Manusia


Kesemua pencemaran memberikan kesan langsung ke atas kesihatan manusia. Sebagai
contoh,

 Pencemaran udara – kekurangan oksigen dan penipisan ozon mengakibatkan


penyakit pada saluran pernafasan, sakit dada dan sukar untuk bernafas
 Pencemaran air – Menurut kajian, 14 000 kematian berlaku setiap hari di seluruh
dunia berpunca dari pencemaran air tertutama di negara-negara membangun
seperti India, China dan Benua Afrika
 Pencemaran bunyi – Mengakibatkan hilang pendengaran atau pekak, meningkatkan
tekanan darah, stress dan gangguan pada kualiti tidur
[Baca Juga : 7 Khasiat Tembikai Yang Baik Untuk Tubuh ]
Kesan Kepada Alam Sekitar
Kesan pencemaran terhadap alam sekitar
Kesan pencemaran terhadap alam sekitar sangat meluas, antaranya ialah:

 Pelepasan karbon dioksida yang tinggi di udara dan atmosfera menyebabkan


tumbesaran pokok yang luar biasa
 Jerebu dan asap mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari kepada tumbuh-
tumbuhan dan merosakkan pokok.
 Tanah yang tercemar sudah tidak subur dan tidak sesuai untuk tumbuhan. Ini akan
merosakkan rantaian makanan semulajadi
 Pelepas sulfur dioksida dan nitrogen diokisda oleh kilang-kilang boleh menyebabkan
turunnya hujan asid yang berbahaya pada kulit manusia dan merendakan nilai pH
tanah
 Pembinaan dan kerosakan hutan mengakibatkan kepupusan pelbagai jenis haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem alam
semulajadi

Fakta Pencemaran Alam Sekitar


1. Tiga tempat paling tercemar di dunia ialah Sungai Citarum, Indonesia (pencemaran
air), Hazaribagh, Bangladesh (pencemaran udara) dan Dzershinsk di Rusia
(pencemaran radioaktif)
2. Pencemaran adalah pembunuh nombor satu di dunia dengan memberi kesan
sehingga 100 000 000 orang di seluruh dunia
3. Manusia yang tinggal di kawasan yang tinggi pencemaran udara 20% lebih tinggi
berisiko untuk mati berpunca dari kanser jantung
4. Setiap tahun 1 juta burung laut dan 100 juta mamalia terbunuh disebabkan
pencemaran
5. 80% sisa buangan dan toksin di India dibuang di sungai Ganges
6. Pencemaran bunyi ialah pencemaran yang paling tidak diambil endah oleh manusia
7. Terdapat 500 juta unit kereta di dunia dan pada tahun 20 30 dijangka ia akan
meningkat kepada 1 bilion
8. Kira-kira 1000 kanak-kanak mati di india setiap tahun disebabkan air yang tercemar
9. Antartika ialah kawasan yang paling bersih di Bumi kerana dilindungi dengan
undang-undang anti-pencemaran
10. Pencemaran di China boleh mengakibatkan perubahan cuaca pada seluruh Amerika
sekiranya dipindahkan

Jadi, peliharalah alam sekitar kita. Mulakan dengan langkah yang paling mudah iaitu
membuang sampah ke dalam tong sampah dan mengasingkan sampah mengikut kategori
yang boleh dikitar semula. Moga-moga kita dapat mewariskan bumi yang lebih baik kepada
anak-anak nanti.

Anda mungkin juga menyukai