Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KOMSAS DI SEKOLAH

Oleh Nawi Ismail

Dalam buku Teman Pelajar Kesusasteraan, Hashim Awang mengatakan bahawa melalui bahasa,
kesusasteraan dapat disebarkan dan melalui bahasa jugalah mesej kesusasteraan dapat diikuti oleh
pembaca dengan berkesan. Demikianlah eratnya hubungan antara bahasa dengan kesusasteraan. Oleh
sebab itu, sejak dahulu lagi pelbagai genre kesusasteraan dimanfaatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), khususnya di sekolah.

Sebelum tahun 2000, pelbagai genre kesusasteraan sama ada prosa atau puisi telah digunakan dalam
sesi pembelajaran mata pelajaran BM. Pada era tersebut, sumbernya tidak dinyatakan secara khusus,
seperti sekarang. Ertinya guru BM boleh memilih prosa, terutama cerpen ataupun puisi, khususnya sajak
daripada pelbagai sumber yang difikirkan menarik dan sesuai dengan keupayaan pelajar untuk dijadikan
bahan pengajaran. Walaupun begitu, tidak kurnag pula yang bergantung pada “buku kerja” yang
terdapat di pasaaran untuk mendaptkan bahan pembelajaran.

Era baharu turut membawa pembaharuan, khususnya kepada mata pelajaran teras ini. Mulai tahun
2000 komponen sastera (KOMSAS) diperkenalkan di sekolah menengah. Mulai tarikh itu, pelajar
tingkatan empat dan lima khususnya, dikehendaki mempelajari beberapa genre kesusasteraan daripada
bahan yang sudah pun ditetapkan mengikut zon.

Hasrat untuk mendidik generasi muda supaya gemar membaca merupakan usaha yang wajar
direalisasikan. Hal ini dikatakan demikian kerana tabiat suka membaca penting sekali untuk melahirkan
individu yang berpengetahuan atau bermaklumat. Dengan perkataan lain, tahap pengetahuan seseorang
antara lainnya bergantung pada tahap pembacaan masing-masing. Dari aspek yang lain pula, individu
yang gemar membaca lebih berkeupayaan untuk berfikir dengan cekap berbanding dengan individu lain
yang “culas” membaca. Ucapan individu yang gemar membaca pula lazimnya lebih meyakinkan
pendengar.

*** (Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 7 2018)

Anda mungkin juga menyukai