Anda di halaman 1dari 5

BIL N ILA I DE FI NIS I

1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip rukun negara
2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain
3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan
4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna
5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup
7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain
8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara
9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas
10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan
keluarga terhadap keluarga
14 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi
anggota keluarga layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
15 Mengekalkan tradisi Menerima, menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang
kekeluargaan diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
16 Tanggungjawab terhadap Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
keluarga keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan
menjaga maruah keluarga
17 Menyayangi dan menghargai Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
Alam Sekitar sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
18 Keharmonian antara manusia Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia
dengan alam sekitar dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam
sekeliling terpelihara
BIL N ILA I DE FI NIS I
19 Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup
20 Peka terhadap isu-isu Alam Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan
Sekitar berusaha menyelesaikannya
21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri
22 Taat Setia kepada Raja dan Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
Negara
23 Sanggup berkorban untuk Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti
Negara untuk negara
24 Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
kanak menjamin kehidupan meraka yang sempurna
25 Menghormati Hak Wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan
negara
26 Melindungi hak pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan
sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
27 Menghormati hak golongan Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya
kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan
ciptaan tuhan
28 Melindungi hak pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan
tidak mudah dieksploitasi
29 Mematuhi peraturan dan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
undang-undang ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada
30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan
pembangunan Negara negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan
Malaysia
33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan
kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia
34 Hidup bersama secara aman Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan
budaya
35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat
bekerjasama individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat
BIL N ILA I DE FI NIS I
36 Saling menghormati antara Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin
negara kesejahteraan sejagat
Definisi Nilai Murni

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan
sokongan moral secara tulus ikhlas.

Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,
sumbangan atau pemberian.

Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Hormat

Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menghormati
peraturan institusi social.

Kasih sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam malakukan sesuatu perkara.

Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan
diri dan orang lain.

Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

Anda mungkin juga menyukai