Anda di halaman 1dari 25

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/283318693

PENGAJARAN TULISAN JAWI KAEDAH ZA’BA


DAN MATLOB (r.h): Satu Kajian Perbandingan

Research · October 2015


DOI: 10.13140/RG.2.1.5059.2727

CITATIONS READS

0 1,325

2 authors, including:

Makmur Haji Harun


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
28 PUBLICATIONS 5 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Bugis di Nusantara View project

All content following this page was uploaded by Makmur Haji Harun on 30 October 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGAJARAN TULISAN JAWI KAEDAH ZA’BA
DAN MATLOB (r.h):
Satu Kajian Perbandingan

MAKMUR HAJI HARUN


MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

Kertas Kerja Dibentangkan dalam


Seminar Antarabangsa Pendidikan UPI-UPSI,
Anjuran UPI Bandung - Indonesia dan UPSI Perak - Malaysia

25-26 Jun 2014

0
PENGAJARAN TULISAN JAWI KAEDAH ZA’BA DAN MATLOB (r.h):
Satu Kajian Perbandingan
MAKMUR HAJI HARUN
Email : makmur@fbk.upsi.edu.my
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

MUHAMMAD BUKHARI LUBIS


Email : bohari@fbk.upsi.edu.my
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Abstrak
Za’ba nama panjangnya Zainal Abidin Ahmad, kelahiran 16 September 1895 di Batu
Kikir, Jempol Negeri Sembilan, meninggal dunia 23 Oktober 1973. Nama Za'ba popular
dalam Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kerana ahli akademik dan
penulis gerakan politik Akademik Malaya Agama Islam, juga dikenali sebagai
sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun
1940an. Dan Matlob nama sebenarnya Muhammad @ Mokhtar bin Talib dilahirkan di
Kampung Laut Semerah, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada 5 Julai 1937, meninggal
dunia 6 September 2013. Kedua tokoh ini merupakan pejuang tulisan Jawi yang komited
dan berbakat, Za’ba merupakan pengembang sastera berdasarkan Jawi dengan kaedah
Za’banya, Pak Matlob pula menjadi penulis pelbagai genre tulisan Jawi. Kepelbagaian
buku dan tulisan kedua-dua tokoh ini telah menyumbang pelbagai karya abadi yang
nyata sebagai bukti komitmen mereka memperjuangkan tulisan Jawi tersebut.
Perjuangan mereka dibuktikan dengan melahirkan kaedah pengajaran tersendiri yang
diguna pakai dalam memartabatkan tulisan tersebut. Kaedah mereka terus meluas dan
digunakan ke seluruh wilayah Nusantara bahkan menjadi karya tulisan pengantar
pengajaran dan pembelajaran di pelbagai peringkat sekolah, berpola pengajaran dan
pembelajaran Jawi yang berkesan. Kaedah mereka penuh simbol dan falsafah tersendiri
mencerminkan kekayaan khazanah dan budaya masyarakat Melayu. Mereka berdua
adalah tokoh Jawi yang telah pergi untuk selama-lamanya, tetapi karyanya tetap abadi
sehingga kini. Semoga kajian ini dapat memaparkan analisis mendalam terhadap kaedah
Za’ba dan Matlob sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan tulisan Jawi di Malaysia
khasnya dan di Nusantara amnya, sekali gus mampu menjadi satu wacana ilmu yang
dapat mengungkap kekayaan khazanah warisan Jawi di Alam Melayu.

Kata kunci: Za’ba, Matlob, Tulisan Jawi, Khazanah, Nusantara.

Riwayat Hidup Za’ba dan Matlob (r.h)

Zainal Abidin bin Ahmad atau juga dikenali umum sebagai pendeta Za’ba 1 dilahirkan di
daerah pedalaman di kampung bukit kerdas, batu kikir, negeri sembilan pada tarikh
16 september 1895 dan meninggal dunia pada tarikh 23 oktober 1973. Za’ba merupakan
seorang sasterawan dan pemikir melayu keturunan minangkabau yang giat menulis sekitar
tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan
salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang
terkemuka dalam sejarah malaysia. Za’ba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah
melayu, linggi. Beliau lalu mendapat pendidikan asas islam serta bahasa arab semasa
membesar di kampungnya. Kemudian menyambung pembelajarannya di institusi st. Paul,
seremban dan merupakan orang melayu pertama menduduki peperiksaan senior cambridge
dan lulus dalam peperiksaan pada tahun 1915.

1
Perkataan Za’ba merupakan singkatan dalam Jawinya ‫ زع ب ا‬hal ini seperti singkatan nama HAMKA.

1
Berbekalkan sijil persekolah tersebut, Za’ba diterima memasuki perkhidmatan
pendidikan kolonial sebagai seorang guru. Walaupun begitu, beliau hanya menjadi guru
selama tujuh tahun pada 1916-1923 kerana pemikirannya dianggap progresif oleh pihak
berkuasa. Pemikiran tersebut ditakuti akan mempengaruhi pelajar-pelajarnya di dalam bilik
darjah. Dari tahun 1923 hingga tahun 1947, iaitu empat tahun sebelum bersara, Za’ba bertugas
menjadi pengarang dan penterjemah Melayu. Tugas utamanya ialah untuk menerbitkan buku
teks dan buku bacaan umum sekolah Melayu (Adnan Haji Nawang, 1996: 1).

Di samping itu beliau juga merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati
selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti
beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro
Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris. Za’ba memulakan kerjayanya sebagai guru
sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu, Kuala
Kangsar tahun 1918; Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur tahun1923; Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) Tanjong Malim Perak tahun 1924; Jabatan Maklumat, Singapura tahun
1939 sehingga 1942; Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika tahun 1942; dan Universiti
London tahun 1943 sehingga 1951; dan Universiti Malaya, Singapura tahun 1954 sehingga
1959.

Za’ba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang
penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan
majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pengasuh, dan Pakar Majalah.
Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk ''Bahasa
Pelita'', dan ''Ilmu Mengarang''. Hasil penulisannya yang lain termasuk ''Cerita-cerita
Shakespeare'' yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, di Singapura.

Sedangkan Matlob atau nama sebenarnya Muhammad @ Mokhtar bin Talib


dilahirkan di Kampung Laut Semerah, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada 5 Julai 1937,
meninggal dunia 6 September 2013. Beliau juga dikenali sebagai Pak Matlob berasal dari
keluarga nelayan, bapanya bernama Talib bin Tandang, beliau merupakan anak sulung dalam
keluarga dan merupakan seorang guru mengaji al-Quran, dan ibunya bernama Mariam binti
Hj. Ahmad. Kata “Maṭlūb” dalam bahasa Arab bermaksud “yang dikehendaki”, iaitu gelaran
yang telah diberikan oleh guru agamanya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Lubuk, Batu Pahat pada tahun 1946-1949 sehingga tamat darjah V. Pada tahun 1950
beliau bersekolah pula di Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat. Ketika beliau berusia 15
tahun, telah menerima latihan perguruan di Sekolah Melayu Seri Benut, Johor tahun 1952-
1953. Kemudian menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Tanjong Malim tahun 1954-1956 yang sekarang dikenal dengan nama Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).

Pendidikan awal yang diterimanya di sekolah telah menyuburkan minatnya dalam


bidang penulisan. Beliau sempat mendapat rangsangan daripada Master of Method,
Aminuddin Baki, agar menyelidik dan menghasilkan karya untuk kanak-kanak Melayu yang
kebetulan pada masa itu masih terlalu kurang. Setelah itu, beliau terpilih untuk mengikuti
kursus tambahan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada Mei
1962-Mei 1963. Beliau terus berusaha dengan gigih untuk meningkatkan kelayakan
akademiknya dan melalui pembelajaran secara sendiri, dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) pada tahun 1965.

Beliau kemudian memulakan kariernya menjadi sebagai pensyarah di Kolej


Aminuddin Baki yang menggalakkan beliau menyelidik dan menghasilkan karya untuk
kanak-kanak (Melayu) kerana terlalu kurang buku-buku atau karya-karya tulisan tersebut
untuk kanak-kanak masa itu. Kemudian Matlob menjadi munsyi di Sekolah Convent Batu
Pahat, lalu menjadi Penolong Kanan di Sekolah Menengah Semerah dan kemudian menjadi

2
Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh, Sekolah Kebangsaan Seri Comel,
Sekolah Kebangsaan Parit Sulung, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Persenian.

Matlob masih lagi aktif dalam bidang penulisan meskipun telah lama bersara daripada
kerjaya perguruan sehingga beliau meninggal dunia. Beliau juga meneruskan usaha
memperjuangkan kepentingan dan keperluan tulisan Jawi dengan menganjurkan pelbagai
seminar atau bengkel Jawi di mana sahaja tenaga beliau diperlukan. Oleh itu, melalui tulisan
ini diharapkan semoga komitmen dan kegigihan Za’ba dan Matlob melalui kaedah pengajaran
mereka masing-masing dalam memperjuangkan tulisan Jawi dapat dijadikan sebagai contoh
yang mampu diekspresikan oleh pejuang-pejuang Jawi lainnya dan dapat dikembangluaskan
di Nusantara melalui karya atau tulisan mereka berdua, selain dapat dijadikan sebagai wasilah
pemantapan keilmuan, kepakaran, dan kefahaman tentang khazanah berharga warisan tulisan
Jawi ini.

Sosok Ketokohan Za’ba dan Matlob (r.h)

Perbincangan mengenai sosok ketokohan Za’ba dan Matlob yang telah mereka berdua
turunkan kepada anak bangsa negara ini, terutama sosok pengkaryaan tulisan yang mereka
wariskan di Malaysia khasnya dan Nusantara amnya telah menjadi rujukan, ikutan, dan
pedoman dalam pelbagai keperluan. Antara kisi penting dalam melihat sosok ketokohan
mereka berdua sebagai bukti nyata penampakan sosok sebagai pejuang bangsa dan negara.

Melihat sosok ketokohan Za’ba merupakan tokoh Melayu pertama yang benar-benar
menganalisis sistem ejaan Jawi dari segi prinsip dan segala permasalahannya melalui
tulisannya ”Jawi spelling” (JMBRAS, Jil. IV, 1982: 80-104). Za’ba telah memperkatakan
tulisan Jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidak seragaman ejaan, sistem pemvokalan
dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan
intonasi, perkembangan dan penggunaan abjad-abjad ”‫ي‬,‫و‬,‫”ا‬, penggunaan abjad-abjad ”‫ ء‬,‫”ا‬,
dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Tindakan beliau seterusnya
menerbitkan buku Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949 dimana buku ini banyak
membincangkan kaedah ejaan Jawi dan rumi, selain dibincangkan juga dalam buku nahunya
yang termasyhur iaitu Pelita bahasa Melayu penggal I tahun 1940 (Hashim Musa, 2006: 15).

Sedangkan sosok ketokohan Matlob pula terlihat kukuh dan gigih memegang azam
dalam mengangkat tulisan Jawi sehingga dikenali ramai, sekali gus menjadikan tulisan
tersebut khazanah warisan agung bagi orang Melayu. Perjuangannya yang kuat terhadap
kemajuan tulisan Jawi telah mengalir dalam tubuhnya sehingga memperkuat keazaman
perjuangan baliau melalui pelbagai karya dan tulisan. Hal ini telah menjadi bukti komitmen
berterusan beliau sebagai karya dan kreativiti tulisannya selepas menamatkan pelajarannya
dari SITC.

Tulisan Matlob dalam bentuk rencana yang menggarap pelbagai bidang terutama
pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial, tersiar di pelbagai akhbar dan majalah
tanah air. Karya pertama beliau dimuat dalam Utusan kanak-kanak dan Tunas pada tahun
1953. Beliau juga menulis skrip drama pentas, seperti “Mekarlah Mawar–Mekarlah Harapan”
sempat dipentaskan di panggung Cathay di Muar pada tarikh 28 Mei 1965, “Batu Belah Batu
Bersemah” iaitu tablo yang membabitkan 252 orang pelakon yang dipentaskan pada tarikh 5
Jun 1975, dan istiadat bersanding Johor untuk program Pesta Permainan Tradisional ke-6 pada
tarikh 6 November 1976.

Bermula dari situlah, beliau juga telah menghasilkan lebih banyak tulisan termasuk
cerpen dan buku. Selain itu, ada juga tulisannya yang tersiar dalam ruangan Mari berfikir
dalam Utusan kanak-kanak (Januari 1959–1961), Taman kanak-kanak dan Ruangan pelajar
dalam akhbar Mingguan Malaysia (1965–1967), Taman sains dalam Utusan pelajar
3
(1971-1984), Mingguan pelajar dan Gedung ilmu dalam akhbar Berita minggu (1984-1988),
Ruangan pembaca muda dalam akhbar Utusan Melayu (1989-1990), di mana karya-karya
tulisan tersebut dapat mendekatkan beliau kepada kanak-kanak. Dan beliau juga merupakan
mantan Ketua Unit Pendidikan Jawi dalam Utusan Melayu (1993-1997). Pada bulan Mei 2001
hingga 2013, Matlob juga telah menjadi penulis di ruangan Pintar Jawi dalam Berita Minggu.

Menurut Johan Jaaffar, melalui tulisan beliau dapat membuka cakerawala baru bahasa
dan sastera Melayu. Kami diperkenalkan dengan cerita rakyat dari Pak Pandir hingga Si
Luncai, cerita teladan seperti Batu belah batu bertangkup dan Si Tenggang, fantasi Malim
Dewa dan Malim Deman, juga khazanah puisi Melayu seperti pantun, syair, gurindam dan
seloka. Beliau sendiri seorang penulis terkenal pada masa itu – menulis cerita kanak-kanak,
cerpen, sajak, drama, dan rencana. Beliau juga mengendalikan pelbagai ruangan di akhbar
sejak awal tahun 60-an lagi, antaranya ‘Mari berfikir’ di Utusan Kanak-Kanak, Singapura,
‘Ruangan pelajar’ di Mingguan Malaysia, ‘Taman sains’ di Utusan Pelajar, ‘Sudut pencari
ilmu’ di Berita Harian, Singapura dan lain-lain. Beliau dianggap sebagai munsyi bahasa
terakhir kerana peranan beliau dianggap ‘pandai Jawi’ (istilah untuk munsyi atau pakar tulisan
Jawi) yang bukan saja menjadi sumber rujukan pelbagai pihak bahkan termasuk menjadi
pakar rujuk ejaan Jawi baru Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kemudiannya. Pada ketika itu,
beliau juga menjadi penasihat pada percetakan Pustaka Nasional, Singapura. Pendeknya
Matlob yang mengajar beliau di SMS itu bukan sebarangan guru.

Kemudian Johan menyatakan juga, Matlob juga telah mengasaskan Persatuan Penulis
Sekolah Menengah Semerah pada tahun 1967 bersama-sama Cikgu Ismail Adnan. Beliau
percaya itu merupakan persatuan penulis pertama diwujudkan di mana-mana sekolah di
Malaysia. Beliau merupakan salah seorang ahli persatuan itu. Beberapa orang ahlinya telah
mencipta nama dalam bidang penulisan walaupun tidak bertahan lama, di antaranya M.
Hanafiah A Samad, Saerah Atan, Noraini Md Lassim, dan Rahimah Md Yassin. Beliau pernah
membawa kami menyaksikan ‘Malam Memperingati Jymy Asmara’ salah seorang tokoh
Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) di DBP pada bulan Mac 1970.

Dalam pernyataan lain pula, bahawa apa yang unik mengenai Matlob ialah beliau
tidak pernah menggunakan buku teks yang ditetapkan oleh kementerian. Beliau menggunakan
buku sendiri, yang dihasilkan dan diedarkan secara percuma kepada pelajar. Buku-buku itu
unik kerana kandungannya disesuaikan untuk keperluan murid. Beliau masih ingat ketika
beliau memperkenalkan pada kami istilah ‘lokarindam’ (gandingan ‘seloka’ dan ‘gurindam’
bagi membawa maksud ‘runs’ atau rangkap puisi dalam teks sastera lama. Beliau harus
mengakui bahawa beliau banyak mempengaruhi pembentukan BM saya. Beliau banyak
menegur kecenderungannya ‘menterjemah’ konsep atau idea dari BI. Menurut beliau, ia harus
berfikir dalam BM dan ‘menjadi orang Melayu’ apabila menulis dalam BM, begitulah
sebaliknya.

Beliau juga sangat menekankan segi pentingnya membuat karangan dan


meringkaskan karangan kerana bahasa yang baik bermula dari kepandaian tersebut. Beliau
mendapat asas yang kukuh dalam BM melalui tunjuk ajar beliau. Beliau terhutang budi kerana
beliau memperkenalkan kepadanya makna penguasaan bahasa sebenar. Dan tentang menulis,
juga menjadi sebagai satu seni dan kemahiran. Beliau sendiri banyak membantu untuk
menerbitkan karyanya di ruangan-ruangan beliau kelolakan. Malah dalam usia sangat muda,
dua buah novel kanak-kanak beliau, Api di tanah perkuburan dan Misteri pulau batu telah
diterbitkan oleh Pustaka Nasional, hasil suntingan beliau.

Selain itu, beliau juga aktif dalam pelbagai organisasi dan persatuan, beliau
merupakan mantan ketua Unit Pendidikan Jawi dalam akhbar Utusan Melayu (1993-1997).
Kemudian sejak bulan Mei 2001, Matlob telah banyak menulis di ruangan “Pintar Jawi”
dalam akhbar Berita Minggu. Beliau juga menjadi pengerusi Persatuan Peminat Bahasa dan
4
Penulis Muar (PPPBPM) bersama Salleh Kasmin (Salmin). Kemudian menjadi ahli Persatuan
Penulis Johor (PPJ). Lalu menjadi ahli dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(GAPENA), beliau juga pernah membentangkan kertas kerja bertajuk “Books for Children
and The Young Ones” di Kuala Lumpur, pada bulan Disember 1975. Pendek kata bahawa
beliau telah menulis sejak tahun 1953 dengan kebanyakannya novel kanak-kanak dan remaja
serta buku berkaitan tulisan Jawi yang diperjuangkan oleh beliau semenjak tahun 1983
sehinggalah pada usianya ke-76 tahun, dibantu seorang anaknya Fikri 41 tahun, bahkan masih
lagi tekun dengan usahanya memartabatkan warisan bangsa itu dalam pelbagai cara sehingga
ke akhir hayatnya dapat menghasilkan 11 novel remaja, 107 kanak-kanak, 30 umum, dan
sehingga jumlah keseluruhannya mencapai 419 buah karya.

Karya Peninggalan Za’ba dan Matlob (r.h)


Ada pelbagai pedoman tulisan yang telah Za’ba dan Matlob wariskan kepada bangsa dan
negara ini, terutama karya tulisan warisan Jawi di Malaysia khasnya dan Nusantara amnya
yang menjadi rujukan dan panduan dalam pelbagai macam situasi yang ada. Antara perincian
sumbangan mereka sebagai bukti kesungguhan mereka berdua dalam menghasilkan
pembentukan jati diri orang Melayu sebagai anak jati bangsa ini.

Za’ba tercatat dalam senarai penulis Melayu yang terawal yang telah meninggalkan
beberapa karya tulisan seperti Pelita bahasa Melayu penggal I (1940) dan Daftar ejaan
Melayu Jawi-Rumi (1949). Pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka,
di mana Awang Mohd. Amin telah membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul
Satu kajian terhadap kaedah ejaan Jawi Za’ba dengan tujuan “…untuk mencari data itu akan
dipergunakan sebagai asas untuk menyempurnakan ejaan tersebut iaitu sebelum ia diajarkan
kepada pelajar-pelajar khasnya dan orang ramai amnya”. Hasil kajian itu telah dibahaskan
oleh Raja Mukhtarudidin Raja Mohd. Dain dengan artikelnya Laporan tentang satu kajian
kaedah ejaan Melayu Za’ba yang dibuat oleh Awang Mohd. Amin dan Hamdan Hj. Abdul
Rahman dalam artikelnya Sistem ejaan Jawi bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masa
depan dalam satu bengkel yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Februari
1982 (Hashim Musa, 2006: 17).

Za’ba pernah merancang untuk menyusun kamus tetapi rancangan beliau tersebut
tidak dapat diwujudkan sampai beliau meninggal dunia. Sementara dalam penyusunan Daftar
ejaan Melayu Jawi-Rumi, beliau menghadapi banyak masalah dari sudut ejaan kata-kata
Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini disebabkan pada masa itu belum ada
pedoman ejaan Jawi yang dapat dijadikan panduan. Oleh itu, beliau terpaksa menyusun
Kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi. Sebelum beliau menyusun kaedah ejaan ini untuk
buku beliau Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk
Rahsia tulisan Jawi yang terbit pada tahun 1931 (Amat Johari Moain, 1996: 80).

Kemudian pada tahun 1940, beliau menerbitkan satu buku lagi yakni Kitab pelita
bahasa Melayu penggal II, kaedah mengeja Jawi juga dimasukkan dalam buku tersebut,
dimasukkan pada bahagian awal buku tersebut. Dan karya beliau yang lain disusuli juga Kitab
pelita bahasa Melayu penggal III, dan karya terpenting beliau adalah penggal I kerana yang
lainnya merupakan latihan-latihan lanjutan tentang nahu Melayu yang dihuraikannya (Asmah
Hj. omar, 1978: 151).

Sementara Matlob memiliki pelbagai tulisan yang juga menjadi warisan khazanah
kepada anak negeri ini, terutama karya kanak-kanak dan remaja yang menjadi rujukan dan
panduan dalam pelbagai genre masyarakat Melayu. Antara sumbangan beliau sebagai bukti
kegigihannya dalam menghasilkan karya-karya berkualiti hasil anak bangsa. Antara karya
beliau mengenai kanak-kanak yakni seperti Siri kanak-kanak, Sains kanak-kanak, Cerita Mat
Kancil, Kanak-anak pekerja, Novel kanak-kanak, Moral, Srikandi, Cerita warisan, Cerita

5
popular kanak-kanak, Jenaka Pak Pandir, Cerita dan Cerpen kanak-kanak, Bacaan sastera,
Cerita kanak-kanak Indonesia (penulisan semula), Bacaan anak-anak kecil, Kajian sastera
kanak-kanak, dan Buku TABIKA.

Selain novel kanak-kanak, sumbangan Matlob dalam karya novel remaja juga menjadi
pelengkap karya beliau ditambah lagi pelbagai tulisan dan karya lain yang telah
disumbangkan kepada anak remaja negara ini, terutama anak-anak remaja yang mulai
mengharungi kehidupan baru mereka sebelum menginjak dewasa, hal ini dapat dijadikan
sebagai panutan dan ikutan dalam pelbagai macam keadaan. Antara sumbangan beliau dalam
karya novel remaja, seperti berikut: Lanun di bukit kapal, Surat rahsia, Hantu-hantu laut,
Anjing polis, Siapa jadi johan, Orang halus bukit Titiwangsa, Pemancing udang galah,
Rahsia hospital buta, Rahsia pulatala, Pakcik mat renjer, dan Jerung hitam.

Matlob memang sangat berbakat dalam menulis, selain karya-karya beliau mengenai
kanak-kanak dan remaja, beliau juga ada menghasilkan pelbagai bentuk tulisan dan karya
yang telah disumbangkan kepada masyarakat negara ini, terutama karya dalam
memartabatkan tulisan Jawi sebagai buku pengajaran dan pembelajaran yang sangat berguna.
Antara sumbangan beliau dalam pelbagai kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia khasnya
dan di Nusantara amnya, seperti karya Penceritaan semula, Antologi cerpen, Cerita klasik,
Siri pahlawan, Cerita rakyat, Cerita klasik Negara, Kisah silam, Pugar, Inilah cerita, Alam
rimba, Cagar alam, Bacaan permulaan pertama, Bacaan permulaan kedua, dan Siri bacaan
(Contoh buku-buku Matlob dalam pelbagai tajuk dapat dilihat dalam LAMPIRAN,
Gambar 7).

Komitmen Za’ba dan Matlob (r.h) dalam Memartabatkan Tulisan Jawi

Perinsip dan komitmen penulisan yang telah ditunjukkan oleh Za’ba dan Matlob telah
mengangkat nama mereka berdua di negara ini, terutama komitmen pengkaryaan tulisan Jawi
yang telah mereka warisi sebagai karya agung yang dapat dirujuk dan dipelajari dalam
pelbagai macam keperluan terutama proses pengajran dan pembelajaran. Antara hal penting
dalam melihat komitmen mereka berdua sebagai bukti nyata terhadap masyarakat Melayu dan
sekali gus penyumbang penting warisan bangsa dan negara ini.

Sebagai komitmen dan kesungguhan Za’ba dalam memperjuangkan tulisan Jawi dapat
dilihat melalui pandangan-pandangan beliau dalam perkembangan sistem ejaan Jawi dari
masa ke masa. Sebagai contoh Za’ba pernah mengatakan bahawa dalam abad-abad ke-16
hingga 17 M., sistem ejaan Jawi yang lebih baku mengurangkan penggunaan abjad-abjad alif,
wau, dan ya yang banyak digunakan sebagai sistem pemvokalan seperti yang terdapat dalam
tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu dan sebaliknya menggunakan lebih banyak
sistem baris (Za’ba, 1928: 82). Kata Za’ba lagi, bahawa ini membuktikan penulis atau
penyalin pada masa-masa itu sentiasa tergambar dalam fikiran mereka sistem pemvokalan
secara baris dalam ejaan Jawi.

Kebenaran kenyataan Za’ba ini boleh dibuktikan oleh sistem ejaan Jawi yang ada
pada batu nisan Ahmad Majnun yang tertulis di atasnya bertarikh 802 H./1467-1468 M., yakni
merupakan teks Jawi yang kedua tertua pernah dijumpai selepas Batu Bersurat Terengganu.
Batu nisan ini seperti yang telah dihuraikan dalam Bab Tiga, mempunyai inskripsi pada setiap
empat penampangnya, iaitu pada dua penampangnya tertulis bahasa Melayu dalam skrip
Kawi, manakala pada dua penampang lagi tertulis bahasa Melayu dalam skrip Jawi. Halaman
berikutnya diperturunkan gambar skrip Jawi yang ada pada dua penampang batu nisan
tersebut. Tulisan pada kedua-dua penampang ini jelas menujukkan yang tulisan ini sama
(Hashim Musa, 2006: 36).

6
Sebagai bukti lain yang dapat menunjukkan keteguhan Za’ba (1940: 143) dalam
memperjuangkan tulisan Jawi terbukti ketika beliau pernah menyatakan bahawa sistem ejaan
Jawi yang digunakan oleh Raja Ali Haji merupakan ”...a strange mixture of modern and his
own... ” terutamanya apabila beliau menggunakan tanda i’rab (baris) Arab secara terbalik atau
diubahsuaikan untuk menandakan sebutan dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini abjad Jawi
yang disenaraikan terdiri daripada 22 abjad, iaitu yang dinamakan ”huruf-huruf yang terpakai
dalam bahasa Melayu” iaitu ‫ث‬,‫ى‬,‫ء‬,‫ال‬,‫ه‬,‫و‬,‫ن‬,‫م‬,‫ل‬,‫ك‬,‫ڬ‬,‫ق‬,‫ڤ‬,‫ݞ‬,‫س‬,‫ذ‬,‫ر‬,‫چ‬,‫ج‬,‫ت‬,‫ب‬,‫ا‬. Tiga abjad iaitu ‫ي‬,‫و‬,‫ا‬
dinamakan huruf saksi (vokal), manakala yang lain dinamakan sebagai huruf benar. Abjad
lam alif dinamakan huruf jadi, abjad hamzah pula dinamakan huruf tanda sebagai pengganti
alif pada tengah kata dan pengganti abjad qof pada akhir kata (Hashim Musa, 2006: 160-164).

Sementara komitmen dan kegigihan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi telah
diakui oleh ramai orang, masyarakat, dan para peminatnya melalui pelbagai karya buku beliau
ini melalui peranannya bermula sebagai guru tulisan Jawi di sekolah tempat beliau mengajar.
Menurut Johan Jaaffar, bahawa “Bagi kami yang belajar di Peserian Primary English School,
Semerah, Batu Pahat, Johor pada tahun-tahun 60-an, tidak mudah untuk menguasai Bahasa
Melayu (BM). BM diajar sebagai sampingan dan tidak diwajibkan”. Menurutnya, suatu ketika
tulisan Jawi sangat terkenal, malah pernah menjadi tulisan rasmi bagi negeri Melayu Tidak
Bersekutu sewaktu penguasaan British, tetapi kini keadaan adalah sebaliknya, malah
pengaruhnya dilihat semakin pudar. Cuma masih tinggal beberapa negeri yang berusaha
mempertahankannya, misalnya melalui penggunaan papan tanda serta urusan membabitkan
agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis,
dan Terengganu.

Hal ini atas kesedaran memperjuangkan tulisan Jawi agar tidak hilang ditelan zaman,
maka Matlob memberikan ceramah dan kursus Jawi sehingga dapat menghasilkan sebuah
buku bertajuk Kalendar satu abad (1951-2050) Masihi-Hijrah-Cina-Jawa. Sebab sejak
Darjah Satunya beliau, kami hanya didendangkan kisah-kisah menawan dari Aesop Fables,
cerita kanak-kanak Inggeris yang memukau dan nursery rhymes lagi memikat. Kami
dimaklumkan tentang kisah kehebatan seorang pengarang drama Inggeris bernama William
Shakespeare. Pada masa sama, banyak novelis dan penyair Inggeris kami kenal. Sehinggalah
muncul Cikgu Mokhtar bin Talib atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Matlob’ dalam
hidup kami. Apabila kami berpindah ke Sekolah Menengah Semerah (SMS) dalam aliran
Inggeris (sekolah itu mempunyai dua aliran ketika itu) pada tahun 1966 beliau mengajar di
Sekolah Convent Batu Pahat. Beliau mula mengajar BM di SMS pada tahun 1967.

Johan Jaaffar menyatakan juga bahawa “Negeri kehidupan beliau dipenuhi dengan
perjuangan memartabatkan sastera dan bahasa. Beliau tokoh terbilang memperkasakan tulisan
Jawi. Walau begitu berat, walau begitu sarat dayung perjuangan tetap di tangannya
mempertahankan warisan bangsa”. Kemudian beliau menyatakan juga bahawa ia beruntung
kerana berkesempatan belajar BM daripada Allahyarham Cikgu Mokhtar bin Talib atau Pak
Matlob. Tokoh bahasa dan sastera ini meninggal dunia pada hari Jumaat baru lalu, berusia 76
tahun. Negara kehilangan munsyi bahasa yang terakhir. Saya melalui ‘Sistem Matlob’ untuk
BM dan ‘Sistem Master Ismail’ untuk BI. Seperti Matlob, Cikgu Ismail Omar (guru BI
dipanggil ‘Master’), seorang guru bahasa yang baik, berdedikasi dan tegas. Ismail pernah
menjadi guru besar di Peserian Primary English School di Semerah, Batu Pahat. Beliau tidak
berkompromi dalam soal bahasa. Bagi anak kampung yang mengetahui hanya tiga perkataan
BI sewaktu masuk ke sekolah, beliau harus belajar lebih kuat berbanding dengan
kawan-kawannya. Kedua-duanya percaya pada fahaman ‘kesalahan sifar’ dalam bahasa.

Untuk mata pelajaran BM, Matlob menekankan kepentingan nahu. Bahasa bukan
bahasa namanya jikalau prinsip nahu tidak dihormati. Soal perbendaharaan kata, stail, gaya
dan lain-lain boleh dikemudiankan. Beliau memberikan penekanan pada tatabahasa Melayu

7
dan penggunaan sehariannya. Perkara ini membabitkan aspek morfologi dan sintaksis. Kami
diajar tentang keperluan memahami asas tatabahasa secara tuntas. Bahasa akan rosak jikalau
tatabahasa tidak dipatuhi, beliau akan memberikan penekanan pada pelbagai aspek tatabahasa
serta kesalahan umum yang dilakukan oleh pelajar. Beliau memberikan penekanan pada aspek
membaca bahan bukan teks. Setiap pelajar diwajibkan membaca karya sastera dalam pelbagai
cabang – novel, cerpen, drama, sajak, syair dan lain-lain.

Seperti juga Ismail yang menggalakkan pelajar menghayati nursery rhymes yang
popular dalam tradisi sastera Inggeris, Matlob mengajak pelajarnya mengenal sajak, syair,
gurindam dan lain-lain. Kedua-duanya melihat perlunya pelajar memahami bagaimana
indahnya bahasa dalam karya-karya sedemikian. Novel dan cerpen pula digunakan untuk
mengenal lenggok dan gaya bahasa. Beliau menggubah sukatan pelajaran lebih bebas dan
anjal, para guru tidak perlu menganggap buku teks sebagai kitab mutlak. Pada ketika itu juga
di pasaran tidak dibanjiri oleh buku kerja yang pada akhirnya menjadi bahan pergantungan
utama guru-guru.

Selanjutnya pernyataan yang lain, bahawa “Tentu tidak mudah mengembalikan


‘Kaedah Matlob’ atau ‘Master Ismail’ dalam sistem pembelajaran BM dan BI hari ini. etapi
ada baiknya sebahagian amalan mereka itu digunapakai. Hal ini bagi mempastikan
penggunaan bahasa yang lebih baik, betul dan tepat. Matlob juga dianggap ‘pandai Jawi’,
bermakna beliau pakar tulisan Jawi. Sewaktu saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan
Utusan Melayu (1992-1998) beliau pernah dilantik sebagai penasihat Jawi untuk akhbar
Utusan Melayu dalam tulisan jawi. Sayangnya akhbar itu sudah dihentikan penerbitan
hariannya mulai tahun 2002 setelah 63 tahun di pasaran (bermula tahun 1939). Ejaan Jawi
nampaknya tidak ada tempat di tengah masyarakat Melayu/Islam di negara ini.

Matlob juga menjadi salah seorang perunding Jawi apabila DBP melaksanakan ejaan
Jawi baharu. Bagi beliau, tulisan Jawi teras dan roh orang Melayu/Islam. Tulisan itu
mendekatkan kita pada tulisan Arab di dalam al-Quran. Bagi beliau adalah menjadi
tanggungjawab setiap orang Melayu/Islam untuk menguasai tulisan yang satu masa dahulu
menjadi tulisan rasmi kesusasteraan, diplomasi, dan perdagangan di rantau ini. Setelah itu
beliau juga tidak pernah berhenti berjuang agar tulisan Jawi tetap hidup sepanjang hayat,
dibuktikan dengan kerja kerasnya telah meminta Kementerian Pendidikan Malaysia
mengambil langkah lebih proaktif untuk memperkasa tulisan berkenaan dikalangan pendidik
dan pelajar.

Sementara itu, Matlob pernah memberikan satu solusi di mana beliau berkata, “Antara
langkah yang boleh dilaksanakan dalam memperkasa tulisan Jawi adalah menganjurkan
kursus khas untuk guru bagi menguasai dan mempelajari kaedah mengajar tulisan tersebut
dengan baik. Langkah ini kata beliau perlu dilaksanakan bagi memartabat dan memperkasa
lagi tulisan Jawi yang semakin hilang dikalangan masyarakat negara ini khususnya kaum
Melayu,” Kemudian beliau berkata, “Kursus intensif itu mampu melahirkan tenaga pengajar
yang mampu mengajarkan tulisan tersebut dengan baik dan berkesan”. Malah, beliau sendiri
telah menghasilkan 20 judul buku panduan mengajar tulisan Jawi yang sesuai digunakan oleh
guru sejak lima tahun di penghujung hayatnya dan 15 daripadanya memberi penekanan
kepada cara pembacaan Jawi untuk kanak-kanak.

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan buku mengenai modul Pintar Jawi yang
memberi penekanan kepada Pandai Jawi dan Pandai Khat. Perjuangan beliau sudah bermula
ketika menjadi guru pada 1963 iaitu ketika mengajar di Sekolah Convent Batu Pahat dengan
mengajar cara membaca dan menulis tulisan Jawi kepada murid-murid yang buta Jawi pada
waktu rehat secara sukarela. Setelah bersara sebagai guru, beliau secara aktif
memperjuangkan tulisan tersebut dengan menyertai syarikat akhbar Utusan Melayu dan
Utusan Zaman sebagai Pengarang Pendidikan mulai tahun 1993. Dalam tempoh itu,

8
kedua-dua akhbar yang menggunakan tulisan Jawi itu telah diberi nafas baru dengan
mewujudkan ruangan khas, antaranya program Jawi Arab Amali untuk pembaca muda, iaitu
memberikan pedoman mengenai cara menulis khat dan bahasa Arab. Beliau juga
mengelolakan ruangan belajar Jawi, pandai Jawi dan belajar Jawi dalam akhbar Utusan
Malaysia, bertujuan memberikan pendedahan mengenai sistem ejaan Jawi mutakhir dan
membantu meningkatkan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan pembaca.

Menurut Zulkifli Abdullah, bahawa Matlob juga telah digelari sebagai pejuang sejati
perkembangan tulisan Jawi kerana banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan
majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di
Utusan Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun, lepasan Maktab
Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan Maktab Perguruan
Bahasa, Lembah Pantai yang memulakan karya penulisan untuk kanak-kanak pada tahun
1953. Dan dikatakan juga bahawa beliau yang pada beberapa tahun terakhirnya sebelum
kepergiannya banyak menyumbangkan tulisan dan membantu penerbitan Utusan Melayu
Mingguan. Kegigihan beliau sehingga tahun-tahun terakhir kehidupannya memperjuangkan
tulisan warisan orang Melayu itu terbukti apabila sanggup datang dari Semerah ke Ibu Pejabat
Utusan Melayu di Kuala Lumpur untuk menghantar sendiri hasil karyanya kepada akhbar
Jawi Utusan Melayu Mingguan. Beliau membuktikan juga terhadap kecintaannya kepada
tulisan Jawi jelas tergambar apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri sebagai hadiah
pertandingan tulisan Jawi yang dianjurkannya dengan kerjasama akhbar tersebut.

Di samping itu, beliau berpengalaman luas dalam disiplin tulisan Jawi


mengetengahkan beberapa ilmu dan petua melalui karyanya yang ke-400 itu. Beliau
menyatakan "Saya menghasilkan buku ini untuk tatapan dan bekalan generasi baru agar ilmu
orang tua tidak hilang, bahkan dapat diwarisi secara turun-temurun". Bahkan buku Kalendar
satu abad bukan kalendar biasa, kerana ia dapat digunakan untuk menjejaki tarikh peristiwa
yang berpuluh-puluh tahun lalu dan dapat melakukan ramalan pada waktu akan datang
sehingga 2050. Walaupun buku itu kelihatan ringkas, namun banyak kegunaannya termasuk
dapat melakukan ramalan terhadap jodoh melalui kaedah abjad Jawi yang tidak diperoleh
melalui kursus di mana-mana sekalipun. Turut dimuatkan panduan kalendar tahun Jawa dan
Cina sebagai pengetahuan am yang dikaitkan bersama beberapa tokoh dunia supaya pembaca
dapat memahami lebih jelas maksud disampaikan buku tersebut. Sebetulnya "buku” ini
dihasilkan dengan tujuan utamanya untuk mengembangkan tulisan Jawi secara praktik selepas
mendapat maklum balas daripada generasi muda ketika beliau mengendalikan kursus Jawi.

Melalui pelbagai karya, kemudian beliau pernah menyatakan bahawa "Selepas


mendapat ilham daripada ceramah tulisan Jawi, saya mencuba menghasilkan buku ini dalam
tempoh dua tahun." Menurutnya, buku terbabit yang turut mengandungi rumus dengan huruf
Jawi, rumus jodoh, rumus menang kalah, dan rumus bintang sangat berguna bagi meluaskan
pengetahuan generasi masa kini.” Beliau menyatakan lagi, bahawa "Secara manusiawi setiap
orang berkeinginan untuk mengetahui hal diri sendiri atau individu pilihan hati. Begitu juga
secara psikologi manusia mahu tahu masa depannya walaupun pada hakikatnya rahsia itu
tidak pernah dapat dicapai oleh manusia kerana ia merupakan ilmu Allah SWT. Oleh itu,
dengan segala ilmu, pengalaman dan angan-angan, manusia merumuskan pelbagai kesimpulan
sendiri terhadap hal yang sebenarnya Allah saja yang Maha Mengetahui hakikatnya," katanya
lagi, bahawa “Rumus ramal adalah permainan akal manusia yang keupayaannya amat terbatas
dan ia tidak salah selama manusia sedar yang kesimpulan rumus itu bukanlah sesuatu hakiki.
Selain itu, ia mungkin boleh menjadi ubat mujarab bagi manusia yang kehilangan diri sendiri
dalam mencari dirinya di alam nyata ini," katanya lagi sambil menegaskan bahawa “Abjad
Jawi bukannya sembarangan, malah ada penjaga atau khadamnya.”

Selain kenyataan di atas, ada kisah menarik lainnya diceritakan sebagai bukti nyata
kegigihan Matlob dalam memperjuangkan tulisan Jawi. Hal ini dialami sendiri oleh

9
Muhammad Bukhari Lubis dalam dua hal yakni Pertama, “Beliau pernah bermati-matian
akan menerbitkan akhbar bertulisan Jawi sehingga pernah suatu ketika beliau datang
berkali-kali ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk berbincang dengan saya.
Selain beliau juga menyerahkan satu bayangan (dami) akhbar berkenaan yang berwarna-warni
tertera gambar bekas Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman. Bahkan
sampai satu peringkat kerana ketiadaan dana sehingga saya membelanjakan sendiri ratusan
ringgit untuk menyelesaikan pembayang (dami) tersebut seperti apa yang diminta oleh beliau,
kerana hal ini beliau pernah meminta derma beribu ringgit untuk diberikan kepada pakar seni
untuk menyediakan lay-out akhbar berkenaan.”

Kedua, tiga atau empat bulan sebelum beliau meninggal dunia, Matlob ada mendesak
Muhammad Bukhari Lubis untuk menyediakan esei ringkas tentang asal perkataan Jawi,
untuk dimasukkan ke dalam sebuah akhbar Jawi yang bakal diterbitkan. Menurut Matlob lagi,
beliau sudah pun menetapkan tarikh temu janji dengan ketua pengarah DBP Kuala Lumpur,
Datuk Dr. Awang Sarian untuk mengusahakan kerjasama penerbitan akhbar Jawi yang
dicadangkan itu. Akhirnya, esei tersebut dapat ditulis, namun kita hanya mengurus dan
merancang, Allah juga yang mentadbir dan menetukan sehingga rancangan suci tersebut
hanyalah tinggal kenangan. Walau bagaimanapun, kitalah yang perlu berusaha sekuat tenaga,
dan terus berusaha agar akhbar Jawi dapat terlaksana dengan baik seperti apa yang telah
beliau perjuangkan selama ini.

Seterusnya berikut bukti nyata kesungguhan Matlob dalam memartabatkan tulisan


Jawi yang boleh dilihat melalui karya buku-buku beliau sebagai bukti perjuangan dan
kegigihannya dalam mengangkat tulisan tersebut sehingga ke penghujungnya. Antara karya
tersebut seperti Mari mengenal, Jawi rendah, Bacaan Jawi, Bimbingan anak-anak (Jawi),
Ilmu Jawi, Alam dan manusia (Jawi), Asuhan Islamiah (Jawi), Klasik pilihan (Jawi), dan
Cerita teladan (Jawi) (Contoh buku-buku beliau jenis karya ini boleh dilihat dalam
LAMPIRAN, Gambar 6).

Pengiktirafan dan Penghargaan Za’ba dan Matlob (r.h)

Perinsip dan komitmen penulisan yang telah ditunjukkan oleh Za’ba dan Matlob telah
mengangkat nama mereka berdua di negara ini, terutama komitmen pengkaryaan tulisan Jawi
yang telah mereka warisi sebagai karya yang dapat dirujuk dan dipelajari dalam pelbagai
macam keperluan terutama proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi
tertentu. Antara hal penting dalam melihat komitmen mereka berdua sebagai bakti nyata
terhadap masyarakat Melayu dan sekali gus penerus atau penyumbang tulisan Jawi bagi
warisan bangsa dan negara ini.

Untuk melihat pengiktirafan dan penghargaan Za’ba dalam mempertahankan bidang


Jawi pernah dilaksankan satu bengkel yang membincang segala permasalahan tulisan Jawi ini,
dan sebagai kesan daripada perbincangan dalam bengkel tersebut, satu jawatankuasa ejaan
Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka telah dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada
pada masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi Za’ba) dan memperkemasnya. Hakikat ini
ditegaskan oleh pengerusinya Hamdan Hj. Abdul Rahman, iaitu tugas jawatankuasa itu
“... mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada,
menjelaskan yang kabur, dan mengemaskan yang longgar ... (jadi) yang (akan) dihasilkan
hanyalah sistem ejaan Jawi Za’ba yang diperkemaskan dan dinyatakan semula dengan
perkataan baru” (Hamdan Hj. Abdul Rahman, 1984: 1).

Sebagai hasil daripada usaha jawatankuasa itu, maka pada tahun 1986, Dewan Bahasa
dan Pustaka telah menerbitkan buku Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan (EJYD) yang
mengikut keterangan dalam prakata buku itu “ ...risalah ini terkandung kaedah–kaedah ejaan
Jawi yang telah disemak daripada buku Daftar ejaan Jawi–Rumi Za’ba (1949)... tidak banyak
10
perubahan dilakukan... di antara perkara baru yang diperkatakan ialah konsonan untuk
melambangkan huruf v dalam tulisan Rumi ...penulisan imbuhan –an, –i diseragamkan...
kaedah penulisan kata ulang dan nama gelaran, singkatan, dan akronim”. Buku ini
mengandungi tiga bab iaitu tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf, dan cara
kaedah mengeja Jawi (Salah satu contoh buku yang mengupas beliau dapat dilihat dalam
LAMPIRAN, Gambar 5).

Pengiktirafan lain sebagai tanda perjuangan Za’ba dalam mengangkat tulisan


Jawi-Rumi, di mana pada tahun 1988 Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan pula buku
Daftar ejaan Rumi-Jawi yang memuatkan “... perbendaharaan kata dasar umum bahasa
Malaysia, termasuklah kata pinjaman umum bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa
Inggeris, dan lain-lain. Kata-kata ini disusun menurut abjad rumi dan padanan Jawi diberikan
disebelahnya”. Kaedah ejaan Jawi yang digunakannya berdasarkan buku Pedoman ejaan Jawi
yang disempurnakan (EJYD).

Mengenai Matlob pula ada beberapa pengiktirafan yang telah diterima oleh beliau
selama bergelar sebagai pejuang tulisan Jawi, hal ini untuk menghargai perjuangan beliau
tersebut. Penghargaan itu telah membuka mata semua pihak untuk melihat betapa mulianya
kerja-kerja beliau dalam memartabatkan tulisan Jawi tersebut sebagai khazanah dan budaya
orang Melayu sepanjang zaman. Pengiktirafan dan penghargaan ini juga merupakan asas
penting yang menjadi pemacu bagi diri Matlob untuk menghasilkan karya dan tulisan lainnya
yang lebih baik lagi berkualiti.

Kerja dan usaha tersebut juga telah membuktikan peranan Matlob yang sangat besar
dalam dunia penulisan Jawi di Nusantara. Adapun contoh pengiktirafan yang telah diterima
beliau adalah anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Budaya Johor, menjadi pengelola
ruangan Jawi di Harian Metro dan Berita Harian. Selain itu, Matlob juga pernah dipilih
sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera
Darul Ta'zim Ketujuh dimana ini sebagai anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan
sumbangan tulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan
antarabangsa. Anugerah tersebut melayakkan beliau menerima wang tunai RM 7,000 yang
disampaikan oleh Menteri Besar Johor masa itu, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Baharu.

Matlob juga pernah menerima hadiah Sastera Darul Ta'zim yang diwujudkan sejak
1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini, atas sumbangan mereka dalam
mengembangkan bidang sastera dan bahasa. Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh
kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gabungan
Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS),
Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ). Selain itu,
beliau juga pernah menerima penghargaan UMNO dalam anugerah Melayu Cemerlang,
manakala di peringkat negeri. Matlob juga penah dipilih untuk menerima anugerah Tokoh
Pejuang Jawi dari Persatuan Penulis Johor sempena Bulan Bahasa dan Sastera negeri. Beliau
juga pernah dipilih membentangkan kertas kerja bertajuk ”Perancangan, Penghasilan dan
Pengedaran Buku-Buku untuk Kanak-kanak dan Orang Muda di Asia” dalam seminar
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada
tahun 1975.

Sementara sumbangan beliau dalam bidang penulisan Jawi, beliau banyak memberi
sumbangan berharga kepada akhbar, buku, dan majalah, antaranya beliau pernah
mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia. Beliau juga pernah
dilantik sebagai kolumnis ruangan Warisan Bangsa di majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. Sumbangan beliau dalam sastera kanak-kanak juga
dapat dilihat dengan jelas menerusi tulisannya di pelbagai akhbar di negara ini, antaranya di

11
Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman. Matlob yang juga bekas Pengarang
Pendidikan Utusan Melayu (1993-1998) telah menghasilkan pelbagai karya cerpen dan buku
dalam pelbagai bidang, kebanyakannya penulisan Jawi dan sastera kanak-kanak. Dan banyak
lagi penghargaan lain pernah beliau sandang sebagai penulis dan pejuang memartabatkan
tulisan Jawi di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa sehingga memang sesuai kalau
beliau digelari sebagai tokoh dan pahlawan tulisan Jawi.

Kepergian Za’ba dan Matlob (r.h)

Kepergian Za’ba dan Matlob telah meletakkan nama mereka berdua di negara ini menjadi
harum, kerana mereka telah banyak mewariskan karya-karya agung yang dapat dijadikan
sebagai rujukan dan pedoman dalam pelbagai macam keperluan pelajaran dan pengajaran.
Antara pesan penting terakhir yang dapat menjadi bukti kesungguhan mereka yang telah
ditunjukkan kepada masyarakat Melayu dan sekali gus penyumbang besar dalam mewarnai
warisan khazanah bangsa dan negara ini.

Untuk kepergian Za’ba dapat disemak secara mendalam melalui peninggalan


pucuk-pucuk surat beliau yang mengandungi segala isu dan permasalahan sama ada isu
keluarga, tokoh, dan politik Melayu dan luar negara, agama, buku dan majalah, perkembangan
diri beliau dan isu-isu sampingan lainnya. Dari sekian banyak surat Za’ba, ada 41 pucuk surat
beliau kepada Mohd. Yusof sebagai adik kandungnya sendiri, yakni dari tahun 1965-1973
ketika beliau sudah berusia 70-78 tahun, didapati dimana Za’ba juga sering menceritakan
tentang saudara mara, menjadi penasihat kepada Mohd. Yusof dalam soal nikah kahwin sanak
saudara mereka di Linggi. Hampir ¾ daripada surat-surat Za’ba kepada adiknya tersebut
membincangkan perkembangan kaum keluarga masing-masing sehinggalah kepada 6 bulan
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, termasuk mengenangkan kembali ahli
keluarga mereka (termasuk ayahnya) yang telah meninggal dunia (Surat Za’ba bertarikh
23 April 1973) (Wan Abdul Kadir, 1996: 104).

Zainal Abidin bin Ahmad atau juga dikenali umum sebagai Pendeta Za’ba yang telah
dilahirkan di daerah pedalaman di kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, negeri Sembilan pada
tarikh 16 September 1895 yang telah menabur bakti kepada bangsa, agama, dan Negara ini.
Beliau telah meninggalkan sekian banyak karya yang dapat menjadi kenangan abadi sampai
bila-bila masa dalam masyarakat Melayu. Tetapi beliau sebagai manusia biasa dan telah
dipanggil untuk menghadap Rabnya tepat pada tarikh 23 Oktober 1973. Za’ba sebagai seorang
sasterawan dan pemikir Melayu telah meninggalkan kita dengan mewariskan sekian banyak
karya yang dapat menjadi kenangan abadi terutamanya dalam bidang bahasa dan kesusateraan
di Alam Melayu.

Adapun paparan lain sebagai gambaran nyata sumbangan yang telah dihasilkan oleh
Matlob dalam hidup beliau selama 76 tahun. Karya-karya beliau sekarang sudah menjadi
warisan dan khazanah masyarakat Melayu sebagai bukti kegigihan serta kesungguhan beliau
dalam memperjuangkan dan memartabatkan tulisan Jawi di persada Nusantara. Namun
apapun hidup beliau telah ditulis dalam lauḥ al-maḥfuz, hidup memang sementara tetapi
tulisan dan karyana akan terus ada sehingga bila-bila masa. Matlob telah meninggalkan kita
untuk selamanya, namun karya hakikatnya tidak akan pernah punah. Untuk mengenang
Allahyarham pada detik-detik akhir kehidupannya, beliau memalingkan muka dan memejam
mata, ketika itulah Matlob meninggal dunia. Beliau pergi dengan senang dan tenang" (Utusan
Malaysia).

Ketika redup senja Jumaat 6 September 2013, tokoh yang amat besar jasanya dalam
bidang tulisan Jawi dan kesusasteraan kanak-kanak ini telah menghembuskan nafas
terakhirnya di sisi isterinya Kalifah Md. Yusuf, pada usia 76 tahun di rumah mereka di
Semerah, Batu Pahat. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Nibong

12
pada pukul 10 pagi esoknya, tarikh 7 September 2013. Allahyarham mula uzur selepas
diserang angin ahmar dua tahun sebelumnya dan demam sejak seminggu sebelum beliau
meninggal. Beliau merupakan seorang penulis pelbagai genre, kanak-kanak, dan remaja.
Beliau telah meninggalkan kita kerana sakit tua.

Apa yang pantas kita gelarkan kepada Za’ba dan Matlob selain istilah pepatah Melayu
“Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”, “Jasadmu tenang dan baktimu dikenang.” Nama Za’ba dan Matlob
akan tetap terus terukir dengan tinta emas dan kekal harum sepanjang masa sebagai pejuang
sejati dalam tulian Jawi di negara ini khasnya dan di Nusantara amnya.

Analisis Pengajaran Tulisan Jawi Kaedah Za’ba dan Matlob (r.h)

Sebagai analisis untuk menghasilkan kajian yang lebih menarik dan sistematik, maka penulis
perlu memaparkan beberapa pendekatan dalam langkah pemerhatian terhadap hasil
pengajaran tulisan Jawi kaedah Za’ba dan Matlob, seperti huraian berikut:

 Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian ini dibuat terdiri daripada beberapa aspek dan langkah penting yang digunakan
untuk menghasilkan kajian perbandingan lebih mendalam kaedah tulisan Jawi yang telah
dipopularkan oleh Za’ba dan Matlob, seperti berikut:

Kajian Perpustakaan, dalam perbahasan ini pengajaran tulisan Jawi kaedah Za’ba
dan Matlob dalam memartabatkan warisan Jawi yang dibincangkan secara umum, kami
membuat rujukan di pelbagai perpustakaan di Malaysia, termasuk merujuk ke Perpustakaan
Tun Sri Lanang, UKM; Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI; Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) Kuala Lumpur dan lain-lain. Untuk meninjau aneka cara dan kaedah tulisan mereka
berdua mengenai pengajaran tulisan Jawi, novel kanak-kanak, novel remaja, karya-karya
lainnya, dan kami juga terpaksa melakukan penelitian hampir semua tulisan dan karya-karya
mereka berdua yang tersebar luas merata tempat hampir di seluruh negeri termasuk Negeri
Sembilan, Johor, dan Kuala Lumpur atau tempat-tempat lainnya dalam menyempurnakan
tulisan ini.
Kajian Secara Umum: Mengumpul Data (Mengenai karya-karya Za’ba dan
Matlob). Hal ini setelah kami dapati maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber rujukan,
dinyatakan bahawa ada banyak karya peninggalan mereka berdua dalam meningkatkan
kemahiran tulisan Jawi dari peringkat kanak-kanak, remaja, sehingga dewasa yang
berpandukan kepada kaedah tertentu. Berdasarkan temuan ini, ternyata landasan kami
memang tepat, kalau kajian ini mengambil aspek-aspek tersebut sebagai bahan kajian agar
dapat memberikan gambaran jelas mengenai kepelbagaian karya tulisan Jawi kaedah Za’ba
dan Matlob yang telah mereka wariskan ke generasi pelapis di negara ini khasnya dan seluruh
Nusantara amnya.

Kajian Lapangan Secara Khusus: Mengumpul Data (Mengenai karya-karya


Za’ba dan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi). Kajian ini telah membantu kami dalam
mendapati data-data penting yang diperoleh dari pelbagai sumber rujukan. Dalam kenyataan
ini, ada lebih banyak karya mereka berdua berbentuk tulisan Jawi dan kaedahnya tersebut
sebagai wujud kegigihan dan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kesedaran
masyarakat Melayu terhadap kemahiran tulisannya. Berdasarkan temuan ini, mengambil kira
aspek-aspek tersebut sebagai bahan kajian agar dapat memberikan gambaran terperinci
mengenai peranan penting Za’ba dan Matlob dalam mengangkat dan memartabatkan tulisan
Jawi sebagai karya dan warisan sepanjang zaman dari generasi ke generasi pelapis berikutnya,
terutama di Malaysia khasnya dan negara-negara Asia Tenggara amnya.

13
Kajian Lapangan: Mencari dan Menemu Bual Individu, Tokoh, dan Pejuang
Tulisan Jawi. Sebagai langkah yang tidak kalah pentingnya untuk melengkapkan kajian ini,
kami perlu berbincang dengan tokoh-tokoh atau individu yang ada kaitan dengan pengajar,
peminat, pengamal, pejuang, pencinta, penulis, dan penggiat tulisan Jawi ini di negeri
Sembilan dan Johor khasnya serta di negeri-negeri lain amnya, sama ada secara langsung atau
sebaliknya. Oleh itu, perlu kami paparkan tokoh-tokoh yang terlibat aktif dalam menumbuh
kembangkan tulisan Jawi tersebut di Alam Melayu selain Za’ba dan Matlob, tokoh atau
individu ini kami jadikan sebagai rujukan secara langsung atau tidak langsung melalui buku
dan karya-karya mereka. Masing-masing tokoh atau individu tersebut, seperti A. Hamid Latif,
Abdul Razak Hamid, Amat Juhari Moain, Hamdan Hj. Abdul Rahman, Hashim Hj. Musa,
Ismail bin Dahaman, Kang Kyoung Seuck, Mohd. Nasir Abdullah, Che Siah, Muhammad
Bukhari Lubis, Noor Nabeela, Razliza binti Abd. Rahman, Tan Boon Chye, Zalilah Ahmad,
Zarina Sidek, dan Siti Ramilah Abu Najar.
Melalui hasil kajian lapangan ini, kami banyak mendapat maklumat penting sekitar
pertumbuhan, perkembangan, peranan, cabaran, kemudahan, sistem, cara, proses, peruntukan,
pemasaran, gaya, corak, kaedah, dan jenis tulisan Jawi ini di pelbagai tempat di seluruh
Nusantara sebagai kawasan tempat kajian dijalankan. Selain itu, mereka juga banyak
memberikan sumbangan dalam pertumbuhan dan perkembangan tulisan Jawi tersebut dari
masa ke masa. Dari kajian kami ini juga bersama tokoh-tokoh atau individu-individu tersebut,
kami juga mendapatkan banyak maklumat penting mengenai penggunaan dan pengembangan
tulisan Jawi dari sisi peluang, cabaran, dan harapan yang dapat dirasai oleh masyarakat
Melayu secara keseluruhannya.

 Penganalisisan Data

Sebagai langkah berikut, iaitu penganalisisan data, setelah kami teliti kedua tokoh ini dan
menyusuri perjuangan mereka dalam tulisan dan kaedah Jawi yang mereka telah asaskan serta
mengambil kira buku-buku yang telah mereka sumbangkan di pelbagai tempat, negeri, kedai
buku, perpustakaan, sekolah, atau pusat pengembangan tulisan Jawi yang terpilih di seluruh
negeri di Nusantara. Hal ini, sudah tentu mengambil kira buku-buku dan karya-karya Za’ba
dan Matlob yang tersebar luas hampir merata tempat di seluruh tanah air, di antara yang kami
teliti bermula daripada tinjauan ringkas tentang sistem-sistem ejaan Jawi yang pernah disusun
bagi tulisan ini, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat empat jenis pedoman
ejaan Jawi yang dapat di ketengahkan pernah disusun dalam sejarah perkembangan tulisan
Jawi dalam bahasa Melayu, iaitu:

 Sistem ejaan Jawi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor
(P.Bm.P.B), atau singkatannya Ejaan Pakatan.

 Sistem ejaan Jawi yang dibentuk oleh Pendeta Za’ba atau singkatannya Ejaan Za’ba.
 Sistem ejaan yang diperkembangkan oleh majalah Dian atau singkatannya Ejaan
Dian, dan

 Sistem ejaan yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Konvensyen
Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984 yang terkenal dengan nama
Ejaan Jawi yang disempurnakan (EJYD).

Sebenarnya pada tahun 1972, Raja Mukhtaruddin Mohd. Dain pernah mencadangkan
satu sistem ejaan Jawi dengan kaedah berbaris, dan beliau menyarankan supaya apabila
kaedah itu telah mantap dan mapan, maka dihilangkan barisnya. Akan tetapi oleh sebab
sistem itu sama seperti sistem ejaan Jawi pengaruh Arab sebagaimana yang pernah wujud
pada awal sejarah tulisan Jawi Melayu, maka sistem ini tidak perlu dibahas dalam kajian ini.

14
Lagi pun tidak ada siapa pun yang mencuba menggunakan gagasan sistem ini, sepanjang
pengetahuan penulis, iaitu selepas gagasan itu dicadangkan, bahkan sebaliknya ada pula yang
menentang seperti penentangan yang dibuat oleh Shafi’i Abu Bakar (1971) (Amat Juhari
Moain, 1996: 72).

 Kaedah Ejaan Za’ba (r.h)

Za’ba telah berusaha mengumpulkan kata-kata Melayu sejak tahun 1918 dengan harapan
untuk mewujudkan satu daftar kata Melayu dalam tulisan Jawi berserta dengan padanan ejaan
ruminya dan seterusnya disusun menjadi satu kamus Melayu yang lengkap. Cita-citanya itu
tercapai sebahagian sahaja, iaitu apabila siap disusun buku Daftar ejaan Melayu: Jawi-Rumi
pada tahun 1983 dan diterbitkan pada tahun 1949. Menurut Amat Juhari Moain (1996: 72)
dalam bukunya Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi menyatakan bahawa garis besar
kaedah ejaan Melayu dengan huruf Jawi yang disusun oleh Za’ba dalam buku Daftar ejaan
Melayu: Jawi-Rumi adalah seperti berikut:

Mula-mula diperkenalkan huruf-huruf Jawi, iaitu huruf-huruf yang dipinjam daripada


bahasa Arab dan huruf-huruf yang dicipta kemudian. Selepas itu, diperkenalkan huruf-huruf
‫ ا و ي‬sebagai huruf saksi (vokal) dan juga sebagai huruf (konsonan). Di peringkat ini
diterangkan bunyi saksi dalam bahasa Melayu. Za’ba kemudian menerangkan tentang kaedah
ejaan menggunakan baris dan juga huruf saksi yang wujud dalam tulisan Melayu huruf Jawi.
Bertitik tolak dari sini, maka diperincikan kaedah mengeja Jawi dimana Za’ba telah
membahagikan sistem ejaannya kepada dua bahagian besar, Pertama iaitu ejaan pada
perkataan asal, dan Kedua ejaan perkataan bertambah. Bagi ejaan pada perkataan asal
dipecahkan lagi menjadi lapan pecahan kecil, iaitu:

 Ejaan dua bunyi sejenis.

Atas + atas (terdapat tiga undang-undang), bawah + bawah (satu undang-undang),


hadapan + hadapan (satu undang-undang).
Contohnya: atas + atas ‫( ساي‬saya) ‫( مات‬mata) dan sebagainya.

 Dua bunyi yang berlainan. Di sini terdapat satu undang-undang (undang-undang VI).
Contohnya: ‫( بالي‬bali) ‫( كولي‬kuli) dan sebagainya.

 Bunyi di atas berpadu (undang-undang VII).


Contohnya: ‫( بنته‬bantah) ‫( بنتل‬bantal) dan sebagainya.

Dalam bahagian ini diterangkan kesukaran yang dihadapi, iaitu untuk membezakan
antara ‘tendang’ dengan ‘tandang’, atau ‘kencing’ dengan ‘kancing’ dan sebagainya.

 Perkataan bunyi berkait. Di sini terdapat lima undang-undang, iaitu undang-undang


VIII, IX, X, XI, dan XII.
Contohnya: ‫( بوات‬buat) ‫( هياس‬hias) ‫( بليو‬beliau), dan sebagainya.

 Alif, wau, dan ya saksi berjumpa dengan alif, wau, dan ya yang bukan huruf saksi.
Bagi kaedah ejaan ini terdapat empat undang-undang, iaitu undang-undang XIII, XIV,
XV, dan XVI.
Contohnya: ‫( اليو‬layu) ‫( جاي‬jaya) ‫( كوديس‬kudis), dan sebagainya.

15
 Ejaan Tua (undang-undang XVII).
Contohnya: ‫( دان‬dan) ‫( اين‬ini) ‫( ايت‬itu), dan sebagainya.
 Perkataan yang dipinjam daripada Arab (undang-undang XVIII dan XIX). Dalam
kaedah ini ejaan kata-kata Arab dikekalkan seperti dalam ejaan asal, kecuali pada tiga
tempat:
- Apabila telah biasa dieja orang menyalahi kaedah asalnya.
Contohnya: ‫( فتوا‬petua) ‫( معنا‬makna) ‫( ريال‬rela)

- Apabila bunyi telah terpaling.


Contohnya: ‫( ڤدولي‬peduli) dari perkataan (‫)فضولي‬, ‫( ممبذير‬mumbasir) dari perkataan
(‫)مبذر‬.

- Telah masuk penambah atau imbuhan Melayu


Contohnya: ‫ ڤݞالمن‬- ‫(عالم‬peng-alam-an), ‫ كعاليمن‬- ‫(عالم‬ke-alim-an), ‫ مواريثي‬- ‫وارث‬
(me-waris-i).
 Memakai baris dan tanda (undang-undang XX). Kaedah ini adalah untuk mengatasi
masalah tentang sukarnya membunyikan sesuatu perkataan kerana terkeliru dengan
perkataan-perkataan lain. Dalam hal ini, Za’ba mencadangkan supaya digunakan
tanda baris atau tanda lain, akan tetapi itu adalah langkah yang terkahir.

Bagi ejaan perkataan bertambah, Za’ba memecahkannya kepada tiga pecahan kecil,
iaitu:
 Masuk menambah di pangkal. Di sini terdapat tiga undang-undang, iaitu
undang-undang I, II, dan III.
 Masuk penambah di hujung. Di sini terdapat empat undang-undang, iaitu daripada
undang-undang IV hingga undang-undang VII.
 Masuk penambah di pangkal dan di hujung. Undang-undang VIII: Memerikan kata
berpenambah di pangkal serta di hujung, iaitu gabungan undang-undang ejaan kata
berpenambah di pangkal dengan ejaan kata berpenambah di hujung seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini.

Demikian beberapa perbincangan tulisan Jawi kaedah Za’ba ini, dan masih banyak
lagi yang tidak sempat penulis huraikan secara terperinci dalam perbahasan tersebut, akan
tetapi dengan perbahasan ringkas di atas diharap cukup untuk memberikan gambaran betapa
kaedah tulisan Jawi yang telah dipopularkan penggunaannya oleh Za’ba boleh memberikan
kesan bermakna dan mendalam terhadap peminat-peminat tulisan Jawi di seluruh Nusantara.

 Kaedah Ejaan Matlob (r.h)

Sementara kaedah ejaan Matlob banyak berpedoman kepada Sistem Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan (EJYD) dengan beberapa perubahan dan penyesuaian yang tertentu bagi
menampung perkembangan baru yang berlaku dalam bahasa Melayu. Dengan kaedah tersebut
pada dasarnya sistem ejaan ini tidak menyimpang jauh daripada kaedah ejaan yang banyak
digunakan oleh Za’ba. Dalam huruf ejaan Jawi yang disempurnakan menerima huruf-huruf
Arab yang diterima kesemuanya, demikian juga huruf-huruf Jawi yang telah wujud selama
ini. Sebagai tambahan, satu huruf baru telah dicipta, iaitu huruf ‫( ﯚ‬va) untuk transliterasi Jawi
bagi huruf (v) rumi. Dengan itu, terdapat enam tambahan kepada huruf Arab asli yang sedia

16
ada. Huruf-huruf tersebut ialah: ‫چ‬, ‫ڠ‬, ‫ڬ‬, ‫ڤ‬, ‫( ث‬nya tiga titik di atas apabila ia berdiri sendiri
dan nya tiga titik terletak di bawah jika ia terletak dibelakang) dan ‫ﯚ‬.

Ejaan bagi kata ekasuku diberi pedoman dalam sistem ini, iaitu setiap kata dieja
dengan membubuh huruf saksi (vokal) kecuali kata-kata istilah agama daripada bahasa Arab.
Seperti ejaan dam, dan, jam, pol, tol, ras, tas, dan bas. Kata-kata yang dikecualikan ialah kata
Arab yang menjadi istilah agama seperti perkataan sah, dam (denda), syak, dan mad. Ejaan
bagi kata-kata dwisuku, trisuku dan lainnya hendaklah dieja dengan menggunakan
huruf-huruf vokal sepenuhnya kecuali kata istilah agama dalam bahasa Arab. Dengan itu
ejaan-ejaan lama telah diubah sekalipun telah mantap. Contohnya: ‫( توجه‬lama) ‫( توجوه‬baru)
ruminya adalah tujuh, ‫( ڤوله‬lama) ‫( ڤولوه‬baru) ruminya adalah puluh, ‫( توده‬lama) ‫( تودوه‬baru)
ruminya adalah tuduh, dan sebagainya.

Pada kata penambah atau imbuhan diadakan beberapa penyesuaian dan pengemasan.
Antaranya ialah awalan se- dan ke-, akhiran –an, dan akhiran –i. Selain itu, penggunaan huruf
qof dan kaf pada akhir kata sebelum kesenyapan. Huruf qof hanya untuk kata-kata asli bahasa
Melayu atau kata-kata Arab yang di-Melayukan. Dalam pedoman ejaan ini juga diberi
pedoman untuk mengeja kata-kata bahasa asing terutama Arab dan Inggeris. Bagi kata-kata
yang dipinjam daripada bahasa Arab, terdapat dua pedoman. Pertama kata-kata Arab yang
bukan istilah agama dan telah sebati dalam bahasa Melayu, hendaklah dieja mengikut sistem
bunyi Melayu. Bagi kata-kata istilah agama hendaklah dikekalkan ejaannya seperti dalam
bahasa Arab.

Bagi mengeja kata-kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing
lainnya kecuali bahasa Arab, maka hendaklah dieja mengikut bagaimana kata-kata pinjaman
itu dilafazkan berdasarkan sistem bunyi bahasa Melayu. Pada amnya, kata serapan Inggeris
dalam bahasa Melayu dieja mengikut bunyi asalnya dalam bahasa Inggeris. Tidak boleh
dikiaskan kepada huruf padanan rumi ke Jawinya. Misalnya jika huruf c rumi melambang
huruf ca ( ‫ ) چ‬dalam tulisan Jawi, tidak semua huruf c itu dibunyikan dengan sebutan c, malah
ada masanya dibunyikan dengan k. Jika kata serapan Inggeris ini telah pun dieja dengan huruf
k, misalnya perkataan ethnic menjadi ‘etnik’, maka hal ini tidak mendatangkan masalah, terus
kita eja begini ‫ايتنيک‬.

Perbincangan ini masih banyak lagi contoh lain yang perlu dihuraikan dan lebih
terperinci, tetapi kerana kekangan masa dan ruang, perbahasan di atas dirasa cukup untuk
memberikan gambaran betapa kaedah tulisan Jawi yang selalu digunakan oleh Matlob boleh
memberikan kesan yang besar terhadap pengguna-pengguna Jawi dengan kaedah yang ada.

Perbincangan dan Cadangan

Berikut beberapa perbahasan sebagai dapatan kajian yang perlu pengkaji kemukakan sebagai
perbincangan lanjut, untuk dijadikan sebagai masukan perbincangan sumbangan Za’ba dan
Matlob dalam mengembang dan memartabatkan tulisan Jawi di Nusantara, seperti penjelasan
berikut:

 Perbincangan

Hasil kajian kami secara keseluruhannya, dalam hal ini dapat kami katakan bahawa
sumbangan dan karya Za’ba dan Matlob ternyata pengembagan ke arah tulisan Jawi lebih
mendominasi, jika dibandingkan dengan karya mereka yang lainnya. Selain itu, kami dapati
bahawa yang paling banyak digunakan untuk karya-karya mereka yang lain juga berdasarkan
tulisan Jawi sebagai penggalakan pengembangan tulisan ini seterusnya sebagai pilihan
tambahan dalam mengungkapkan khazanah tulisan Jawi.

17
Seperti yang kita ketahui, bahawa memang sukar menjadi penulis produktif seperti
yang telah dibuktikan oleh Za’ba dan Matlob, tetapi mereka sudah membuktikan dengan
menulis pelbagai genre tulisan terutama tulisan Jawi, namun perjuangan mereka dalam
memartabatkan dan memantapkan tulisan Jawi, kita anggap belum ada pengganti sehingga
kini tetapi penggiat-penggiat tulisan Jawi setempat tidak boleh berputus asa dan harus terus
berusaha mencarikan penggantinya agar peminat tulisan Jawi di Alam Melayu tetap terus
berusaha mempertahankannya. Apatah lagi tulisan Jawi ini dipengaruhi dengan seni khat yang
memiliki kehalusan seni dari Asia Barat, selain bentuknnya berwibawa, coraknya
bersusun-susun, memiliki segi estetik menarik, memaparkan motif keindahan kaedah yang
mengkagumkan.

Tetapi betapapun indahnya tulisan Jawi, ia tetap mendatangkan kesukaran kepada


orang Melayu yang tidak biasa dengan selok belok tulisan tersebut. Demi memasyarakatkan
penggunaan tulisan Jawi ini, maka tidak hairanlah penggiat tulisan ini banyak mengusahakan
cara dan kaedahnya agar tulisan tersebut tetap sebagai khazanah tulisan yang kekal sehingga
bila-bila masa. Selain itu, tulisan ini juga diharapkan dapat digunakan sebagai jenis tulisan
yang memasyarakat dalam pelbagai bahan dan buku, kerana kekerapan penggunaannya
dikatakan banyak membantu untuk pengembangannya. Selain tulisannya, juga telah biasa
dilihat orang Islam Malaysia khasnya dan Nusantara amnya, demi menambahkan lagi variasi
tulisan yang dapat membantu para pembaca orang Melayu dalam membaca karya-karya Jawi
lainnya.

Sementara itu, Za’ba dan Matlob juga mulai dikaitkan dengan EZ dan EJYD apabila
mereka diminta terlibat dalam satu jawatankuasa yang diamanahkan menyemak Daftar kata
bahasa Melayu: Rumi-sebutan-Jawi, edisi pertama, sebanyak dua jilid, tiga cetakan untuk
tahun 2001, 2003, dan 2004. Antara ahlinya ialah Tuan Hj. Hamdan Abdul Rahman, Prof.
Emeritus Dr. Amat Juhari Moain, Matlob, Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis, dan Ismail
Dahaman (mantan pegawai DBP). Mereka mengadakan bengkel penting terakhir pada 22-24
Mac 2002 (untuk jilid I) dan 8-13 April 2002 (untuk jilid II). Akhirnya terbitlah buku Daftar
kata bahasa Melayu: Rumi-sebutan-Jawi, edisi kedua untuk satu jilid sahaja, pada tahun 2008.

Za’ba dan Matlob mereka berdua sama-sama telah membuktikannya, mereka datang
dengan mengetengahkan karya-karya mereka yang mengagumkan, bahkan banyak diminati
para pencinta tulisan Jawi sejak tahun limapuluhan lagi, kerana karya-karya mereka tidak
semata-mata mementingkan tulisan, tetapi beliau juga mengembangkan ilmu tentang tulisan
tersebut dan tetap menjaga kualiti dan kuantitinya. Selain itu, buku terbitan mereka sentiasa
bertambah tahun demi tahun, sama ada berbentuk pengajaran, untuk bacaan kanak-kanak,
remaja mahupun dewasa dan sebagainya. Bahkan buku dan karya beliau tetap terus terjaga
ketelitian tulisan dan kaedahnya yang senantiasa tersusun dan ketepatan kaedahnya
digunakan di dalamnya. Barangkali dengan menjaga ini semua, maka telah terhasilkan karya-
karya berwibawa mereka sehingga menyebar luas di Alam Melayu.

 Cadangan
Berikut beberapa perbahasan lanjut temuan kajian yang perlu pengkaji kemukakan sebagai
cadangan, untuk dijadikan sebagai bahan dalam merealisasikan perjuangan dan pemartabatan
kaedah tulisan Jawi yang telah diperjuangkan oleh Za’ba dan Matlob sehingga dirasai hampir
ke seluruh Asia Tenggara, iaitu:
Melalui kajian ini, dapat dinyatakan bahawa hampir semua negeri di Semenanjung
termasuk Sabah dan Sarawak, kalau mengikut gagasan mereka berdua melalui karya-
karyanya, maka tidak mustahil akan dapat melahirkan generasi pelapis penerus khazanah
tulisan Jawi ini bagi orang Melayu di Asia Tenggara selama pengajaran dan pembelajaran
tetap dilanjutkan secara berterusan. Kemudian penerapan kaedah tulisan Jawi di beberapa

18
tempat di seluruh Semenanjung sehingga meliputi ke seluruh Nusantara, diharapkan dapat
menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi yang betul.

Penerapan tulisan Jawi dalam pelbagai buku warisan sumbangan Za’ba dan Matlob,
dapat menjadikan tulisan ini semakin berharga dan bernilai tinggi untuk dijadikan sebagai
tulisan di pelbagai tempat dan bidang. Dan bantuan kewangan yang sewajarnya hendaklah
dihulurkan untuk lebih memajukan lagi bidang penulisan Jawi ini. Selain itu, Jabatan Agama
Islam Negeri-negeri, diharapkan dapat membantu pengembangan dan kegiatan tulisan Jawi
supaya tulisan tersebut dibuat dengan betul dan menarik sehingga mampu memberikan kesan
luaran dan dalaman bagi pencintanya. Untuk ini juga, Jabatan Agama Islam di negeri-negeri,
atau Persatuan Penulis Negeri-negeri, Yayasan, Kolej, Institusi, Universiti, dan sebagainya
diminta agar dapat menubuhkan persatuan atau kelab pencinta tulisan Jawi, agar dapat
mencari penulis berbakat yang betul-betul mampu menjadi pewaris kehebatan kaedah Za’ba
dan Matlob pada masa akan datang.

Harapan juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), untuk membuat


sukatan pelajaran di Sekolah Menengah dalam mengajarkan kemahiran tulisan ini dengan
menggunakan kemahiran khusus yakni kemahiran menulis Jawi. Kemudian meminta juga
kepada para pencinta dan peminat tulisan Jawi untuk lebih meningkatkan lagi keterampilan
menulis tulisan Jawi ini dan penguasaan terhadap kaedahnya, bermula daripada peringkat
Sekolah Awal Kanak-kanak (Tadika dan Taska), Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) sehingga peringkat dewasa. Selain itu, perlu ada universiti atau institusi
yang dapat mempelbagaikan lagi programnya. Sekiranya menggunaan kaedah Jawi Za’ba dan
Matlob, pastikan penggunaannya betul, khususnya menyangkut nama, ejaan, tatabahasa,
uslub, dan sebagainya.

Aktiviti penulisan kaedah Jawi Za’ba dan Matlob perlu terus dilestarikan
sebagaimana mereka berdua telah contohkan, sekiranya terdapat juga tulisan abstrak, berseni
campuran, atau berbahasa Melayu, dan bahasa lain yang dipaparkan, hendaklah sentiasa
dipantau supaya ia gramatis dan menarik selain menghindarkan segala kesalahan ejaan dan
tulisannya yang tidak sesuai dengan kaedah yang sedia ada. Diharapkan juga untuk masa
jangka panjang, semua institusi sentiasa berusaha memberi kursus-kursus penting yang dapat
melahirkan penulis-penulis Jawi yang berbakat. Wajar sekali selalu diadakan pertandingan
membaca dan menulis kaedah Jawi Za’ba dan Matlob di semua peringkat atau seminar dan
simposium untuk mencapai matlamat ini. Melalui hal tersebut, maka dalam konteks kaedah
tulisan Jawi Za’ba dan Matlob ini, agar ada kerjasama dari semua pihak untuk membuat
aktiviti dan program secara bersamaan, jika bersepakat tentu dapat membuat pelbagai kegiatan
sehingga dapat memantapkan pengenalan dan penguasaan kedua kaedah tulisan Jawi ini di
sekolah, pejabat, universiti, dan sebagainya seperti yang telah Za’ba dan Matlob wariskan
kepada kita semua.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, perlu direnungi bahawa tulisan Jawi merupakan salah satu kemahiran
menulis dalam bentuk font Jawi yang unik dengan dipelbagaikan dalam segala keperluan,
selain adanya dukungan daripada tulisan Arab, al-Quran, dan al-Hadith sebagai konsep
tulisan yang dilakarkan. Selain itu, adanya kaedah asas yang telah ditunjukkan oleh Za’ba dan
Matlob melalui pelbagai buku dan karya mereka berdua dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dan bentuk kaedah yang mereka kembangkan melalui buku, novel, cerpen,
majalah, akhbar, dan sebagainya juga dapat dijadikan sebagai titik tolak kesungguhan dan
kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka sebagai pejuang penggunaan kaedah tulisan Jawi
yang betul, sekali gus dapat dijadikan sebagai tokoh pemartabatan tulisan tersebut di
Nusantara.

19
Selain itu, boleh dikatakan bahawa kaedah tulisan Jawi Za’ba dan Matlob juga
merupakan salah satu bidang dengan mencakupi seni Islami yang menjadi sumber kraftangan
sebagai identiti jati diri orang Melayu dalam menunjukkan corak budaya masyarakat Melayu
khasnya dan masyarakat Asia Tenggara amnya. Hal ini tidak terlepas daripada makna,
falsafah, bentuk, dan corak karya dan tulisan yang telah digambarkan oleh Za’ba dan Matlob
melalui pelbagai buku dan karya mereka yang tumbuh dan berkembang, bermula dari tempat
kelahiran mereka berdua di Negeri Sembilan dan Johor sehingga menyebar ke seluruh negeri
yang melangkaui sehingga ke negara-negara ASEAN lainnya.

Za’ba dan Matlob merupakan dua tokoh agung yang pernah lahir di Alam Melayu,
tetapi kini mereka telah meningalkan kita pergi untuk selama-lamanya, tetapi mereka masih
menyisahkan nama dan semangat mereka dalam masyarakat Melayu sebagai pejuang kaedah
tulisan Jawi Za’ba dan Matlob, juga dikenal sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan
tulisan Jawi. Nama mereka terukir indah dalam pahatan sejarah. Za’ba dan Matlob telah tiada
namun tetap meninggalkan pelbagai karya bermakna untuk pengajaran dan pembelajaran.
Tulisan tersebut mereka lengkapi dengan kaedah, model, gaya, dan teknik tersendiri yang
berguna bagi pencinta-pencinta warisan Jawi.

Semoga melalui karya tulisan Jawi kaedah Za’ba dan Matlob ini mampu
diterjemahkan kehendak dan minat masyarakat Muslim di Nusantara terhadap cita-cita mereka
tersebut. Selain berfungsi sebagai karya agung yang diharapkan hadir di tengah-tengah
masyarakat majmuk sebagai obor penerang dalam merealisasikan kehidupan mereka yang
bertamadun dan bermartabat dari masa ke masa.

Datar Pustaka

Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. 1978. Pengajaran bahasa Malaysia dalam konteks perancangan Bahasa
kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa. 2006. Sejarah perkembangan tulisan Jawi (edisi kedua). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus besar bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan
Republik Indonesia.
Kamus dewan edisi baru. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matlob. 2003. Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Matlob. 2006. Siri bacaan tambahan j-QAF. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matlob. 2009. Siri bacaan tambahan Jawi Pak Matlob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Bukhari Lubis, et.al. 2006. Tulisan Jawi: Sehimpunan kajian. Shah Alam: Pusat
Penerbit Universiti (UPENA) UiTM.
Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Haji Harun, dan Alizah binti Lamri. 2013. Jawi:
Warisan warga Alam Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Mentari.
Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Kadir. 1996. 100 tahun Za’ba, Za’ba: Pejuang bangsa. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Umiversiti Malaya.
Za’ba. 1928. Kitab pelita Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain. 1990. Kaedah ejaan Jawi moden. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Termplan ’90 International Conference for Terminology Planning di Kuala Lumpur,
20-22 Novemver 1990.

20
Hamdan Hj. Abdul Rahman. et.al. 1984. Sistem ejaan Jawi bahasa Melayu. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu, April
1984.
Makmur Haji Harun dan Muhammad Bukhari Lubis. 2014. Komitmen dan kegigihan
berterusan Pak Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi. Kertas kerja
dibentangkan dalam Simfosium Pemikiran Pak Matlob oleh Warisan Yayasan Johor,
19 April 2014.
Muhammad Bukhari Lubis. et.al. 2004. Laporan penyelidikan Pelestarian tulisan Jawi:
manifestasi khat Islami di masjid-masjid negeri Perak. Tajong Malim: Penerbit UPSI.
Muhammad Bukhari Lubis dan Makmur Haji Harun. 2013. Pak Matlob (r.h) dan
pengkaryaan tulisan Jawi dan nilai ekonomi tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan
di Seminar Mengenang Pak Matlob Pejuang Tulisan Jawi dan Sastera Kanak-kanak,
15 November 2013.

http://digitalspine.blogspot.com ... -cinta-sekolah.html.


http://pengarang@utusan.com.my.
http://www.dbp.gov.my
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_20/Pak-Matlob-pejuang-
tulisan-Jawi-moden-meninggal-dunia#ixzz2wybYwRgO. © Utusan Melayu (M)
Bhd.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130909/re_05/Pak-Matlob---pejuang-sejati-
perkembangan-tulisan-jawi#ixzz2wyc2tZRk. © Utusan Melayu (M) Bhd.
http://www.wikipedia.com
http://melayuonline.com/personage/?a=UHF3L29QTS9VenVwRnRCb20%3D=Zainal Abidin
bin Ahmad.
JMBRAS. Jilid. IV. 1982. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kehidupan. 1895/1973. Kategori: Penulis Malaysia. Minangkabau Malaysia, pemikir Melayu,
dan penulis Malaysia. Pusat Dokumentasi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kehidupan. 1937/2013. Kategori: Penulis Malaysia. Pusat Dokumentasi Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21
LAMPIRAN:

Gambar 1 Gambar 2
1. Gambar potret Za’ba yang sempat diabadikan oleh wartawan, gambar beliau ini
menunjukkan ciri orang Melayu berbudi (www.google.com).
2. Gambar Matlob dengan keseriusan beliau membaca buku bertajuk Kalendar satu abad
dan ini yang menunjukkan bahawa beliau selalu fokus terhadap apa yang akan beliau
kerjakan (Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Gambar 3 Gambar 4

3. Gambar Za’ba dengan isteri beliau sebagai gambar kenangan yang abadi tidak akan
dilupakan, dan ini yang menunjukkan bahawa beliau selalu memahami pasangan di
samping kerja hakiki beliau (https://www.google.com.my).
4. Gambar Matlob dengan keseriusan dan siap mendengar peminatnya dalam segala
permasalahan, dan ini yang menunjukkan bahawa beliau selalu mesra dengan
sekelilingnya (https://www.google.com.my).

Gambar 5 Gambar 6

22
5. Gambar buku hadapan Pemikiran Za’ba dalam falsafah takdir 1932, oleh Nordi
Achie. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (http:// thereadinggroupmalaysia.
blogspot.com).
6. Gambar buku hadapan Siri bacaan Jawi tambahan j-QAF bertajuk Miau jumpa hantu,
jilid 18. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (scan, 25 Mac 2014).

Gambar 7

7. Senarai lengkap pelbagai karya dan buku warisan Matlob dalam beragam tajuk, dengan
dilengkapi tahun penerbitannya masing-masing (Jawi: PDM, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka).

23

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai