Anda di halaman 1dari 7

1

Pendahuluan

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari
tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran
asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,
kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata
pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua;
pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu Ain, ketiga; pemupukan
amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan
keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri
murid.
Bidang Pelajaran Jawi memberi tumpuan kepada :-
4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

1.0 Analisis tajuk Jawi Tahun 1 KSSR

Pelajaran jawi merupakan salah satu bidang yang terdapat dalam Pendidikan
Islam tahun 1. Kurikulum barunya iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
( KSSR ) merupakan kurikulum yang menggantikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah ( KBSR ). Terdapat 7 tajuk bagi bidang jawi tahun 1 KSSR
ini.
Antara tajuk yang terkandung dalam sukatan pelajaran jawi tahun 1 KSSR
ini ialah Belajar huruf jawi ( m/s 63 ). Dalam tajuk ini murid di ajar supaya
mereka boleh menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal. Kesemua huruf
jawi tunggal adalah sebanyak 37 huruf termasuk 29 huruf al-Quran. Di sini
guru memainkan peranan penting bagi menerangkan dan membezakan
bentuk huruf dan bunyinya. Guru juga perlu menekankan aspek penulisan
huruf dengan menunjukkan cara penulisan mengikut arah yang betul.
2

Sekiranya di lihat dengan teliti di dalam buku teks, setiap huruf telah di
padankan dengan gambar mengikut bunyi huruf tersebut. Contohnya huruf
dal dipadankan dengan bentuk buah durian manakala huruf dengan
gambar ayam. Tujuan dipadankan dengan gambar adalah untuk membantu
murid mengenal dan mengingat lebih mudah sesuatu huruf tersebut. Ini
bertepatan dengan KSSR yang mana menggunakan imaginasi murid-murid
dalam pembelajaran.
Selain itu,guru juga perlu memperkenalkan dan membezakan huruf-
huruf jawi yang tiada dalam al-Quran iaitu ta marbuthoh, ye ,
va , nya, ga, pa, nga dan juga huruf ca. Kesemua
huruf tersebut hendaklah di bezakan agar tidak mendatangkan kekeliruan
dengan huruf-huruf al-Quran. Cadangan tempoh pengajaran untuk tajuk 1 ini
ialah selama 9 minggu bergantung pada tahap pencapaian murid dalam
menguasai dan mengenal huruf-huruf jawi ini.
Tajuk ke 2 dalam pelajaran Jawi tahun 1 KSSR ini ialah Belajar huruf
jawi bersambung ( m/s 65 ). Pada tajuk kali ini, murid-murid akan didedahkan
dengan kaedah penulisan huruf-huruf jawi bersambung. Standard
pembelajaran kali ini ialah murid dapat mengenal, menyebut dan menulis
huruf-huruf jawi bersambung. Murid murid akan di ajar kaedah menulis
huruf-huruf jawi di awal, di tengah, dan di akhir perkataan dengan betul.
Dalam tajuk ini, guru hendaklah memberi penjelasan yang baik dan
jelas tentang kedudukan semua huruf jawi ketika di awal, di tengah dan di
akhir perkataan. Guru-guru perlu menunjukkan setiap cara penulisan huruf-
huruf bersambung dengan betul kepada murid. Cadangan tempoh pengajaran
bagi tajuk ini ialah selama 8 minggu. Namun demikian sekiranya guru
mempunyai cara teknik sendiri amatlah di galakkan untuk membolehkan
murid-murid belajar menyambung huruf jawi dengan mudah dan cepat.
3

Tajuk ke 3 pula ialah Belajar suku kata terbuka ( m/s 68 ). Kali ini
murid-murid telah berada pada tahap sederhana dalam pembelajaran jawi
tahun 1 KSSR ini. Murid-murid akan mula belajar mengenal dan menulis serta
membaca suku kata terbuka yang di bina. Pada tahap ini juga murid-murid
akan belajar membezakan huruf-huruf vokal dan konsonan, kaedah membina
suku kata, kaedah penulisan suku kata dan juga mengeja suku kata.
Selain itu juga, kita dapat lihat kaedah mengeja sesuatu perkataan
dengan menceraikan setiap perkataan menjadi suku kata yang mudah di
sebut. Sebagai contoh cili menjadi + . Perkartaan cili
dicerakinkan agar murid-murid mudah untuk mengeja satu persatu mengikut
suku kata yang telah di ajarnya. Bagi tajuk ini, guru-guru sebenarnya perlu
banyak melatih murid-murid dengan latihan membunyikan suku kata serta
membimbing mereka dengan membina suku kata terbuka. Ini bersesuaian
dengan tahap kognitif mereka yang sedang berkembang. Jadi dengan kaedah
ini, murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan tepat.
Tajuk ke 4 pula ialah mempelajari suku kata tertutup ( m/s 71 ).
Standard pembelajaran kali ini akan membawa murid-murid pada tahap
seterusnya iaitu mengenal, membaca, dan menulis perkataan daripada satu
suku kata tertutup dengan betul. Cadangan tempoh pembelajaran ini
sebanyak 6 minggu. Setiap minggu mempunyai standard pembelajaran yang
berbeza. Minggu 1 dan 2 murid diperkenalkan 1 suku kata tertutup seperti
, , dan . Minggu berikutnya murid diperkenalkan pula dengan 2 suku
kata tertutup seperti , , .
Tajuk ke 5 pula ialah membina perkataan ( m/s 74 ). Pada tajuk kali ini
murid akan di ajar kaedah membina perkataan berpandukan suku kata yang
telah di pelajari sebelumnya. Murid-murid akan di bimbing oleh guru satu
persatu hasil daripada pemahaman tentang suku kata terbuka dan
4

Tajuk ke 6 ialah membina rangkai kata ( m/s 76 ). Bab ini murid-murid
di bimbing oleh guru dalam membina rangkai kata berdasarkan tajuk
sebelumnya. Murid-murid menggabungkan suku kata terbuka dan juga suku
kata tertutup. Sebagai contoh , , . . Di sini kita dapat
perhatikan murid akan membina rangkai kata sendiri dengan bimbingan guru.
Tajuk ke 7 pula ialah membina ayat. Tajuk ini merupakan tajuk terakhir
bagi jawi tahun 1 KSSR. Proses membina ayat ini akan di bimbing oleh guru.
Murid-murid akan di latih untuk membaca, membina dan menulis ayat mudah
yang mengandungi rangkai kata dengan betul. Contohnya .
Di bawah ini disertakan analisis tajuk jawi tahun 1 bersama standard
pembelajaran dan juga cadangan pembelajaran.

Bidang
Pembelajaran
Standard Pembelajaran Cadangan
Pembelajaran

1.Belajar huruf jawi

Murid dapat :
Aras 1 : Mengenal bentuk
huruf dan bunyinya.
Aras 2 : Menulis lakaran
huruf mengikut arah yang
dikehendaki dengan betul.
Aras 3 : Menulis semula
contoh lakaran yang
disediakan dengan betul.

1.Berlatih melakar
dengan jari secara
bebas atas ke bawah,
kanan ke kiri, separa
bulat.
2. Membuat latihan
melakar dengan bentuk-
bentuk yang ditentukan
oleh guru.
3.Menulis semula
lakaran dengan pensel
warna untuk
membezakan bentuk-
bentuk tertentu.
5


2. Belajar huruf jawi
bersambung



Murid dapat :
Aras 1 : Mengenal huruf jawi
yang tidak boleh disambung
di awal perkataan.
Aras 2 : Mengeja contoh-
contoh perkataan yang
mengandungi huruf-huruf
jawi yang tidak boleh
disambung di awal
perkataan.
Aras 3 : Membezakan huruf
jawi bersambung dan tidak
boleh bersambung.

1 tidak boleh
bersambung melalui kad
imbasan. Huruf jawi
yang.

2. Membunyikan huruf-
huruf jawi yang tidak
boleh bersambung
secara kelas, kumpulan,
dan individu.
3. Latih tubi
membezakan bentuk-
bentuk huruf.


3. Belajar suku kata
terbuka

Murid dapat :
Aras 1 : Menyebut dan
membaca suku kata terbuka
dengan betul.
Aras 2 : Menyebut dan
membaca perkataan dua
suku kata dari huruf-huruf
bersambung.
Aras 3 : Menyebut dan
membaca perkataan dua dan
tiga suku kata dari huruf
bersambung dan tidak
bersambung.


1. Berlatih menyebut
suku kata dari huruf
bersambung dan tidak
bersambung.
2. Menulis perkataan
dua dan tiga suku kata
dari huruf bersambung
dan tidak bersambung.
3. Latih tubi menulis
perkataan dua dan tiga
suku kata dari huruf
bersambung dan tidak
bersambung.
4. Belajar suku kata Murid dapat : 1. Berlatih menyebut
6

tertutup Aras 1 : Membaca suku kata
tertutup satu dan dua suku
kata
Aras 2 : Membina perkataan
jawi tertutup

suku kata tertutup satu
dan dua suku kata.
2. Latih tubi membina
perkataan dari suku
kata tertutup.
5. Belajar bina
perkataan
Murid dapat :
Aras 1 : Membezakan jenis
suku kata.
Aras 2 : Membaca dan
membezakan jenis-jenis
suku kata.
Aras 3 : Membezakan suku
kata dan membina perkataan
dari suku kata terbuka dan
tertutu.
1.Membuat latihan
menulis perkataan.
2. Latih tubi menulis
perkataan dari suku
kata terbuka dan
tertutup.
3. Secara berkumpulan
membina beberapa
perkataan.

6. Belajar bina
rangkai kata

Murid dapat :
Aras 1 : Menerangkan
bentuk-bentuk rangkai kata .
Aras 2 : Memberikan contoh-
contoh rangkai kata.
Aras 3 : Membina rangkai
kata.


1. Menulis rangkai kata
di dalam buku latihan.
2. Berlatih bersama
rakan di dalam
kumpulan membina
rangkai kata.


7. Belajar bina ayat

Murid dapat :
Aras 1 : Membaca teks
contoh yang diberikan.
Aras 2 : Membina ayat
berdasarkan gambar.


1.Berlatih membaca
teks atau dialog
perbualan.
2. Latih tubi membina
7

ayat secara individu.
3. 2. Latih tubi membina
ayat secara individu,
kumpulan, dan kelas.

Anda mungkin juga menyukai