Anda di halaman 1dari 20

“IMPILMENTASI PENTADBIRAN BRITISH TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN

VERNAKULAR DI MELAKA PADA 1880-1956”

BAB SATU

1.1 PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan bagi meneliti kesan pelaksanaan dasar British terhadap Sistem Pendidikan

Vernakular di Melaka sebagai lokasi penyelidikan yang dijalankan. Sistem pendidikan vernakular

yang wujud semasa era kolonial British di Melaka adalah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah

Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Inggeris. Kajian ini lebih menumpukan

tempoh masa sebelum era kemerdekaan iaitu pada 1880 sehingga 1956. Selain itu, metodologi yang

digunakan dalam penyelidikan ini adalah dikategorikan dalam kajian kuantitatif. Kaedah ini adalah

teoritikal dan praktikal serta diskripsitif analisis. Metodologi ini sememangnya akan menunjukkan

hubungan yang wujud iaitu dalam bentuk kesan terhadap sistem pendidikan vernakular. Kaedah yang

pengkaji fokuskan dalam penyelidikan ini adalah kaedah penyelidikan kepustakaan dan kajian

lapangan. Kajian ini juga sememangnya memberi gambaran yang jelas mengenai proses kolonial

yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu khususnya dalam bidang pendidikan vernakular di

Melaka. kesan yang dianalisis dalam kajian ini terbahagi kepada beberapa sudut penelitian. Di

samping itu, hasil kajian ini juga akan mengisi ruang yang tidak disentuh secara menyeluruh oleh

sarjana Sejarah Pendidikan sebelum ini khususnya dalam penyelidikan sistem pendidikan vernakular

pada era penjajahan British. Penetapan dasar yang diolah oleh British di setiap negeri jajahannya

khususnya di Melaka sebagai negeri-negeri Selat pada ketika itu bukan sahaja memberi kesan kepada

silibus pendidikan yang sedia ada malah mempengaruhi jumlah murid yang

menikmati kemudahan ini.

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Implimentasi penjajahan yang dilaksanakan oleh kuasa kolonial British di Tanah Melayu merupakan

tempias kuasa imperial yang dibawa oleh mereka. Tidak hanya berfokus kepada mengaut

kepentingan ekonomi yang ada di Tanah Melayu malah merampas kuasa pemerintahan daripada

penduduk tempatan sehingga kesemua negeri yang wujud pada ketika itu dikelompokkan mengikut

bidang kuasa presiden yang dilantik.

Negeri-Negeri Selat seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura ditadbir urus oleh oleh

seorang Residen Konsular (Melaka), Francis Light sebagai Pesuruhjaya (Pulau Pinang) dan Residen

(Singapura) dari 1826 dan dibubarkan pada tahun 1946.1 Selain itu, Negeri-negeri Melayu Bersekutu

(FMS) merupakan salah satu entiti kerajaan kolonial dalam empayar British yang dibentuk melalui

Perjanjian Persekutuan 1895. British menggunakan perjanjian ini sebagai alat kawalan kolonial

untuk melaksanakan dasar pentadbiran empayar. Buktinya, Fasal 2 Perjanjian Persekutuan 1895

dengan jelas menetapkan bahawa Raja-raja Melayu bagi negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan

dan Pahang bersetuju untuk “menubuhkan negara mereka sebagai Persekutuan, dikenali sebagai

Negeri-negeri Melayu Terlindung, untuk ditadbir di bawah perlindungan Kerajaan British”.2

Penjajahan British di Melaka sebagai Negeri-Negeri Selat pada 1826 telah memberi kesan

kepada pembangunan bidang pendidikan vernakular.3 Rekod rasmi yang diperolehi oleh pengkaji

mengenai bidang pendidikan yang disusun atur oleh pihak British di Melaka dapat dilihat dari 4

sudut yang berbeza misalnya Sekolah Pendidikan Vernakular Melayu, Sekolah Pendidikan

Vernakular Inggeris, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Vernakular Cina. Walaupun jika dilihat

dari sudut yang nyata, kepelbagaian kemudahan pendidikan sewaktu kuasa kolonial British bertapak
1
Mohd Shazwan Mokhtar. Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di NegeriNegeri Melayu Bersekutu, 1909-1925, Tesis
Sarjana Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017, hlm. 149-154
2
FCO 141/16767, Treaty of Federation 1895.
3
Siti Maisarah Othman, Suffian Mansor. “Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di
Melaka”. Jurnal Wacana Sarjana Volume 5(2) March 2021, hlm 2

2
di Tanah Melayu khususnya di Melaka jelas menunjukkan betapa baiknya penjajah ini, namun

pengkaji melihat perkara ini dari perspektif yang berbeza. Melaka dianggap sebagai tempat yang

terbaik untuk sekolah-sekolah Melayu kerana jumlah penduduk di sana hampir keseluruhannya

terdiri daripada orang Melayu yang berasal dari negara ini dan bukannya pendatang seperti di Pulau

Pinang dan Singapura.4 Pengkaji dapati bahawa Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh, Rancangan

Cheesmen,5 Laporan Bernie's, Laporan Gwen Wu dan Ordinan Pelajaran sememangnya memberi

kesan kepada sistem pendidikan vernakular di Melaka sebelum masyarakat berusaha menuntut

kemerdekaan daripada kolonial British pada 1957. 6

Pengkaji juga menafsir dan meneliti dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British di Tanah

Melayu merupakan bukti dan indikator kepada perubahan silibus, peruntukan jumlah murid yang

ditetapkan oleh pihak penjajah serta tenaga pengajar yang disediakan di setiap sekolah vernakular

yang berdaftar dengan kerajaan British pada ketika itu. Walaupun, penyelidikan dalam sejarah

pendidikan di Malaysia sentiasa berlaku perbezaan pendapat dan pandangan mengenai kesan yang

dirasai oleh Negeri-Negeri di bawah kuasa kolonial British sentiasa dibahaskan bukanlah menjadi

penghalang kepada pengkaji untuk melaksanakan penyelidikan dalam bidang Sejarah Pendidikan.

Kepelbagaian pandangan dan intipati kritikan yang dilakukan oleh sarjana dari pelbagai bidang

kepakaran masing-masing menjadi tumpuan utama kepada pengkaji.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

4
Chelliah. “A History of the Educational Policy of the Straits Settlements with Recommendations for a New System Based on
Vernaculars”. Kuala Lumpur: The Government Press. 1947
5
Alis Puteh. “Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
81. 2015
6
Cheeseman, H.R. “Education in Malaya 1900-1941”, Malaysia in History, Vol. 22. Persatuan Sejarah Malaysia. 1979

3
Sejarah kolonial British memberi kesan kepada sistem pendidikan vernakular di Negeri-negeri Selat

khususnya Melaka sebelum era kemerdekaan. Pentadbiran British terhadap sistem pendidikan

vernakular di Melaka membawa kepada dua sudut penafsiran yang berbeza. Hal ini menyebabkan

wujudnya dua sisi perspektif yang berbeza iaitu kesan positif yang dinikmati oleh masyarakat di

Melaka sebelum merasai era kemerdekaan dan kesan negatif seperti merencatkan proses

meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat melalui indikator kemudahan

pendidikan.

Selain itu, kepelbagaian sistem pendidikan atau lebih dikenali sebagai “Pendidikan

Vernakular” membawa kepada wujudnya kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka kesan

daripada pelaksanaan pembangunan pendidikan yang dimonopoli oleh pihak British di Melaka. Dari

sudut tafsiran lain yang menyatakan bahawa kesan pentadbiran dan penjajahan British di Tanah

Melayu sebenarnya merencatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat merupakan

tujuan dan kesan utama pentadbiran kuasa kolonial ini. Buktinya, Dasar British dan Jepun sebelum

era kemerdekaan yang datang ke Tanah Melayu memberi kesan yang ketara terhadap kemuafakatan

diantara kaum di Tanah Melayu sehingga jurang masyarakat pada ketika itu semakin kritikal demi

memastikan manfaat ekonomi di Tanah Melayu dikaut secara rakus oleh kuasa penjajah ini.

Sehinggakan dasar yang diperkenalkan tidak memberi kesan kepada kemajuan masyarakat

malah masyarakat yang menjadi mangsa kepada dasar ini seperti Melayu, Cina dan India sukar untuk

membentuk satu semangat penentangan terhadap kuasa kolonial British. Di samping itu, isu dasar

yang di olah oleh kerajaan British di Tanah Melayu sehingga berpotensi memberi implementasi

terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka merupakan satu kenyataan sejarah yang perlu

diketahui dan diamati. Oleh itu, rekod data berautoriti yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan

bahawa Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh, Rancangan Cheesmen, Laporan Fee Wui, Laporan

Bernie's dan Ordinan Pelajaran membawa perubahan yang ketara terhadap silibus yang terkandung

dalam buku teks sekolah vernakular, kuantiti murid yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah

4
vernakular serta tenaga pengajar yang ditempatkan oleh pihak pemerintah pada ketika itu di samping

mampu menjamin kedudukan British untuk sentiasa menguasi hasil ekonomi di Tanah Melayu.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh pengkaji merupakan satu usaha dalam membawa sejarah

pendidikan di Tanah Melayu semasa era penjajahan British sebelum merdeka ke arah memartabatkan

keunikan sistem pendidikan yang pelbagai walhal ianya disebabkan oleh kuasa British itu sendiri.

Meneliti setiap isu dan perkara yang diketengahkan oleh pengkaji, boleh disimpulkan bahawa:

i. Mengkaji dasar British yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan British

di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat.

ii. Mengenalpasti proses implimentasi British melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan

terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

iii. Menganalisis kesan implimentasi British kepada jumlah sekolah dibawah pentadbiran British,

kuantiti murid yang diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang

dipraktikkan di dalam bilik darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan di Melaka pada

1880 sehingga 1956.

5
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bukan sahaja menjadi salah satu syarat untuk lulus di peringkat sarjana bagi

pengkaji, ianya juga dapat dirungkaikan mengikut beberapa aspek dominan sepanjang proses

penyelidikan di jalankan. Antaranya ialah memberi gambaran yang jelas mengenai proses kolonial

yang dimonopoli oleh empayar British di Tanah Melayu khususnya di Melaka yang dikelompokkan

dalam Negeri-negeri Selat.7 Kajian ini akan menyediakan pelbagai sudut pandangan yang bersifat

fleksibel kepada pengkaji-pengkaji yang berminat mendalami sejarah pendidikan di Tanah Melayu.

Selain itu, kajian ini juga menjadi rujukan sampingan kepada Pegawai Pendidikan Melaka,

Kementerian Pendidikan Malaysia serta Arkib Negeri Melaka. Hal ini demikian kerana, proses

penghadaman dan penafsiran data primer dan sekunder yang dilakukan oleh pengkaji mengenai dasar

yang diwujudkan oleh British semasa era kolonial di Tanah Melayu akan memberi satu sudut

penafsiran yang sedikit berbeza dengan kajian sejarah pendidikan sebelum ini. Walaupun kajian

yang difokuskan oleh pengkaji bukanlah berada di peringkat yang tinggi, namun ianya mampu

menjadi satu medium yang berkesan bagi membawa pengkaji-pengkaji yang berminat dalam bidang

Sejarah Pendidikan melihat dasar yang diolah sebenarnya memberi kesan positif dan negatif kepada

masyarakat di Melaka.

Akhir sekali, kajian ini juga turut menjelaskan secara kritis dan adil mengikut ilmu disiplin

sejarah melalui proses “kritikan dalaman dan luaran” mengenai implimentasi yang dirasai dalam

sektor pembangunan pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956. Berdasarkan lontaran

penjelasan di atas mengenai kepentingan kajian mengenai Implimentasi British terhadap Sistem

Pendidikan Vernakular di Melaka pada 1880-1956 inilah penyelidik merasakan bahawa kajian ini

amat penting untuk dijalankan tanpa hanya berfokus kepada proses dan membelakangkan kesan yang

dirasai sepanjang empayar British berkuasa di Tanah Melayu.

1.6 SKOP KAJIAN


7
Ibid

6
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji mengenai implimentasi British kepada Sistem Pendidikan

Vernakular di Melaka pada 1880-1956 merupakan satu kajian sejarah pendidikan yang berkaitan

dengan penelitian pembangunan pendidikan di bawah urus tadbir kuasa kolonial British. Selain itu,

lokasi atau tempat kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah Melaka. Hal ini demikian kerana, kuasa

penjelajahan British yang dominan pada awal pemerintahan mereka lebih berfokuskan kepada Pulau

Pinang, Melaka dan Singapura sebelum merdeka.8

Sistem pentadbiran yang banyak diubah mengikut selera British sememangnya memberi

kesan kepada masyarakat Melaka. Seterusnya, skop masa bagi penyelidikan ini merungkai

implimentasi pentadbiran British pada era Kolonial British iaitu pada 1880 sehingga 1956 sebelum

era kemerdekaan Tanah Melayu. Walhal, kuasa kolonial Jepun juga yang turut bersarang di Tanah

Melayu pada 1941 sehingga 1945 sehingga memberi kesan yang amat ketara dalam sistem

pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Namun, pengkaji berpendapat bahawa tingkat keberkesanan isu mengenai implimentasi ke

sistem pendidikan vernakular di Melaka lebih tinggi jika difokuskan kepada satu kuasa imperial

sahaja iaitu kuasa kolonial British. Seterusnya, pengkaji juga akan menghadkan lokasi sekolah

vernakular yang akan merungkai Implimentasi yang diketengahkan. Sekolah Vernakular Melayu,

Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Vernakular Inggeris yang wujud

dan amat terkesan dengan dasar yang diperkenalkan oleh British akan dihadkan hanya 3 atau 4 buah

sekolah terawal sahaja. Justeru, skop lokasi dan masa yang diketengahkan oleh pengkaji melalui

tajuk penyelidikan yang akan dilaksanakan adalah jelas dan jitu untuk dihadamkan.

1.7 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

8
Ibid

7
Tinjauan kajian lepas melibatkan beberapa bahan rujukan sekunder yang berkaitan dengan kajian ini.

Berikutan itu, tiga aspek utama yang diberi perhatian ialah kajian yang melibatkan dasar kolonial

kuasa luar (Jepun dan British)9 dalam perkembangan pendidikan di Tanah Melayu, implimentasi

umum yang dirasai oleh masyarakat di negeri jajahan British (Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri

Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) serta sekolah vernakular yang wujud,

jumlah murid yang diperuntukkan serta tenaga pengajar yang ditempatkan di Sekolah Vernakular

yang wujud pada era kolonial.

Misalnya, isu mengenai dasar kuasa luar yang pernah bertapak melaksanakan imperial di

Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan pernah diketengahkan oleh Parameswari Krishnan. Beliau

membahasakan isu ini dalam artikel beliau yang bertajuk “Dasar British Dan Jepun Terhadap

Sekolah Melayu Dan Tamil Sebelum Tahun 1957”.10 Secara keseluruhannya beliau berpendapat

melalui journal ini bahawa dasar pecah dan pemerintahan British di Tanah Melayu tertumpu kepada

aspek ekonomi rantau ini. Sebenarnya, dasar Jepun bukan sahaja bertujuan untuk ekonomi, tetapi

mahu menjadikan semua rakyat Tanah Melayu sebagai warganegara Jepun dan menghapuskan

identiti setiap kaum di Tanah Melayu. Namun, tujuan utama kedua-dua penjajah itu adalah untuk

mengumpul segala hasil bumi tanpa memajukan masyarakat setempat. Jelaslah bahawa "Beban

Orang Putih," iaitu meletakkan segala beban di atas bahu rakyat tempatan dan "Niponisasi," iaitu

menjadikan seluruh negara menjadi gaya Jepun, adalah salah satu taktik British dan Jepun di Tanah

Melayu, sekali gus menjejaskan pendidikan seluruh rakyat untuk kepentingan masing-masing ketika

itu. Oleh itu, adalah wajar dan penting untuk melihat dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British dan

Jepun dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu bagi memahami sejarah pendidikan masyarakat

ketika itu dan corak kehidupan. Walaubagaimanapun, artikel ini penting bagi pengkaji melihat niat

sebenar kedua-dua pihak British dan Jepun dalam memperkenalkan pendidikan vernakular (British)

9
Parameswari Krishnan. J. Hinduja Jayer Raman2 Said Darkasi. Rohini Krishnan. “Dasar British Dan Jepun Terhadap Sekolah Melayu
Dan Tamil Sebelum Tahun 1957. Jurnal Kinabalu Bil. 26(2), hlm 255, 2020
10
Ibid

8
dan pendidikan ala Jepun (Jepun). Namun, secara analitikalnya pengkaji melihat perbincangan dalam

artikel ini bersifat umum dan hanya menyentuh beberapa negeri di bawah pentadbiran kuasa imperial

luar sebelum era kemerdekaan. Oleh itu, pengkaji akan melihat perspektif kesan dasar ini secara

terperinci mengikut negeri yang terpilih khususnya Melaka sebagai lokasi kajian penyelidikan

pengkaji.

Selain itu, journal yang bertajuk “Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan

Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia”11 yang dikarang oleh Nur Atiqah Tang Abdullah dan

Ong Puay Liu membincangkan latar belakang sejarah pendidikan di negara ini adalah berdasarkan

pendekatan sosiologi yang melihat kepada dokumen seperti Laporan Barnes 1950, Laporan Fenn Wu

1952, Laporan Pendidikan Razak 1956, dan Laporan Pendidikan Rahman Talib 1960. 12 Dokumen ini

mengkaji aspek komuniti majoriti dan minoriti dalam ruang pendidikan, menggunakan pelbagai

kaedah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lengkap. Sistem pendidikan vernakular di

Malaysia adalah hasil daripada dasar "laissez-faire" British dan sistem pendidikan berasaskan etnik

yang diamalkan oleh pendatang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu. Sistem ini telah

menghasilkan empat aliran bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang berbeza antara satu

sekolah dengan sekolah yang lain. Sistem ini juga telah menyebabkan berlakunya transformasi

masyarakat homogen kepada masyarakat heterogen yang merangkumi pelbagai etnik dan budaya.

Walau bagaimanpun, pengkaji akan merungkai secara terperinci mengenai dokumen rasmi yang

menyimpan rekod ruang pendidikan terutamanya pada landasan dasar British yang mempengaruhi

pembangunan sistem pendidikan vernakular yang kurang dibahaskan dalam artikel ini.

Di samping itu, artikel “Pengaruh Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum Dan

Selepas Merdeka Di Malaysia” yang diterbitkan oleh International Journal Of Law, Government
11
Nur Atiqah Tang Abdullah. Ong Puay Liu. “Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di
Malaysia”. Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Hlm 74. 2012
12
Ibid

9
And Communication (IJLGC) turut membincangkan pengaruh bidang pendidikan terhadap penyatuan

masyarakat di Malaysia dan kenal pasti cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan sistem pendidikan

yang berfungsi sebagai agen penyatuan masyarakat.13 Malah dalam artikel ini juga turut merungkai

fungsi pendidikan iaitu salah satu daripada banyak alat yang digunakan oleh kerajaan untuk

meningkatkan kualiti hidup semua kumpulan etnik yang unik kerana ia mengekalkan dua sistem

pendidikan yang berasingan, satu di mana kurikulum kebangsaan diajar dan satu lagi di mana bahasa

tempatan digunakan. Ini membolehkan pelbagai pilihan pendidikan yang dapat memenuhi keperluan

setiap individu. Namun, artikel ini akan menjadi satu rujukan terpenting bagi pengkaji melihat

implimentasi dasar yang dilaksanakan oleh British dalam bidang pendidikan.

Artikel “Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan

Pendidikan di Melaka” yang dikarang oleh Siti Maisarah Othman dan Suffian Mansor turut

merungkai masalah dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari

tahun 1826 hingga 1940-an melibatkan pertembungan pandangan dan perspektif antara semua kaum

di Melaka termasuk Melayu, Cina, India dan Inggeris. 14 Pertembungan stereotaip ini timbul kerana

dasar polarisasi British terhadap semua kaum di Melaka, yang memberi kesan kepada perkembangan

sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi sistem pendidikan ini menyebabkan setiap kaum

ingin mengamalkan sistem pendidikan swasta yang secara tidak langsung menyebabkan British

menghadapi masalah dan cabaran tertentu. Walaupun skop perbincangan dalama artikel ini terlalu

luas, ianya juga penting kepada pengkaji bagi merintis idea yang berkisarkan tentang pembangunan

pendidikan vernakular di Melaka yang mampu menutup lompong pembahasan yang sedia ada dalam

artikel ini.

13
Sharifah Darmia Sharif Adam. Irma Wani Othman. Jais Abdul Hamid. Mohd Sohaimi Esa. Romzi Ationg. Siti Aidah Lukin. Lokin. Budi
Anto Mohd Tamring. “Pengaruh Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum Dan Selepas Merdeka Di Malaysia”. International
Journal of Law, Government and Communication (IJLGC). Hlm 68. 2021.
14
Siti Maisarah Othman. Suffian Mansor. “Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di
Melaka”. Volume 5(2) March. Hlm 1. 2021.

10
Tambahan pula, berdasarkan kajian Abu Zahari Abu Bakar dapat dilihat bahawa telah wujud

perkhidmatan pendidikan di negeri-negeri Tanah Melayu sebelum British campur tangan. 15 Sekolah

pada masa itu tidak menghabiskan banyak masa mengajar membaca, menulis dan mengira,

sebaliknya menumpukan kepada pengajaran al-Quran. Selain itu, perbincangan mengenai permulaan

dan perkembangan sistem sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang membawa

kepada asal usul orang Melayu, kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu dan Inggeris di

Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu boleh didapati dalam artikel. Walau

bagaimanapun, artikel ini akan menjadi rujukan penting kepada penyelidik yang mengkaji

pelaksanaan dasar pendidikan British.

Kajian ini turut mengenal pasti kajian lepas berkaitan orang Melayu di Melaka dan

pendidikan sekular.16 Perbincangan merujuk kepada dasar-dasar British terhadap sekolah Inggeris,

sekolah Melayu dan sekolah pertukangan. Perbincangan lanjutnya mengenai sambutan ibu bapa

Melayu di Melaka yang amat pasif dalam sistem pendidikan Inggeris oleh kerana tebalnya prasangka

ibu bapa Melayu yang mahukan anak-anak mereka yang bersekolah diberikan biasiswa. Di bawah

kajian Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Ismail Ali,17 membincangkan mengenai pelaksanaan pelajaran

formal yang bercorak western-type education oleh British yang telah dirancang dan ditentukan

matlamatnya di negeri-negeri Melayu. Menurutnya, British telah menentukan kurikulum yang patut

diajar di sekolah-sekolah yang diselia, malahan sekolah vernakular Melayu hanya menggunakan

beberapa subjek yang dirasakan sesuai dengan kehidupan orang Melayu. Walaupun skop artikel ini

terlalu luas, pengkaji juga penting untuk mengembangkan idea tentang pembangunan pendidikan

vernakular di Melaka bagi mengisi kekosongan perbincangan yang sedia ada dalam artikel ini.

15
Abu Zahari Abu Bakar. “Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia: Zaman Sebelum Merdeka hingga ke Zaman Sesudah
Merdeka”. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. 1980
16
Khoo Kay Kim. “Melaka: Dahulu dan Sekarang”. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. 1982.
17
Khairi Ariffin. Ramli Saadon. Ismail Ali. “Kurikulum Pelajaran Vernakular Melayu di Tanah Melayu Pada Zaman Kolonial British
Sehingga Perang Dunia Kedua”. Jurnal Manu, hlm 1-31. 2012

11
Maka berdasarkan sorotan penulisan awal di atas, didapati bahawa masih ada beberapa

kekosongan yang dapat diisi dalam kajian ini iaitu:

i. Ulasan yang terperinci mengenai dasar British yang berfokuskan kepada pembangunan bidang

pendidikan.

ii. Penjelasan dan analisis kesan implimentasi pentadbiran British melalui dasar yang

diperkenalkan terhadap system pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Bagi menghasilkan sistem penulisan yang sistematik dan tersusun, penulis telah menggunakan

metodologi relevan yang berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Metodologi ini telah membantu

penulis menghasilkan satu sistem yang cekap dan berkesan.

1.8.1 Metode Pengumpulan Data

Pada fasa awal kajian ini, metode perpustakaan digunakan untuk mencari bahan-bahan

berkaitan dasar pentadbiran British yang diwujudkan untuk pembangunan pendidikan di Melaka

yang akan dibincangkan dalam Bab II. Ini termasuk melihat buku, artikel, makalah daripada sarjana,

dan juga kajian saintifik dan tesis. Beberapa perpustakaan yang terlibat dalam pencarian itu ialah

Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaya, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang,

Arkib Negara, Arkib Negeri Melaka, Perpustakaan Awam Melaka dan Muzium Negeri Melaka.

12
Begitu juga dengan kajian-kajian lain yang melibatkan perbahasan mengenai implimentasi

pentadbiran British terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka yang dibincangkan pada

sorotan kajian sebelum ini.

1.8.2 Metode Analisis Data

Selepas mengumpul semua data yang diperlukan melalui kaedah yang dinyatakan di atas,

pemprosesan dan analisis data dilakukan mengikut kaedah berikut:

i. Metode Induktif

Pendekatan induktif-generatif ini digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul

maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji dan seterusnya

menyesuaikannya untuk mencari perkaitan antara fakta atau maklumat terkumpul untuk

membentuk idea. Bagi pengaplikasian kaedah dalam kajian ini, beberapa perkara yang

membahaskan dasar British yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan

British di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat telah menyebakan

berlakunya implimentasi melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan terhadap sistem

pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956 yang dibahaskan dalam Bab Dua. Selain

itu, hasil analisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran British, kuantiti murid yang

diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang dipraktikkan di dalam bilik

darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan di Melaka pada 1880 sehingga 1956 jelas

membuktikan bahawa pengkaji mengaplikasikan metode ini.

13
ii. Metode Deduktif

Metode deduktif pula merupakan kaedah menganalisis dan mengolah penulisan

berdasarkan kepada pola berfikir yang mencari pembuktian berasaskan kepada bukti- bukti

umum kepada perkara-perkara khusus. Justeru berdasarkan kepada dasar British yang

diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan British di Tanah Melayu khususnya di

Melaka sebagai Negeri-negeri Selat telah menyebabkan berlakunya implimentasi melalui

pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka

pada 1880-1956 yang telah dibentuk pada Bab II, ia kemudiannya menjadi panduan bagi

menganalisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran British, kuantiti murid yang diperuntukkan

dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang dipraktikkan di dalam bilik darjah serta tenaga

pengajar yang diperuntukkan yang dikhususkan pada Bab III. Di sinilah metode deduktif ini

diaplikasikan yang mana dengannya, akan memudahkan lagi proses menganalisis, menghurai

dan membuat kesimpulan dengan lebih berhikmah berdasarkan data-data yang berbentuk

umum tersebut. Ini termasuklah dengan kemampuan akal dalam menghuraikan implimentasi

British kepada sistem pendidikan vernakular supaya dapat dinyatakan dengan lebih baik dan

tersusun.

iii. Metode Komparatif

Metode Komparatif ini pula digunakan bagi membuat perbandingan antara sumber-

sumber yang diperolehi dan melihat kesinambungan yang mungkin ada di antara sumber-

sumber tersebut. Perbandingan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan

persamaan, serta mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada maklumat-maklumat

yang ada. Begitu juga ia digunakan dalam mengenalpasti sekolah vernakular yang mendapat

kesan yang lebih dominan dari institusi vernakular yang lain semasa era penjajahan British di

Melaka.

14
1.9 PEMBAHAGIAN BAB

Kajian ini telah dibahagikan kepada empat bab. Bab pertama adalah membincangkan tentang

pengenalan kajian yang merangkumi latar belakang masalah dan persoalannya, objektif,

kepentingan, metodologi yang digunakan dalam mengumpul serta menganalisis data, kajian

terdahulu, skop dan pembahagian bab. Perkara-perkara ini penting untuk diketahui sebagai

penerangan awal mengenai kajian yang ingin dilaksanakan oleh penulis.

Selain itu, bab kedua pula merupakan latar belakang yang memberi penekanan kepada

pembahasan mengenai dasar pendidikan yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era

penjajahan British di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-Negeri Selat . Dalam bab

II pengkaji akan merungkai secara menyeluruh mengenai dasar pentadbiran British dalam

pembangunan sistem pendidikan seperti Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh, Rancangan

Cheesmen, Laporan Bernie’s, Laporan Gwen Wu dan Ordinan Pelajaran. Dalam bab ini, pengkaji

akan membahas intipati dasar dan pelaksanaanya di Tanah Melayu khususnya di Melaka.

Di samping itu, dalam pembahasan bab ketiga pengkaji akan berfokus kepada kerja-kerja

mengenalpasti proses implementasi British melalui pentadbiran dan dasar pendidikan yang

diwujudkan terhadap sistem pendidikan vernakular seperti Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah

Vernakluar Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Inggeris di Melaka pada 1880-1956.

Proses implimetasi yang dimonopoli oleh pihak British sebelum era kemerdekaan memerlukan

masa dan cabaran demi memastikan dasar yang diolah dapat dilaksanakan dalam pembangunan

sistem pendidikan khusunya pendidikan vernakular di Melaka.

Seterusnya, dalam bab keempat pengkaji akan menganalisis kesan implimentasi British

terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka dalam bentuk dasar yang diperkenalkan oleh

British di Tanah Melayu dan merupakan bukti dan indikator kepada perubahan silibus, peruntukan

jumlah murid yang ditetapkan oleh pihak penjajah serta tenaga pengajar yang disediakan di setiap

sekolah vernakular yang berdaftar dengan kerajaan British pada ketika itu. Hal ini akan menjadi
15
salah satu bahagian terpenting bagi melihat bagaimana dasar yang dilihat baik untuk masyarakat

sebenar jika dilihat dari sudut tafsiran yang lain sebenarnya mendatangkan kesan negatif kepada

masyarakat pada ketika itu.

Akhir sekali, bab keempat iaitu kesimpulan akan menilai dan merumuskan keseluruhan kajian

berdasarkan empat objektif utama kajian ini. Selain daripada menjawab persoalan-persoalan yang

terdapat dalam objektif kajian, beberapa usul atau cadangan juga akan dikemukakan bagi

menampung sebarang kekurangan khususnya dalam pembelajaran mahupun penyelidikan sejarah

tempatan sekarang.

16
RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan oleh pengkaji akan memfokuskan kepada kerja-kerja

mengkaji dasar-dasar British yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan pada zaman

penjajahan British di Tanah Melayu khususnya di Melaka. Selain itu, pengkaji juga akan

mengenal pasti proses pelaksanaan British melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan

kepada sistem pendidikan vernakular di Melaka pada tahun 1880-1956. Di samping itu,

pengkaji akan menganalisis secara analatikal kesan pelaksanaan British terhadap bilangan

sekolah di bawah pentadbiran British, kuantiti pelajar yang diperuntukkan di setiap sekolah

vernakular, sukatan pelajaran yang diamalkan di dalam bilik darjah dan tenaga pengajar yang

diperuntukkan di Melaka dari 1880 hingga 1956. Secara kasarnya, dasar British ke arah

membangunkan pendidikan vernakular di Melaka adalah bersifat selektif dan mementingkan

diri sendiri. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh pakar sejarah pendidikan sebelum sebelum

ini mendapati wujud dasar tersirat daripada penubuhan sekolah vernakular iaitu berbentuk

polarisasi kerana ia merupakan dasar menyekat dan mendiskriminasi masyarakat Melayu,

masyarakat asal yang terpaksa berhadapan dengan pendatang dari luar. Usaha British pada

awalnya tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu kerana dicurigai terhadap

ajaran sekular. Namun tidak dapat dinafikan terdapat pakar pendidikan lain yang berpendapat

liku-liku perjalanan British ke arah pembangunan sistem pendidikan vernakular di Melaka

membuahkan hasil. Di sinilah, terdapat lebih banyak sekolah yang mula dibuka sebaik

berakhirnya pemerintahan British di Melaka sehingga hari ini yang masih meneruskan tradisi

dan legasi pengajaran dan pembelajaran gaya British di samping kuasa penjajah British yang

menjalankan penjajahan di Tanah Melayu untuk mendapatkan kepentingan ekonomi dan

merampas kuasa kerajaan daripada rakyat tempatan.

17
RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Abu Zahari Abu Bakar. “Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia: Zaman

Sebelum Merdeka hingga ke Zaman Sesudah Merdeka”. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti. 1980.

Alis Puteh. “Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia”, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2015.

Cheeseman, H.R. “Education in Malaya 1900-1941”, Malaysia in History, Vol. 22. 1979.

FCO 141/16767. Singapore.

Jumaah Haji Alias. “Sejarah Perkembangan Sekolah Tinggi Melaka (1826-1976)”.

Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1983.

Keng, Heng Chua. “Pendidikan Cina Dari Perspektif Dong Jiao Zong”, Latihan Ilmiah,

Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia. 1998.

Khoo Kay Kim. “Melaka: Dahulu dan Sekarang”. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium

Malaysia. 1982.

Khairi Ariffin. Ramli Saadon. Ismail Ali. “Kurikulum Pelajaran Vernakular Melayu di

Tanah Melayu Pada Zaman Kolonial British Sehingga Perang Dunia Kedua”.

Jurnal Manu, hlm 1-31. 2012

Mohd Shazwan Mokhtar. “Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di

NegeriNegeri Melayu Bersekutu, 1909-1925”. Tesis Sarjana Falsafah. Universiti

Kebangsaan. 2017.

18
Nur Atiqah Tang Abdullah. Ong Puay Liu. “Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan

Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia”. Institut Kajian Etnik (KITA), UKM.

2012

Parameswari Krishnan. J. Hinduja Jayer. RamanSaid Darkasi. Rohini Krishnan. “Dasar

British Dan Jepun Terhadap Sekolah Melayu Dan Tamil Sebelum Tahun 1957”.

Jurnal Kinabalu Bil. 26(2). 2020.

Ramli Saadon. Khairi Ariffin. Ishak Saat. “Perkembangan Pendidikan Orang Melayu di

Malaya Sebelum Kemunculan Western-Type Education”. Jurnal Sains Sosial dan

Kemanusiaan, 8(2). 2016.

Sattananttan, S. “Perkembangan Sekolah-Sekolah Tamil dan Latihan Perguruan Bagi Guru-

Guru Sekolah Tamil Sebelum & Selepas Merdeka”. Latihan Ilmiah, Bahagian

Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. 1997.

Sharifah Darmia Sharif Adam. Irma Wani Othman. Jais Abdul Hamid. Mohd Sohaimi Esa.

Romzi Ationg. Siti Aidah Lukin. Lokin. Budi Anto Mohd Tamring. “Pengaruh

Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum Dan Selepas Merdeka Di

Malaysia”. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC).

2021.

Siti Maisarah Othman. Suffian Mansor. “Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran

British dalam Pembangunan Pendidikan di Melaka”. Jurnal Wacana Sarjana

Volume 5(2). 2021.

Sufean Hussin. “Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah”. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993.

19
Wicks, Peter. “Education, British Colonialism and a Plural Society in West Malaysia: The

Development of Education in The British Settlements along The Straits of Malacca

1786-1874”. History of Education Quarterly, 20(2). 1980.

20

Anda mungkin juga menyukai