Anda di halaman 1dari 21

BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi
sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi
ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk
memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk
menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat
mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai
perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk.
Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan
kesesuaian masyarakat Malaysia.

Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lainlain etnik,
dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah
sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua
golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada
masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti,
bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia
penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi


keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila
seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi - institusi
pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke-hari tua
dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara.

1
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan


kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan,
dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994:8). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan
ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman
pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan
mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi
penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk
dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan
pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat.

Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan dan menghuraikan


berkenaan dengan pelaksanaan sistem persekolahan negara dalam konteks sekolah
Kebangsaan, dimana ianya merupakan perkara penting dalam mempelajari berkaitan
dengan pengurusan sesebuah sekolah.

2
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

2.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Latar belakang pendidikan di Malaysia dapat kita bahagikan kepada tiga bahagian iaitu
sejarah awal pendidikan, selepas merdeka dan halatuju pendidikan di Malaysia.
Pendidikan di Malaysia mempunyai pengalaman yang tersendiri dan mempunyai tempoh
masa yang lama untuk distabilkan supaya menjadi seperti sekarang. Berikut merupakan
penerangan latar belakang pendidikan di Malaysia.

2.1 SEJARAH AWAL

Didalam tajuk ini akan menjelaskan tentang latar belakang pendidikan di Malaysia
dengan dibezakan oleh dua kategori iaitu sejarah awal pendidikan sebelum merdekadan
setelah merdeka. Disini boleh dijelaskan bahawa pendidikan di Malaysia mempunyai
perubahan yang besar daripada hanya penghayatan dalam ilmu al – quran sehinggalah
mencapai tahap matematik sains dan sosial.

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (Sebelum 1824)

Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal
formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan
akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Pada amnya pendidikan tradisi
ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada
teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek
pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan
sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat
tinggi

3
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Sistem Dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British (1786-1956)

Sistem dan struktur pendidikan semasa penjajahan British (1986-1956) adalah seperti
urutan berikut:
i. Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1986-1941)
ii. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
iii. Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
iv. Perkembangan Sekolah Inggeris

a) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)


Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap
pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-
negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan
bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah
sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863,
kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang
dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah


Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani
dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu
ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu
Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and
Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam
perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan
Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki
Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat
meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

4
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

b) Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh
London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada
tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China,
Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan
menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum
yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah
dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris
kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi
bertambah baik.

c) Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang


getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari
negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa
Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun
1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.
Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah
estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-
sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-
sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka,
India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

5
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

d) Perkembangan Sekolah Inggeris

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha
kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan
mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:

i. Untuk semua bangsa;


ii. Mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
iii. Ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan
kadar berpatutan;
iv. Murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari
Ilmu Kira-kira;
v. Murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
vi. Rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
vii. Murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-
lain;
viii. Diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan
Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun
1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan.
Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar
ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

2.2 SELEPAS MERDEKA

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan
membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang
bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa
Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan

6
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah
Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang
Cina.

Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah


Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah
Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang
pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa
Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar. Perkembangan sistem pendidikan
di Malaysia selepas merdeka bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap
pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara
yang dilaksanakan dalam tahap pertama ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan
Masuk Sekolah Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan(1965)
dan penubuhan Pusat Latihan Daerah.

Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia


Pertama yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul
pada masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah penubuhan
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui
Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan


latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta
mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan pendidikan dalam
perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua), penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian
Sains.

7
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

2.3 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Hala tuju pendidikan negara akan terus menempa transformasi untuk tempoh 13 tahun
akan datang menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM)
sebagai rujukan utama. Sasaran utama ialah bagi memastikan pelajar dipersiapkan
dengan ilmu, nilai dan kemahiran yang membolehkan mereka bersaing di peringkat
global menerusi pendidikan bertaraf dunia. PPPM 2013-2025 tidak mengubah dasar
semasa, sebaliknya hanya membabitkan penambahbaikan dan anjakan operasi dan
strategi sistem pendidikan Negara.

Enam daripada 25 inisiatif di bawah PPPM yang disasarkan tahun ini, sudah
dicapai dalam tempoh 100 hari pelaksanaannya termasuk ujian kefasihan Bahasa
Inggeris (BI) di bawah Cambridge Placement Test (CPT) membabitkan 61,000 guru
bahasa Inggeris, Program Transformasi Daerah yang dirintis di Kedah dan sabah dan
penyediaan video e-Guru. Terdapat cabaran Kementerian Pendidikan dalam pelaksanaan
PPPM termasuk memberi kefahaman kepada pelaksana, guru dan orang ramai mengenai
perancangan yang sedang dan akan dilakukan ke arah mencapai matlamat transformasi
bidang pendidikan negara.

PPPM 2013-2025 tidak mengubah dasar semasa, sebaliknya hanya membabitkan


penambahbaikan dan anjakan operasi dan strategi sistem pendidikan negara. Dasar
seperti bahasa dan persekolahan masih kekal. Bahasa Malaysia masih menjadi pengantar
utama manakala Bahasa Inggeris serta bahasa lain masih digunakan. Sebelas anjakan
transformasi sistem dalam PPPM membabitkan bidang kokurikulum, bahasa, guru,
kepimpinan serta infrastruktur adalah pemacu transformasi sistem pendidikan nasional.
Dalam PPPM, kementerian bukan saja menyatakan apa yang mahu dan perlu dicapai
tetapi turut menjelaskan bagaimana untuk mencapai apa yang disasarkan.

PPPM turut memberi tumpuan kepada transformasi profesion keguruan dengan


mensasarkan perguruan sebagai profesion pilihan selain memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan di semua sekolah. Perguruan akan menjadi kerjaya tahap
profesional. Bagi memperkasakan guru sedia ada, kementerian memperkenalkan

8
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program
Jurulatih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus. Ia sebahagian usaha membimbing dan
melatih guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi
meningkatkan lagi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Usaha itu akan
diperluaskan kepada subjek lain selepas ini. Pelaksanaan PPPM bukan berpaksikan
kepada kehendak kementerian semata-mata, tetapi ia berdasarkan keperluan dan saranan
rakyat. PPPM adalah bukti kepada masyarakat bahawa kementerian sangat beriltizam
untuk melaksanakan transformasi pendidikan ke arah memenuhi aspirasi negara pada
masa hadapan.

9
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

3.0 ISU – ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Dalam bab ini akan menerangkan tentang isu – isu dan masalah dalam sistem pendidikan
awam di Malaysia. Ia melibatkan tentang sistem sekolah pelbagai aliran, Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI ), serta pengisian
kurikulum dan kokurikulum pada sistem yang baru ini iaitu KSSR. Dengan mengenali
lebih lanjut isu – isu yang dikemukan, pelajar dapat memahami perkembangan sistem
yang baru yang telah diperkenalkan dalam sektor awam.

3.1 SISTEM SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN

Aliran pendidikan yang berbeza adalah berasaskan kepada fahaman, ideologi dan
kepercayaan yang pelbagai di negara ini. Tujuannya, mengakui bangsa Melayu dan
beragama Islam sebagai bangsa dominan di negara ini namun tetap menghormati dan
menjaga kebajikan kaum-kaum lain seperti Cina dan Tamil. Umumnya, terdapat tujuh
jenis sekolah di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah
wawasan, sekolah agama Islam, sekolah Mubaligh, sekolah bestari dan sekolah
berasrama penuh. Kepelbagaian aliran pendidikan pada hari ini adalah implikasi
daripada zaman penjajahan yang mengamalkan prinsip pecah dan perintah.

Wujudnya, budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk kesepaduan


kaum dan etnik di negara ini. Walaupun, mempunyai aliran pendidikan yang berbeza
namun subjek-subjek asas turut mewarnai sistem pengajaran dan pembelajaran harian
seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Bezanya, sekolah-sekolah aliran
Cina dan India mempunyai tambahan mata pelajaran elektif seperti bahasa dan tulisan
Cina dan Tamil. Keseragaman kurikulum dalam sistem pendidikan sekarang secara tidak
langsung dapat memupuk kesepaduan kaum dan etnik.

10
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Sistem Penilaian Peperiksaan Yang Sama

Sistem penilaian peperiksaan yang sama merupakan antara elemen penting dalam
memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Kurikulum peringkat sekolah
rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Tahap I bermula pada
Tahun 1 hingga 3 yang menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M) dan memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga 6
yang memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan siap,
nilai dan bakat, penguasaan ilmu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta
kemahiran membaca dan menulis dalam jawi. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
diadakan bertujuan untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang akademik.

Kedua, sistem pendidikan menengah. Sistem pendidikan memengah lebih


komprehensif dan berkualiti. Sistem pendidikan menengah dikhususkan kepada
warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun. Sistem pendidikan
menengah berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pendidikan menengah boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah
dan pendidikan menengah atas. Sistem pendidikan menengah rendah bermula dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kelas Peralihan dikhususkan kepada pelajar daripada
aliran Cina dan Tamil bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi
bahasa pengantar di sekolah menengah.

Pendidikan menengah atas bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.


Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan di peringkat menengah rendah iaitu Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dulu dikenali
sebagai Lower Certificate Eduction, (LCE), pelajar boleh memilih untuk mengikut
pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta
pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar boleh memilih
untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional,
agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar akan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dulu dikenali sebagai
Malaysia Certificate of Education (MCE).

11
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Kurikulum Sekolah Pelbagai Aliran

Sekolah pelbagai Aliran ini tidak mempunyai perbezaan dari segi kurikulum dengan
Sekolah kebangsaan. Cuma mempunyai sedikit perbezaan dari segi perantaraan yang
disampaikan oleh guru iaitu mengikut bahasa masing – masing seperti bahasa mandarin
bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan bahasa tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil.

a) Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak


dengan asas sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal di
peringkat sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal pada
tahun 2003 adalah untuk membolehkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
memperoleh asas pendidikan yang kukuh dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-
kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di
negara ini sama ada anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi kerajaan seperti
KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas anjuran swasta digalakkan
menggunakan KPK.

b) Pendidikan Rendah

Sistem pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima
kemasukan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kurikulum sekolah rendah
sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan adalah berdasarkan
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini sedang
diperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
bermula pada tahun 2010. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ialah bahasa
Melayu dan bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan ialah bahasa Tamil dan
bahasa Mandarin masih dikekalkan sehingga kini.

12
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

c) Pendidikan Menengah

Bagi pelajaran sekolah jenis kebangsaan Cina, pelajar yang berkelayakan boleh
meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Para pelajar akan
menduduki peperiksaan piawai Unified Examination Certifacate (UEC) dan
sesetengah pelajar boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian.
Peperiksaan UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong iaitu Persatuan Guru dan Pengarah
Sekolah Cina sejak tahun 1975. Dikatakan bahawa terdapat tiga tahap UEC iaitu
Vokasional, Junior dan Senior. Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi
Vokasional dan Junior. Bahasa Cina dan Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar
untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

13
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

3.2 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK


DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) diwujudkan pada sesi
persekolahan 2003. Perlaksaan penuh akan dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun
2008 manakala di sekolah menengah pada tahun 2007. Kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak 5.2 billion untuk membangunkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik (PPSMI) ini.

Tahap permulaan PPSMI


i. Sekolah rendah (SRK)
ii. Sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT)
iii. Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
iv. Sekolah menengah tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 (Rendah)

Objektif
i. Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa.
ii. Memudahkan pelajar untuk memahami bahan rujukan dan maklumat
mengenai perkembangan dalam bidang Sains dan Matematik yang banyak
terdapat dalam bahasa Inggeris.
iii. memudahkan perolehan ilmu dalam bidang sains dan matematik.
iv. Persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi.
v. Untuk mencapai taraf negara maju selaras dengan Wawasan 2020.

14
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Konflik PPSMI
i. Mewujudkan jurang perbezaan dua kumpulan.
ii. Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) – hilang identiti bangsa, patriotisme dan
budaya.
iii. Guru tidak terlatih untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris.
iv. Mempengaruhi keputusan peperiksaan Sains dan Matematik terutamanya di
luar bandar

Implikasi PPSMI

Jadual 1 :Perbezaan kesan kebaikan dan keburukan PPSMI


BIL. KEBAIKAN KEBURUKAN
1. Malaysia dapat menguasai Bahasa Keputusan Sains dan Matematik
Inggeris. menurun di luar bandar

2. Dapat mengembangkan sains dan Pelajar luar bandar kurang berminat


teknologi dan bersaing dengan era belajar bahasa Inggeris – ponteng
globalisasi. sekolah.

3. Menjadi negara pengeluar produk Kurang penggunaan Bahasa Melayu –


berasaskan sains dan teknologi. komunikasi.

Cadangan mengatasi konflik ppsmi


i. Penawaran subjek Sains dan Matematik dalam dua bahasa.
ii. Memperbanyakan latihan guru
iii. Mengadakan kempen/seminar tentang kesedaran pentingnya Bahasa Inggeris
dan PPSMI

“Without PPSMI, Malaysia would continue to be mere “consumers” of scientific and


mathematic knowledge” –Tun Dr. Mahathir Mohamad (Nov, 2011)

15
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

3.3 PENGISIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi
meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara. Walau bagaimanapun,
wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan
potensi individu. Penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan
individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai pilihan dalam membantu
mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di
negara ini. Sehubungan itu, pemulihan merupakan satu pendekatan yang berbeza
daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan.

Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum dan kokorikulum


yang kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza
keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran
daripada menumpukan pembelajaran merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran
sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan
murid semakin ketara antara mereka.

Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam
kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan
murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia
memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati
diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut
keperluan rakyat, maka sebarang masalah tidak akan timbul. Tetapi oleh kerana wujud
kelemahan-kelemahan dalam pengisian kurikulum dan ko-kurikulum, reaksi yang
negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak
menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah
menyebabkan ibu bapa daripada kaum Cina dan kaum India tidak mahu menghantar
anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

16
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

3.4 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggantikan Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1993. KSSR akan
diperkenalkan pada tahun 2016. KSSR juga mengfokuskan kepada 4M iaitu membaca,
menulis mengira dan menaakul. Dengan adanya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) terdapat beberapa pembaharuan yang telah dibuat oleh kementerian pendidikan.
Antara pembaharuan dilaksanakan dalam KSSR ialah:

i. Kreativiti dan inovasi


ii. Keusahawanan
iii. Teknologi maklumat
iv. Komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikkan iaitu


menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Pembaharuan
lain diperkenalkan Kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu:

i. Komunikasi
ii. Perkembangan fizikal dan estetika
iii. Kemanusiaan
iv. Keterampilan diri
v. Sains dan teknologi serta kerohanian
vi. Sikap dan nilai

17
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat


mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan
serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat Lima kaedah pentaksiran
dilaksanakan SPPK iaitu:

i. pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum,


ii. pentaksiran sekolah,
iii. pentaksiran psikometrik,
iv. peperiksaan pusat
v. pentaksiran pusat.

Penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan
murid dalam kelas. Sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan
berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di
samping meningkatkan pencapaian mereka. Pelajar akan bersaing dengan murid lain
untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.
pengenalan KSSR membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal
insan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi


memastikan murid yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki
kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Pelaksanaan kurikulum
baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu :-

Jadual 2 : diatas menunjukkan fasa dan tahun pelaksaaan bagi setiap gelombang yang
bakal dilaksanakan
Gelombang Fasa Tahun perlaksanaan
Pertama Persediaan 2012-2015
Kedua Pelaksanaan 2016-2020
Ketiga Pentaksiran 2021-2025

18
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Jadual 3 : diatas menunjukkan matlamat bagi setiap gelombang yanag akan dilaksanakan
Gelombang Matlamat gelombang

Pertama Transformasi pendidikan akan member tumpuan kepada inisiatif


jangka pendek

Kedua Memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan


kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas
kepada perubahan fundamental.

Ketiga Dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian.

3.5 MEREALISASIKANN WAWASAN 2020

Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang
telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah
Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai
adalah mengenai perpaduan negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama.
Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang
digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan
dalam sistem persekolahan amat dititikberatkan kerana hanya melalui perpaduan
matlamat Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10
tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadi negara maju.

19
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan
tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia
kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam
hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak
kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan.
Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada
sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala
sesetengah pihak lain mahu perubahan. Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang
bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui:

i. Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra


ii. Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui
peluang pekerjaan dan pendapatan
iii. Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu
iv. Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu
v. Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu,
terutama selepas waktu sekolah
vi. Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam
mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.

Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta
dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran.
Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi
pemangkin serta dorongan bagi guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid
bermasalah dalam pembelajaran.

20
BBP 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN AWAM

4.0 KESIMPULAN

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada


keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.
Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan
keturunan mereka kepada Negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat
pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang
terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh
itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang
sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
Secara keseluruhannya, untuk mencapai aspirasi Negara dalam membentuk
sistem pendidikan Negara yang ideal mempunya pelbagai cabaran. Maka kita sebagai
seorang warga pendidik perlu peka terhadap isu-isu semasa agar matlamat yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dapat dicapai dengan baiknya. Selain itu sistem
pendidikan sekolah rendah mengalami pelbagai perubahan yang mendadak dalam
mendidik rakyat Malaysia agar menjadi rakyat yang berintelektual dan mempunyai
integrity yang tersendiri.

21

Anda mungkin juga menyukai