Anda di halaman 1dari 8

JENIS PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH (ZAMAN KOLONIAL)

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, Sistem pendidikan masyarakat Melayu sebelum
kedatangan British ke Tanah Melayu adalah berlandaskan kepada pendidikan tidak formal dan
pendidikan yang bersifat formal.

Pendidikan tidak formal

pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun temurun yang


diwariskan kepada generasi seterusnya.
Hala tuju pendidikan ini adalah berdasarkan proses pembelajaran yang melahirkan
insan yang berkemahiran dan berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.
Guru utama dalam pembelajaran ini adalah ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat
sekeliling.
Kanak-kanak pada zaman ini hanya mempelajari asas-asas kemahiran hidup seperti
bercucuk tanam, bertukang dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan
hidup.

Falsafah pendidikan yang ditekankan lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang
mempunyai kemahiran asas dalam hidup, mempunyai adab dan sopan, menghormati orang
lain dan mempunyai kemahiran tinggi dalam semua bidang yang dipelajari.
Selepas kedatangan agama Islam, sistem pendidikan berkembang sedikit dengan
pembelajaran agama Islam dan bersifat formal.
Maka, wujudlah institusi pondok dan madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih
luas. Menurut Wilkinson, murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan
selepas menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafal huruf abjad
Arab supaya menjadi panduan membaca doa dan teks Arab.
Mereka juga menjadikan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dan menghafal al-
Quran, menghafal doa dan mempelajari ilmu agama.
Guru utama adalah para imam dan ulama yang dianggap sebagai orang yang berpendidikan
pada masa itu.
Pendidikan ini terus berkembang dan hala tuju pendidikan pada peringkat ini berkesan
untuk menjadi pendorong kepada kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran,
moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan Islam yang diterapkan dalam
pembelajaran.
JENIS SEKOLAH SEMASA ZAMAN BRITISH (ZAMAN KOLONIAL)

Semasa zaman penjajahan Inggeris, perubahan yang ketara mula berlaku dalam sistem pendidikan
negara.

British telah memperkenalkan pendidikan yang berteraskan Inggeris, di mana sekolah-


sekolah Inggeris ditubuhkan dan mengajar dalam bahasa Inggeris.
Namun begitu, masyarakat Melayu tidak mendapat kesan yang positif kerana kebanyakan
anak-anak Melayu pada ketika itu tidak mahir dalam berbahasa Inggeris.
Selain itu, yuran yang mahal serta jarak sekolah juga menghalang masyarakat Melayu
untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Selain daripada sekolah-sekolah kerajaan yang dibina oleh British, wujud juga sekolah-
sekolah mubaligh yang ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian secara persendirian.
Namun begitu, masyarakat Melayu masih tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah ini kerana takut dipengaruhi oleh agama Kristian.
Sementara itu, kedatangan buruh-buruh dari China dan India yang dibawa masuk oleh
British untuk memenuhi tuntutan pekerjaan dalam sektor perlombongan bijih timah dan
estet-estet getah telah mewujudkan sekolah-sekolah dan sistem pendidikan mereka sendiri.
Hal ini telah mewujudkan sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda ataupun
pendidikan vernakular.Pendidikan ini berorientasikan keperluan identiti kaum masing-
masing.Sekolah-sekolah vernakular ini bergerak dengan sendiri dan tidak wujud interaksi
antara kaum kerana sekolah-sekolah Inggeris dan Cina terletak di bandar dan sekolah-
sekolah India terletak di estet-estet dan diuruskan oleh organisasi masing-masing.
Pihak British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah sememangnya tidak
menitikberatkan soal pendidikan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu.Mereka
hanya mewujudkan sekolah dan memperkenalkan sistem pendidikan untuk semata-mata
untuk menjaga hati masyarakat tempatan atas dasar kebajikan sahaja.

Sebagai contoh, sekolah Melayu yang ditubuhkan oleh British hanya menekankan
pendidikan asas untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani yang baik
sedikit berbanding ibu bapanya.
Kurikulum asas seperti membaca, menulis dan mengira serta ilmu alam dan jasmani
telah diperkenalkan oleh British sebagai pengetahuan sampingan.

Hala tuju pendidikan zaman British ini tidak menampakkan keberkesanan yang positif
kerana pihak British menyekat kemasukan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris kerana
mereka bimbang jika orang Melayu belajar dengan pandai, maka kedudukan mereka akan
tergugat.
Pihak British juga tidak mahu orang Melayu, Cina dan India bersatu kerana boleh
menggugat kedudukan dan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
Oleh itu, British sengaja membuat dasar pendidikan bebas ataupun laissez-faire dan tidak
mempunyai keseragaman.

Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa terdapat 5 jenis sekolah yang wujud pada zaman
kolonial. Antaranya ialah:-

Sekolah Agama
Sekolah Vernakular Melayu
Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Tamil
Sekolah Inggeris

FUNGSI SETIAP JENIS SEKOLAH

SEKOLAH AGAMA

Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran
Quran serta pendidikan moral dan kerohanian.
Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Agama telah muncul di merata-rata tempat
di semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Strukturnya telah dinaik tarap daripada sekolah pondok ke Madrasah yang lebih sistematik
dan formal dan kurikulumnya lebih berfokus dan berobjektif.

SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan


asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja.
Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran
terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad
ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi
kemiskinan keluarga.
Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.
Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.
Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model
English Grammar School pada tahun 1905.
Akan tetapi,sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja.

Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga,


Singapura.
Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru
sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris
telahditubuhkan.
Penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun
1935. Jelaslah di sini, dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan
mereka sendiri.
Orang-orangMelayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu
daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

SEKOLAH VERNAKULAR CINA

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina.
Sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat cina tanpa bantuan daripada lnggeris
hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan
mengekalkan kebudayaan serta identity bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19.
Dasar tidak campurtangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan
perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga
dibawa masuk dari sana.
Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira
dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan
pengetahuan am.
Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris
tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun
1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan.
Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti
sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima
bantuan kewangan daripada kerajaan.
Pada amnya, guru-guru disekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas
perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan.
SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL

Sekolah Vernakular Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar


kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil
juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri.
Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari
segi fizikal, kewangan dan pedagogi.
Oleh itu sekola-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi
beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan
pedagogi.
Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul-de-suc iaitu sebahagian besar
pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang
undang-undang.
Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah
diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan Tamil.
Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu
juga kebanyakan guru serta buku-buku teks telah dibawa masuk dari India.
Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca,
mengira, dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)
sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun
telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.

SEKOLAH INGGERIS

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang FreeSchool


ditubuhkan pada tahun 1816.
Pada pertengahan abad ke 19,mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah
sekolah Inggeris.Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan-kawasan bandar
dengan bantuan kerajaan Inggeris.
Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of GreatBritain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa,
metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah.
Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan
di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907.

Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles


College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan
Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah
ditukar menjadi King Edward VII Medical College.
Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam
bidang Sastera dan Sains.

KEKUATAN DAN KEKANGAN SETIAP JENIS SEKOLAH

SEKOLAH AGAMA
Kekuatan sekolah Agama :

Melahirkan individu yang arif dalam ilmu agama.


Meningkatkan akhlak individu dalam kehidupan harian mereka.
Mewujudkan individu yang boleh membezakan kepentingan serta keperluan amalan
adat resam dengan amalan agama.

Kekangan yang terdapat oleh sistem sekolah Agama :

kemudahan infrastruktur yang tidak dapat menampung keperluan yang diperlukan oleh
pelajar.
Kurikulumnya lebih tertumpu kepada bidang keagamaan dan tiada penekanan kepada
bidang akademik dan kemahiran.

SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU


Kekuatan sekolah ini :

Meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dengan membasmi buta huruf kerana
kurikulumnya menekankan kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa pengantar di sekolah ini.

Kekangan yang dihadapi oleh sekolah :

Kurang mendapat sambutan daripada golongan Melayu sendiri kerana mereka lebih
berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Agama.
Taraf kurikulumnya juga adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan sekolah
Inggeris.
Lokasi sekolah ini adalah berjauhan dengan tempat tinggal mereka.

SEKOLAH VERNAKULAR CINA DAN TAMIL


Kekuatan sekolah Vernakular Cina dan Tamil :

Semangat patriotisme mereka yang tinggi terhadap negara asal mereka.


Sumber kurikulum, kewangan serta gurunya adalah daripada negara asal mereka.
Lokasi sekolah ini adalah berhampiran dengan tempat tinggal masyarakat Cina dan
India.
Sekolah ini juga dapat mengekalkan indentiti bahasa ibunda negara asal mereka.

Kekangan yang terdapat disekolah ini :

Dasar pihak British yang tidak mementingkan pendidikan untuk golongan Cina dan
India.
Mengutamakan perkembangan ekonomi dalam perladangan dan perlombongan.
Sekolah ini kekurangan kemudahan-kemudahan infrastruktur di sekolah.

SEKOLAH INGGERIS
Kekuatan sekolah Inggeris ini :

Memberi keutamaan kepada kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris.


Kurikulumnya lebih bermutu tinggi jika dibandingkan dengan sekolah Vernakular
Melayu, Cina dan Tamil.
Sekolah ini menyediakan pendidikan tinggi selepas tamat peringkat rendah.

Kekangan yang dihadapi oleh sekolah ini :

Kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu, Cina dan India kerana yuran
yang tinggi.
Bahasa perantaraan sekolah ini adalah Bahasa Inggeris.
Dasar Bristish yang hanya mahulan golongan bangsawan sahaja yang mendapat
pendidikan tinggi bagi memudahkan sistem komunikasi antara golongan bawahan
dengan penjajah British.
PENUTUP

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa banyak perubahan telah berlaku dalam sistem
pendidikan di Tanah Melayu sebelum zaman kolonial dan zaman semasa kolonial. Perubahan
yang ketara ini telah banyak membantu rakyat tempatan.

Anda mungkin juga menyukai