Anda di halaman 1dari 33

Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam di Alam Melayu.

Pengenalan : 

Matlamat pendidikan tidak formal : 


o Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal
yg berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan
kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.

 Pendidikan untuk semua : 


o Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula berkembang dan menimbulkan
kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kpd kaum lelaki dan wanita. 

 Asas pendidikan Islam : 


o Asas permulaaan pendidikan di  Alam Melayu adalah dengan mempelajari Al-Quran dan juga
hukum agama.

Peranan pemerintah : 
o Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama spt
Pasai, Aceh dan Melaka.

Isi : 

Sistem pendidikan tidak formal : 

Pengalaman, pemerhatian dan latihan : 


o Ilmu diturunkan melalui prosespenglaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan
mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung
o Seni mempertahankan diri juga dipelajari : anak perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja
berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai
seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan
kerja-kerja kraf tangan.

Pendidikan agama ( di rumah guru, surau ) : 


o Ulama turut menadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama.
Hal ini terbukti dalam searah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah
Maulana Yusof untuk memepelajari agama.
o Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran
membaca Al-Qurandan mengenal huruf Arab di samping mempelajar itulisan jawi
o Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal
pendidikan tidak formal Islam di Alam Melayu.
o Di Filiphina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di Surau atau di rumah guru. Di
Indonesia mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan
diadakan di surau atau di rumah guru agama.

Sistem pendidikan Islam secara formal/institusi pendidikan 

Institusi pondok : 
o Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada petempatan
masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran
secara insentif.
o Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali,
pondok Tokku Pulau Manis di Trengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula
dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala.
o kurikulum menghafaz Al-Quran,ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith,tasawufdan mantiq.
lepasan sekolah pondok – belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan
pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka
menjadi tenaga pengaar di pondok.
o Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid,rumah tok guru,
tempat beribadat, tempat menghadiri sekolah agama.
o Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu
seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.

Sistem pendidikan madrasah : 


o Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrsah.
Pelajart masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai
asas sebelum pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah.
o Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura,
madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang
dan madrasah Ma’had Mahmud di Kedah.

Pengajian Islam di istana : 


o Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama hanya disentuh
dalam kitab sastera Melayu spt Sejarah Melayu.
o Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat Muhammad al
Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
o Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai tempat mempelajari
agama. Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran
termasuk tasauf,

Peranan masjid :
  

Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu ,seperti sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk

mempelajari agama.

 Baiturrahman :
o Acheh : Pendidikan peringkat tinggi mempelaari Tafsir, Al-Quran, falfasah, mantik dan sejarah

 Tiga Balai Pendidikan di Acheh :


o Sultan turut berperanan dalam mengembangkan peranan ilmu pengetahuan Islam di negara
mereka. Contoh, Sultan Iskandar Muda telah mendirikan balai-balai pendidikan  yang dikenali
sebagai Tiga Balai Pendidikan iaitu Balai Setia Hukum, Balai Setia Ulama dan Balai Himpunan
Ulama.
o Balai Setia Hukum –tempat berkumpul ulama dan cerdik pandai agama untuk membahaskan isu-
isu berkaitan agama.
o Balai Setia Ulama untuk  menyelesaikan masalah mengenai pendidikan.
o Balai Jamaah Himpunan Ulama berperanan sebagai tempat para ulama, ahli fakir bertukar
pendapat, mengadakan ceramah agama dan menyelesaikan masalah agama.

Kesimpulan :

Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap awal pendidikan lebih bersifat

tidak formal. Penghayatan terhadap Islam telah mendorong pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang. Sultan

yang memerintah turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islamdi Alam Melayu.
Sejarah pendidikan di malaysia
1. 1. SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIASistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British
(sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak
menekankan soalformal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran,
tingkah laku dan akhlakyang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga
sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang
ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.Sekolah-sekolah jenis
ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit keranapelajaran
adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh
diperolehidaripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai
tokoh agamayang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap
etika yangamat tinggi.SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN
BRITISH (1786-1956)TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular
Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian
terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri
Selat dengan bantuan kerajaan British.Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan
kewangan daripada DYMM Temenggung Johortelah menubuhkan dua buah sekolah
Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun1858 hingga 1863, kerajaan British
telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di PulauPinang dan Melaka. Mata
pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakularialah
Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.Gerakan
bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat PelajaranNegeri-
negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide ToCareers
In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisissenarai
kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran
Perkebunan dan Anyaman telah ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan
memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay
2. 2. Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Perkembangan Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah
didirikan oleh Persatuan Mubaligh London dinegeri Melaka pada tahun 1815, dan
kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun1900, dua orang menteri dan
pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chautelah mendirikan sekolah
Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious denganpengajaran sains
Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negaraChina.
Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.Pentadbiran
Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnyamenjadi
bertambah baik.Perkembangan Sekolah Vernakular TamilPerkembangan sekolah
Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapasawit, kopi dan gula
di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambiluntuk bekerja di estet-
estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolahcawangan Singapore
Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristianbanyak memberi
sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamilpada peringkat
awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511buah sekolah
estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruhSemenanjung
Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolahVernakular Tamil
terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,kurikulum sekolah-
sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dantenaga pengajar
dibawa dari Sri Lanka dan India.Perkembangan Sekolah InggerisPada peringkat awal,
kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaummubaligh Kristian. Pada
tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyaibeberapa matlamat
seperti berikut:1. untuk semua bangsa;2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan
rajin;3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar
berpatutan;4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari
Ilmu Kira-kira;
3. 3. 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk
bangsa lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-
lain;8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka
Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893,
Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free
School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu
Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anakMelayu peringkat
atasan.TEMPOH KEDUA (1946-1957)Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.Pada
zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun
ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikansemula. Walau bagaimanapun,
beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telahdigubal. Laporan-laporan yang
dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu1951, Ordinan Pelajaran, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah
dikemukakan ialah menuntut kerajaan supayamenyediakan kemudahan-kemudahan
pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-
guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekodpenilaian yang baik serta mempunyai
etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.Sistem Pendidikan Awal
Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem
yang telah tercatat didalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya
telah ditubuhkan di KualaLumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan,
Sastera dan Sains. Pada tahun inijuga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun
1960.Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara
bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negaradan tumpuannya adalah sejajar dengan
pembangunan negara. Aspek yang sangat penting
4. 4. dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara,
iaitu„Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata
pelajaran yangdiajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan
etika mereka.Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulanSeptember 1974
untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat
dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar
palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat
negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan
lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat
negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”(Sumber:
Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat
sekolah rendah iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam
sekitar, perkembangandiri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat,
membantu murid yang lemah sertamengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan
diperbaiki lagi dan Kurikulum BaruSekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah
menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan
dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains danBahasa,
penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan disekolah
serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan terhadap
pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untukmasa-masa yang
akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terusmeningkat dari
setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendahdan
menengah di seluruh Malaysia.Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan
Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan
masyarakatialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan
bukan sahajadalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem
tersebut. Tumpuan
5. 5. pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua
aspek,sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun
kreatif.Pendidikan Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan
sejarah pendidikan di TanahMelayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada
zaman dahulu amat mengambilberat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya
pendidikan Cina yang berorientasikannegara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan
India pula berasaskan negara India.Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga
menitikberatkan aspek kecenderungan terhadapagama, seperti kewujudan sekolah-sekolah
pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-halberkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan
kurikulum berasaskan British, maka berlakulahrombakan terhadap sistem pendidikan asal
yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun,masih lagi terdapat beberapa kelemahan
dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British.Maka, wujudlah beberapa laporan
yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan Britishini seperti Laporan Fenn-Wu
1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan danLaporan Razak 1956.Pendidikan
Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak
British, sistempendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur.
Dalam RancanganMalaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7),
aspek pendidikansentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang
telah dibuat. Kerajaansentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang
keluar dari institusipendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan
sumbangan maksimumterhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan
peringkat tinggi, pendidikanguru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta
sentiasa dikaji bagi mengesansebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan
mencapai objektif yang telahditetapkan.Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun
membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalamaspek pendidikan di
sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat padadekad kebelakangan
ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan
6. 6. teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai
ilmupengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan
umatsejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam
bidangteknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam
memastikanpendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa
mengenepikan aspektatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada resolusi yang telah
dibuat ialah mewujudkan mata pelajaranberkonsepkan teknologi maklumat, seperti
pengenalan kepada komputer dan jugapengaplikasian teknologi maklumat terhadap
kehidupan. Kerajaan turut bercadang untukmendedahkan para pelajar dengan aplikasi
internet serta mel elektronik bagi membiasakanmereka menggunakannya untuk tujuan
menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan.Walaupun banyak resolusi yang telah
dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajardi tempat yang paling atas sekali. Ini
bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadipakar dalam bidang teknologi
maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amatdiperlukan untuk menerajui negara
pada masa akan datang.PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN
SELEPAS KEMERDEKAAN Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam
sistempendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan
selepaskemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat
perbandinganyang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.1 Kesan
dari aspek falsafah pendidikan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu
Philosophia yang bermaksud“cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah
pendidikan negara mempunyaiperbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan.
Sebelum kemerdekaan falsafahpendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan
masyarakat lebih mementingkankecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup
dengan bekerja yang bersesuaian dengankemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan
masyarakat tradisional lebih cenderung kepadaaspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral.
Hal dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang
memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membacaal-Quran dan tajwid, Tafsir al-
Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980). Pada zaman penjajahan
falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjagakepentingan British di Tanah Melayu.
Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan
7. 7. oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara
kaum.Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina
menguasaibandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang
diperkenalkan adalahbertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat
pribumi. Pihak penjajahmemperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya
penentangan dalammasyarakat pribumi. Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yangmenekankan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada
keutuhan sistem dandasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana
demi memastikangenerasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan
mampu untukberperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi
yang kian mencabar.Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan
percambahan dan pemupukannilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen
tersebut penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat
direalisasikan ke arah mencapaiwawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020. Jelaslah disinimenunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara
falsafah pendidikan negarasebelum dan selepas kemerdekaan.2 Kesan dari aspek dasar
pendidikan Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu
perkara(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai
perbandinganyang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak
kolonial Inggeristelah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah
dasar penyekatan yangbersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih
cenderung untukmemastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan
memuliakan kerja buruh(Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar
sekatan ini bertujuan untukmengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta
primitif atau kekampungan orang-
8. 8. orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu
adalahsekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar
inimewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan
yangmampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat bawahan terus disisihkan
kerana dasaryang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
pendidikan. Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang ditinggalkan
penjajahmendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk
menyelesaikanketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah
utama yang dilakukanoleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan
menyusun semula sistempendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka
diperkukuhkan oleh perlembagaandan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang
dilaksanakan berkesan dan berjaya. Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang berfokuskankepada satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkanperkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politik. Selain itu, dasar kesejagatan danpenyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan
satu sukatan pelajaran dan peperiksaanyang sama untuk kepelbagaian etnik, bahasa,
budaya, agama dan latar belakang geografi.Salah satu tindakan yang diambil untuk
memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaanBahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar agar memudahkan perhubungan antaramasyarakat. Justeru, bagi memantapkan
lagi sistem pendidikan yang sedia ada dasar demokrasidiperkenalkan. Dasar ini bertujuan
untuk mengembangkan potensi individu itu sendiri denganmemberi keutamaan kepada
pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar belakang,agama, bangsa dan
bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha pembangunaninsan dan negara
dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.3 Kesan dari
aspek pembentukan perpaduan Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan
sebuah masyarakat yangpelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang
jelas wujud dalam sistempendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam
pembentukan perpaduan etnik yangpelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat
majmuk di negara ini mampu merencatkanperpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan
berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985)masalah sebenar yang kita hadapi bukan
berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada
9. 9. di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat
dinegara ini terlalu dibesar-besarkan. Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai
kemerdekaan perpaduan sukar dicapaikerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza
untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika itu.Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum
pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkanteknik penternakan dan pertanian di samping
membaca, mengira dan menulis. Kaum Cinamengambil sistem kurikulum dan guru dari
negara China manakala kaum India, kurikulummereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan
bersifat bebas yang diperkenalkan oleh Britishmenyebabkan perpaduan sukar dicapai.
Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan olehBritish juga melebarkan lagi jurang
perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawakepada tradegi hitam dalam sejarah
negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan
telah merangka beberapa pelandasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum diMalaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan
kaum yang mampu membantutkan perpaduan,maka DEB telah diperkenalkan untuk
merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,kerajaan telah menggubal Akta
Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagaipengantar utama pada semua
peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum danpeperiksaan yang sama untuk semua
pelajar. Di samping itu, dasar pendemokrasianpendidikan dilaksanakan pada tahun 1962
dengan memberi pendidikan percuma untuk semuapelajar. Dasar ini diperluas dengan
perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universaldari 9 tahun kepada 11 tahun pada
tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepadasemua masyarakat yang
diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yangutuh. Hal ini berdasarkan
pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawapendidikan yang tidak seimbang
dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untukmenonjolkan kebolehan harus
dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalammenjalankan fungsinya untuk
menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuanpendidikan kita dalam
membentuk perpaduan kaum mempunyai perbezaan mengikut zamandari dahulu hingga
kini.4 Kesan dari aspek pembangunan modal insan Pembangunaan modal insan merupakan
salah satu matlamat utama dalam pendidikan.Menurut Becker (1987), modal insan ialah
yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat,idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan
yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas
10. 10. dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan
selepaskemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada
peringkat awal,sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa
dan ahli keluarga.Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala
kemahiran yangdimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya
mempunyai kemahiranyang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga
menerapkan pendidikanagama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan
madrasah. Kesedaran iniselaras dengan firman Allah yang bermaksud:“Sebenarnya mereka
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah darikalangan hamba-
hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28) Pendidikan semasa era
penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkanmodal insan. Hal ini disebabkan
hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberipeluang kepada masyarakat Melayu
khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan.Selain itu, jenis pendidikan yang
bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalampendidikan yang akhirnya
membantutkan pembangunan modal insan. Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada
zaman pascamerdeka. Usaha dalammembangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih
bercorak untuk membangunkan modalinsan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato‟ Seri
Abdullah Ahmad Badawi sempena HariPekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu
agar pendidikan negara mampu melahirkanmodal insan yang kekal relevan dengan
kehendak industri dan pasaran semasa serta mampubersaing di peringkat antarabangsa.
Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan modal insanadalah penubuhan
universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangankepada negara
mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnyabagi
pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Di
samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajarmempunyai
kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untukmelahirkan insan
yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkanmodal insan
terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan pembangunan modal insansebagai
teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.
11. 11. 5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan Pendidikan merupakan langkah yang proaktif
bagi meningkatkan taraf hidup danmembolehkan individu keluar dari kepompong
kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke(1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang
mengatakan bahawa cara yang terbaik bagimenyerang dan membasmi kemiskinan ialah
melalui pendidikan dan latihan. Walaubagaimanapun, pembangunan insan di negara kita
memperlihatkan perbandingan yang jelasdari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum
dan selepas kemerdekaan. Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang
diterapkan tidak mampuuntuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa
itu yang bersifat warisaniaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau
bagaimanapun, kehadiran pengajianagama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah
Melayu pada masa itu tentang peripentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan
pembangunan insan maju selangkah kehadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah
sebelum abad ke-20 masih tiada sistem danorganisasi pendidikan berbentuk formal dan
sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu. Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan
oleh penjajah semakin memburukkankeadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat
bebas. Masyarakat Melayu khususnyamasih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan
penjajah yang tidak memberi peluangkepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat.
Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi
membasmikemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat
Melayu ketika ituperihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar
pendidikan penjajah.Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan
pemikiran orang Melayu ketikaitu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan
adalah untuk menyebarkan ideologisekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah
menghambat perkembangan pendidikan. Setelah mencapai kemerdekaan,
ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakattelah memaksa kerajaan
memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan pendapatanBumiputera dan
membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang diperkenalkanadalah
bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman bukuteks
kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM
120kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin, pengagihan KWAPM dan Skim
BaucerTuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas
merdekamenitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan
untukmencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.
12. 12. 6 Kesan dari aspek pembangunan negara Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah
membuktikan bahawa sejak zaman awalgenerasi manusia, ilmu memainkan peranan
penting di dalam menentukan jatuh bangunnyasesuatu tamadun. Justeru, pendidikan
mempunyai peranan penting dalam menentukanpembangunan sesebuah negara. Hal ini
bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa manusiadan jin tidak akan dapat menguasai
dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu(Surah Ar-Rahman, 33). Persoalannya
sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysiasama ada sebelum
dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalammembangunkan negara?
Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada
peringkatawalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke
arahpembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak
dinafikanbahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai
olehpenjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial
telahmengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah
membantumembangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun
persekolahanrendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison
dan Lan, 1982). Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang
mampuuntuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai
kapasitiuntuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh
kerajaaniaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira
bangsa,agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk
pengetahuan,kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan
sumber tenaga yangmelonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu
seperti menguasaimaklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan
kemahiran mampudijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md.
Aroff dan Zakaria Kasa,1994). Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah
diterapkan dalam sistempendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah
nasib seseorang individu.Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial
masyarakat. Peningkatan iniakan memberi impak positif terhadap ekonomi negara
khususnya dalam peningkatan gunatenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu,
13. 13. sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang
terancangmemainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi
ekonomi, politikdan sosial.Penutup Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara
telah mengalami perubahandemi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk
memartabatkan sistem pendidikansebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh
itu, pendidikan yang berorientasikanfalasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar
dan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek akan menentukan hala tuju
pembangunan negara di masa hadapan. Justeru,di dalam menguruskan pembangunan
insan untuk membentuk masyarakat madani bagikelangsungan sebuah negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkitdari mimpi indah dan sedar
bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegangleher dan berkering tekak
memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untukmenjadi realiti. Ingatlah,
jatuh bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar darigenerasi yang beraksi di
masa ini. Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud;
“Tidaksepatutnya bagi orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan
perang).Mengapatidak pergi bagi tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk
mendalamipengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada
kaumnya apabilamereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu mendapat
memelihara diri mereka.”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan berkesan
tunjang ke arah pembentukannegara maju.
 Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula
mengambil perhatian terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan
bantuan kerajaan British.Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM
Temenggung Johortelah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu,
pada tahun1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di
PulauPinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah
Vernakularialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu
Alam.Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat
PelajaranNegeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide
ToCareers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisissenarai
kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran
Perkebunan dan Anyaman telah ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki
Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Special Malay
 2. Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Perkembangan
Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan
Mubaligh London dinegeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.
Pada tahun1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi
Chautelah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious
denganpengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada
negaraChina. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti
British.Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan
kurikulumnyamenjadi bertambah baik.Perkembangan Sekolah Vernakular TamilPerkembangan
sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapasawit, kopi dan gula di
Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambiluntuk bekerja di estet-estet.
Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolahcawangan Singapore Free School mulai
tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristianbanyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamilpada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938,
terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60
buah sekolah Tamil swasta di seluruhSemenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular
Melayu, sekolah-sekolahVernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-
sekolah Cina,kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku
dantenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.Perkembangan Sekolah InggerisPada peringkat
awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaummubaligh Kristian. Pada tahun
1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyaibeberapa matlamat seperti berikut:1.
untuk semua bangsa;2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;3. ibu bapa yang
berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;4. murid akan belajar
membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
 3. 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa
lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;8. diajar supaya
menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta
disusuli dengan penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping
pada tahun 1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada
tahun 1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk
anak-anakMelayu peringkat atasan.TEMPOH KEDUA (1946-1957)Sistem dan Struktur Pendidikan
Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun
1945.Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun
ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikansemula. Walau bagaimanapun, beberapa
laporan cadangan terhadap kurikulum baru telahdigubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah
Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan
supayamenyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru
terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekodpenilaian yang
baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.Sistem Pendidikan
Awal Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem
yang telah tercatat didalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah
ditubuhkan di KualaLumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains.
Pada tahun inijuga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.Sistem Pendidikan
Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah
Rukun Negaradan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat
penting
 4. dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara,
iaitu„Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran
yangdiajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika
mereka.Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulanSeptember 1974 untuk mengkaji pelaksanaan
sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran
sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek
mahupun jangkapanjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan
terlatih.”(Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi
peringkat sekolah rendah iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam
sekitar, perkembangandiri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid
yang lemah sertamengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan
Kurikulum BaruSekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru
bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran
Matematik, Sains danBahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling
diwujudkan disekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan
terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untukmasa-masa yang akan
datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terusmeningkat dari setahun ke setahun
dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendahdan menengah di seluruh
Malaysia.Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan
dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakatialah untuk melihat setiap pelajar
yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahajadalam satu bidang malah dalam semua
bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan
 5. pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek,sama
ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.Pendidikan
Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di
TanahMelayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambilberat
aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikannegara asal
mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India.Selain itu, pendidikan
zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadapagama, seperti kewujudan sekolah-
sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-halberkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan
kurikulum berasaskan British, maka berlakulahrombakan terhadap sistem pendidikan asal yang
diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun,masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem
pendidikan yang dianjurkan oleh British.Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk
memperbaiki sistem pendidikan Britishini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar
Pelajaran Kebangsaan danLaporan Razak 1956.Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas
Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistempendidikan negara mula mencapai
tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam RancanganMalaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan
Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikansentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam
resolusi yang telah dibuat. Kerajaansentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang
keluar dari institusipendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan
maksimumterhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi,
pendidikanguru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi
mengesansebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang
telahditetapkan.Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan
untuk melakukan transformasi dalamaspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan
teknologi maklumat padadekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan
dalam menyerapkan
 6. teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmupengetahuan,
malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umatsejagat. Kerajaan
dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidangteknologi maklumat telah berjaya
menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikanpendidikan alaf akan datang mampu
diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspektatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada
resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaranberkonsepkan teknologi maklumat, seperti
pengenalan kepada komputer dan jugapengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan.
Kerajaan turut bercadang untukmendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik
bagi membiasakanmereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat
rujukan.Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika
pelajardi tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja
menjadipakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang
amatdiperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.PEMBANGUNAN INSAN DAN
NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN Pendidikan di negara kita telah
mengalami perubahan dalam sistempendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara
sebelum dan selepaskemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat
perbandinganyang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.1 Kesan dari aspek
falsafah pendidikan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang
bermaksud“cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara
mempunyaiperbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan
falsafahpendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih
mementingkankecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian
dengankemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional lebih cenderung
kepadaaspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-
sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membacaal-Quran
dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980). Pada zaman
penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjagakepentingan British di Tanah Melayu.
Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan
 7. oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum.Sistem ini
mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasaibandar dan India akan
bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalahbertujuan untuk mengelakkan
peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajahmemperkenalkan pendidikan bebas untuk
mengelakkan berlakunya penentangan dalammasyarakat pribumi. Pada era selepas kemerdekaan,
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yangmenekankan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN
merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dandasar pendidikan negara. FPN
merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikangenerasi pelapis yang merupakan aset
terpenting negara di masa hadapan mampu untukberperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan
dan arus globalisasi yang kian mencabar.Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan
memerlukan percambahan dan pemupukannilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-
elemen tersebut penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat
direalisasikan ke arah mencapaiwawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Jelaslah disinimenunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan
negarasebelum dan selepas kemerdekaan.2 Kesan dari aspek dasar pendidikan Dasar membawa
maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara(Kamus Dewan Edisi Ketiga,
2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandinganyang ketara antara sebelum dan
selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeristelah memperkenalkan dasar
pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan yangbersifat menghalang kemajuan orang
Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung untukmemastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani,
nelayan dan memuliakan kerja buruh(Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar
sekatan ini bertujuan untukmengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau
kekampungan orang-
 8. orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalahsekadar
membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar inimewujudkan satu fenomena
status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yangmampu akan mendapatkan pendidikan dan
masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasaryang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan pendidikan. Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang
ditinggalkan penjajahmendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk
menyelesaikanketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang
dilakukanoleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan menyusun semula
sistempendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka diperkukuhkan oleh
perlembagaandan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan
berjaya. Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskankepada
satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkanperkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan danpenyeragaman yang
berfungsi untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan peperiksaanyang sama untuk kepelbagaian
etnik, bahasa, budaya, agama dan latar belakang geografi.Salah satu tindakan yang diambil untuk
memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar
memudahkan perhubungan antaramasyarakat. Justeru, bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang
sedia ada dasar demokrasidiperkenalkan. Dasar ini bertujuan untuk mengembangkan potensi individu
itu sendiri denganmemberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar
belakang,agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha
pembangunaninsan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas
kemerdekaan.3 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan Perpaduan merupakan elemen penting
dalam pembentukan sebuah masyarakat yangpelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan
perbandingan yang jelas wujud dalam sistempendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam
pembentukan perpaduan etnik yangpelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di
negara ini mampu merencatkanperpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut
Sanusi Osman (1985)masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan
etnik yang ada
 9. di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat dinegara
ini terlalu dibesar-besarkan. Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan
sukar dicapaikerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada
ketika itu.Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu
diajarkanteknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum
Cinamengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India,
kurikulummereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh
Britishmenyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan
olehBritish juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawakepada
tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Apabila Malaysia mencapai
kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelandasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum diMalaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum
yang mampu membantutkan perpaduan,maka DEB telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang
sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagaipengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta
penggunaan kurikulum danpeperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping itu, dasar
pendemokrasianpendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan percuma
untuk semuapelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan
universaldari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan
kepadasemua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yangutuh.
Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawapendidikan yang tidak
seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untukmenonjolkan kebolehan harus
dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalammenjalankan fungsinya untuk menyatupadukan
rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuanpendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum
mempunyai perbezaan mengikut zamandari dahulu hingga kini.4 Kesan dari aspek pembangunan
modal insan Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam
pendidikan.Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan,
maklumat,idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan
tugas
 10. dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepaskemerdekaan
memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal,sistem pendidikan di
negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.Sistem ini berdasarkan
konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yangdimiliki kepada anak-anak. Oleh itu,
modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiranyang diberikan oleh ibu bapa mereka.
Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikanagama dan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran iniselaras dengan firman Allah yang
bermaksud:“Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah
darikalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28) Pendidikan
semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkanmodal insan. Hal ini
disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberipeluang kepada masyarakat
Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan.Selain itu, jenis pendidikan yang
bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalampendidikan yang akhirnya
membantutkan pembangunan modal insan. Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman
pascamerdeka. Usaha dalammembangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk
membangunkan modalinsan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi
sempena HariPekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu
melahirkanmodal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta
mampubersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan modal
insanadalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi
sumbangankepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan,
khususnyabagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Di
samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajarmempunyai kemahiran
dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untukmelahirkan insan yang cemelang
akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkanmodal insan terserlah melalui pelancaran
PIPP yang mengariskan pembangunan modal insansebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala
tuju dan falsafah pendidikan negara.
 11. 5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi
meningkatkan taraf hidup danmembolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini
dibuktikan melalui Duke(1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang
terbaik bagimenyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan.
Walaubagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelasdari
aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan. Pada era masyarakat
tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampuuntuk membasmi kemiskinan kerana
sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisaniaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu
bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran pengajianagama Islam telah membuka minda masyarakat
Tanah Melayu pada masa itu tentang peripentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan
pembangunan insan maju selangkah kehadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad
ke-20 masih tiada sistem danorganisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri
Tanah Melayu. Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin
memburukkankeadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu
khususnyamasih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi
peluangkepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat. Menurut Sufean Hussin (1996)
kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmikemiskinan pada era penjajahan disebabkan
kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika ituperihal kepentingan celik huruf dan pendidikan
disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah.Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan
kesempitan pemikiran orang Melayu ketikaitu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan
adalah untuk menyebarkan ideologisekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat
perkembangan pendidikan. Setelah mencapai kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi
masyarakattelah memaksa kerajaan memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan
pendapatanBumiputera dan membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang
diperkenalkanadalah bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman
bukuteks kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM
120kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin, pengagihan KWAPM dan Skim
BaucerTuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas
merdekamenitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan
untukmencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.
 12. 6 Kesan dari aspek pembangunan negara Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah
membuktikan bahawa sejak zaman awalgenerasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam
menentukan jatuh bangunnyasesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam
menentukanpembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa
manusiadan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan
ilmu(Surah Ar-Rahman, 33). Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang
diamalkan di Malaysiasama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya
dalammembangunkan negara? Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan
pada peringkatawalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke
arahpembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak
dinafikanbahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai
olehpenjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial
telahmengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah
membantumembangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun
persekolahanrendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison dan Lan,
1982). Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampuuntuk
memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai kapasitiuntuk membasmi
kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaaniaitu menyediakan
pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan latar belakang. Selain
itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan,kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi
anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yangmelonjakkan pembangunan negara. Peningkatan
pengetahuan ilmu seperti menguasaimaklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap
dan kemahiran mampudijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff
dan Zakaria Kasa,1994). Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam
sistempendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang
individu.Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat. Peningkatan
iniakan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan gunatenaga
yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu,
 13. sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang
terancangmemainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi,
politikdan sosial.Penutup Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami
perubahandemi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem
pendidikansebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang
berorientasikanfalasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani,
emosi,rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru,di
dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagikelangsungan
sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkitdari mimpi indah dan
sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegangleher dan berkering tekak
memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untukmenjadi realiti. Ingatlah, jatuh
bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar darigenerasi yang beraksi di masa ini.
Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud; “Tidaksepatutnya bagi
orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapatidak pergi bagi tiap-tiap
golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalamipengetahuan mereka tentang agama dan
untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabilamereka telah kembali kepada mereka, supaya
mereka itu mendapat memelihara diri mereka.”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan
berkesan tunjang ke arah pembentukannegara maju.

sistem pendidikan pada zaman pemerintahan british


 mendapat pendidikan selama empat tahun secara percuma.
 Kurikulum di sekolah Melayu hanya tertumpu secara minimum iaitu membaca, mengira,
menulis, ilmu pertukangan, anyaman bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar.
 pengajian agama pula, murid-murid dikenakan yuran bagi membayar gaji guru-guru
agama
 adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar buta huruf, di samping itu, mengekalkan
status orang Melayu mengabdikan diri kepada ‘tanah’ iaitu sebagai petani

Dasar Laissez-Faire Inggeris

 memberi keutamaan kepada masyarakat Cina kerana masyarakat Cina telah memberi
pendapatan lumayan kepada negara melalui perlombongan bijih timah yang dijalankan
oleh mereka
 ditubuhkan pada abad ke-19 hasil daripada pendekatan bebas atau laissez-faire yang
diwujudkan oleh penjajah Inggeris.
 menggunakan bahasa Cina atau Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar
 guru-guru dan buku teks juga diimport dari negara China
 Contoh sekolah vernakular Cina ialah SJK (C) Hua Liun, Tanjung, Perak dan SJK (C)
Chuang Hwa, Kota Bharu, Kelantan

Laporan Fenn-Wu

Sekolah Vernakular Melayu

Sekolah Vernakulat Cina

Laporan Barnes

1. Orang cina perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan Negara walaupun
Bahasa Melayu

dijadikan Bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Antarabangsa.

2. Galakkan hendaklah diberikan kepada orang-orang Cina yang menguasai Bahasa


Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Dasar pendidikan Malaya hendaklah disalurkan kepada matlamat membentuk


kewarganegaraan Malaya.

4. Sekolah-sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala


bidang kehidupan berdasarkan latar belakang masyarakat Malaya.

1. Matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan


pelbagai kaum

2. Sekolah-sekolah Vernakular Melayu,Cina dan India hendaklah dibubar dan


digantikan dengan Sekolah Kebangsaan

3. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar di Sekolah
Kebangsaan.Salah satu dari bahasa ini akan digunakan sebagai bahasa kedua dan
ianya digunakan secara meluas.
4. Pendidikan dasar percuma hendaklah disediakan di sekolah Kebangsaan kepada
anak-anak yang berumur enam tahun ke atas selama enam tahun.

5. Bahasa Inggeris akan dijadikan sebagai Bahasa pengantar di peringkat menengah


setelah tamat pendidikan dasar.

6. Sekolah Kebangsaan harus ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa Pelajaran
Setempat(Local Educaton Authority) dan kerajaan.

 Sekolah Vernakular Melayu


 Sekolah Vernakular Tamil
 Sekolah Vernakular Cina
 Sekolah Agama Madrasah

Pendidikan Sebelum Merdeka


Sistem Pendidikan Seelepas Perang Dunia ke-Dua

 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal
 Perkembangan pendidikan tidak formal di Tanah Melayu di percayai berkembang sejajar
dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain
pada abad ke-14
 Antara isi pengajarannya ialah berkaitan dengan pengajian Al-Quran yang di ajar di
surau-surau dan masjid yang di buat pada waktu siang dan malam serta di ajar oleh
guru yang terdiri daripada Syeikh, Sayyid, petani atau pun nelayan

Sekolah Agama Madrasah

 terbuka kepada semua kaum


 bahasa pengantar sepenuhnya bahasa Inggeris
 terdapat di bandar-bandar utama di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
 tiga jenis sekolah Inggeris seperti Katholik, Methodist, La Salle dan Protestant
 menerima sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak gereja Kristian, orang
perseorangan dan bantuan pemerintah Inggeris
 pendidikan Inggeris hanyalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juruteknik
bagi bekerja di jabatan-jabatan kerajaan
 Pendidikan Inggeris untuk anak-anak bangsawan Melayu dimulakan pada tahun 1905
apabila tertubuhnya Maktab Melayu Kuala Kangsar
 Sekolah Inggeris yang dibina di negara ini ialah Penang Free School pada tahun 1816
oleh Rev. R.S.Hutchings., Malacca Free School pada tahun 1826, Victoria Institution di
Kuala Lumpur pada 1894 dan sekolah Edward di Taiping pada tahun 1906.
 bahasa jepun telah dijadikan sebagai matapelajaran tambahan di sekolah-sekolah
vernakular Melayu dan juga Tamil malah dengan perubahan ini akan menjadikan
pendidikan di Tanah Melayu lebih tertumpu dan berorientasikan Jepun
 Penubuhan sekolah Nippon-Go telah menggantikan sekolah vernikular dan sekolah
Inggeris
 Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk memastikan lagu rakyat Jepun dan
gaya hidup mereka diberikan penekanan penuh khusus di dalam kokurikulum

 Laporan Barnes
 Laporan Fenn-Wu
 Ordinan Pelajaran Tahun 1952

Sekolah Inggeris

Sekolah Vernakular Tamil

 tidak menggunakan satu bahasa perantaraan yang sama


 salah satu daripada bahasa pengantar dalam proses pembelajaran iaitu Tamil,
Malayalam, Thelagu, Punjabi atau Hindi
 mula ditubuhkan secara tumpangan di sebuah sekolah perintis berbahasa Inggeris di
Pulau Pinang
 mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis
 Pada tahun 1962, British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang
mewajibkan pengusaha ladang supaya menyediakan sekolah dan guru-guru untuk
anak-anak pekerjanya. Keadaan ini telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil
bertambah di setiap kawasan ladang Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran tahun 1952

Faktor Kewujudan Vernakular


Faktor Sosio Budaya

Pendidikan di Sabah Dan Serawak

 Kewujudan vernakular disebabkan pengaruh dalam factor politik iaitu, Inggeris mula
campur tangan di Tanah Melayu apabila Inggeris mengambil Pulau Pinang (1786),
Singapura (1819) dan Melaka (1824).
 tujuan dasar campur tangan British dalam pentadbiran negeri di Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak adalah untuk mendapatkan autoriti atau kuasa monopoli.
 British tidak mahu membazirkan wang mereka untuk tujuan pendidikan di Tanah
Melayu.

 Faktor politik
 Faktor Ekonomi
 Faktor Sosio Budaya
 Faktor Agama
 Pihak British selalu menegaskan supaya kependudukan dan budaya

hidup orang Melayu tidak di ganggu.

 Inggeris berpendapat supaya orang Melayu di kekalkan di

kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,

bertukang atau nelayan.

 Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke

kawasan-kawasan perlombongan, ladang atau ke bandar untuk

bekerja dengan Inggeris.

 Bagi memastikan perkara ini di lakukan, sebagai tanda terima kasih

kepada orang Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan

sekolah-sekolah rendah vernakular Melayu. Sekolah-sekolah ini

mempunyai kurikulum bagi memenuhi asas sosialisasi anak-anak

Melayu di kampung-kampung.

 Pendidikan Sabah
 Pendidikan Serawak

 campur tangan Inggeris di Tanah Melayu telah membuka ruang untuk kemasukan
pendakwah Kristian dan kemasukan beramai-ramai kaum imigran Cina dan India
 Kesan penubuhan sekolah-sekolah pendakwah Kristian yang mempunyai orientasi
kurikulum kebaratan dan sekular telah di anggap oleh orang Melayu sebagai satu
ancaman kepada agama dan budaya hidup orang Melayu.
 tokoh-tokoh ulama Islam yang bersikap radikal dan progresif telah melakukan reformasi
atau perubahan dalam pendidikan dengan cara menubuhkan Sekolah Agama Madrasah
 bertujuan untuk menyaingi sekolah-sekolah pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah
vernakular Melayu yang mendapat bantuan daripada Kerajaan British.

Faktor Agama

Faktor Ekonomi
 Kemasukkan buruh-buruh India dan China
 British telah memberi kelonggaran dan kebenaran kepada orang Cina untuk
menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah sendiri.
 Bagi menjamin keperluan tenaga pekerja separuh mahir seperti kerani dan pegawai-
pegawai pentadbiran rendah,
 Dasar Kapitalisme dalam bidang ekonomi penjajah British yang mahu mempercepatkan
perubahan sumber ekonomi pada tahun-tahun 1900-an

 Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16


September 1963,
 corak sistem pendidikan di Sarawak telah berubah lebih baik.
 Pertumbuhan atau pertukaran pendidikan pada zaman tersebut agak perlahan,
 namun pada tahun 1976, Sarawak telah mengalami perkembangan pendidikan yang
sangat pesat melalui Akta Pelajaran 1961.
 Sistem pendidikan di Sarawak telah diselaraskan dengan sistem pendidikan
kebangsaan pada 1 Januari 1976.

Pendidikan di Sabah

 Pada tahun 1915, sekolah-sekolah Vernakular mula ditubuhkan,


 sekolah yang pertama ialah Sekolah Jesselton bagi anak-anak ketua kaum bumiputera
sahaja
 tujuannya adalah untuk melatih anak-anak golongan bangsawan untuk mereka
mengambil bahagian dalam menjalankan pentadbiran negeri .
 Bahasa komunikasi yang digunakan ialah Bahasa Melayu di Sekolah Agama Islam,
Bahasa Inggeris pula bagi Sekolah Inggeris yang dikendalikan oleh Mubaligh Kristian
dan Bahasa Cina digunakan di Sekolah Cina.
 Pada zaman pemerintahan Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945, pelajaran dikawal
oleh askar Jepun. Pelajaran Bahasa Jepun telah dikuatkuasakan dan pendidikan Barat
telah cuba dihapuskan.

1. Tanah Melayu hanya mempunyai dua jenis sekolah kebangsaan

iaitu sekolah berbahasa Inggeris dan sekolah berbahasa Melayu.

2. Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah-sekolah.Namun begitu Bahasa

tersebut akan diajar jika ianya diminta oleh ibu bapa pelajar yang berjumlah

tidak kurang daripada 15 orang.

3. Bahasa Inggeris akan diajar sebagai satu pelajaran yang wajib di

sekolah-sekolah kebangsaan yang berpengantar Melayu.Manakla Bahasa Melayu


pula dijadikan Bahasa wajib di sekolah kebangsaan yang berpengantar Inggeris.

Faktor politik

Pendidikan di Sarawak

sistem pendidikan pada zaman pemerintahan british


 mendapat pendidikan selama empat tahun secara percuma.
 Kurikulum di sekolah Melayu hanya tertumpu secara minimum iaitu membaca, mengira,
menulis, ilmu pertukangan, anyaman bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar.
 pengajian agama pula, murid-murid dikenakan yuran bagi membayar gaji guru-guru
agama
 adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar buta huruf, di samping itu, mengekalkan
status orang Melayu mengabdikan diri kepada ‘tanah’ iaitu sebagai petani

Dasar Laissez-Faire Inggeris

 memberi keutamaan kepada masyarakat Cina kerana masyarakat Cina telah memberi
pendapatan lumayan kepada negara melalui perlombongan bijih timah yang dijalankan
oleh mereka
 ditubuhkan pada abad ke-19 hasil daripada pendekatan bebas atau laissez-faire yang
diwujudkan oleh penjajah Inggeris.
 menggunakan bahasa Cina atau Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar
 guru-guru dan buku teks juga diimport dari negara China
 Contoh sekolah vernakular Cina ialah SJK (C) Hua Liun, Tanjung, Perak dan SJK (C)
Chuang Hwa, Kota Bharu, Kelantan

Laporan Fenn-Wu

Sekolah Vernakular Melayu

Sekolah Vernakulat Cina

Laporan Barnes

1. Orang cina perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan Negara walaupun
Bahasa Melayu

dijadikan Bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Antarabangsa.

2. Galakkan hendaklah diberikan kepada orang-orang Cina yang menguasai Bahasa


Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Dasar pendidikan Malaya hendaklah disalurkan kepada matlamat membentuk


kewarganegaraan Malaya.

4. Sekolah-sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala


bidang kehidupan berdasarkan latar belakang masyarakat Malaya.

1. Matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan


pelbagai kaum
2. Sekolah-sekolah Vernakular Melayu,Cina dan India hendaklah dibubar dan
digantikan dengan Sekolah Kebangsaan

3. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar di Sekolah
Kebangsaan.Salah satu dari bahasa ini akan digunakan sebagai bahasa kedua dan
ianya digunakan secara meluas.

4. Pendidikan dasar percuma hendaklah disediakan di sekolah Kebangsaan kepada


anak-anak yang berumur enam tahun ke atas selama enam tahun.

5. Bahasa Inggeris akan dijadikan sebagai Bahasa pengantar di peringkat menengah


setelah tamat pendidikan dasar.

6. Sekolah Kebangsaan harus ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa Pelajaran
Setempat(Local Educaton Authority) dan kerajaan.

 Sekolah Vernakular Melayu


 Sekolah Vernakular Tamil
 Sekolah Vernakular Cina
 Sekolah Agama Madrasah

Pendidikan Sebelum Merdeka


Sistem Pendidikan Seelepas Perang Dunia ke-Dua

 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal
 Perkembangan pendidikan tidak formal di Tanah Melayu di percayai berkembang sejajar
dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain
pada abad ke-14
 Antara isi pengajarannya ialah berkaitan dengan pengajian Al-Quran yang di ajar di
surau-surau dan masjid yang di buat pada waktu siang dan malam serta di ajar oleh
guru yang terdiri daripada Syeikh, Sayyid, petani atau pun nelayan

Sekolah Agama Madrasah

 terbuka kepada semua kaum


 bahasa pengantar sepenuhnya bahasa Inggeris
 terdapat di bandar-bandar utama di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
 tiga jenis sekolah Inggeris seperti Katholik, Methodist, La Salle dan Protestant
 menerima sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak gereja Kristian, orang
perseorangan dan bantuan pemerintah Inggeris
 pendidikan Inggeris hanyalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juruteknik
bagi bekerja di jabatan-jabatan kerajaan
 Pendidikan Inggeris untuk anak-anak bangsawan Melayu dimulakan pada tahun 1905
apabila tertubuhnya Maktab Melayu Kuala Kangsar
 Sekolah Inggeris yang dibina di negara ini ialah Penang Free School pada tahun 1816
oleh Rev. R.S.Hutchings., Malacca Free School pada tahun 1826, Victoria Institution di
Kuala Lumpur pada 1894 dan sekolah Edward di Taiping pada tahun 1906.

 bahasa jepun telah dijadikan sebagai matapelajaran tambahan di sekolah-sekolah


vernakular Melayu dan juga Tamil malah dengan perubahan ini akan menjadikan
pendidikan di Tanah Melayu lebih tertumpu dan berorientasikan Jepun
 Penubuhan sekolah Nippon-Go telah menggantikan sekolah vernikular dan sekolah
Inggeris
 Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk memastikan lagu rakyat Jepun dan
gaya hidup mereka diberikan penekanan penuh khusus di dalam kokurikulum

 Laporan Barnes
 Laporan Fenn-Wu
 Ordinan Pelajaran Tahun 1952

Sekolah Inggeris

Sekolah Vernakular Tamil

 tidak menggunakan satu bahasa perantaraan yang sama


 salah satu daripada bahasa pengantar dalam proses pembelajaran iaitu Tamil,
Malayalam, Thelagu, Punjabi atau Hindi
 mula ditubuhkan secara tumpangan di sebuah sekolah perintis berbahasa Inggeris di
Pulau Pinang
 mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis
 Pada tahun 1962, British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang
mewajibkan pengusaha ladang supaya menyediakan sekolah dan guru-guru untuk
anak-anak pekerjanya. Keadaan ini telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil
bertambah di setiap kawasan ladang Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran tahun 1952

Faktor Kewujudan Vernakular


Faktor Sosio Budaya

Pendidikan di Sabah Dan Serawak

 Kewujudan vernakular disebabkan pengaruh dalam factor politik iaitu, Inggeris mula
campur tangan di Tanah Melayu apabila Inggeris mengambil Pulau Pinang (1786),
Singapura (1819) dan Melaka (1824).
 tujuan dasar campur tangan British dalam pentadbiran negeri di Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak adalah untuk mendapatkan autoriti atau kuasa monopoli.
 British tidak mahu membazirkan wang mereka untuk tujuan pendidikan di Tanah
Melayu.

 Faktor politik
 Faktor Ekonomi
 Faktor Sosio Budaya
 Faktor Agama

 Pihak British selalu menegaskan supaya kependudukan dan budaya

hidup orang Melayu tidak di ganggu.

 Inggeris berpendapat supaya orang Melayu di kekalkan di

kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,

bertukang atau nelayan.

 Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke

kawasan-kawasan perlombongan, ladang atau ke bandar untuk

bekerja dengan Inggeris.

 Bagi memastikan perkara ini di lakukan, sebagai tanda terima kasih

kepada orang Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan

sekolah-sekolah rendah vernakular Melayu. Sekolah-sekolah ini

mempunyai kurikulum bagi memenuhi asas sosialisasi anak-anak

Melayu di kampung-kampung.

 Pendidikan Sabah
 Pendidikan Serawak

 campur tangan Inggeris di Tanah Melayu telah membuka ruang untuk kemasukan
pendakwah Kristian dan kemasukan beramai-ramai kaum imigran Cina dan India
 Kesan penubuhan sekolah-sekolah pendakwah Kristian yang mempunyai orientasi
kurikulum kebaratan dan sekular telah di anggap oleh orang Melayu sebagai satu
ancaman kepada agama dan budaya hidup orang Melayu.
 tokoh-tokoh ulama Islam yang bersikap radikal dan progresif telah melakukan reformasi
atau perubahan dalam pendidikan dengan cara menubuhkan Sekolah Agama Madrasah
 bertujuan untuk menyaingi sekolah-sekolah pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah
vernakular Melayu yang mendapat bantuan daripada Kerajaan British.

Faktor Agama

Faktor Ekonomi

 Kemasukkan buruh-buruh India dan China


 British telah memberi kelonggaran dan kebenaran kepada orang Cina untuk
menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah sendiri.
 Bagi menjamin keperluan tenaga pekerja separuh mahir seperti kerani dan pegawai-
pegawai pentadbiran rendah,
 Dasar Kapitalisme dalam bidang ekonomi penjajah British yang mahu mempercepatkan
perubahan sumber ekonomi pada tahun-tahun 1900-an

 Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16


September 1963,
 corak sistem pendidikan di Sarawak telah berubah lebih baik.
 Pertumbuhan atau pertukaran pendidikan pada zaman tersebut agak perlahan,
 namun pada tahun 1976, Sarawak telah mengalami perkembangan pendidikan yang
sangat pesat melalui Akta Pelajaran 1961.
 Sistem pendidikan di Sarawak telah diselaraskan dengan sistem pendidikan
kebangsaan pada 1 Januari 1976.

Pendidikan di Sabah

 Pada tahun 1915, sekolah-sekolah Vernakular mula ditubuhkan,


 sekolah yang pertama ialah Sekolah Jesselton bagi anak-anak ketua kaum bumiputera
sahaja
 tujuannya adalah untuk melatih anak-anak golongan bangsawan untuk mereka
mengambil bahagian dalam menjalankan pentadbiran negeri .
 Bahasa komunikasi yang digunakan ialah Bahasa Melayu di Sekolah Agama Islam,
Bahasa Inggeris pula bagi Sekolah Inggeris yang dikendalikan oleh Mubaligh Kristian
dan Bahasa Cina digunakan di Sekolah Cina.
 Pada zaman pemerintahan Jepun sekitar tahun 1940 hingga 1945, pelajaran dikawal
oleh askar Jepun. Pelajaran Bahasa Jepun telah dikuatkuasakan dan pendidikan Barat
telah cuba dihapuskan.

1. Tanah Melayu hanya mempunyai dua jenis sekolah kebangsaan

iaitu sekolah berbahasa Inggeris dan sekolah berbahasa Melayu.

2. Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah-sekolah.Namun begitu Bahasa

tersebut akan diajar jika ianya diminta oleh ibu bapa pelajar yang berjumlah
tidak kurang daripada 15 orang.

3. Bahasa Inggeris akan diajar sebagai satu pelajaran yang wajib di

sekolah-sekolah kebangsaan yang berpengantar Melayu.Manakla Bahasa Melayu

pula dijadikan Bahasa wajib di sekolah kebangsaan yang berpengantar Inggeris.

Faktor politik

Pendidikan di Sarawak

Esei Pendek: Pendidikan Zaman British


September 25, 2013

Menurut Sufian Hussin, sistem pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris tidak
mempunyai matlamat dan objektif yang jelas. Berikan pandangan anda.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan
tidak memberatkan perkembangan kongnitif para pelajar. Corak pendidikan yang ada pada
ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang
baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal
dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pendidikan pada zaman ini hanya menekankan pengetahuan asas dalam menjalani kehidupan
seharian serta mencari keperluan hidup yang asas.

    

   Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah
pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal.Pelajar-
pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang dibina di sekelilingnya.
Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa
zaman penjajahan Inggeris (1824-1957).Pada peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu telah
dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau satu dasar pendidikan yang bersifat
kebangsaan.Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar
penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan tiada campur tangan tentang
pendidikan vernakular.

  

    Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan
kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga
dan ekonomi.Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris
apabila British menubuhkan sekolah Inggeris yang pertama pada tahun 1816 iaitu Penang Free
School. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas
ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian
Inggeris dengan pembesar-pembesar tempatan.Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan
secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini
adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan yang
penting untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai
kemajuan.Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen
(benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak
mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial
yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.

      
     Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa
satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur-unsur kebangsaan di kalangan
rakyat. Akibat daripada dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural
educational system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat lima aliran
bahasa iaitu bahasa Inggeris, Cina, Melayu, Arab dan Tamil.Sistem pendidikan plural ini tidak
dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk yang
berbilang kaum.Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

     Selain itu, pendidikan zaman British juga dikatakan tidak mempunyai matlamat yang jelas
kerana pihak pentadbir hanya menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah
Inggeris sahaja.Walaupun sekolah-sekolah Inggeris yang ditubuhkan mengamalkan dasar
kemasukan secara terbuka kepada semua kaum tetapi hanya anak-anak golongan yang berada
sahaja yang mampu bersekolah di sekolah tersebut.Hal ini menyebabkan jurang pendidikan
antara pelajar yang berkemampuan dan pelajar dari desa-desa begitu ketara.British juga tidak
mahu memberikan tumpuan kepada pendidikan di Tanah Melayu kerana mereka sedar bahawa
pendidikan akan menyedarkan masyarakat tempatan dan takut masyarakat Tanah Melayu akan
bersatu-padu menentang mereka.Apabila berlaku penentangan, maka matlamat penguasaan
ekonomi British di Tanah Melayu juga akan terjejas.
http://pengajianmalaysiasemester3.blogspot.com/2017/01/perkembangan-sistem-pendidikan-
sebelum.html

Anda mungkin juga menyukai