Anda di halaman 1dari 15

940818-09-5123

ISI KANDUNGAN:
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 PERKARA ISI KANDUNGAN PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN SKOP KAJIAN SOROTAN KAJIAN LEPAS PERMASALAHAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN NOTA HUJUNG BIBLIOGRAFI HALAMAN 1 2 3-4 4-5 5-6 6-7 7-9 9-14 14 15 16

PENGENALAN : 10

940818-09-5123

Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengahtengah Bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan berdekatan dengan Sungai Bonus. Memandangkan tempat yang dikaji berada dalam lokasi Kuala Lumpur, maka sejarah berkaitan Kuala Lumpur perlu dinyatakan oleh pengkaji. Kuala Lumpur (sering disingkat KL ), atau nama lengkapnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah ibu kota dan kota terbesar di Malaysia. Sejarah moden Kuala Lumpur dimulai pada tahun 1850-an, ketika Raja Abdullah membayar buruh Cina untuk membuka tambang timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di muara Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka tambang di Ampang. Tambang-tambang ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai kota perbatasan. Banyak kemelut yang dialami Kuala Lumpur, seperti Perang Saudara Selangor, wabak penyakit, kebakaran dan banjir. Sekitar tahun 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy, menjadi pemimpin yang bertanggungjawab atas

pertahanan dan pertumbuhan kota ini. Kuala Lumpur memperoleh status kota pada tahun 1972, menjadikannya pemukiman pertama di Malaysia yang mendapatkan status tersebut sejak kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan sehingga ibu kota Selangor dipindah ke Shah Alam pada tahun 1978. Selain itu, pengkaji meneliti Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat bersejarah yang perlu diberikan perhatian kerana peradaban sesuatu sejarah itu perlu diketahui. Antara tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Kuala Lumpur ialah Royal Selangor Club,

10

940818-09-5123

Panggung Bandaraya, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, National History Museum dan lain-lain. Lantaran itu, pengkaji akan mengkaji proses perkembangan Bangunan Sultan Abdul Samad dari awal pembinaannya iaitu pada tahun 1897. Diharapkan dengan pengkajian secara terperinci ini dapat mengukuhkan lagi semangat cintakan khazahah peninggalan sejarah supaya tidak luput ditelan zaman.

Objektif Kajian : Dalam setiap kajian tentu adanya objektif atau matlamat yang tertentu. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini juga tidak boleh dikecualikan daripada memiliki objektif yang bermakna. Pengkaji telah menyiapkan tugasan ini dengan menerapkan objektif kajian yang bersistematik. Diharapkan dengan objektif yang menjadi teras utama ini mampu untuk menjadi satu tanda aras bagi menyiapkan kajian ini. Objektif kajian pengkaji yang pertama ialah pengkaji dapat mengkaji serta mencungkil fakta-fakta yang sahih mengenai sejarah tempat kajian yang dikaji. Melalui kajian yang dilakukan terhadap Bangunan Sultan Abdul Samad, pengkaji telah mempelajari bahawa untuk membuat kajian terhadap sesuatu perkara kesasihan fakta haruslah tepat. Hal ini kerana, kesasihan fakta merupakan satu elemen yang sangat penting bagi menyiapkan kajian ini. Maka beberapa prosedur asas mencari fakta sejarah harus dipraktikkan. Seterusnya, pengkaji juga dapat mengenal secara terperinci bangunan bersejarah yang terdapat di dalam Negara Malaysia. Dengan itu, pengkaji dapat menghurai dan mengetahui 10

940818-09-5123

secara terperinci proses perkembangan bangunan bersejarah yang dikaji iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Pengkaji sedar, betapa uniknya bangunan bersejarah yang sekian lama dibina ini apabila dikaji serta dapat memberikan satu aura baru untuk lebih menghargai peninggalan sejarah yang cukup bermakna ini. Selain itu, pengkaji juga dapat memupuk semangat cinta akan bangunan bersejarah yang dikaji. Dengan menyiapkan kajian ini, pengkaji telah dapat untuk menyemat dan

menanamkan sifat cinta akan akan bangunan yang dikaji. Pengkaji merasakan sebagai warga muda yang mendiami negara ini, seharusnya kita menghargai setiap peninggalan sejarah yang ada. Sekiranya dikaji dengan maksimum, perasaan patriotisme ini akan wujud. Bak kata pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta.

SKOP KAJIAN : Skop kajian merupakan satu perkara yang sangat penting bagi menjalankan sesuatu kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan beberapa skop kajian supaya dapat memudahkan pengkaji dalam menjalankan penyelidikan terhadap kajian yang dilakukan. Skop pertama yang dikaji oleh pengkaji ialah proses perkembangan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula dari tahun penubuhan iaitu pada tahun 1897 hingga kini. Selain itu, pengkaji juga telah menghuraikan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad iaitu dari segi asal-usul, pengasas, tarikh pembinaan, lokasi, tujuan pembinaan, kos pembinaan dan perasmian yang berkaitan dengan bangunan yang telah dikaji.

10

940818-09-5123

Akhir sekali, pengkaji telah mengkaji keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad dari segi reka bentuk pelan, bahan binaan, pengubahsuaian, hiasan dalaman, kegunaan dahulu dan sekarang dan cara pembinaan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS : Sebelum pengkaji menyiapkan kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah merujuk beberapa kajian lepas yang sedikit Sultan dilakukan oleh pengkaji lain. Hal ini sedikit sebanyak dapat

memberikan Bangunan

pengetahuan Abdul

kepada

pengkaji

mengenai Bangunan

sejarah Sultan

perkembangan Abdul Samad

Samad. Memandangkan

merupakan satu mercu yang mempunyai sejarah tersendiri, maka banyak kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain. Jadi, pengkaji pengkaji-pengkaji yang lepas sebagai bahan rujukan. Menurut Chandran Jeshurun dalam tajuknya Kuala Lumpur Corporate Capital Cultural Cornucopia, beliau telah menghuraikan mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad yang mempunyai struktur pembinaan yang unik iaitu mempunyai Clock Tower yang telah jadikan hasil penyelidikan

mempunyai ciri seni bina Islam. Selain itu, Haji Samad Buang juga dalam tajuknya Memelihara Warisan, beliau telah menghuraikan kepentingan memelihara warisan bersejarah. Beliau telah menyenaraikan butiran warisan yang perlu dipelihara dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Bangunan Sultan Abdul Samad juga termasuk dalam senarai tersebut. Akhir sekali, Chen Voon Fee dalam tajuknya Architecture, beliau telah menghuraikan bahawa ciri-ciri seni bina Bangunan Sultan Abdul Samad telah diadaptasi daripada rekaan 10

940818-09-5123

bentuk Raj yang berasal dari India. Beliau juga menyatakan bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan antara bangunan yang terawal dibina di Kuala Lumpur dan usianya melebihi 100 tahun.

PERMASALAHAN KAJIAN : Pada zaman moden ini, terdapat banyak bangunan yang mencakar langit dibina dengan meluasnya. Tetapi kewujudan bangunan bersejarah juga tidak boleh dilupakan

kepentingannya sejak zaman dahulu lagi. Oleh itu, pengkaji tertarik untuk membuat kajian tentang Bangunan Sultan Abdul Samad kerana pengkaji sedar bahahwa bangunan ini mempunyai banyak sumbangan kepada rakyat di negara ini.Semasa menjalankan kajian, pengkaji terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah bagi menjayakan kajian ini. Memandangkan Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, pengkaji menghadapi sedikit kekangan untuk mendapatkan maklumat kerana jarak antara Perlis dan Kuala Lumpur sangat jauh. Pengkaji juga terpaksa mencari maklumat yang terhad mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad dengan mencari buku-buku di perpustakaan dan melibatkatkan kos perbelanjaan pengangkutan untuk berulang-alik ke perputakaan. Pengkaji juga menghadapi masalah iaitu sukar untuk mendapatkan orang yang betul-betul mengetahui sejarah perkembangan Bangunan Sultan Abdul Samad kerana risau kesasihan fakta yang diperolehi bertentangan dengan fakta yang sebenar.

10

940818-09-5123

KAEDAH KAJIAN : Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah kajian merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif

penyelidikan (Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Selepas menetapkan masalah yang hendak dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan.Secara umum, kaedah utama kajian untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Semasa menjalankan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian yang relevan supaya dapat melancarkan proses menyiapkan kajian hingga ke penyudah. Berikut merupakan pendekatan-pendekatan kaedah kajian yang pengkaji gunakan dalam kajian. Kaedah yang pertama ialah perbincangan bersama pendidik iaitu Encik Azizan Bin Kasa dan pengkaji-pengkaji yang lain. Pengkaji telah berbincang secara menyeluruh ketika waktu pembelajaran dan juga luar waktu pembelajaran berkaitan dengan kajian masingmasing supaya sama-sama dapat membantu antara satu sama lain. Memandangkan pengetahuan pengkaji dalam proses perkembangan Bangunan Sultan Abdul Samad terlalu terhad, maka individu-individu tersebut merupakan penyumbang idea yang terbesar dalam menyiapkan kajian ini. Kaedah yang kedua ialah kaedah temu bual. Kaedah temu bual merupakan cabang daripada pendekatan daripada kaedah kualitatif yang telah dinyatakan oleh pengkaji di atas. Maklumat diperolehi dengan menggunakan kaedah temu bual secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, pengkaji akan dapat memperolehi maklumat latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat 10 yang diperlukan secara

940818-09-5123

terperinci dan sahih faktanya. Melalui temu bual ini pengkaji dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan responden. Pengkaji juga telah menjalankan temu bual berstruktur bagi soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat secara terperinci daripada responden. Kaedah yang ketiga ialah penyelidikan perpustakaan. Beberapa perpustakaan telah pengkaji lawati untuk mendapatkan bahan berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Antaranya ialah Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Perpustakaan Arau dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau. Hasilnya, pengkaji telah menemui beberapa buah buku yang mampu untuk memberikan sedikit pengetahuan kepada pengkaji dalam menyiapkan tugasan yang dilaksanakan. Salah satu daripada buku-buku tersebut ialah Pengetahuan Am di Malaysia yang ada menceritakan tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad. Kaedah yang terakhir ialah menggunakan Internet. Pengkaji sering mengakses ke lamanlaman web tertentu untuk mencari maklumat berkaitan dengan penyelidikan yang dilakukan. Memandang internet merupakan jaringan maklumat yang tiada had pada alaf ini, pengkaji tidak menghadapi sebarang masalah dalam mencari sesesuatu maklumat yang dikehendaki. Antara laman web yang menyumbang maklumat kepada pengkaji berdasarkan kajian berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad ialah

http:/ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan__Sultan_Abdul_Samad.

DAPATAN KAJIAN :

10

940818-09-5123

Pada awal penerangan dapatan kajian, pengkaji akan terangkan proses penamaan Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Pada mula pembinaannya dikenali sebagai Bangunan Baru Secretariat), diguna bersama dengan kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pada asalnya bangunan ini hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar ke nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak tahun 1857-1898. Seterusnya, melalui kajian terhadap bangunan ini, pengkaji akan huraikan secara terperinci latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Pengkaji akan bahagikan latar belakang bangunan ini kepada 7 aspek. Antaranya, asal-usul, pengasas, tarikh pembinaan, lokasi kawasan kajian, tujuan penubuhan bangunan, kos pembinaan, dan perasmian bangunan tersebut. Bangunan Sultan Abdul Samad ini direka bentuk oleh arkited Inggeris yang bernama Anthony C. Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika zaman pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Sementara itu, pengaji juga memperoleh maklumat yang pengasas Bangunan Sultan Abdul Samad ialah Sir Charles B. H. Michell yang juga merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat pada masa itu.Tarikh pembinaan bangunan yang dikaji oleh pengkaji iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad ialah tahun 1984. Selain itu, kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Menurut maklumat yang pengkaji perolehi, 10

940818-09-5123

kawasan tersebut terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu terletak di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10 200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan berada dalam kawasan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Tujuan pembinaan awal bangunan ini adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersatu (F. M. S) di bawah satu Bangunan Pentadbiran Berpusat. Bangunan Pentadbiran Berpusat menempatkan

Sekretariat Kerajaan (G. S. O) , bilik mensyuarat Majlis Negeri (Council Chamber) , Pejabat Pos , Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) , Pejabat Kehakiman (Judicial Commissoner) , Public Works Deparment (PWD) , Audit dan Perbendaharaan , Pejabat Tanah, Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P. W. D. District Office). Pengkaji juga berpeluang untuk mengetahui kos pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad iaitu setelah siap pada April 1897 berjumlah $152,824. Pada mulanya, anggaran awal ialah hanya $152,000.Setelah siap dibina pada tahun 1897, Bangunan Sultan Abdul Samad telah dirasmikan oleh Sir Frank Sweettenham (K. C. N. G) iaitu Residen Jeneral pada 4hb. April 1897. Seterusnya, pengkaji akan menghuraikan keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad dari segi reka bentuk pelan, bahan binaan, pengubahsuaian, hiasan dalaman, kegunaan dahulu dan sekarang serta cara pembinaan. 10

940818-09-5123

Kerja- kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889. Reka bentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A. C Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) sekitar tahun 1893-1897. Antara pegawai yang juga bertanggungjawab termasuklah C. E Sponer selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R. AJ Bidwell dan A.B Hubbock yang menyediakan pelan dan lukisan bangunan berkenaan. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri Senibina Moorish dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan di antara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris (Lassical Rennoisonce). Bidwell, seorang arkited muda adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan Style) sebagai tunggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuas hati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A. C Norman. Pemilihan Stail Seni Bina Islam-Moorish atau Mahometan Style, pengaruh bangunan awam di India menjadi pilihan kepada struktur seni bina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik iaitu kehebatan pembahagian dan pertembungan 51 metri yang klasik, gaya bangunan Eropah dengan menitikberatkan aspek dekorasi yang beerti the Raj Style mencerminkan fungsi utama pembinaannya di rantau ini. Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad ini telah melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield yang membekalkan binaan sebanyak 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 1b tembanga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Pada peringkat awal kubah bangunan tersebut diperbuat daripada kayu dan batu 10

940818-09-5123

bata yang dicat hitam. Namun, kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga ketika pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1980-an. Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan turun lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem yang tidak memuaskan di sekitar Kuala Lumpur, turut menjejaskan seni binanya. Sekitar 1978, kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan dibuat yang mengambil masa selama 6 tahun dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pengubahsuaian dan pembaikan ini telah dilakukan bagi memastikan peninggalan sejarah ini tidak terus musnah. Pada waktu itu, kerajaan Australia menyumbangkan RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga tembaga bagi ketiga-ketiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Setelah siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi

dirasmikan pada tahun 1984. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi 41.5 meter di tengah-tengah binaan berbentuk huruf F penampilan identity dan mercu tanda tersendiri. Ia juga berdiri megah di atas satu tapak berbentuk segi tiga. Sebagai bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaannya 1894-1897, hasil seni binanya pula lengkap dengan ciri-ciri keistimewaan dari aspek komposisi karoktar seperti stall, ragam luas dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkung (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur yang berbentuk minarat yang kebiasaanya terdapat pada seni bina masjid. Kesemua elemen-elemen tersebut menambah nilai estatika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecendorongan dalam pembinaan bangunan awam (civic building). 10

940818-09-5123

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pejabat Residen General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978. Bangunan 2 tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10,200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter. Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkamah. Ia juga mempunyai 3 kubah dan paling menarik sekali ia mempunyai sebuah menara jam setinggi 40 meter.

RUMUSAN : Sebagai kesimpulannya, pengkaji telah menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Pengkaji dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad iaitu bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Hal ini dapat memberi pengetahuan kepada penulis supaya dapat menyampaikan maklumat yang diperolehi ini kepada orang yang inginkan maklumat. Selain itu, ramai rakyat di Malaysia sering melupakan sejarah yang menjadi titik permulaan sesuatu peradaban terutama golongan muda-mudi. Bagi memupuk semangat patriotism ini semula, kajian seperti ini sangat membantu.

10

940818-09-5123

Negara Malaysia juga mempunyai pelbagai warisan sejarah yang harus dijaga dan dipelihara. Keistimewaan dan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai satu ikhtibar yang perlu diingati. Keistimewaan mengenai seni bina dalam pembuatan bangunan yang mampu dicipta oleh masyarakat dahulu dapat mengajar kita supaya sentiasa berfikiran kreatif dalam melakukan sesuatu perkara. Akhir kata, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Dengan sedikit penyelidikan ini penulis dapat merumuskan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai setiap tinggalan sejarah dan mengambil ikhtibar daripada perkara yang lepas. NOTA HUJUNG : 1. Sidi Gazalba, Tamadun Islam (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.1978), 105. 2. Mohd Syariefudin, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim, Kenegaraan dan Ketamadunan (Kuala Lumpur: Oxford Fajar. May 21, 2011), 76 3. Maruwiah Ahmad, Kenali Negeri Kita (Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. 2008), 28 4. Ghulam Jie M. Khan, Pengetahuan Am di Malaysia (Melaka: Percetakan Surya. 1994), 38 5. 2Ibid, 19 6. BIBLIOGRAFI :

10

940818-09-5123

Ghulam Jie M. Khan, 1994, Pengetahuan Am di Malaysia 9 : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Maruwiah Ahmad, 2008, Wilayah Persekutuan (KENALI NEGERI KITA), : Karisma

Publications Sdn. Bhd. Syed Mahadhir Syed Ibrahim, 2007, Tarikan Pelancongan Malaysia : Cooroys House of Publications Sdn. Bhd. Chen Voon Fee, 1998, Arthitecture (The Ensiklopedia of Malaysia) : Archi Pelago Pres. Chandran Joshurun, 2004, Kuala Lumpur (Corparate Capital Culcural Carnucapia) : Arus Intelek Sdn. Bhd Ana Muslim, Bil 32, November 2008, Blue-T Publication Sdn. Bhd. FOKUS SPM, Bil 30, April 2009, Karangkraf Sdn. Bhd. Daftar Warisan : http : //daftarwarisan.gov.my/index. php page = warisan _ home $ subs Sejarah Malaysia : http : //sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php section = 8M05 $ spes Wikipedia Bahasa Melayu : http : //ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

10

Anda mungkin juga menyukai