Anda di halaman 1dari 1

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Generasi muda adalah aset terbesar bagi sebuah negara


era globalisasi yang semakin progresif ke arah pembangunan. Wawasan 2020 merupakan mauduk
utama Malaysia sebagai negara yang maju. Untuk mencapai matlamat tersebut, generasi muda perlu
disiapkan di bahagian hadapan bagi memperjuangkan anjakan paradigma yang semakin
berkembang.Negara-negara di dunia telah melaksanakan banyak program pertukaran pelajar
antarabangsa. Di Malaysia pula, pelajar-pelajar cemerlang telah dihantar untuk belajar di luar negara
dan mengambil contoh yang baik untuk dioperasikan di Malaysia.Program Pertukaran Pelajar ini
mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat.

Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi
yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya
dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan
peka terhadap isu-isu di sekelilingnya.Teknologi yang berkembang di luar negara dapat di bawa ke
Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.

Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai budaya di
Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan merasa tertarik untuk mengenali budaya di negara
kita. Budaya dan adat adalah salah satu kelebihan negara ini. Negara-negara mempunyai kemajuan
teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas
negaranya yang menunujukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal
kehidupan kita.Sebab itulah, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat
menigkatkan aset negara melalui industri pelancongan.

Akhir sekali, program pertukaran pelajar turut mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia
dan negara yang terlibat. Justeru, penerapan slogan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dalam diri para pelajar
yang terpilih amat penting supaya kedatangan mereka ke negara asing tidak menimbulkan prasangka
buruk terhadap sosio-ekonomi negara Malaysia. Malah negara yang terlibat dengan program pertukaran
pelajar turut mendidik para pelajar untuk menghormati adat dan budaya negara Malaysia yang
menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Hubungan diplomatik yang erat juga membantu dalam
pembangunan ekonomi negara.

Intihannya,bulan semakin terang,bayang kian jelas bahawa program pertukaran pelajar terbukti mampu
membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara. Ia bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan
negara kita tetapi juga membangunkan negara kita daripada pelbagai aspek. Sebuah negara akan
merasa bangga dengan pencapaian belia saat ini. Individu yang pernah merasakan hidup di negara orang
akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi cabaran hidup. Pelajar yang kembali ke negaranya
setelah mengikuti programe pertukaran pelajar adalah modal baru bagi negara untuk mencapai
matlamat kemajuannya. Seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri
sendiri, baik juga negeri sendiri.Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib
negara ke arah yang lebih baik. Kita patut berbangga kepada pelajar-pelajar cemerlang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai