Anda di halaman 1dari 2

TEMA 2 : SEMANGAT KEJIRANAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangfaktor-faktor
semangat kejiranan semakin terhakis dalam masyarakatdankebaikan-kebaikan hidup
berjiran.Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

Antara budaya yang semakin dipinggirkan oleh kebanyakan anggota masyarakat kini
termasuklah budaya hidup berjiran. Jiran merujuk kepada seseorang atau sekelompok orang
yang tinggal berhampiran atau bersebelahan dengan rumah kita. Oleh sebab jiran merupakan
orang yang dekat dengan kita, maka sudah menjadi tanggungjawab kita selaku anggota
masyarakat untuk berbaik-baik dan berhubungan antara satu dengan yang lain.Sikap ini dapat
memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas kepada keharmonian kehidupan masyarakat di
negara ini.

Namun, fitrah manusia yang memerlukan kehidupan berjiran telah diselewengkan.


Punca kepada kebobrokan yang berlaku adalah disebabkan sikap mengutamakan kebendaan
atau materialistik dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sikap individualistik, iaitu hanya
mementingkan diri telah menyekat manusia daripada bercampur gaul. Malah, kongkongan sifat
ini menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh
sifat ego dalam diri masing-masing. Hubungan kemasyarakatan yang semakin renggang juga
ada kaitan dengan sikap masyarakat sekarang yang lebih suka hidup bersendirian tanpa
gangguan dan sikap ini begitu menular dalam kalangan anggota masyarakat dewasa ini.
Kemewahan yang dikecapi oleh masyarakat kini juga menjadi punca yang menyebabkan
seseorang itu berasakan tidak perlu bergantung pada orang lain. Bagi mereka, apa-apa yang
dimiliki sudah mencukupi untuk menjalani kehidupan tanpa bantuan jiran.

Hidup berjiran juga semakin renggang apabila aktiviti-aktiviti gotong-royong seperti


membersihkan kubur, membersihkan kawasan perumahan dan sebagainya tidak lagi diamalkan
selaras dengan peredaran zaman. Begitu juga kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis
kenduri tidak lagi diamalkan kerana telah diambil alih oleh pembekal makanan, restoran dan
hotel yang menerima tempahan untuk mengendalikan majlis-majlis kenduri. Akibatnya, hal ini
telah menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbangkan tenaga bagi menjayakan
sesuatu majlis, menghalang anggota masyarakat untuk bersua muka dan menyekat peluang
mereka untuk menjalinkan kemesraan sesama ahli masyarakat.

Kerenggangan dalam kalangan anggota masyarakat juga berlaku kerana masing-


masing sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak berkesempatan untuk bertegur sapa antara
satu dengan yang lain. Selain itu, trend masyarakat moden yang hanya memikirkan hal ehwal
keluarga sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain turut merenggangkan hubungan
masyarakat. Seperkara lagi masyarakat hari ini mengambil pendekatan tidak suka menjaga tepi
kain orang lain hingga menyebabkan mereka tidak langsung mempedulikan kehidupan berjiran.
Mereka lupa bahawa hidup berjiran adalah sesuatu yang penting. Selain memenuhi tuntutan
agama, kehidupan berjiran mustahak untuk sesebuah negara kerana keutuhan dan kekuatan
sesebuah negara itu boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
“Sikap Individualistik Menghakis Amalan Kejiranan”
oleh Izani Hj Daud,
Milenia, Mei 2009.)
Soalan 2(a) – Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikanjawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata memupuk budaya. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan daripada tiadanya amalan kerjasama


dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri. Nyatakan dua kesan tersebut.

[3 markah]

(iii) Andaikan jiran anda sedang sakit. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk
membantu jiran tersebut.
Berikan tiga tindakan. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai