Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM TARGET 98 SESI PETANG 2022

1.0 PENDAHULUAN

Jawatankuasa Unit Disiplin & Pengawas bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bercadang
untuk mengadakan Program Ponteng Sifar bagi mengurangkan salahlaku ponteng dalam kalangan
murid-murid SMK Kulai Besar bagi sesi petang. Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku
Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan
merupakan salahlaku utama di kalangan murid sekolah. Berdasarkan analisis data salahlaku disiplin
murid seperti dilaporkan jelas membuktikan bahawa gejala ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha
telah dijalankan bagi menangani gejala tersebut. Murid-murid ini adalah aset bernilai negara kerana
merekalah yang akan memacu kegemilangan negara suatu masa nanti. Bagaimana individu ini akan
menjadi pemimpin yang berketrampilan andaikata pada awal-awal lagi mereka tidak komited untuk
memikul tanggungjawab terhadap kepentingan hadir ke sekolah? Melalui Program Ponteng Sifar ini
murid-murid perlu diberi kesedaran agar tidak ponteng sekolah selain mewujudkan sikap
bertanggungjawab terhadap diri sendiri .Melalui sikap-sikap positif ini maka akan lahirlah insan-insan
yang berdisiplin tinggi dan akhirnya kita dapat sedikit sebanyak mengurangkan gejala-gejala sosial yang
sangat hebat melanda negara pada masa ini.

Rasa tanggungjawab untuk hadir ke sekolah tanpa paksaan membuatkan pelajar dapat belajar
dalam keadaan yang selesa, tenang dan gembira selain secara tidak langsung juga dapat meningkatkan
motivasi seseorang pelajar itu untuk berjaya. Melalui kempen ini, murid-murid dapat memupuk sikap
bertanggungjawab, berdisiplin, berperibadi tinggi, semangat cintakan sekolah dan yang penting dapat
memberi kesedaran tentang kepentingan hadir ke sekolah dalam diri.

Bertepatan dengan kempen ini di mana .dapat memberikan penekanan kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang
menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada peringkat optimum
supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraaan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

2.0 NAMA PROGRAM


Target 98

3.0 MATLAMAT
3.1 Program ini diharapkan dapat mengurangkan salahlaku ponteng sekolah dalam kalangan murid-
murid sesi petang, SMK Kulai Besar .

3.2 Ia diharap dapat menyedarkan betapa pentingnya untuk datang ke sekolah selain memastikan
bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun.
KERTAS KERJA PROGRAM TARGET 98 SESI PETANG 2022

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberikan kesedaran kepada murid mengenai kepentingan hadir ke sekolah.
4.2 Mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri
4.3 Untuk menyemai sikap berdisiplin, bertanggungjawab, cintai sekolah serta peranan murid-
murid dalam kecemerlangan sekolah.

5.0 FORMAT PERLAKSANAAN


5.1 Anugerah Peratus Kelas tertinggi setiap Minggu
- Aktiviti ini akan dijalankan setiap minggu pada waktu perhimpunan. Piala pusingan dan sijil
penghargaan akan diberikan kepada kelas yang layak
5.2 Anugerah Kehadiran Penuh Setiap Bulan
- Murid yang hadir penuh pada bulan tersebut akan diberi sijil penghargaan
5.3 Kempen Ponteng Sifar
- Hebahan akan disampaikan melalui group (Telegram@WhatsApps) kelas setiap minggu. Setiap
hari,murid yang tidak hadir akan dimaklumkan dalam group yang sama.
5.4 Kami Sayang Kamu
- Setiap hari murid yang tidak hadir akan dipanggil dan menerima bimbingan dan kaunseling dari UBK
5.5 Konsultasi Ibubapa
- Ibubapa/Penjaga murid yang ponteng akan dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dan berbincang
dengan PK petang

6.0 PENGANJUR
Unit Disiplin & Pengawas
Unit Bimbingan & Kaunseling

7.0 TARIKH
Sepanjang Tahun

8.0 TEMPAT
8.1 Tapak Perhimpunan

9.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN


KERTAS KERJA PROGRAM TARGET 98 SESI PETANG 2022

9.1 Murid- Murid sesi petang,SMK Kulai Besar

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi : Mohd A’zam Bin Anuar (Pengetua)
Timbalan Pengerusi 1 : Mohamed Khairul Bin Mohamed Amin (Pk Petang)
Timbalan Pengerusi 2 : Norintan binti Mohamad (PK HEM)
Penyelaras : Nazeri Bin Othman (Ketua Guru Disiplin Petang)
P.Penyelaras : Nornabiah Binti Abdul Rahman (Pen.S/U Hem)
Setiausaha : Suryani Binti Ahmad (Bimbingan Dan Kaunseling)
Ajk : Nor Azah Bin Abd Hamid
: Choo Siew Yoon
: Rizal Bin Anuar
: Faizah Binti Mastar
: Semua guru kelas sesi petang

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan
Sumbangan PIBG

Perbelanjaan
1. Hadiah Anugerah Kelas ( Peratus Tertinggi Setiap Minggu )
Piala Pusingan RM 100
2. Banner Kempen RM 100
Jumlah Keseluruhan RM 200

12.0 PENUTUP
Program Ponteng Sifar ini adalah salah dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan
bantuan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada ibu bapa dan guru-guru juga daripada kalangan
murid-murid itu sendiri. Kehadiran ke sekolah merupakan faktor yang amat penting dalam menjamin
kecemerlangan diri , bangsa , agama dan negara. Sikap ini perlu diterapkan dalam diri seawal usia yang
muda kerana ini dapat dijadikan satu budaya sihat kanak-kanak tersebut sehinggalah ke peringkat
dewasa kelak. Diharap dengan terlaksananya program ini dapat menimbulkan kesedaran dalam
KERTAS KERJA PROGRAM TARGET 98 SESI PETANG 2022

kalangan semua pihak tentang pentingnya untuk hadir ke sekolah disamping dapat mengurangkan
gejala-gejala sosial yang melanda negara. Bagi murid program ini merupakan satu pendedahan yang
sangat positif dalam pembangunan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga hubungan sosial.
Diharapkan juga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak bagi
mewujudkan satu masyarakat yang bertanggungjawab , amanah dan berketrampilan.

Di sediakan oleh :

____________________
(SURYANI BINTI AHMAD)
Guru Bimbingan & Kaunseling

Di semak oleh :

____________________
( MOHAMED KHAIRUL BIN MOHAMED AMIN )
PK Petang SMK Kulai Besar

Di sahkan oleh :
____________________
(A’ZAM BIN ANUAR)
Pengetua SMK Kulai Besar

Anda mungkin juga menyukai