Anda di halaman 1dari 6

Soalan 2 ( d ) Petikan Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Enam Kerat

Ular tedung jangan dipermudah,


Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merna juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,


Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik pisau raut,


Ambil galah sebatang lintubung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan muda dari Lampung,


Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.

Permatang Budi, 1991


Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(i) Apakah maksud rangkap kedua dalam pantun di atas? [ 2 markah ]

( ii ) Nyatakan tiga kebaikan menjadikan alam sebagai panduan dalam


kehidupan. [ 3 markah ]

( iii ) Huraikan dua persoalan dalam pantun di atas. [ 4 markah ]

Skema :
i. Maksud ; mendapat tahu tentang seorang gadis yang kehilangan maruah /
kehormatan diri akan dipandang hina [2 markah ]

ii. Tiga kebaikan;


- mensyukuri anugerah Tuhan
- mengagumi kebesaran Tuhan
- mendapat ilham untuk menghasilkan karya
- menikmati keindahan alam
( pilih mana-mana tiga isi )

iii. Dua persoalan;


- Persoalan kesanggupan berbuat apa-apa sahaja / berani menghadapi
rintangan untuk mencapai hasrat hati 2

- Persoalan seseorang yang menangisi nasib diri yang sebatang kara dan
tiada tempat bergantung serta tidak tahu ke mana arah tujuan. 2

- Persoalan kepentingan menjaga maruah diri, kerana tanpa maruah manusia


kan dipandang hina. 2

- Persoalan kepentingan menjadikan alam sebagai panduan dalam kehidupan


2

( maksimum 4 markah)

(pilih mana-mana 2 isi)


Soalan 2 ( d ) Petikan Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Pantun Lapan Kerat

Sarang merbah di celah dahan,


Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,


Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,


Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Permatang Budi, 1991.


Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai