Anda di halaman 1dari 5

http://www.cikguhailmi.

com/2015/04/bagaimana-
mengajar-pelajar-berfikir-secara-KBAT.html
Sabtu, Mei 23, 2015  Hal Guru  6 comments

Dalam menerapkan pdp yang berunsurkan KBAT, guru harus melaksanakan beberapa strategi berkesan bagi
membimbing pelajar untuk juga berfikir secara KBAT. Antara salah satu teknik paling berkesan dalam
memastikan pelajar juga berfikir secara KBAT adalah Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok
bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.

Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan


1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara
mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal


Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran


1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?3. Bolehkah
anda memberi saya satu contoh ... ?4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?5. Bolehkah anda
menunjukkan saya cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?2. Bagaimana
kita tahu bahawa ... ?3. Apakah sebab-sebab anda ... ?4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?5. Kenapa anda
menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda
dengan cara lain ... ?2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?3. Bagaimana sekiranya ada orang lain
mengesyorkan bahawa ... ?4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?2.
Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?3. Apakah akibat
sekiranya ... ?4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar
atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal


1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan
KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!
Teknik menyoal aras tinggi Teknik menyoal aras tinggi Disediakan oleh : Najihah Zarith sofia
Aqilah Teknik menyoal Soalan mengarah pelajar supaya bertanya dan menggunakan pemikiran
peringkat tinggi. Semua pembelajaran bermula dengan persoalan. Soalan mencetus interaksi,
pemikiran, aktiviti, perbualan atau perbahasan. Persoalan mencetus interaksi dinamik dan
soalan yang baik menggalakkan penglibatan aktif pelajar. Soalan dan penyoalan William Wilen
dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya
adalah seorang yang berfikir. Kindsvatter (1992) Sekiranya soalan yang ditanya berasas kognitif
tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi. Soalan merupakan alat berfikir yang
sering digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu untuk meningkatkan KBKK, soalan yang berasas
tinggi harus diperkembangkan. 5W1H Soalan yang berdasarkan kata tanya dikenali sebagai
“5 Wives 1 Husband” atau “5 waktu 1 Hari” Penyoal yang mahir menyebabkan
pelajar: Memberikan perhatian terhadap isu semasa. Mengintegrasikan idea baru dengan
pengetahuan terdahulu. Meneliti nilai dan kepercayaan mereka. Mengaplikasikan pengetahuan
dengan kehidupan sebenar. Meluaskan bidang pertanyaan. Jenis-jenis soalan PENGETAHUAN
…Siapa, apa, bila, di mana, yang mana, adakah, kenal pasti, jelaskan, senaraikan, ingat
semula. PEMAHAMAN …. Menjelaskan,bandingkan, apakah hubungan, perbezaan, terangkan
dengan menggunakan perkataan sendiri. APLIKASI ….. Tunjukkan, bagaimana anda boleh
menggunakannya, ke manakah ia membawa anda, aplikasi, uji. ANALISIS …... Bagaimana,
mengapa, apakah sebab-sebab, apakah akibatnya, analisis, klasifikasi, kaitkan. SINTESIS ⠀¦..
Wujudkan, bagaimana lagi, apa akan berlaku sekiranya, bangunkan, andaikan, mereka bentuk,
menggabungkan, menjangka, bagaimana sekiranya. PENILAIAN ….. Yang mana terbaik,
ukuran daripada baik kepada kurang baik, memilih, mengadili, menentukan yang mana satu,
bagaimana, mengapa. Soalan bertumpu Soalan bertumpu ialah hanya memerlukan jawapan
yang tetap. Sekiranya jawapan yangditerima berbeza dengan apa yang dikehendaki maka
jawapan itu adalah salah. Foidea/konsep Spesifik dan objektif Jawapan betul atau salah
Memerlukan sebab dan penjelasan ….contoh Apakah ibu negara Malaysia? Bilakah Malaysia
mencapai kemerdekaan? Soalan mencapah Memerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi:
kritikal, kreatif, rasional. Terbuka, meluas dan subjektif Mencari pelbagai jenis jawapan untuk
soalan Memerlukan pelbagai jenis jawapan yang betul Proses penilaian membuat keputusan
tentang ketepatan, kebaikan atau kesesuaian maklumat Contoh : ….Mengapa sesetangah
komuniti tidak prihatin terhadap pencegahan jenayah? …. Pada pendapat anda, apakah impak
teknologi terhadap pembangunan manusia? …. Bincangkan kesan pencemaran terhadap kualiti
kehidupan? Perbezaan soalan bertumpu dan mencapah Lingkaran soalan Lingkaran soalan
ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop - skop tertentu : Perkara (P) merujuk
kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.  Individu (I) merujuk kepada individu yang
terlibat.  Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan
luar negara Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu). P - Namakan
lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah
yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ? LI - Apakah buah-buahan
tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri
buah- buahan di Malaysia ? Alat CoRT Edward de Bono berkelulusan D.Phil. Perubatan dari
Universiti Cambridge telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research Trust).
Program ini mempunyai enam bahagian iaitu: CoRT I : Keluasan persepsi CoRT II : Organisasi
proses berfikir CoRT III : Interaksi, argumen, pemikiran kritis CoRT IV : Pemikiran kreatif CoRT V
: Maklumat dan perasaan CoRT VI : Tindakan Dalam pendidikan, CoRT I dan CoRT IV
digunakan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. CoRT I merupakan asas
bagi program CoRT dan bertujuan memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif,
konstruktur dan kritis. CoRT IV pula melatih pelajar mencambahkan idea-idea baru dengan
menggunakan satu perkataan rawak. CoRT I CoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara
meluas. Terdapat tujuh jenis alat CoRT. Antaranya termasuklah : PMI : kebaikan, keburukan dan
menarik (Plus, Minus, Interesting) CAF : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors) C &
S : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal) AGO : Tujuan, matlamat dan objektif
(Aims, Goals & Objectives) FIP : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities)
APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices) OPV :
Pandangan orang lain (Other People’s Views) TEKNIK ASAS DAN TEKNIK PADUAN
DALAM CoRT I CoRT I terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga paduan (Rajah 1). Sebagai
contoh teknik asas PMI dan CAF boleh digunakan untuk mencipta PERATURAN baru. Rajah 1
menunjukkan tujuh teknik asas bagi CoRT I. ALAT-ALAT CoRT IV CoRT IV membantu
meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru. CoRT IV lebih dikenali sebagai
alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono. Pemikiran lateral
merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara. CoRT
IV terdiri 10 teknik. Alat-alat yang terdapat dalam CoRT IV biasa digunakan adalah alat
penggunaan YA, TIDAK dan PO Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK .
Ia telah mantap dan kukuh. Tidak dapat diubah dan dipindah. CoRT IV memperkenalkan satu
konsep baru yang dipanggil Po. Po merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk
menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian. Iaitu, kita menilai sesuatu
kemungkinan sama ada betul atau salah. Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru
atau cara baru mengkaji sesuatu. Po berasal daripada perkataan poetry (puisi) , dimana idea-
idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu. Po juga berkaitan dengan supposition
(andaian) dan hipotesis di mana idea-idea yang belum dibuktikan digunakan untuk merangsang
pemikiran yang selanjutnya. SEKIAN TERIMA KASIH……

Anda mungkin juga menyukai