Anda di halaman 1dari 3

Definisi Teknik Menyanyi Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara.

Manakala menurut kamus dewan bahasa edisi keempat mengatakan bahawa menyanyi ialah melagukan nyanyi, berlagu. (Noresah Bt. Baharom, 2005) Penggunaan kaedah nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar. mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Pengenalan teknik nyanyian Kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan menghiburkan dengan penggunaan elemen nyanyian dalam P&P. Ini dibuktikan melalui murid- murid yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan muridmurid yang menjalankan proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar. Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

Matlamat kaedah nyanyian Memperkayakan imaginasi. Mempertingkatkan daya pemikian. Memberikan keseronokan dan kegembiraan. Memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan. Memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi. Melepaskan perasaan yang kurang senang. Membina keyakinan diri. Membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan. Memberi kepuasan kepada guru dan pelajar.

Kekuatan Teknik Nyanyian Murid tidak merasa bosan atau jemu. Penglibatan daripada semua murid. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka. Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan dan kelemahan mereka. Guru tidak membelakangkan kebolehan murid semasa proses P&P berjalan.

Kelemahan Teknik Nyanyian Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru. Sedikit membebankan guru menyediakan BBM. Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.

Memerlukan peruntukan kewangan. Memerlukan kreativiti guru yang tinggi untuk mereka nyanyian dengan mata pelajaran yang diajar.

Aplikasi Teknik Nyanyian Pelajaran : Pendidikan Islam Tahun Satu Bidang: Jawi Tajuk: Mengenal Huruf Hijaiyah Kaedah: Menyanyi Penyerapan Ilmu: Muzik Penyerapan Nilai: Membina keyakinan diri, disiplin dan kreatif Sumber BBM: Paparan Video