Anda di halaman 1dari 7

1.0 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah

diimplimentasikan di seluruh negara dan mata pelajaran muzik telah diwajibkan untuk semua murid sekolah rendah bermula dari tahun satu. Dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran di bawah bidang perkembangan diri individu. Di samping memperkembang unsur kesenian pada diri murid, sebagai satu mata pelajaran.

Menurut Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin, Pendidikan Muzik memberi ilmu pengetahuan dan membina kemahiran yang berkaitan dengan estetik bunyi. Setelah

mengikuti program pembelajaran, murid seharusnya mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep dan terminologi yang berkaitan dengan muzik. Di samping itu, murid harus berpeluang membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik supaya unsur seni dalam jiwa mereka dapat berkembang.

Selain itu, menurut Dato Seri Dr. Abdul Shukor Bin Abdullah, Pendidikan Muzik ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsur-unsur muzik, pelbagai jenis muzik, pelbagai

jenis alat muzik, serta memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan muzik yang mudah. Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek Bahasa Muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan estetik.

Kurikulum Pendidikan Muzik digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran negara. Kurikulum tersebut diterjemahkan kepada sukatan pelajaran yang bermatlamat membina dan memperkembang lagi potensi pelajar dari segi kreativiti dan daya apresiasi seni muzik. Menurut Tan Sri Abdul Rafie Bin Mahat, program pembelajaran Kurikulum Pendidikan Muzik bertujuan membantu membina pemikiran kritis dan kreatif pelajar.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Kementerian Pelajaran Malaysia 1990)

Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik, skop pembelajaran telah digariskan secara teliti dari tahun satu hingga enam akan terdedah kepada nyanyian. Manakala dari tahun empat hingga enam akan diajar kemahiran rekoder. Oleh itu, kemahiran mengecam notasi pada baluk adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik demi membantu murid dalam banyak aspek terutamnya semasa meniup rekoder, menyanyi mahupun memainkan alat muzik yang lain. Kemahiran membaca notasi adalah penting dalam bemain sesuatu alat muzik. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran ini dengan baik, mereka dapat mempelajari apa-apa lagu , asalkan terdapat skor lagu. Sebagai contoh, lagulagu yang terdapat dalam buku muzik KBSR. Murid-murid yang dapat mengecam not, mereka boleh mempelajari untuk meniup rekoder dengan lebih cepat berbanding dengan murid yang tidak mahir. Ini adalah kerana, murid yang mempunyai kemahiran mengecam not boleh bermain rekoder sambil membaca not sambil bermain. Manakala murid yang tidak mempunyai kemahiran ini akan bergantung kepada guru untuk memberitahu mereka nama not yang terdapat di atas baluk.

Betapa pentingnya kemahiran mengecam notasi ini terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta pembelajaran murid dalam Pendidikan Muzik. Oleh demikian, masalah murid-murid yang tidak mempunyai kemhairan mengecam notasi ini perlu diatasi demi mempertingkatkan kemahiran murid dan membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini dapat diatasi dengan kaedah

pembelajaran Masteri (Mastery Learning).

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Selepas beberapa kali menjalankan praktikum di sekolah, dengan pengalaman pengajaran saya, didapati bahawa kebanyakan murid tidak mempunyai kemahiran mengecam notasi. Mereka hanya bergantung kepada nombor atau nama not yang ditulis oleh guru di bawah baluk. Saya mendapati murid-murid tidak dapat mengecam not-not yang terdapat di atas baluk. Mereka bergantung kepada guru untuk memberitahu mereka dan mencatat nombor atau nama not pada skor lagu dalam buku KBSR mahupun ditulis di papan.

Pada kali pertama saya memasuki sesebuah kelas, saya akan menjalankan aktiviti ice breaking untuk membuat pengenalan antara guru dengan murid. Perbualan sedemikian membantu saya memahami tahap pembelajaran mereka dan minat mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Muzik. Biasanya saya mendapati murid-murid tidak mempunyai kemahiran dalam mengecam notasi,, kecuali segelintir murid yang mempunyai kelas muzik tambahan di luar yang mempunyai kemahiran tersebut. Biasanya murid akan menyatakan guru muzik mereka tidak mengajar mengenai kemahiran ini. Oleh itu, saya telah berbual dengan guru muzik di sekolah untuk memahami lebih tentang kejadian ini terutamnya sebab keadaan sedemikian berlaku. Setiap kali saya memasuki kelas, saya perlu mengajar murid-murid dari asas

mahupun murid tahun 6. Sebab mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya ada pada tahap mereka. Disebabkan murid jarang mempunyai peluang mempelajari tentang pengetahuan muzik, saya perlu berusaha sedaya upaya untuk mempertingkatkan minat mereka dan merancangkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif untuk keberkesanan pembelajaran murid. Saya mendapati murid tidak mempunyai minat dalam Pendidikan Muzik. Mereka tidak minat meniup rekoder. Pembelajaran berpusatkan guru dan pengajaran tradisional menyebabkan murid berasa bosan dan tidak seronok.

Selain itu, mungkin disebabkan murid kurang asas pengetahuan dalam Pendidikan Muzik, mereka didapati lemah dan tidak yakin dalam mempelajari sesuatu yang baru. Murid-murid hanya mempunyai satu jam kelas Pendidikan Muzik. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan berkesan supaya murid dapa mempelajari kemahiran ini dengan mudah, cepat dan berkesan. Dengan kesempatan melaksanakan kajian ini, saya dengan sedaya upaya akan mendapatkan cara penyelesaian yang paling sesuai dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan membantu murid mempertingkatkan kemahiran mengecam notasi demi pengetahuan, minat dah keyakinan murid dalam pencapaian yang lebih tinggi dalam subjek Pendidikan Muzik ini.

1.3 Refleksi Pengalaman Lalu

Selepas memahami dan memperhatikan masalah ini, saya mendapati bahawa sebab utama berlakunya keadaan sebegini adalah kerana guru Pendidikan Muzik sekolah tidak mengajar murid kemahiran mengecam notasi ini. Berdasarkan sebab ini, saya telah menunjuk ajar dan menanya guru muzik sekolah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat demi melanjutkan kajian ini. Kebanyakan guru berpendapat bahawa mengajar murid-murid mengecam notasi merupakan proses yang agak susah dan memerlukan masa yang lama bagi mereka menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, ramai guru muzik di sekolah tidak mempunyai asas pengetahuan dalam Pendidikan Muzik. Mereka tidak pernah menyertai apa-apa kursus tentang cara mengajar Pendidikan Muzik. Guru Muzik tidak mempunyai kemahiran mengecam notasi juga. Oleh demikian, mereka dapat mengajar murid-murid sendiri tentang kemahiran ini! Seterusnya, guru juga berpendapat bahawa subjek Pendidikan Muzik ini merupakan subjek yang tidak penting dan tidak perlu serius terhadapnya, asalnya murid gembira. Dengan pemikiran sebegitu, macam manakah murid dapat belajar sesutu yang baru? Terdapat juga guru yang menggantikan kelas muzik dengan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek lain seperti Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya. Dengan sikap dan pemikiran guru yang menganggapkan subjek Pendidikan Muzik adalah tidak penting dan memandang mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran elektif, mereka tidak akan merancang apa-apa aktiviti yang meransangkan minat murid atau merancangkan aktiviti yang mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dalam subjek Pendidikan Muzik ini. Akibatnya, peluang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti muzikal adalah berkurangan, begitu juga dengan pengetahuan mereka terhadap elemen muzik. bagaimanakah

Dari aspek murid-murid, saya mendapati bahawa mereka kurang minat dalam subjek Pendidian Muzik ini. Melalui perbualan dengan murid-murid, mereka menyatakan kelas Muzik sangat membosankan kerana hanya aktiviti nyanyian dan tiup rekoder dijalankan. Apabila kanak-kanak tidak berasa seronok terhadap sesuatu, mereka tidak akan berminat terhadapnya. Kajian yang dijalankan mendapati seorang pelajar perlu ada minat untuk belajar kerana ia adalah keperluan dalam kehidupan seorang pelajar. Kebiasaannya seseorang yang berminat untuk belajar akan berakhir dengan kerjayaan kerana apa yag dilakukannya adalah hasil dari kehendaknya sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa (Cetusan Sahabat) . Oleh itu, adalah penting bagi murid-murid memupuk minat untuk belajar sejak awal. Demi minat dan kepentingan murid, guru sepatutnya menitikberat terhadap kepentingan Pendidikan Muzik kepada murid.

Sebagai seorang guru, kita memikul pelbagai tanggungjawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi guru. Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggungjawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar ( Bryan Veloso).

Anda mungkin juga menyukai