Anda di halaman 1dari 2

Nama Ahli: 1) Wan Nur Afifah

2)Leong Hui En

Muzik adalah sangat penting dalam memupuk minat belajar dalam kalangan murid-murid
sekolah rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana muzik dapat menjadi bahan rangsangan
bagi memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Sebagai contoh, guru boleh
menyediakan sebuah lagu sebagai pemulaan pengajaran seperti lagu rasa sayang untuk
memulakan pengajarannya. Dengan ini, minat murid-murid dapat dihasilkan serta murid-murid
akan menumpukan perhatian atau fokus terhadap pengajaran guru seterusnya.

Selain daripada itu, muzik juga berperanan penting dalam memupuk minat belajar dalam
kalangan murid-murid. Hal ini demikian kerana muzik dapat mengekalkan minat belajar,
memberikan keseronokan dan menggerakkan murid untuk mengambil bahagian dengan
cergas. Tamsilnya, guru boleh menggunakan muzik sepanjang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Guru boleh menyediakan aktiviti mencari kata berimbuhan dalam lagu
burung kakak tua semasa mengajar tajuk imbuhan. Hal ini akan menyebabkan perasaan
keseronokkan murid-murid dapat dilahirkan melalui aktiviti pencarian kata dalam lagu kakak tua
dan seterusnya akan lebih menumpukan fokus apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.

Di samping itu, muzik berperanan penting dalam memupuk minat belajar dalam
kalangan murid-murid. Hal ini disebabkan oleh melalui pendekatan nyanian, murid dapat
menguasai sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kerana murid didapati
mempunyai ingatan yang lebih baik terhadap bunyi berbanding dengan pengajaran secara lisan
biasa. Sebagai contoh, guru boleh menghasilkan atau menggubah sebuah lagu untuk

Lain daripada itu, peranan muzik dalam memupuk minat pelajar ialah dapat
meningkatkan perkembangan bahasa. Muzik membantu pelajar menyebut perkataan dengan
nada dan intonasi yang betul. Kesannya, tahap celik huruf dalam kalangan pelajar dapat
dipertingkatkan melalui nyanyian lagu semasa pendidikan muzik di sekolah. Contoh terbaik
adalah lagu huruf. Lagu huruf ABCDE hingga Z dinyanyikan oleh pelajar dan juga orang
dewasa untuk membaca huruf.

Akhir sekali, muzik penting bagi menarik minat pelajar kerana muzik berupaya untuk
memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan
keupayaan mental. Pelajar mudah menghafal sesuatu perkara melalui muzik. Hal ini demikian,
terdapat guru yang mengubah lirik lagu dengan menyelitkan maklumat tentang mata pelajaran
untuk menarik minat pelajar agar mengingati lirik lagu tersebut sekaligus menghafal maklumat
tersebut. Jelaslah bahawa muzik penting bagi pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk
menerima ilmu di sekolah.

Secara rumusnya,muzik sangat penting bagi memupuk minat pelajar untuk belajar di
sekolah dengan pelbagai kaedah yang kreatif menggunakan muzik sebagai alatan mengajar.
Semoga dengan ini, masyarakat menyedari kepentingan muzik bagi menyediakan
pembelajaran yang baik kepada anak-anak di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai