Anda di halaman 1dari 4

Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mengamalkan prinsip di bawah :

1. 2. 3. 4. 5.

Sentiasa bersikap positif Bijak dan kerap berlatih Mengamalkan postur yang baik Pengawal pernafasan (costal epigastrum) yang baik Pengeluaran suara atau ton yang ekspresif,rata,bersemangat,ringan kaya dan bergema

6. 7. 8. 9.

Penguasan dalam sebutan dan artikulasi yang jelas,tepat dan cantik Penguasan teknik legato Penguasan teknik yang tangkas dan fleksibel Penampilan persembahan fisikal yang bersahaja-natural,bersopan dan bersikap tenang dan yakin

10.

Sensitif, bijak dalam membuat intertretasi yang ekspresif

Komponen Asas Nyanyian:

1.Pitch/Nada 2.Rhythm/Irama 3.Pernafasan 4.Suara 5.Sebutan

1. PITCH/NADA Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang murid itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi

menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalam sesebuah lagu itu

Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note-noteyang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting

2. RHYTHM/IRAMA Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan groovesesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau menganggukkan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang bertempo laju. Kemahiran deria irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

3. PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar. Kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi tool yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

4. SUARA Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita. Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan sihat

5. SEBUTAN Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita. Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh connect dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

6. POSTUR

Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian.

Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang

halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut:

POSTUR BERDIRI Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan. Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit. Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan. Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi. Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

Anda mungkin juga menyukai