Anda di halaman 1dari 5

Definisi nyanyian

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk


tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi.
Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk
mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat
muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya.
Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai
salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.

Sifat bunyi
 Bunyi berasal dari benda yang bergetar. Dari getaran benda tersebut
menyebabkan udara di sekitar bedan tersebut juga bergetar. Hal
tersebutlah yang mendasari terciptanya bunyi.
 Bunyi disifatkan secara lebih terperinci melalui ciri-ciri gelombang yang
generik, iaitu frekuensi, jarak gelombang, tempoh, amplitud, kelajuan,
dan arah (kelajuan dan arah juga digabungkan menjadi vektor halaju,
atau jarak gelombang dan arah digabungkan menjadi vektor
gelombang).

Sifat suara
Suara' mengandungi bunyi yang dibuat oleh manusia menggunakan
lipatan vokal untuk berbicara, bacaan, menyanyi, ketawa, menangis ,
dan lain lain suara manusia adalah sebahagian daripada pengeluaran
bunyi manusia.
Ciri ciri bunyi muzik
1. Loudness: Dalam fizik, kekuatan bunyi dipanggil kekerasan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi bunyi adalah: (1) amplitud sumber bunyi; (2)
jarak antara telinga manusia dan badan vokal.
2. Nada: Nada suara. Semakin tinggi frekuensi, semakin tinggi nada; semakin
rendah frekuensi, semakin rendah nada.
Panggilan Bull adalah kuat tetapi kurang bernasib; Panggilan nyamuk kecil tapi
tinggi.
3. timbre: timbre adalah ciri lain bunyi. Instrumen yang berbeza dapat
membezakan bunyi walaupun mereka menghasilkan pitch dan suara yang
sama. Timbres utama adalah berbeza. Timbre itu berkaitan dengan bahan dan
struktur sumber bunyi.

Estetika dalam nyanyian


Estetika dalam nyanyian merupakan kemuncak ketinggian nilai
sesebuah karya kreatif yang disertakan dalam nyanyian. Nilai tara yang
ditetapkan itu bukan sekadar pada ungkapan yang tersurat tetapi
merangkumi aspek tersirat. Lantaran itu setiap unsur yang membina
estetika saling mempertaut dan memperjelas bagi membentuk
kesempurnaan.
 Prinsip-prinsip asas dalam nyanyian

 1.       Sentiasa bersikap positif


 2.       Bijak dan kerap berlatih
 3.       Mengamalkan postur yang baik
 4.       Pengawal  pernafasan (costal epigastrum) yang baik
 5.       Pengeluaran suara atau ton yang
ekspresif,rata,bersemangat,ringan kaya dan bergema
 6.       Penguasan dalam sebutan dan artikulasi yang jelas,tepat dan
cantik
 7.       Penguasan teknik legato
 8.       Penguasan teknik yang tangkas dan fleksibel
 9.       Penampilan persembahan fisikal yang bersahaja-
natural,bersopan dan bersikap tenang dan yakin
 10.   sensitif, bijak dalam membuat intertretasi yang ekspresif

Disiplin dalam proses pembelajaran nyanyian


Pemanasan sebelum menyanyi tidak hanya menguatkan kord vokal tetapi juga
membantu mempersiapkan penyanyi secara mental. Selain itu, Latihan panas
diperlukan untuk bernafas secara mendalam.
Gagal memanaskan untuk menyediakan lagu boleh menyebabkan kecederaan
pada tali vokal.

Penguasaan kemahiran vokal


Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait
dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan
tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan
kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam
meningkatkan mutu nyanyian. Ia penting dalam sesebuah nyanyian agar kualiti
nyanyian mencapai tahap yang bagus. Contohnya sebutan yang jelas dan tona
suara yang betul.

Penjagaan suara
Kesihatan pada peti suara amat penting bagi sesiapa yang menyanyi kerana
seandainya perkara ini tidak dititikberatkan, ia akan mengakibatkan masalah
yang lebih serius, samada anda perlu berehat sekejap dari menyanyi atau anda
tak boleh menyanyi langsung

-Teknik pernafasan dan postur badan yang betul – Penyanyi


seharusnya bernafas secara semulajadi seperti biasa tetapi
mengekalkan postur badan yang lurus agar mudah suara itu untuk
dikeluarkan, dan tidak memaksa untuk bernafas.
-Membuat aktiviti panaskan vocal sebelum menyanyi – Pelbagai
aktiviti boleh dilakukan untuk panaskan vokal seperti bubbling atau
humming, agar diafragma dan peti suara bersedia untuk mengeluarkan
suara yang kita mahukan dan tidak mengakibatkan paksaan dan
tekanan kepada peti suara yang mana akan merosakkan suara.
-Senaman berkala dan makanan yang sihat – Ini bukan sahaja untuk
suara tetapi secara keseluruhan. Kesihatan yang baik akan membantu
untuk mengeluarkan suara yang baik. Seandainya sakit, anda akan
mengalami keletihan, hidung tersumbat, sakit tekak, dan tidak
menggunakan teknik yang betul dalam nyanyian. Ini sekaligus akan
mengakibatkan kerosakan kepada suara.
-Pastikan leher dan rahang mulut relax ketika menyanyi – Nyanyian
secara am menggunakan diafragma di bahagian perut, dan intercostal
muscles, dan suara bersama dengan peti suara sahaja untuk menyanyi.
Jadi penggunaan otot di bahagian leher, rahang, dan otot muka
seharusnya relax. Ini kerana kita tidak mahu sebarang ketegangan
kepada penyanyi dan menjadikan sukar untuk menyanyi dengan baik.
-Kurangkan berbicara ketika suasana yang bising – Kita selalu
menggunakan suara yang lebih ketika dalam kawasan yang bising, dan
ini sangat tidak membantu suara anda kerana ia akan menyebabkan
ketegangan kepada peti suara dan sebaik-baiknya elakkan berbicara di
tempat yang bising.
Elakkan pengambilan ubat seperti  anti-histamines, decongestants,
anti-depressing – Hal ini kerana ubat-ubatan seperti ini mengakibatkan
kekeringan kepada peti suara. Peti suara harus sentiasa dalam
keadaan lembab dan basah untuk memudahkan pengeluaran suara.

Anda mungkin juga menyukai