Anda di halaman 1dari 6

Pembesar Suara (Resonator).

Ruang mulut yang dibentuk oleh lelangit, mulut dan kerongkong. Suara
bergetar di
dalam ruang ini sebelum keluar dari mulut. Ruang kepala juga terlibat.

RESONAN DAN PELONTARAN SUARA


Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam muzik
kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik
pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat
dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar.

Resonan

1. Rongga mulut sebagai resonator pertama.


2. Rongga dada sebagai resonator kedua.
3. Rongga hidung dan kepala sebagai resonator ketiga.

Rongga resonator dalam diri manusia dapat memperkayakan suara kita dengan resonan dan
lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. Suara menjerit jelas tidak bermutu dan sama
sekali tidak menghasilkan ton suara yang baik. Menjerit bukan cara menyanyi yang baik. Bentuk
mulut, lontaran suara, kawalan pernafasan dari paru-paru berkait rapat dengan resonan dan
berapa peratus penggunaan resonator yang telah dinyatakan. Tidak ada satu pic pun yang
dihasilkan hanya dengan menggunakan 100% resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya
menggunakan 100% resonator dada. Kebiasaannya pic yang dihasilkan merupakan kombinasi
ketiga-tiga rongga resonator. Sebagai contoh, untuk menghasilkan pic tinggi yang baik, kita
menggunakan:

- 60% resonator kepala.


- 25% resonator mulut.
- 15% resonator dada.

Sebaliknya untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula, kita menggunakan:

- 70% resonator dada.


- 20% resonator mulut.
- 10% resonator kepala.
1. Suara Kepala

Salah satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk nyanyian register tinggi sementara
rongga di kepala yang memberi kesan gema digunakan untuk menggemakan ton atau bunyi
yang dihasilkan oleh penyanyi tersebut. Ini dikenali mekanisme ringan atau suara kepala.
Adalah baik dan sihat sekiranya suara kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian.
Ia menghasilkan suara yang jelas, kualiti seakan alat tiup kayu lebih luas renjnya (julat) kalau
dibandingkan dengan suara dada. Suara kepala juga banyak membantu lelaki semasa
mengalami perubahan suara semasa menyanyikan pic tinggi. Ia juga menyediakan penggunaan
yang sihat di dalam nyanyian falsetto. Untuk mendapatkan suara kepala yang bermutu, kawalan
pernafasan yang cukup dan betul adalah perlu. Untuk merasai suara kepala, anda perlu
menyanyikan satu not yang berpic

atau

dalam sebutan ‘noo’ atau ‘moo’ atau ’loo’ dengan lembut dan panjang. Setelah mendapat
kedudukan suara kepala yang dikehendaki, cuba nyanyikan skel menurun di bawah;

2. Suara Tengah

Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke kerongkong pada jarak suara.
Untuk merasai suara tengah, latihan di bawah boleh dijalankan;
3. Suara Dada

Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada merupakan alat resonans
dikenali sebagai suara dada. Suara dada sebenarnya boleh merosakkan suara penyanyi kanak-
kanak kerana ia dihasilkan tanpa pernafasan yang baik. Walaupun suara dada boleh dihasilkan
secara sihat, namun ia tidak digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan terdapat
transisi vokal yang kompleks di dalam nyanyian. Renj suara dada adalah kecil di dalam
penggunaannya. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada berbanding penyanyi
wanita. Untuk merasainya, letakkan tangan pada bahagian dada semasa menyanyikan not,

dengan sebutan “Haa”, “Laa” atau “Maa” panjang. Anda akan merasai getaran pada tangan.

PELONTARAN SUARA
A) Cara menyanyi bunyi yang rendah.
 nyanyi dengan bunyi vokal yang jelas.
 jangan turunkan  kepala atau bongkokkan badan.
 alat-alat resonan ialah kerongkong, dada dan rahang.
 kurangkan tenaga nafas pada pinggang, tetapi pastikan aliran nafas adalah rata.
 jangan nyanyi dengan kuat.
 pembukaan mulut semakin kecil apabila not-not menurun.
B) Cara menyanyi bunyi yang tinggi.
 fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan.
 buka mulut cukup besar. Jangan naikkan dagu dan kepada. Bibir, rahang dan lidah
hendaklah selesa.
 alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung.
 nafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi yang tinggi.
 jangan paksa suara keluar.
Pernafasan
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian, mulut dan
kerongkong  perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang
lebih resonan.
Sebutan dan ton
Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah paling jelas. Untuk menghasilkan
pengeluaran ton yang baik ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.
 Tenaga
 Intensiti
 Kekuatan bunyi
 Harakat (panjang  dan pendek)
Pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan
intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu
ditekankan.
Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal.
 
Aplikasi Resonans

1. Askar-askar yang berbaris tidak boleh menghentak kaki secara serentak semasa
merentas suatu jambatan. Ini adalah untuk mencegah jambatan itu daripada bergetar
pada frekuensi aslinya yang mungkin merosakkan jambatan itu.
2. Alat-alat muzik seperti trumpet, dan saksofon menghasilkan bunyi berdasarkan kesan
resonans.
3. Tala bunyi boleh digunakan untuk menalakan frekuensi tali piano atau tali gitar
berdasarkan kesan resonans.
4. Kesan resonans juga digunakan untuk menyelaraskan frekuensi radio dan telivisyen
untuk menerima isyarat daripada rakaian yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai