Anda di halaman 1dari 33

Apakah perbezaan Koir, Koral, Korus dan Chorale

Diterjemahkan sebagai 3 perkataan untuk bahasa Melayu dari 4 istilah bahasa


Inggeris iaitu Choir, Choral, Chorus dan Chorale. Buat masa ini, istilah "Chorale" diterjemahkan kebahasa
Melayu sebagai "Koral" juga. Oleh kerana "Choral" iaitu "Koral" dan "Chorale" adalah tidak sama, rencana ini
mengekalkan penggunaan "Chorale" apabila diperlukan bagi mengelakkan salah tafsir atau kekeliruan.
Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan
penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian
berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."
Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini datang dari kata dasar
yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan iaitu dariYunani lama dan Rom yang membentuk
beberapa corak yang berbeza. Perkataan "koral" (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan
untuk koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan chorale dipanggil
muzik koral.
[1]

Secara praktikalnya, ramai orang dapat membuat perbezaan 4 istilah-istilah ini, walaupun hakikatnya tidak terdapat
takrif-takrif yang kuat sebenarnya untuk membezakan mereka. "Koir" sering dirujukkan kepada kumpulan koral
yang berkaitan dengan gereja atau sekolah. "Korus" pula kerap digunakan dalam konteks teater,
contohnya opera atau teater muzikal; iaitu merujuk kepada kumpulan penyanyi-penyanyi (dan juga penari-penari)
yang menjadi penyanyi latar sesuatu persembahan.
[sunting]Perbezaan Koral (Choral) dan Chorale
Koral adalah satu makna adjektif atau berkaitan dengan korus atau koir, contohnya "sebuah kumpulan koral" atau
"satu susunan koral."
Chorale pula (dengan pelat pada suku kata kedua) adalah satu kata nama melambangkan lagu-lagu zikir (hym) atau
melodi suci, hampir sama dengan rujukan khusus untuk muzik gereja-gereja Protestan Jerman, contohnya "the
congregation sang a chorale" (jemaah nyanyian koral); atau satu nyanyian harmoni melodi koral, contohnya
"koral Johann Sebastian Bach".
[2]

Istilah "Chorale" kebiasaannya dirujukkan kepada satu model tertentu dalam muzik gereja, namun ada juga
kemungkinan bahawa istilah ini hanyalah sebagai nama yang lain untuk sebuah koir atau korus.
[sunting]Struktur koir


Posisi penyanyi koir di atas pentas
Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali
sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra).
Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad.
Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang
paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.
Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyikan tanpa iringan alat-
alat muzik dipanggil sebagai a cappella yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja".
[sunting]Kategori mengikut lingkungan suara
Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-
Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang
paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama
singkat sebagai SATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan
ialah SSAATTBB, manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat
bahagian koir. Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun S merujuk
kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto,
kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir
katedral British.
Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA
Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-
kala mengandungi lebih banyak suara.
[sunting]Lihat juga
Lingkungan suara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)
Suara Lelaki
Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan
Sopranis
Kastrato
Suara manusia boleh diklasifikasikan mengikut lingkungan suara individu menerusi pic atau nada yang
tertinggi dan terendah yang boleh dibuat
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Kejituan lingkungan suara
2 Lingkungan suara dalam muzik klasikal
3 Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo
o 3.1 Pengaruhan lingkungan suara
o 3.2 Peranan di dalam opera
4 Lingkungan suara dalam muzik popular
5 Frekuensi suara
6 Rekod dunia untuk lingkungan suara yang ekstrim
7 Rujukan
8 Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris
9 Pautan luar
[sunting]Kejituan lingkungan suara
Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga
bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang
berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota muzik.
Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ia bermaksud sebagai
perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau
bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar lingkungan suara
secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai
kegunaan untuk muzik untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai
lingkungan suara seorangpenyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ia tidak
digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi doo-wop lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula
menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi
lingkungan suara mereka.
Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang
tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh
berkata bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan
tambahan satu setengah oktaf di dalam falseto.
Untuk penyanyi wanita pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua
oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan
amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari
bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.
[sunting]Lingkungan suara dalam muzik klasikal
Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam muzik klasikal (opera). Di dalam opera, dua
pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang
konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi
melebihi bunyi muzik orkestra (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi
untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan
suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh tanpa
penggunaan falseto, yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-
penyanyi lelaki genre lain.
Pertimbangan untuk lingkungan suara penyanyi opera wanita pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang
sama juga digunakan untuk ini tetapi wanita yang memiliki suara yang paling tinggi (penyanyi soprano)
sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ia sedikit
sebanyak mengubah warna bunyi suara penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun,
sekiranya penyanyi tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai
berada di dalam lingkungan suara tersebut.
Muzik koral dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan opera. Berlawanan
dengan opera, koral mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting
dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian koral boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota
yang dibuat untuk persembahan nyanyian opera. Walaupun sebenarnya tidak adapenyanyi di dalam kumpulan
koir tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan penyanyi menyanyi
beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.
Di dalam muzik koral, lingkungan suara kebiasaannya dipecahkan tidak mengikut tiga
bahagian penyanyi mengikut jantina seperti nyanyian opera, tetapi dipecahkan mengikut dua bahagian
untuk lelaki dan wanita seperti soprano, alto, tenor, bes atau empat bahagian untuk satu jantina
seperti soprano 1, soprano 2, alto 1, alto 2, tenor 1, tenor 2, bes 1 (atau bariton), bes 2.
[sunting]Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard


Soprano


Alto


Tenor


Bes
Klasifikasi lingkungan suara di bawah kebiasaannya digunakan di dalam muzik klasikal untuk surara tertinggi
dan terendah. Ia lebih merupakan senarai asas kerana lingkungan suara yang sebenar berlainan dari seorang
penyanyi kepada yang lain.
[1]

Lingkungan asas (kebiasaannya digunakan):
Soprano: C4 - A5
Soubret: C#4 - B4
Mezzo-soprano: A3 - F5
Kontralto/Alto: G3 - D5
Tenor: B2 - G4
Bariton: G2 - E4
Bes: E2 - C4
Lingkungan fizikal suara (berlainan dari setiap penyanyi; tidak termasuk penggunaan falseto - teknik
pemalsuan suara):
Soprano: C4 - C6
Soubret: C#4 - F#5
Mezzo-soprano - G3 - A5
Kontralto: F#3 - F#5
Tenor: B2 - D5
Bariton: F2 - G4
Bes: C2 - D4
(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf keatas dan
penggunaan flaggelio boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf
kebawah)
Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan tiga yang terakhir
adalah untuk penyanyi lelaki. Lelaki yang memiliki suara yang tinggi dirujukkan sebagaikauntertenor dan
ketinggian suara kauntertenor diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang
pertama. Penyanyi soprano lelaki dikenali sebagai sopranis dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih
tinggi daripada penyanyi soprano wanita. Kontralto dahulunya dikenali sebagai penyanyi tenor tetapi kini tidak
lagi digunakan dan digalakkan penggunaanya. Amat jarang untukpenyanyi lelaki kini memiliki atau
menyanyikan bahagian lingkungan suara penyanyi wanita.
[sunting]Pengaruhan lingkungan suara
Jenis vokal di dalam lingkungan suara di atas selalunya boleh dicapai melalui latihan atau bakat semulajadi,
namun ia juga boleh terjadi atau berubah mengikut perubahan fisiologi. Contoh yang paling ketara
ialah penyanyi kastrato yang dikembirikan semasa kecil (lelaki) untuk meninggikan suara dan juga untuk
merendahkan suara melalui menghisap rokok atau tembakau.
[sunting]Peranan di dalam opera
Mezzo-soprano jarangkali menyanyikan peranan yang ditulis untuk penyanyi soprano seperti contoh untuk
peranan Lady Macbeth, Santuzza, Isolde begitu juga sebaliknya seperti peranan Carmen, Rosina, Marina. Ini
bertujuan untuk menghasilkan kesesuaian suara dalam nota muzik yang ditulis berdasarkan jenis suara.
Kebiasaannya, para penggubah menerangkan jenis-jenis suara yang sesuai untuk peranan-peranan yang
diberikan. Tetapi ia bukanlah semudah itu, seperti contoh penggubah lagenda Giuseppe Verdi yang tidak
membezakan "mezzo-soprano" dan "alto". Penggubah-penggubah awal termasuk Wolfgang Amadeus
Mozart langsung tidak membezakan kategori-kategori soprano dan menganggap mezzo-
soprano sebagai soprano.
Cara lain untuk menentukan jenis suara yang sesuai ialah jenis muzik ensembel atau koral dengan
membahagikan tiga bahagian wanita seperti (soprano), mezzo-soprano (soprano 2) dan alto(atau
seorang mezzo-soprano).
Peranan Carmen (penyanyi mezzo-soprano) untuk opera Carmen contohnya, menyanyikan nota rendah
untuk bahagian nyanyian trio Frasquita-Mercedes-Carmen. Oleh sebab itu, penggubahBizet sebenarnya tidak
pernah mencadangkan lagu itu untuk seorang penyanyi soprano tetapi untuk seorang mezzo-
soprano atau alto. Walaubagaimana pun, kebanyakan penyanyi sopranoboleh menyampaikan peranan
tersebut dengan baik. Jenis suara penyanyi sebenarnya bergantung kepada bakat dan repertoir masing-
masing.
[sunting]Lingkungan suara dalam muzik popular
Lingkungan suara dalam muzik popular kebiasaannya adalah lebih bebas dan mudah berbanding
dengan muzik klasikal. Ini adalah kerana penggunaan amplikasi menjadikan ia lebih mudah bagi penyanyi-
penyanyi muzik popular untuk menghasilkan pic muzik yang lebih rendah berbanding dengan penyanyi muzik
klasikal. Warna suara yang konsisten juga kurang penting untik penyanyi-penyanyi muzik popular.
Penyanyi-penyanyi muzik popular mempunyai kebabasan penuh dalam penyampaian melodi untuk lagu-lagu
mereka termasuk penggunaan falseto/flaggelio yang diterima ramai oleh para pendengar dan para penyanyi
sendiri. Ini termasuklah penggunaan suara dalam yang keras atau penggunaan nota flageolet (merujuk kepada
register nyanyian berbisik di tahap tinggi). Pendek kata, penyanyi penyanyi muzik popular tidak terikat
dengan apa-apa piawaian di dalam nyanyian dan boleh menyampaikan lagu di dalam apa saja cara yang
disukai dan diterima ramai.Walau bagaimanapun, kepentingan lingkungan suara adalah berbeza-beza di
dalam muzik popular. Genre punk sebagai contoh kurang mengendahkan skill teknik dan lingkungan suara
sama sekali. Begitu juga dengan teater muzikal yang memerlukan skill nyanyian tetapi kurang melihat kepada
lingkungan suara penyanyi.
[sunting]Frekuensi suara
Di dalam kiraan frekuensi, suara manusia adalah di dalam lingkungan 250Hz hingga ke 3kHz, diukur untuk
suara semulajadi lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, rekod dunia melaporkan terdapat suara tertinggi
dan terendah manusia yang menjangkaui di luar lingkungan ini, sehingga melebihi lingkungan pendengaran
manusia.
[sunting]Rekod dunia untuk lingkungan suara yang ekstrim
Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat sesetengah suara ekstrim yang jarang dimiliki oleh penyanyi
penyanyi di dunia. Pada tahun 2006, buku rekod Guiness melaporkan beberapa kategori orang yang
mempunyai suara ekstrim seperti yang tersenarai di bawah:
Wanita
Lingkungan terbesar: Lapan oktaf G2-G10, Georgia Brown, dari Brazil (Lihat di sini)
Nota vokal tertinggi : G10 (25087Hz), Georgia Brown, dari Brazil
Lelaki
Lingkungan terbesar: Enam oktaf, Tim Storms, dari USA (Lihat di sini)
Nota vokal tertinggi : C#8, Adam Lopez, dari Australia (Lihat di sini)
Nota vokal terendah : B-2 (minus 2, 2 oktaf di bawah grand staff) (7.7Hz),



Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah merupakan salah satu kursus dalam Program Sarjana Pendidikan
Muzik yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tujuan kursus ini ialah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang vokal
terutamanya dari segi pengajaran dan penubuhan sesebuah kumpulan koir. Di dalam kursus ini pelajar
akan memperolehi teknik pengajaran vokal dari segi penghasilan suara untuk nyanyian solo mahupun
nyanyian berkumpulan.

Pada umumnya vokal merupakan asas kepada pembelajaran muzik. Mengikut kaedah pembelajaran
Kodaly, beliau meletakkan suara sebagai asas pembelajaran muzik sebelum memulakan pembelajaran
muzik yang lain seperti alat-alat muzik. Oleh itu, adalah amat bertepatan apabila meletakkan Kursus
Pengajaran Vokal Di Sekolah sebagai salah satu kursus wajib.

Selain dari itu, Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah juga berkehendakkan pelajar sarjana membuat
proses rakaman video pembentukan sesebuah kumpulan koir. Ini amat bertepatan kerana ia dapat
membukti kemampuan pelajar sarjana mengaplikasikan teknik yang dipelajari dari bilik kuliah kepada
kumpulan projek yang mereka kendalikan.

2.0 PROSES PEMILIHAN / PUBLISITI

Projek ini telah dijalankan disebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Putra. Kumpulan Koir yang ditubuhkan ini memerlukan seramai 40 orang pelajar yang
dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Suara 1 Treble (10 orang), Suara 2 Alto (10 orang) dan Suara Tenor
(10 orang)dan suara Bass (10 orang). Keperluan kumpulan koir ini dianggotai 20 orang pelajar
perempuan dan 20 pelajar lelaki.

Di peringkat awal, penubuhan jawatankuasa ditubuhkan untuk membentuk pasukan koir. Jasa baik
Panitia Pendidikan Seni & Muzik diperlukan untuk membentuk jawatankuasa tersebut.

Publisiti mula dijalankan melalui radio sekolah iaitu meminta para pelajar SMKP (Sekolah Menengah
Kebangsaan Putra) yang berminat menyertai pasukan koir sekolah boleh menghadiri sesi uji bakat.
Selain dari itu, AJK publisiti menampal poster-poster untuk sesi uji bakat.

3.0 SESI UJI BAKAT
Sesi uji bakat telah dijalankan selama 3 hari. Ramai pelajar yang telah hadir untuk menghadiri sesi ini.
Hanya lima peserta ujibakat yang akan diulas sebagai contoh untuk sessi ujibakat pemilihan kumpulan
koir ini.

Uji Bakat 1

Pelajar ini merupakan pelajar Tingkatan 3 yang tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan koir
sebelum ini,. Dari segi pic, ketepatannya masih boleh diperbaiki lagi. Selain dari mengajuk semula pic
pelajar ini diminta menyanyikan In Third dalam skel C Major. Pelajar ini dipilih kerana hampir menepati
ujian tersebut

Uji Bakat 2
Ia merupakan seorang pelajar lelaki berketurunan India dan berumur 15 tahun. Boleh menguasai Bahasa
Melayu dengan baik. Dari segi suara, pelajar ini dalam proses kematangan, oleh itu ada beberapa
masalah yang timbul ketika sesi audisi. Ketepatan pic dapat diperbetulkan apabila memainkan semula
not-not. Sebagai contoh, guru membunyikan not G (Soh). Pelajar tidak dapat mengajuk semula bunyi
dengan tepat dan guru memainkan semula not G (Soh) tetapi bermula dengan C (Do), D (Re), E (Mi), F
(fah), G (Soh). Akhirnya pelajar dapat memperbetulkan pic tersebut.

Uji Bakat 3

Merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3. Pernah menganggotai pasukan koir sekolah semasa
sekolah rendah. Semasa sesi uji bakat, elemen yang dapat dikenal pasti ialah suaranya agak jelas tetapi
kerap menggunakan middle voice walaupun dalam keadaan pic yang tinggi. Julat suara tidak luas dan
tidak tinggi. Dia diletakkan dalam kumpulan 2 iaitu suara Alto.

Uji Bakat 4

Seorang pelajar lelaki berbangsa Thai. Berumur 15 tahun dan pernah menganggotai pasukan koir
semasa di sekolah rendah. Semasa uji bakat dijalankan didapati bahawa beliau mempunyai ketepatan
pic yang agak tepat. Dari segi sebutan masih jelas kedengaran. Beliau boleh dibimbing dengan mudah.

Uji Bakat 5

Seorang pelajar perempuan berbangsa Melayu. Berumur 15 tahun dan mempunyai gred 5 dalam amali
piano. Dari ketepatan pic rasanya tiada masalah. Cuma dari segi kejelasan suara agak terlalu perlahan.
Ianya boleh diperbaiki semasa latihan teknik vokal.

4.0 Teknik Vokal
Perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah pernafasan. Pada sesi ini pelajar diajar
bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di kawasan diafragma. Pada peringkat awal pelajar
masih lagi menyimpan udara di dalam paru-paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat dilihat apabila
disuruh mengambil udara, bahu mereka terangkat. Ini membuktikan udara tidak sampai ke dalam perut.

Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh perut pada
bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus diagfram akan
mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah pelajar tidak
mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih berkesan lagi guru
mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut rakan.

Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu dan
berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara terkawal
sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan udara. Sesetengah
pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12 kiraan udara yang ada di
dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara tidak dapat diaplikasi dengan
tepat. Di akhir sesi ini didapati 70 % pelajar dapat mengaplikasikan teknik pernafasan dengan betul.

Vowel Modification

Pada sesi ini pelajar didedahkan bagaimana membuat pengubahsuaian vokal dilakukan. Penerangan
diberi terlebih dahulu iaitu mengenai penghasilan suku kata. Pada sesi ini ada beberapa maslah yang
timbul iaitu pelajar agak sukar untuk membetulkan kedudukan lidah. Lidah sepatutnya dalam keadaan
flat dan mencecah belakang gigi. Pelajar telah diuji secara berkumpulan dan individu cara penghasilan
suku kata.

Pembentukan vowel amat dititik beratkan. Setiap kali sesi latihan guru mengingatkan pelajar bagaimana
melonggarkan rahang, merehatkan lidah, melapangkan kerongkong, membuka mulut dan juga
pembentukan lidah. Sesetengah pelajar merasa malu untuk membuka mulut dan ini sedikit sebanyak
mengganggu sesi latihan.


5.0 Pemilihan Lagu

Lagu yang dipilih untuk kumpulan koir ini bertajuk Warisan yang digubah sendiri oleh saya dan sebuah
lagu rakyat Chan Malican yang digubah oleh Jayatilaka.

Dari segi harmoni, lagu Warisan tidak mempunyai harmoni yang selari. Gubahannya lebih kepada
kaunter melodi. Suara soprano ditekankan untuk membawa melodi lagu ini dan adakalanya soprano
bertindak sebagai kaunter melodi. Untuk lagu Chan Malican pula, ianya digubah mempunyai 3 lapisan
suara. Lagu ini agak mudah diingati melodi serta kaunter melodinya dan ianya menjurus kearah lagu koir
klasikal. Seperti lagu Warisan, penekanan kepada unsure-unsur dinamik banyak dilakukan dalam lagu
ini.

6.0 Sesi Memanaskan Suara (Warming Up)

Pada sesi ini pelajar diarah supaya menjaga posture badan, merehatkan kerongkong, melonggar bahu
dan dalam keadaan relax. Setelah selesai pelajar memulakan dengan membunyikan pic yang dibunyikan
oleh guru. Pada sesi ini guru mengingatkan pada pelajar supaya dapat mengaplikasikan teknik yang telah
dipelajari.

Kemudian pelajar membunyi0

Koir pada asalnya merupakan satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat persembahan
di gereja yang berunsur keagamaan. Setiap lapisan suara dinyanyikan lebih daripada seorang, samada
dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik. Muziknya mungkin dalam bentuk monofoni, seperti dalam
Gregorian Chant (Zaman Pertengahan) atau berbentuk polifoni (dengan beberapa lapisan suara). Ianya
mungkin dipersembahkan oleh lebih daripada 12 orang penyanyi atau kurang, atau dalam satu
kumpulan yang besar yang mengandungi beberapa ratus penyanyi.

Jenis suara yang terdapat dalam koir biasanya adalah:
Soprano (S) (suara perempuan tinggi)
Alto (A) (suara perempuan rendah)
Tenor (T) (suara lelaki tinggi)
Bass (B) (suara lelaki rendah)

Kini, koir juga merupakan satu nama am bagi sesuatu kumpulan nyanyian yang menyanyi bersama
dalam persembahan contohnya, koir sekolah, koir kebangsaan, dan lain-lain. Lagu-lagu yang dinyanyikan
adalah seperti lagu berunsur patriotik dan juga lagu yang digemari ramai. Lagu-lagu ini biasanya digubah
semula untuk disesuaikan dengan nyanyian koir.

Latarbelakang Kumpulan Koir.
Latarbelakang Kumpulan Koir.
Kumpulan koir SMK Sri Nipah ditubuhkan pada tahun 2007,kumpulan koir ini terdiri daripada 25 orang
ahli yang dipilih daripada pelajar tingkatan satu hingga 3 sahaja.Pemilihan ahli dibuat 3:2:1 yang mana
tingkatan 1 mempunyai lebih ramai ahli berbanding dengan tingkatan 2 dan tingkatan 3.Alasannya
adalah untuk melahirkan pelapis untuk meneruskan kombinasi pasukan koir pada tahun
berikutnya.Selain itu kumpulan koir ini terdiri daripada 15 perempuan dan 10 lelaki bagi mewujudkan
ton dan keharmonian suara.

Latarbelakang Lagu
Pada awal penubuhan kumpulan ini lagu Lenggang Mak Limah dipilih untuk dijadikan lagu latihan.Alasan
lagu ini di pilih adalah berdasar pada aspek tempo,jeda,tangganada dan dinamik.Keempat elemen muzik
ini dapat ditonjol dengan lebih berkesan untuk para pelajar mengikuti latihan pada peringkat awal.Lagu
lenggang Mak Limah menggunakan kelajuan tempo yang sederhana iaitu 100.Ini memudahkan ahli
untuk mengawal sebutan, pernafasan dan ton suara.Jeda lagu ini pada tahap yang sederhana dan ini
tidak memberi kesukaran kepada ahli untuk mengaplikasi teknik teknik vokal dan lontaran suara.Selain
itu tangganada yang digunakan juga adalah pada tahap biasa iaitu D major yang mana kebanyakkannya
not-not berada dalam baluk.Dinamik lagu ini berada pada tahap yang tidak berapa sukar untuk
diletakkan iaitu pada not-not permulaan untuk menunjukkan perbezaan dinamik.


Penubuhan Kumpulan Koir
Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar segala
yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif.
Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan
yang telah dibuat. Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan
kejayaannya, antaranya ialah :

Saiz kumpulan
Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara
Jumlah atau bilangan penyanyi
Pemuzik Iringan
Alat Muzik Iringan
Keupayaan Guru.
Tempat Latihan
Jadual Latihan
Surat menyurat
Skor atau gubahan-gubahan lagu.





Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan
membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur berikutnya ialah:

Menentukan tarikh uji bakat

Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat
berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik
dikalangan pelajar .

Melaksanakan uji bakat

Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian
koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah
penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan
bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari
penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.






Penyanyi yang telah terbena identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo ,
Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan. Warm up perlu
dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia.
Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekara-pekara berikut;

Tempo

Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat
aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah;

Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan.
Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

Renj
Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara
soprano, alto ,tenor . dan bes.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ;
Meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara
lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada
sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan
not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu .
Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap
individu.

Tone Suara

Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu
agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau
gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu
tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai
suara yang dapat diadun secara kumpulan.

Irama

Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam
lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian
irama up beat atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu
para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan
dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan
beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-
irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama
serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang
mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang
lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak
irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru
jika dimainkan dengan betul.

Ketepatan Pic
Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga
tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar
mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta
tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu
mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau
diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan
atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai
ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan
renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta
melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap
individu.



Pembahagian kepada kumpulan S.A.T.B
Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah
dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. Pemberatannya
ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi sopranao.Pemberatan ini
diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan. Penetapan kumpulan ini dibahagikan
berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut;
1. Soprano
2. Alto
3. Tenor
4. Bes

Teknik Latihan
Persediaan serta etika dalam nyanyian.
SUARA MANUSIA

Suara manusia mengandungi bunyi yang dihasilkan oleh seseorang menggunakan vokal cord untuk
bercakap, ketawa, menjerit atau menangis. Vokal cord yang bergabung dengan gigi, lidah dan bibir akan
menghasilkan bunyi.
Suara manusia adalah satu alat yang unik dan komplek. Manusia mempunyai vokal cords yang mana
ianya dapat melonggar dan menyempit atau menukar ketebalan setiap suara yang dihasilkan. Bentuk
dada dan leher, kedudukan lidah dan kedudukan otot yang tidak berkaitan adalah boleh diubahsuai.
Tindakbalas dari bahagian-bahagian badan yang disebutkan tadi akan menghasilkan pic, kekuatan suara,
kepelbagaian bunyi dan ton suara yang dihasilkan.
POSTUR
Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik. Semasa menyanyi postur adalh penting.
Postur boleh mempengaruh penguasan teknik vokal seseorang. Teknik vokal merangkumi cara
pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang.
Kepala

Pinggang
Pinggul
Kaki
Lutut
Tangan
Lengan
Bahu
Dada

Postur Semasa Menyanyi Secara Berdiri
Postur semasa menyanyi secara berdiri adalah seperti berikut:
Berdiri tegak dengan kaki renggang sedikit. Imbangkan badan di kedua belah kaki dan keseluruhan
anggota haruslah dalam keadaan selesa
Letakkan tangan disisi badan


Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu semasa
menyanyi
Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan

Gambarajah di sebelah adalah menunjukkan kedudukan kepala yang salah ketika menyanyi.
Kedeudukan kepala yang salah ini menunjukkan bagaimana dagu didongakkan atau ditundukkan ke
bawah yang mana ianya akan menyebabkan pengaliran udara dari abdomen terganggu dan seterusnya
akan menyebabkan pengeluaran suara juga terganggu.








Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan kepala yang betul ketika menyanyi.
Kedudukkan kepala dan bahu yang betul seperti ini akan membantu penyanyi menghasilkan ton yang
lebih baik Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan kepala yang tegak, kedudukkan dagu adalah
rata, bahu juga dalam keadaan lurus dan dada lebar untuk memudahkan pengawalan pernafasan
semasa menyanyi.

Postur Semasa Menyanyi Secara Duduk
Postur semasa menyanyi secara duduk adalah seperti berikut :
Duduk tegak dengan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam
keadaan selesa
Letakkan tangan di ats paha
Duduk diseparuh bahagian hadapan kerusi sahaja dan jangan sekali-kali bersandar
Dada hendaklah ke hadapan dengan bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu
Kepala hendaklah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan.
PERNAFASAN
Terdapat tiga cara pernafasan yang digunakan iaitu;
a) Calvicular atau Shoulder Breathing (bahu)
Teknik pernafasan ini hanya menggunakan bahu untuk menyedut udara masuk ke dalam badan. Cara ini
perlu dielakkan ianya bukan saja membekalkan udara yang tidak mencukupi tetapi juga akan
menyebabkan ketegangan pada leher dean kerongkong dan seterusnya merosakkan postur.
b) Costal atau Rib Breathing (rusuk/tulang rusuk)
Cara pernafasan ini adalah lebih baik dari shoulder breathing, tetapi ianya tidak digalakkan kerana ianya
akan menampakkan otot pada rusuk semasa menarik nafas tetapi ianya akan lebih berhasil sekiranya
ianya digabungkan dengan cara pernafasan yang ketiga iaitu ;
c) Belly atau Diaphragmatic Breathing (perut/diafram)
Cara pernafasan ini adalah merupakan cara pernafasan yang paling berkesan. Teknik ini adalah
berdasarkan kepada prinsip saitifik iaitu apabila otot yang dipanggil sebagai diafram mengendur ke
bawah, udara akan masuk melalui mulut dan kerongkong untuk memenuhi ruang di bahagian perut dan
apabila diafram naik semula ke atas, udara akan dilepaskan keluar. Oleh kerana itu, apabila udara telah
terkumpul dibahagian perut, perut kita akan membuncit dan apabila nafas dilepaskan, perut kita akan
mengempis semula.
Teknik pernafasan yang betul adalah merupakan aspek utama yang perlu dimahirkan oleh setiap
penyanyi untuk menghasilkan nyanyian yang baik.
Pengawalan pernafasan yang baik dipengaruhi oleh dua faktor yang berbeza iaitu:
a) Breath management (pengurusan pernafasan)
b) Breath control/support (pengawalan pernafasan)

Tiga aspek pernafasan yang perlu ada pada setiap penyanyi ialah:
a)Kemampuan menyedut seberapa banyak udara yang boleh
b)kemampuan melakukan pernafasan dengan cepat
c)kemampuan mengawal pelepasan pernafasan
Perkara yang perlu dielakan untuk mengawal pernafasan:
a)Ketegangan
b)Coup de glotte penghasilan suara dengan keadaan kerongkong yang tertutup.(terutama dipermulaan
dan diakhir frasa)

SUARA MANUSIA
Suara manusia mengandungi bunyi yang dihasilkan oleh seseorang menggunakan vokal cord untuk
bercakap, ketawa, menjerit atau menangis. Vokal cord yang bergabung dengan gigi, lidah dan bibir akan
menghasilkan bunyi.


REGISTER SUARA MANUSIA
Suara manusia adalah satu alat yang unik dan komplek. Manusia mempunyai vokal cords yang mana
ianya dapat melonggar dan menyempit atau menukar ketebalan setiap suara yang dihasilkan. Bentuk
dada dan leher, kedudukan lidah dan kedudukan otot yang tidak berkaitan adalah boleh diubahsuai.
Tindakbalas dari bahagian-bahagian badan yang disebutkan tadi akan menghasilkan pic, kekuatan suara,
kepelbagaian bunyi dan ton suara yang dihasilkan.
Sesuatu yang penting tentang suara yang dihasilkan oleh penyanyi adalah bunyi yang di hasilkan oleh
penyanyi itu sendiri atau dikenali sebagai daftar suara. Istilah yang digunakan untuk mengenalpasti
daftar suara adalah diambil dari bahagian badan yang digunakan untuk menghasilkan suara. Terdapat
banyak perbezaan pendapat dan teori tentang apakah daftar suara, bagaimana ianya dihasilkan dan
berapakah daftar suara yang terdapat pada manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan tiga
jenis daftar suara yang selalu digunakan di dalam nyanyian iaitu suara dada, suara tengah dan suara
kepala.
SUARA DADA (SUARA RENDAH)
Suara dada adalah suara yang biasanya digunakan dalam percakapan seharian. Apabila kita bercakap
dengan seseorang yang ada berhampiran dengan kita dengan menggunakan suara biasa, kita akan dapat
merasai bunyi yang kita keluarkan adalah datangnya dari bahagian atas dada kita. Ini adalah kerana
frekuensi bunyi yang rendah mempunyai gelombang yang panjang, dan bergetar didalam bahagian
dada. Bila kita menyanyikan not di pertengahan renj suara kita, kita sebenarnya menggunakan suara
dada.
Kualiti ton suara dada selalunya dikatakan mempunyai ciri-ciri yang kaya, penuh, dalam, nyaring dan
kuat.

SUARA TENGAH
Suara tengah juga dikenali sebagai suara campuran yang mana ianya digunakan untuk menerangkan
renjnya adalah terdapat diantara suara dada dan suara kepala. Dengan latihan yang mencukupi,
kebanyakan penyanyi boleh memilih samada untuk menyanyikan not dalam renj suara dada atau suara
kepala.

SUARA KEPALA (SUARA TINGGI)
Suara kepala atau suara tinggi biasanya digunakan ketika kita menjerit. Dalam keadaan ini kita
sebenarnya mengeluarkan pic yang lebih tinggi, dan pergetaran yang terjadi didalam mulut dan tulang
menyebabkan kita merasakan yang bunyi itu datangnya dari kepala kita. Bila kita menyanyikan not yang
tinggi dalam renj suara kita, kita sebenarnya menggunakan suara kepala.
Kualiti ton suara kepala selalunya dikatakan mempunyai ciri-ciri bunyi yang manis, merdu dan asli. Ianya
akan menghasilkan ton yang lebih tepat tetapi kurang nyaring daripada suara dada.

SUARA FALSETTO
Suara falsetto adalah juga dikenali sebagai suara palsu yang mana ianya adalah lebih tinggi dari suara
kepala, anda boleh membayangkan suara falsetto dalam kebanyakan lagu kumpulan Bee Gees terutama
dalam lagu Staying Alive. Suara falsetto biasanya lebih ketara apabila dinyanyikan oleh seorang lelaki.
Bagi seorang wanita pula, ianya adalah lebih mudah untuk menyanyikan teknik falsetto. Seorang
penyanyi lelaki yang biasa menyanyi dengan menggunakan teknik falsetto adalah dikenali dengan
countertenor.



VOWEL DAN PERNAFASAN

Vowel atau huruf vokal perlu dibentuk sebelum menarik nafas. Amalan ini perlu dijadikan kebiasaan
sebelum seseorang penyanyi pergi kepada aspek pernafasan yang lain. Kebiasaan ini membantu
pengawalan nafas yang berterusan kearah nyanyian legato. Pembentukan vowel bermula di kerongkong
kemudian di mulut. Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyayian
mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilan ton
yang lebih resonan. Untuk mempastikan kelancaran penghasilan sukukata faktor-faktor berikut perlu
dititikberatkan iaitu :

Melapangkan kerongkong seakan-akan hendak menjerit
Melonggarkan atau menjatuhkan rahang ke bawah
Lidah dalam keadaan mendatar
Membentuk bibir mengikut sebutan vowel a, e, i, o, u
Membayangkan dan merasakan bunyi yang terhasil lebih ke hadapan (forward) ataupun dapat
merasainya di bahagian batang hidung

PEMBENTUKAN VOWEL
Ah - melonggarkan rahang
- merehatkan lidah
- Membuka mulut
Ay - merupakan sukukata yang agak susah untuk dikawal apabila dikaitkan dengan
ruang dan resonan. Bunyi adalah diantara bunyi a dan e
- langkah-langkah sama seperti ah
- pembukaan mulut kecil sedikit daripada sebutan ah
Ee - langkah-langkah sama seperti di atas
- bentuk bibir dibulatkan sedikit
Oh - langkah-langkah sama seperti di atas
- keadaan rahang seakan-akan seperti hendak meniup flut atau botol
OO - langkah-langkah sama seperti di atas
- seakan-akan membunyikan sukukata oh
- bahagian tengah bibir atas terbentuk seperti huruf V
BENTUK MULUT

Postur atau teknik nyanyian secara berdiri dan duduk sentiasa diberi perhatian kerana ia mempengaruhi
keupayaan projeksi suara serta teknik pernafasan yang betul. Oleh itu teknik-teknik ini perlu diajar dan
guru harus memastikan ianya diamalkan. Misalnya postur semasa berdiri, kaki dijarakkan sedikit dan jika
perlu salah satu kaki diletakkan sedikit kehadapan. Badan seharusnya tegak tetapi kelihatan releks. Ia
hendaklah diselaraskan agar kelihatan lebih tertib. Postur semasa duduk juga sama tetapi hendaklah
duduk dibahagian hadapan kerusi.
Mengamalkan senaman ringan sebelum melakukan sebarang aktiviti dapat membantu pelajar agar lebih
releks dan bersedia. . Misalnya teknik bubbling Melonggarkan otot-otot termasuk pada bahagian mulut
dan muka dan sebagainya.
Mengamalkan pernafasan yang betul. Ini termasuklah cara menarik, menyimpan, mengawal dan
mengeluarkan pernafasan.

Membuat Warm up bermula dengan latihan nada yang pertengahan dan seterusnya mula dengan
latihan mudah kepada yang lebih mencabar, Misalnya menggunakan nada pertengahan untuk sama-
sama menyanyikan silibel a, e,i. o. u, (ma, me, mi, mo, mu ) dan seterusnya gunakan nada-nada lain.
Terdapat beberapa teknik Warm upyang boleh diaplikasikan iaitu ;
Latihan menggunakan arpeggio
Latihan skel major dan minor
Skor khas saperti chorel dan sebagainya
Latihan-latihan ini memerlukan seorang pemain piano atau pengiring sebagai penggerak segala aktiviti .
Guru yang berkemampuan dan berkemahiran boleh melakukannya sendiri. Tetapi adalah lebih baik jika
terdapat pemuzik iringan yang khas kerana guru boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap
para pelajar.
Menganalisa skor lagu
Menganalisa skor perlu dijadikan amalan setiap pelajar agar mereka menjadi lebih peka terhadap setiap
gubahan atau skor yang diterima dan mengamalkan segala pengetahuan mereka dalam melakukan
penganalisaan tersebut. Antara aktiviti yang dapat dijalankan ialah;
1. Melihat tempo-tempo yang dikehendaki (kemungkinan ada perubahan tempo)
2. Adakah iamenggunakan satu meter atau meter yang pelbagai (mixed meter)
3. Adakah berlaku sebarang petukaran nada atau modulasi.
4. Tanda-tanda dinamik serta tanda-tanda lain
5. Istilah-istilah yang digunakan
6. Lirik lagu bagi setiap bahagian suara.
7. Not-not tertinggi dan terendah pada bahagian masing-masing.
8. Polairama-polairama yang berulang-ulang dan yang agak mencabar.
Persediaan untuk nyanyian
Menyebut dan memperbetulkan suku kata yang dirasakan akan menimbulkan sebarang masalah.

Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan diikuti oleh alto,
tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun kadangkala semua menyanyi
secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian
melodi didahulukan.
Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan menyanyi secara
unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut;
1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan) Melodi
dimainkan piano sebagai panduan.
2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan)
3. Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.
4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu dengan iringan
piano.
5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat.
Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.

Oleh yang demikian nyanyian dimulakan bersama-sama sahingga tamat rangkap pertama. Masalah yang
timbul ialah terdapat beberapa pelajar dibahagian bes dan soprano mengalami kesukaran mencapai pic
tertentu. Cara mengatasinya ialah;

1. Menyanyikan bahagian tersebut secara suara tiruan(falseto) bagi lelaki dan head voice bagi penyanyi
perempuan. atau
2. Menyanyikan satu oktaf bawah bagi suara bes jika not tersebut terlalu tinggi dan satu oktaf naik bagi
suara soprano jika not tersebut terlalu rendah atau
3. Mendiamkan diri pada not-not tertentu.
Rangkap pertama dapat dinyanyikan dengan baik setelah latih tubi dan peneguhan dilakukan.
Pembahagian pada empat suara hanya dimulakan pada verse kedua. Kebanyakan bahagian melodi
dinyanyikan oleh kumpulan soprano dan tenor. Pada peringkat ini nyanyian secara kumpulan mengikut
urutan SATB dilakukan . Ia dinyanyikan secara frasa demi frasa atau baris demi baris bagi setiap
kumpulan.Setelah setiap kumpulan yakin dengan bahagian masing-masing baharulah dinyanyikan secara
bersama dengan iringan muzik. Proses ini turut dilakukan terhadap setiap frasa sahingga lengkap satu
rangkap. Pengukuhan dilakukan secara latih tubi dengan menyanyikan setiap rangkap yang telah
dipelajari secara berulang-ulang dengan melakukan pembetulan
dan pemurnian terhadap teknik nyanyian, ketepatan pic dan irama serta attack and release
Guru seharusnya peka terhadap gubahan bagi setiap kumpulan agar berupaya membetulkan kesilapan-
kesilapan yang berlaku. Setelah itu frasa baharu diperkenalkan dan proses yang sama akan diulangi
sahingga lengkap satu rangkap lagi . Pembetulan dan pengukuhan secara latihtubi akan dilakukan
sahingga setiap individu dapat menyanyikan bahagian mereka dengan penuh yakin. Proses ini dilakukan
sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat sapertimana yang dikehendaki. Aspek-aspek
yang perlu diperhatikan ialah;
1. Ketepatan pic
2. Corak irama
3. Sebutan dan
4. Tempo.

Peringkat yang akhir sekali ialah memurnikan persembahan agar lebih menarik serta mempunyi nilai-
nilai estetik yang tinggi. Antara faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada faktor-faktor tersebut
ialah;
1. Imbangan bunyi
2. Interpretasi
3. Permulaan dan tamat (attack and released)
4. Menentukan aras dinamik
5. Pakaian
6. Gaya persembahan




Imbangan bunyi boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu;
Imbangan bunyi individu
Imbangan ini bermaksud, setiap individu perlu menyanyi pada aras kekuatan bunyi yang sama kuat.
Suara yang terlalu kuat atau lembut dari penyanyi lain akan menyebabkan bunyi yang tidak seimbang
serta tidak mempamerkan nyanyian secara kumpulan malah lebih kepada nyanyian secara
individualistik.
Imbangan bunyi kumpulan
Keseimbangan secara kumpulan bermaksud setiap ahli dalam kumpulan atau seksyen telah memiliki
kefahaman terhadap darjah kekuatan yang diperlukan oleh setiap individu bagi mempamerkan nyanyian
secara kumpulan . Setiap individu telah boleh mengawal kekuatan suara masing-masing kepada tahap
kekuatan yang diperlukan agar terdengar saperti satu kumpulan atau satu adunan lengkap bagi
kumpulannya.
Imbangan bunyi keseluruhan
Keseimbangan bunyi keseluruhan bermaksud setiap bahagian SATB dapat didengar dengan jelas dan
seimbang. Ini bermakna setiap kumpulan telah berupaya menilai kekuatan yang diperlukan dari
kumpulannya bagi memberi kesan yang seimbang terhadap kumpulan koir mereka. Mereka juga telah
memahami bahawa melodi lagu atau bahagian-bahagian yang ingin ditonjolkan perlu dikuatkan dan
suara-suara lain harus bertindak sebagai bunyi latar yang bertujuan menghiasi melodi asas. Oleh itu
kekuatan bunyi seharusnya tidak menengelamkan melodi.
Imbangan bunyi diperingkat ini akan menentukan juga tahap dinamik yang diperlukan oleh keseluruhan
ensembel. Antaranya ialah pp, p, mp, mf f, ff, fff, cresendo, decresendo dan sebagainya.
Pemimpin merupakan mereka yang bertanggungjawab mengawal aras dinamik dan keseimbangan yang
perlu dihasilkan oleh setiap kumpulan bagi mendapatkan keseimbangan yang menyeluruh serta
mempamerkan corak persembahan sebuah koir yang berkualiti.

Kesimpulannya ialah guru seharusnya memberi penerangan serta sebab-sebab pentingnya
keseimbangan bunyi dan bagaimana cara untuk menguasainya. Ia juga harus dijadikan amalan setiap
sesi latihan sahingga menjadi sebati dengan setiap individu. Para pelajar juga akan lebih memahami
serta lebih cenderung untuk mengaplikasikannya. Setiap pelajar dan guru yang telah menguasai
kemahiran ini akan merasa janggal terhadap bunyi yang tidak seimbang dan akan berusaha hingga
mencapai tahap yang dikehendaki. Koir yang telah mencapai keseimbangan bunyi yang baik akan
menghasilkan sebuah persembahan yang berkualiti serta mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi.

Interpretasi
Setiap individu mempunyai daya interpretasi tersendiri dan jika tidak dikawal akan wujud pelbagai
interpretasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Interpretasi sesebuah gubahan biasanya diserahkan
pada pemimpin koir berdasarkan pengalamannya serta kedudukannya dihadapan memudahkannya
menentukan daya interpretasi yang terbaik . Antara pekara-pekara yang perlu diselaraskan ialah teknik-
teknik nyanyian, sebutan, ton dan intonasi, adunan suara, dan sebagainya.


Permulaan dan tamat (attack and released)
Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan .
Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar
wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik.
Menentukan aras dinamik
Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya didepan dan
berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta
keseimbangan bunyi keseluruhan koir.
Pakaian
Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina.
Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan.
Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguangangguan seperti berlaku pakaian
terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang
kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan
hilang keyakinan diri.
Gaya persembahan
Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai dengan
menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang dinyanyikan.
Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya
persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik,
interpretasi , sebutan dan sebagainya.





Teknik Melatih Koir
Pastikan setiap ahli dalam kumpulan menyanyi dalam pic yang betul.
Sebutan lirik mestilah disebut pada bit dan detik yang tepat. Ketepatan dan timing adalah amat penting.
Setiap ahli mempunyai irama yang baik
Memberi perhatian kepada keseimbangan suara keseluruhan koir.
Ciri-ciri suara koir yang baik
Pitching yang baik-menyanyi dalam pic tengah
Mempunyai suara yang bebas daripada tekanan
Bunyi yang natural, sedap didengar tanpa sebarang jeritan
Teknik vibrato yan baik-suara yang sihat,suara yang dikeluarkan adalah bebas,pernafasan adalah betul
dan pitching yang betul dan bergema.
Mempunyai persafahaman yang baik antara penyanyi
Mempunyai pitching,sebutan lirik,irama dinamik suara dan overal balance of tune dalam koir.

Senarai lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat
menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk mengetengahkan lagu-lagu
rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin
mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan
alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan
lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai
negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya
dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu
rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut
pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan
diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui
bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di Alam Melayu.
[sunting]Definisi lagu rakyat

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam
Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta
dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat
popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan,
tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan
dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga
semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan
oleh anak-anak dara s


Teknik Melatih Koir
Pastikan setiap ahli dalam kumpulan menyanyi dalam pic yang betul.
Sebutan lirik mestilah disebut pada bit dan detik yang tepat. Ketepatan dan timing adalah amat penting.
Setiap ahli mempunyai irama yang baik
Memberi perhatian kepada keseimbangan suara keseluruhan koir.
Ciri-ciri suara koir yang baik
Pitching yang baik-menyanyi dalam pic tengah
Mempunyai suara yang bebas daripada tekanan
Bunyi yang natural, sedap didengar tanpa sebarang jeritan
Teknik vibrato yan baik-suara yang sihat,suara yang dikeluarkan adalah bebas,pernafasan adalah betul
dan pitching yang betul dan bergema.
Mempunyai persafahaman yang baik antara penyanyi
Mempunyai pitching,sebutan lirik,irama dinamik suara dan overal balance of tune dalam koir.
Pengenalan

Koir merupakan nyanyian secara berkumpulan dalam pelbagai lapisan suara. Pada asalnya koir
dipersembahkan di gereja pada zaman Pertengahan iaitu antara 600-1450 Masih di Eropah. Kini, koir
tidak hanya berfungsi untuk upacara keagamaan malah dipersembahkan dalam pelbagai acara yang
mempunyai tema tertentu seperti patriotisme dan unsur-unsur nilai murni.

Ciri-ciri

Koir dipersembahkan dengan iringan atau tanpa iringan muzik (A Capella) sama ada dalam satu lapisan
suara (unison) atau gabungan lapisan suara seperti berikut.
Soprano (S) (suara tinggi perempuan)
Alto (A) (suara rendah perempuan)
Tenor (T) (suara tinggi lelaki)
Bass (B) (suara rendah lelaki)
Tekstur koir;

monfoni
homofoni
polifoni
Gaya Persembahan

Lazimnya, ahli kumpulan koir berdiri semasa menyanyi. Gerakan boleh digunakan sebagai unsur
kreativiti dalam persembahan. Teknik nyanyian yang betul diberikan untuk menghasilkan ton suara yang
baik.


MINGGU
/ UNIT
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF FOKUS
1 / 1 Pengalaman Muzikal
-Menyanyanyi
pelbagai repetoir
secara solo atau
kumpulan
Menyanyi mengikut
tempo.
-Cepat
-lambat
Murid dapat menyanyi
lagu SELAMAT PAGI
mengikut tempo
Tempo
-Cepat
-Lambat
2 / 1 Pengalaman Muzikal
Membuat gerakan
mengikut muzik
Membuat gerakan
berdasarkan Dinamik,
Pic, Tempo dan Bunyi
Menepuk detik lagu
SELAMAT PAGI
Tempo
-Cepat
-Lambat
3 / 2 Pengalaman Muzikal
Menyanyi pelbagai
repertoire secara solo dan
berkumpulan
1. Mendemonstrasi
warna ton suara
manusia dengan betul.
2. Mengajuk pic
dengan tepat
Pada akhir pengajaran,
murid dapat:
1. Menyanyi lagu Mari
Menyanyi mengikut
warna ton intonasi,
pic tinggi dan
rendah
Warna Ton
-intonasi
-pic tinggi
dan rendah
4 / 3 Pengalaman Muzikal
Memainkan perkusi
Memainkan perkusi
mengikut tempo
Pada akhir pengajaran,
murid dapat:
Irama
-detik lagu
secara solo atau
berkumpulan daripada
pelbagai repertoire
1. Bermain alat perkusi
untuk mengiringi lagu
Malaysia Baru dengan
tempo cepat dan lagu
Ilham Pujangga dengan
tempo lambat
Tempo
-cepat dan
lambat
5 / 3 Pengalaman Muzikal
Membuat gerakan
mengikut muzik
Membuat gerakan
berdasarkan dinamik,
pic, tempo dan bunyi
-Tempo cepat dan
lambat
Pada akhir pengajaran,
murid dapat:
1.Menyanyi laguSelamat
Pagi sambil membuat
gerakan kreatif
Irama
-detik lagu
Tempo
-cepat dan
ambat
6 / 4 Pengalaman Muzikal
Menghasilkan idea
muzikal kreatif
Menghasilkan pelbagai
bunyi menerusi
penerokaan suara dan
perkusi badan dan
perkusi mulut
Pada akhir pengajaran,
murid dapat:
1. Menghasilkan
pelbagai bunyi
menggunakan perkusi
badan dalam lagu Siapa
Belum Siap
Penerokaan
bunyi
-suara dan
perkusi
badan
7/ 4 Aspreasi Muzik
- Menghayati muzik
daripada pelbagai
repertoire.
- Mengenal pasti
warna ton
suara manusia
yang di dengar.
Mendengar lagu dan
membanding beza warna
ton suara lelaki dan
perempuan.
Warna ton
suara
manusia.
-Suara lelaki
dan
perempuan
8 / 5 Pengalaman Muzikal
Memainkan perkusi
secara solo atau
berkumpulan daripada
pelbagai repertoire
Memainkan perkusi
mengikut detik
-postur
-cara memainkan
Pada akhir pengajaran,
murid dapat:
1. Memainkan alat
perkusi secara dinamik
kuat dan lembut
Ekspresi
-dinamik
kuat dan
lembut
9 / 5 Pengalaman Muzikal
Membuat gerakan
mengikut muzik
Membuat gerakan
berdasarkan dinamik,
pic, tempo dan bunyi
-dinamik kuat/lembut
Pada akhir pengajaran,
murid dapat:
1. Melakukan gerakan
kreatif menunjukkan
dinamik kuat dan lembut
dalam lagu Selamat Pagi
Ekspresi
-dinamik
kuat dan
lembut
Kemahiran
asas dalam
permainan
perkusi tanpa
pic.Contoh
Kastanet
/loceng
10 / 6 Pengalaman Muzikal
Menyanyi pelbagai
reptoir secara solo atau
berkumpulan
Menyanyi dengan
sebutan huruf vokal
a,e,I,o,u yang betul
Murid dapat:
Menyanyi dengan
sebutan huruf vocal
a,e,i,o,u dengan betul
secara solo atau
berkumpulan
Sebutan lirik
11 / 6 Pengalaman Muzikal Membuat gerakan Murid dapat: Gerakan
Membuat gerakan
mengikut muzik
berdasarkan lirik dan
mud muzik (lagu aksi)
Membuat gerakan
mengikut muzik
berdasarkan lirik dan
mud muzik
mengikut
lirik
12 / 7 Membuat gerakan
mengikut muzik
Membuat gerakan
berdasarkan lirik dan
mud muzik
Murid dapat:
Menyanyi lagu SUKA
HATI
Mud- Riang
dan gembira
13 / 7 Menghayati muzik
daripada pelbagai
repertoir
Mengenal pasti mud,
tempo, tekstur dan
Dinamik daripada
muzik yang didengar
Murid dapat:
1. Mengenalpasti
mud, tempo, tekstur
dan dinamik dalam
lagu Suka Hati
Tempo:
Cepat dan
lambat
14 / 8 Apresiasi Muzik
Menghayati muzik
daripada pelbagai
repertoire
Mengenal pasti mud,
tempo, tekstur dan
dinamik daripada
muzik yang didengar.
- Mud (riang, sedih,
marah dan takut)
Murid dapat:
Mengenalpasti mud
marah dan takut
Mud
-Marah dan
takut
15 / 8 Pengalaman Muzikal
Menyanyi pelbagai
repertoire secara solo
atau kumpulan
Menyanyi dengan
dinamik
-lembut (p)
-Kuat (f)
Murid dapat:
Menyanyi lagu SIAPA
GURAU SENDA secara
soal jawab
Mud
-Marah dan
takut
16 / 9 Pengalaman Muzikal
Menyanyi pelbagai
repertoire secara solo
atau berkumpulan
Mendemontrasi warna
ton suara manusia
dengan betul
Murid dapat:
Menyanyi lagu JENIS
SUARA menggunakan
ton-ton suara yang
berbeza
Warna ton
manusia
-Suara lelaki
, perempuan
-Suara
berbisik
-Suara
bercakap
-Suara
menyanyi
17 / 9 Apresiasi Murid
Menghayati muzik
daripada pelbagai
repertoire
Mengenal pasti warna
ton manusia yang
didengar
Murid dapat:
Meneka suara bercakap,
suara berbisik, suara
menyanyi, suara
memanggil
Warna ton
suara
manusia
-Suara lelaki
, perempuan
-Suara
berbisik
-Suara
bercakap
-Sauara
menyanyi
18 / 10 Pengalaman muzikal
1. Menghayatimuzik
daripada pelbagai
repertoire
2. Membuat gerakan
mengikut muzik
1. Mengenalpasti
mud, tempo,
tekstur dan
dinamik daripada
muzik yang
didengar
- Dinamik kuat /
Murid dapat:
1. Mengenalpasti
dinamik (kuat /
lembut)
2. Membuat gerakan
berdasarkan
dinamik (kuat/
Ekspresi
-Dinamik
kuat dan
lembut
-Muzik dan
lembut
2. Membuat gerakan
berdasarkan
dinamik, (kuat/
lembut)
lembut)
gerakan
berdasarkan
lagu GAJAH
MENARI
19 / 10 Pengalaman muzikal
1. Membuat gerakan
mengikut muzik
2. Menghayati muzik
daripada pelbagai
repertoir
1. Membuat gerakan
berdasarkan
dinamik, pic,
tempo dan bunyi .
2. dinamik kuat /
lembut
Murid dapat:
1. Membuat gerakan
berdasarkan lirik
dan mud
muzik (lagu GAJAH
MENARI)
Muzik dan
gerakan
berdasarkan
lagu GAJAH
MENARI
20/ 11 Pengalaman muzikal.
-Memainkan perkusi
secara solo atau
kumpulan daripada
pelbagai repertoir
1. Memiankan
perkusi mengikut
detik:
- Postur
- Cara memainkan.
Murid dapat:
- Memainkan perkusi
lagu
JANTUNGKU
mengikut detik
dan postur yang
betul.
- Memainkan perkusi
mengikut tempo
cepat dan lambat
lagu JANTUNG
KU
Tempo
-Tempo
konsisten
22/ 12 Menyanyi pelbagai
repertoire secara solo dan
berkumpulan
1. Menyanyi
dengan postur
duduk dan postur
berdiri
Murid dapat:
Menyanyi lagu secara
solo dan kumpulan
dengan postur yang
betul
Gerakan
menunjukkan
pic tinggi
dan rendah
23/ 12 Membuat gerakan
mengikut muzik
1. Membuat gerakan
berdasarkan
dinamik, pic,
tempo, dan bunyi.
Murid dapat:
Membuat gerakan yang
sesuai berdasarkan lagu
Gerakan
menunjukkan
pic tinggi
dan rendah.
24 / 13 Menyanyi pelbagai
repertoir .
1.1 Secara solo atau
berkumpulan
Menyanyi dengan
sebutan huruf vocal a,
e, i, o, u yang betul
Murid dapat:
1. Menyanyi lagu
NENEK SI BONGKOK
TIGA
2. Menyanyi dengan
sebutan hurufvocal
a, e, i, o, u yang
betul
Gerakan
berdasarkan
permainan
nyanyian.
25/ 13 Membuat gerakan
mengikut muzik.
Membuat gerakan
berdasarkan lirik dan
mud muzik.
- Permainan
nyanyian
Murid dapat:
Membuat gerakan
berdasarkan lirik dan
mud muzik
Gerakan
berdasarkan
permainan
nyanyian
26/ 14 Pengalaman Muzikal:
- Memainkan perkusi
secara solo atau
berkumpulan
daripada repertoir
Memainkan perkusi
mengikut detik.
- Postur
- Cara memainkan
Murid dapat:
Bermain perkusi
mengikut detik.
Teknik
konvensional
bermain
perkusi.
-detik
27/ 14 Pengalaman Muzikal:
- Menyanyi pelbagai
Menyanyi mengikut
tempo:
Murid dapat menyanyi
mengikut tempo
Teknik
konvensional
pepertoir secara solo atau
berkumpulan.
- Cepat
- lambat
nyanyian
mengikut
tempo.
28 / 16 Pengalaman Muzikal
-Memainkan perkusi
secara solo atau
berkumpulan daripada
pelbagai repertoire.
Memainkan perkusi
mengikut tempo
-cepat
- lambat
Murid dapat :
- Memainkan perkusi
mengikut tempo.
- Cepat
- lambat
Ekspresi
-lembut
-kuat
29 / 15 Pengalaman muzikal
-Memainkan perkusi
secara solo atau
berkumpulan daripada
pelbagai repertoire.
Mengenalpasti mud,
tempo, tekstur dan
dinamik daripada
muzik yang didengar.
- Tekstur (solo-
nipis dan
kumpulan-
tebal)
Murid dapat:
Mengenalpasti mud,
tempo, tekstur dan
dinamik daripada muzik
yang didengar
- Nipis
- tebal
Tekstur
-Nipis
-Tebal
30 / 16 Pengalaman Muzikal
-Menyanyi pelbagai
repertoire atau kumpulan
Mengajuk pic dengan
tepat.
- Pic tinggi
- Pic rendah
Murid dapat:
Menyanyi solfa mi dan
so Mencipta melodi mi
dan somi dan so
mengikut
rakaman
audio
31 / 16 Penghasilan Muzik
-Menghasilkan idea
muzikal kratif
Mencipta melodi
mudah menggunakan
vocal sepanjang 1
frasa
Murid dapat
menyanyikan melodikan
melodi mudah yang
mereka cipta.
Mencipta
melodi mi
dan so
32 / 17 Pengalaman muzikal
membuat gerakan
mengikut muzik
Membuat gerakan
berdasarkan lirik dan
muzik
Murid dapat:
Membuat perkusi badan
mengikut lagu, mud dan
lirik lagu
Tempo
Cepat
Lambat
33 / 17 Aspreasiasi Muzik
-Menghayati muzik
daripada pelbagai
repertoir
Mengenalpasti mud,
tempo, tekstur dan
dinamik daripada
muzik yang didengari
mud (riang)
Murid dapat
menyanyikan lagu
SANG RIMBA DAN
KUCING mengikut mud
riang
Mud riang
atau sedih.
34/ 18 Pengalaman menyanyi
pelbagai repertoire secara
solo dan kumpulan
Menyanyi lagu dengan
postur yang betul
secara duduk dan
berdiri.
Menyanyi lagu SANG
RIMBA DAN KUCING
dengan postur yang
betul
Mencipta
corak irama.
35/ 18 Memainkan perkusi
secara solo dan
berkumpulan daripada
pelbagai repertoire.
Memainkan perkusi
mengikut detik.
- Postur
- Cara
memainkannya
Menyanyi lagu SANG
RIMBA DAN KUCING
sambil bermain alat
perkusi kastenet.
Mencipta
corak irama
36/ 18 Menghasilkan idea
muzikal kreatif
Mencipta corak irama
mudah.
Mengajuk corak irama
yang di beri oleh guru
dengan sebutan seperti
pa dan ba sambil
menepuk detik.
Mencipta
corak irama.
37/ 19 Pengalaman muzikal :
Menyanyi pelbagai
repertoire secara solo
atau berkumpulan.
Menyanyi dengan
dinamik.
- Lembut (P)
- Kuat (f)
Murid dapat:
Menyanyi lagu sang
rimba dan kucing
Ekspresi:
Dinamik
Kuat (f)
Lembut (p)
38/19 Membuat gerakan
mengikut muzik.
Membuat gerakan
berdasarkan dinamik,
pic, tempo dan bunyi.
- Dinamik kuat dan
lembut
Menyanyi lagu SANG
RIMBA DAN KUCING
mengikut dinamik yang
di tetapkan.
Ekspresi:
-Dinamik
kuat (f)
-Lembut (p)
39/ 20 Pengalaman muzikal:
-Menyanyi pelbagai
repertoire secara solo
atau kumpulan.
Menyanyi dengan
sebutan huruf vocal a,
e, i, o, u yang betul
Murid dapat menyanyi
lagu dengan sebutan
vocal yang betul.
Tekstur:
Nipis Solo
Tebal-
kumpulan
40/20 Aspreasi Muzik:
-Menghayati muzik
daripada pelbagai
repetoir.
Mengenalpasti mud,
tempo, tekstur dan
dinamik daripada
muzik yang di dengar
- Tekstur solo
nips
- Kumpulan-tebal
Murid dapat:
Membanding bezakan
tekstur tebal dan nipis
Tekstur:
Nipis Solo
Tebal-
kumpulan

Anda mungkin juga menyukai