Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A

Berdasarkan data yang dikumpul, hasilkan satu penulisan esei dengan membuat
banding beza cir-ciri satu alat muzik atau satu ensemble muzik tradisional dengan
satu alat muzik atau ensemble muzik tradisional yang hampir sama dari negara lain.

Ensembel muzik tradisional yang telah saya pilih untuk membuat kajian ialah
Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan) dan Simfoni Orkestra Barat. Pada pendapat saya,
kedua-dua ensemble muzik ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama tetapi juga mempunyai
keunikannya yang tidak dapat diganti.

Orkestra Simfoni Barat merupakan instrument ensemble muzik yang besar dan
mengandungi alat-alat muzik bertali, alat tiup kayu, brass dan alat perkusi. Orkestra dipimpin
oleh seorang konduktor yang berdiri menghala pemuziknya. Orkestra Simfoni Barat
berkembang scara pesat di sekitar abad ke-18 dan 19, namun menunjukkan perbuahan
yang amat kecil dalam bahagian penggubahan pada abd ke-20. Sebuah orchestra bersaiz
penuh juga dipanggil sebagai ‘orkestra simfoni’ atau ‘orkestra filharnomik’, namun
perbezaan dalam penggunaan nama itu tidak semestinya memaparkan apa-apa perbezaan
dalam peranan orchestra. Perbezaan tersebut menjadi amat berguna terutamanya bagi
membezakan ensemble-ensembel yang berbeza untuk sebuah bandaraya yang sama.

Sebuah ‘orkestra simfoni’ kebiasaannya mempunyai lebih dari 80 ahli muzik dalam
sesuatu jadual persembahan dan dalam sesetengah persembahan mempunyai lebih dari
100 pemain muzik. Sebuah orchestra yang lebih kecil (kira-kira empat puluh orang pemain
atau kurang) dikenali sebagai orchestra kamar. Kebiasaannya, syarikat untuk orchestra
kamar ternama mempunyai ahli muzik melebihi 50 orang, namun tidak semestinya semua
bermain untuk satu persembahan yang sama. Alat muzik orchestra dibahagikan kepada 4
seksyen utama iaitu alat woodwind, alat brass, alat perkusi dan alat bertali. Alat bertali
termasuklah violin, viola, cello, double bass manakala alat woodwind termasuk piccolo, flute,
oboe, clarinet, bassoon. Alat brass terdiri daripada trumpet, tuba, trombone dan lain-lain lagi.
Alat perkusi pula terdiri daripada timpani, drum, snare drum, cymbals, gong dan lain-lain lagi.

Orchestra Cina Moden pula merupakan sebuah pembangunan pada abad ke-20
berdasarkan Orkestra Simfoni Barat. Pada awalnya, konsep Orkestra Cina dianggap
sebagai satu respon terhadap Orkestra Simfoni Barat. Tetapi ianya menjadi lebih
berkembang sedikit demi sedikit dengan bantuan para penyelidik, ahli muzik dan pemuzik
rakyat. Pada tahun 1940, ianya telah berkembang menjadi 4 bahagian atau section yang
berbeza iaitu: Bowed Stringed (alat bertali yang digesek), Plucked Stringed (alat bertali yang
dipetik), Wind (alat tiup kayu), Percussion (alat yang dipukul). Bahagian ini adalah sama
seperti bahagian dalam Orkestra Simfoni Barat.

Orkestra Cina Moden juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Orkestra Simfoni
Barat., contohnya Orkestra khas Cina sekarang ini merangkumi alat muzik seperti Cello
Barat dan Double Bass. Orkestra juga dipimpin oleh seorang konduktor yang berdiri
menghala pemuziknya.. Ianya terdiri daripada lebih 36 jenis. Walau bagaimanapun, alat
muzik yang digunakan dalam Orkestra Cina adalah berbeza dengan alat muzik yang
digunakan dalam Orkestra Simfoni Barat, contohnya erhu, gaohu dan zhonghu.
Penambahan bahagian plucked-stringed ke dalam Orkestra Cina, sebahagian besarnya
tidak sama seperti Orkestra Barat. Ini kerana alat muzik pipa dan zheng mempunyai
pengaruh yang besar pada muzik instrumental Cina. Di antara ratusan variasi, alat muzik
pipa, liuqin, ruan, guzheng, yangqin, sanxian dan konghou telah ditetapkan dalam Orkestra
Cina.

Untuk Orkestra Cina, perkusi adalah istilah yang merujuk kepada campuran alat
muzik Barat dan China. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Orkestra Cina telah
menerima alat muzik perkusi barat yang lain ke dalam ensembelnya seperti timpani,
glockenspiel, zilofon, vibraphone (sama seperti zilofon), snare drum dan kerincing. Sama
juga dengan Orkestra Simfoni Barat, ia juga menerima alat muzik tradisional Cina yang lain
dalam ensembelnya seperti diyin daluo (tam-tam), muyu (blok candi), Dabo (simbal Cina)
dan bangzi (kastenet Cina).

Seperti maklumat yang telah kami dapat, alat muzik yang digunakan dalam Orkestra Cina
Moden (OCM) adalah sangat banyak. Orkestra Cina Moden (OCM) terdiri daripada empat
bahagian utama, antaranya ialah alat bowed strings, alat plucked string, alat woodwind dan
alat perkusi. Alat bowed strings terdiri daripada alat muzik dari yang berpitch tinggi hingga
ke pitch yang rendah. Alat-alat tersebut ialah gaohu, erhu, zhonghu. Alat-alat yang
disenaraikan adalah mengikut pitch yang paling tinggi iaitu gaohu, diikuti oleh alat muzik
Erhu, dan pitch yang paling rendah di antara alat-alat tersebut ialah Zhonghu. Kesemua alat
ini adalah berfungsi seperti violin dan juga viola di dalam orchestra barat yang lazimnya kita
lihat. Walau bagaimanapun, terdapat juga alat muzik yang dikekalkan dari orchestra barat,
iaitu Cello dan Double Bass.

Bagi plucked strings pula, bahagian plucked strings inilah yang menetapkan struktur
Orkestra China selain dari orchestra simfoni Barat. Berbanding dengan orchestra simfoni
Barat, orchestra Barat tidak mempunyai bahagian plucked strings. Bahagian plucked strings
ini merupakan keunikan bagi Orkestra Cina Moden. Alat muzik yang digunakan dalam
Orkestra Cina Moden yang tergolong dalam bahagian ini ialah Liuqin, Yangqin, Paip,
Zhongruan, Daruan, Guzheng, Sanxin dan Konghou. Sebahagian besar daripada alat-alat
yang dinyatakan di atas adalah alat muzik kordofon. Bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat
muzik tersebut tidak sama seperti orchestra Barat.

Bahagian woodwinds yang digunakan dalam Orkestra Cina Moden adalah lebih kecil
berbanding dalam orchestra barat. Alat-alat muzik tersebut juga terdiri daripada pelbagai
saiz. Ton yang dihasilkan oleh alat-alat ini juga adalah jauh lebih baik daripada ton yang
dihasilkan oleh alat-alat muzik yang terdapat dalam orchestra barat. Alat muzik winds cina
adalah terdiri daripada Dizi, Sheng dan Suona. Bahagian perkuzi pula melibatkan alat muzik
yang perlu diketuk untuk menghasilkan bunyi. Ketukan tersebut adalah di bahagian
permukaan alat muzik tersebut. Alat-alat muzik yang tergolong dalam kategori ini ialah
Tanggu, Muyu, Qing, Luo, Gu, Bo dan Bianzhong.

Berikut merupakan kedudukan alat muzik dalam orchestra simfoni barat. Kedudukan
Alat bertali adalah pada bahagian depan kerana biasannya alat bertali memainkan bahagian
melodi utama dalam karya simfoni. Alat woodwind dan alat brass pula berada di belakang
alat bertali dan alat perkusi berada di belakang sekali.

Kedudukan alat muzik dalam Orkestra Cina Moden pula berbeza dengan kedudukan
alat muzik Orkestra Simfoni Barat. Kedudukan Yangqin adalah pada bahagian depan
kerana biasanya Yangqin memainkan bahagian melodi utama dalam karya simfoni. Alat
memetik tali, alat tali busur dan alat tiuo mengelilingi Yangqin dan alat bass dan alat
gendering pula berada di belakang sekali.
Pada kesimpulannya, Orkestra Simfoni Barat dan Orkestra Cina Moden mempunyai
keunikannya dan kedua-dua ensembel muzik merupakan seni yang tidak boleh digantikan.

Anda mungkin juga menyukai