Anda di halaman 1dari 34

Dalam bahasa Jawa perkataan gamelan bererti alat tukul, dan daripada itu, perkataan gamelan merujuk kepada

satu set alat muzik (biasanya diperbuat daripada gangsa) yang dipukul dengan pemukul tertentu. Pemukul berbentuk alat tukul atau pemukul batang kayu yang berbalut. Pada masa kini Gamelan bermaksud satu orkestra yang mengutamakan alat gangsa yang dipukul. Orkestra ini berasal dari Pulau Jawa Tengah. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara ensembel (berkumpulan). Muzik gamelan dimainkan untuk mengiringi tarian,lakunan,nyanyian dan cerita.

Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Di antaranya kulintangan di Sabah,Sarawak, Brunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.

Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia.


Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Sri Vijaya dan Majapahit dalam kurun ke 14 15. Di Malaysia terdapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan gamelan Terengganu.

GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA

Gamelan Johor dimainkan oleh kaum keturunan Jawa yang datang ke Tanah Melayu. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit, tarian atau instrumental, sempena majlis perkahwinan, berkhatan atau sebagainya. Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana sahaja.

GAMELAN TERENGGANU Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga. Muzik ini pertama dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke-19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahmad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan Terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembahkan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.

GAMELAN TERENGGANU

Muzik gamelan Terengganu mula dibawa keluar dari istana oleh Tan Sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an.
Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar Gamelan Melayu khasnya dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.

ALAT-ALAT MUZIK

GAMELAN MELAYU terdiri daripada lapan buah alat muzik pada asasnya. Daripada kumpulan Idiofon terdapat alat saron barung, saron penerus(Peking), saron demung, bonang panerus, bonang barung, gambang kayu, kenong, ketuk, kempul,kempyang, gong suwakan dan gong ageng.

Salah satu alat membranofon dalam gamelan ini ialah gendang yang berbentuk tong panjang dengan dua muka kulit.

1. Kendang/Gendang (Gendang Ibu & Gendang Anak) Sebagai ketua instrumen. Pemukul gendang merupakan konduktor bagi satu ensembel gamelan. Mempunyai 5 saiz yang berlainan dari 20 cm ke 45 cm. Baluh berbentuk tong panjang, dipukul dengan kedua-dua tapak tangan.

2. Saron
Alat metalofon serupa glockenspiel dengan batang tembaga dan mallet berkayu. Mempunyai 3 jenis iaitu Saron Demung,Saron Barung dan Saron Peking Saron Demung- satu oktaf pada register rendah Saron Barung satu oktaf pada register sederhana (memainkan melodi pokok dalam lagu tertentu) Saron Peking atau dikenali Sarun Panerus

satu oktaf pada register tinggi


(memainkan melodi itu yang berbunga.-biasanya dengan dihasilkan
satu bit) dua not bagi setiap

3.

Bonang

Alat bonang terdiri daripada beberapa gong kecil yang wujud sebagai set tertentu. Oleh itu alat ini dinamakan gong-chime dalam bidang muzikologi. Terdiri daripada 2 baris gong kecil (sebanyak 10 biji) yang diletak secara mendatar dalam rak.(gong-gong oktaf rendah dekat kepada pemain) Dipukul dengan sepasang kayu yang berbalut, setiap gong kecil menghasilkan pic tertentu.

Terdapat 2 jenis bonang iaitu : Bonang Barung : Bonang saiz sederhana,dua oktaf pada register sederhana dan Bonang Panerus : Bonang saiz kecil, dua oktaf pada register tinggi

4. Gong & Kempul Gong ageng & gong suwukan merupakan gong gangsa yang berbusut. Semua gong digantung secara tegak daripada rak kayu. Gong suwukan digunakan untuk menandakan frasa atau gongan yang tidak panjang dalam muzik. Gong ageng selalunya digunakan untuk menamatkan lagu. Kempul juga merupakan gong gangsa yang digantung secara tegak dari rak kayu. Setiap kempul mempunyai saiz yang sederhana dan ditiunkan kepada pic tertentu. Seorang pemain sahaja memainkan semua gong ini dengan pemukul besar yang berbalut untuk memukul busut gong itu.

5. Kenong Terdiri daripada beberapa buah gong besar yang terletak secara mendatar dalam kotak kayu. Kesemua gong ini terletak di atas tali yang tebal yang dipasangkan secara bersilang-silang pada kotak kayu. Busut gong ini mengarah ke atas dan dipukul oleh pemain dengan sebatang kayu yang berbalut.

Setiap gong ini ditiunkan mengikut laras slendro dan pelog. Register rendah seunison dengan alat slentem

6. Ketug/ketuk

Serupa dengan kenong tetapi gongnya lebih kecil saiznya. (kenong kecil)
Tanda bahagian-bahagian kecil frasa

7. Gambang kayu
Alat zailofon yang diperbuat daripada kayu. Terdapat kira-kira dua puluh lapan keping kayu keras di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai alat bergaung. Jarak tonal alat ini ialah tiga oktaf setengah yang mencerminkan register rendah, sederhana dan tinggi.

Keping-keping kayu dipukul dengan menggunakan sepasang pemukul yang dibentuk khas. Pemukul itu terdiri daripada pemegang lurus yang diperbuat daripada tanduk. Setiap pemegang mempunyai cakera kayu kecil yang berbalut pada hujungnya, dan bahagian cakera kayu itu dipukul pada bahagian tengah keping kayu.

8. Slentem Alat metalofon, keping-keping gangsa yang masing-masing digantung dari atas tiub, satu oktaf pada register rendah(seunison dengan alat kenong),

9. Gender Alat metalofon, keping-keping gangsa yang masing-maing digantung dari atas tiub, dua oktaf lebih pada register tinggi dan sederhana (kedua-dua pemukul serupa dengan pemukul gambang)

Gender

Slentem

+Siter Smaller cemplung, each slendro and pelog set needs one siter

Alat muzik Gamelan mengikut katogeri : 1.Idiofon

Saron Barung, Saron Panerus, Bonang Barung, Bonang Penerus,


Gambang kayu, Kerumong(Bonang), Kenong, Gong Suwukan & Gong Ageng

2.Membranofon Gendang Ibu & Gendang Anak

Fungsi bagi alat muzik Gamelan dibahagikan kepada :


1. Tema Utama (Melodi Pokok) -Saron Demung, Saron Barung, Saron Penerus & Slentem 2. Memperkayakan Melodi Pokok

-Bonang Barung, Bonang Penerus, Gambang, Gender, Siter


3. Penanda masa dalam Sistem Muzik - Gong Ageng, Kempul, Kempyang, Kenong, Kertuk 4. Irama(Rentak) - Bedug, Kendang Gending, Kendang Ketipung

SISTEM TONAL
Dua jenis laras (tuning) dalam permainan gamelan: 1. Slendro(SISTEM 5-PIC) Dalam sistem ini, pic-pic yang berturut-turut dalam skel slendro bernombor 1,2, 3,5 dan 6(daripad pic yang paling rendah kepada pic yang paling tinggi) :penunggul/1, sulu/2, dada/3, lima/5 dan nem/6

Mengikut notasi lama, nama tertentu dikaitkan dengan setiap pic laras slendro. Tetapi pada masa kini notasi yang dikenali sebagai notasi kepatihan, iaitu notasi nombor biasanya digunakan untuk menotasikan melodi pokok, iaitu balungan, dalam lagu-lagu.

2. Pelog(Sistem 7-pic)
Terdiri daripada 7 pic dengan jeda-jeda yang tidak sama besarnya. Sistem pelog mengandungi jeda semiton yang lebih besar. Semua pic dalam laras pelog juga dinamakan dan dinomborkan sebagai: penunggul/1, sulu/2, dada/3, pelog/4, lima/5, nem/6, barang/7.

MELODI
Pada umumnya melodi bergerak secara bertingkat-tingkat. Untuk mengembangkan melodi, frasa melodi dalam lagu yang tertentu kadangkala diulangi beberapa kali dengan pelbagai variasi. Satu contoh yang jelas : Timang Burung(Pusat pic lagu ini ialah pic 5) TIMANG BURUNG

. . . .

5 5 3 2

5 5 2 2

2 2 1 3

3 3 1 6

2 2 2 5

3 3 3 3

5 5 1 2

. 3 . 3 32 32

5 5 1 1

6 6 1 1

5 5 5 5

3 3 6 5

2 2 1 3

5 3 2 5

IRAMA Rentak-rentak tertentu yang dihasilkan oleh alat gendang dalam repertoir gamelan tersusun secara soal-jawab serta mengikut struktur gongan dan form muzikal tertentu. Lambang-lambang lain dicipta untuk menotasikan bahagian rentak dan bahagian penanda masa, misalnya: O = pukulan gong ageng, = ketuk N = kenong = pukulan gong suwukan, V = kempyang P = kempul

FORM Form muzikal berasaskan prinsip-prinsip gongan.

Prinsip gongan juga bersifat pusingan dalam masa dan mendapati form atau struktur tertentu akibat pembahagian gongan secara binari.
Alat muzik dalam orkestra yang menandakan gongan ialah gong ageng, gong suwukan dan kenong. Berbagai gongan yang terdapat dalam gamelan : 4, 8 16, 32, 64 bit dll Cotoh : keratan Melodi & form lagu Ayak-ayak

GONGAN 16 BIT

SEKIAN

TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai