Anda di halaman 1dari 11

Bagi memulakan persembahan boria, wajar dimulakan dengan lakonan atau pun disebut juga sketsa.

Dalam sketsa/lakonan boria, ada watak lelaki dan perempuan akan digandingkan bersama. Pada masa sekarang, tema cerita yang paling popular kemasyarakatan dan kritikan sosial. Lakonan ini ditampilkan secara spontan dan skrip tidak diperlukan oleh pelakon. Para pelakon boleh memanjangkan atau memendekkan lakonan mereka menurut kemahuan mereka sendiri serta penyesuaian masa. Lakonan mereka akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk menggelikan hati penonton. Walau bagaimanapun, tidak semestinya sketsa boria hanya berlawak jenaka, ianya juga boleh dilakonkan mengikut tema sesuatu cerita. Bilangan pelakon sketsa adalah tidak terhad. Paling menarik dan sesuai ialah 3-4 orang. Mereka akan membawa watak sketsa dialog sebagai pencadang atau pembangkang. Fakta: Sejak akhir akhir ini ada kumpulan boria yang buat persembahan boria tanpa memulakannya dengan sketsa. Sebenarnya, atas apa jua alasan kita takdapat terima ianya sebagai BORIA. Sebab itu dalam sesuatu pertandingan boria yang diadakan, markah tinggi terletak kepada sketsa. Untuk memartabatkan boria dan menjaga keaslian seni warisan Pulau Mutiara ini, diharap kita hendaklah pastikan yang tiada siapa dapat menghalang sesuatu persembahan boria itu dari membuat sketsa (walaupun pendek sketsanya, harus dipersembahkan juga di awalnya). Sebab itu boria dikategorikan dalam teater dan bukannya tarian.

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Perkembangan yang melihat boria dari sebuah seni pementasan duka kepada riang ria menjadi lebih nyata menjelang kemerdekaan di mana boria mendapat bentuknya yang ada hari ini iaitu adanya segmen iaitu sketsa komik dan sikuan lagu tari. Sketsa sebabak (satu tempat kejadian lakonan). Contohnya jika sketsa itu kejadiannya berlaku di rumah, maka adegan lakonan/sketsa itu hanya berkisarkan suasana di rumah sahaja. Sketsa haruslah mempunyai mesej, nasihat dan berunsur humor. Rentetan sketsa ini akan dikupas kembali di dalam rangkap lagu untuk segmen ke dua iaitu di dalam senikata rangkap lagu oleh Tukang Karang. Persembahan pergerakan/tarian yang seragam mengikut kreativiti kumpulan yang terdiri dari Tukang Karang (Ketua/Solo Utama) dan Sailor (kini ada golongan yang menamakan kelasi yang memang ditentang oleh pengiat lama sebab sailor adalah nama khas untuk penari latar dari zaman dahulu.). Kedua-dua segmen ini saling bergantung di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.

http://natranadea.blogspot.com/2010/08/boria.html

Komedi sketsa merupakan siri adegan komedi atau vignet yang lamanya satu hingga sepuluh minit, iaitu "sketsa". Sketsa ini dipersembahkan oleh sekumpulan pelakon lawak, sama ada di atas pentas mahupun bahantara audio dan/atau visual seperti penyiaran. Biasanya, sketsa mula-mula diimprovisasi oleh para pelakon dan dituliskan berdasarkan hasil sesi improv; akan tetapi, improvisasi tidak semestinya dilibatkan dalam komedi sketsa. Sebuah sketsa atau vignet merupakan adegan atau skit yang ringkas yang pernah dipentaskan dalam vaudeville, dan kini dipersembahkan dalam rancangan aneka ragam, komedi, wawancara, ataupun rancangan kanak-kanak (seperti Sesame Street).

Sketsa Drama Mempersembahkan sebuah drama pentas masyarakat. Para Pelakon terdiri dari anak-anak tempatan yang berbakat dalam bidang seni lakonan dan mampu menyampaikan mesej-mesej berguna. Tema drama berunsurkan pendidikan moral, memberi kesedaran agar hidup harmoni, bersatu padu, taat setia, patuh kepada undang-undang serta nilai-nilai positif dan murni dalam kehidupan. Namun watak lakonan dan plot drama hanyalah gimik dan tidak berniat untuk menyentuh mana-mana pihak atau individuindividu tertentu. Selain menampilkan bakat-bakat baru dan lama dalam bidang lakonan, persembahan drama juga diadaptasikan dengan kesan bunyi dan muzik latar pastinya memberikan daya tarikan berbeza.

Skrip Drama Radio berbentuk Sketsa


Contoh Sketsa 1 Drama: Sketsa Tajuk: 1M- Hormati Ke jiranan GRAM MUZIK PENGENALAN K/B SUASANA DI KEDAI RUNCIT AH CHAI: Bukan saya tak mahu penuhi kehendak pelanggan macam awak, RAMU: Tapi kenalah faham. Kedai saya ini di kawasan orangMelayu, semuanya orang Islam yang tak minum arak. Kalau saya jual bererti saya tidak hormati mereka. RAMU: Itu saya tahu tapi awak jangan lah jual kepada mereka, jual pada orang lain yang bukan Islam. Tak salah bukan?

AH CHAI: Dari segi undang-undang memanglah tak salah, asalkan ada permit menjual tetapi dari segi moral salah. RAMU: Alah, awak ini Ah Chai. Terlalu menjaga kepentingan orang lain tetapi tak endahkan keperluan orang macam saya ini. AH CHAI: (SUARA TINGGI) Tentulah, saya dah tinggal dan berniaga di sini berpuluh-puluh tahun. Saya tak mahu hubungan baik saya dengan orang-orang di sini terjejas kerana memenuhi orang macam awak. RAMU: Eh, janganlah marah Ah Chai Saya Saya cuma beri cadangan sahaja. Kala u awak tak mahu jual, saya boleh pergi tempat lain. Jauh sikit tak apa. AH CHAI: Bukannya marah, Ramu. Saya cuma nyatakan perkara yang betul. Saya ingat lagi pesan bapa saya waktu saya ambil alih kedai ini. Katanya, kita berniaga bukan mahu untung sahaja tetapi untuk beri perkhidmatan kepada penduduk sekitar. Bila orang sudah terima kita, sampai bila-bila kita akan hidup senang. Sebab itulah saya tak mahu jual apa yang tidak disukai orang di sini. Itu sahaja. RAMU: Sekarang saya faham kenapa kedai awak terus maju walau pun ada pasaraya yang dibuka berhampiran. Semuanya kerana hubungan baik awak dengan penduduk sekitar. AH CHAI: Ha, awak dah nampak pun. Kita menjual barang sekali sahaja tetapi jika kita menjual barang kepada orang yang kita kenali dan hubungan kita baik pulajualan itu akan berterusan sampai bila-bila. RAMU: Wah, nampaknya awak bercakap macam orang dari Harvard Business School lah. AH CHAI: (KETAWA) Tak perlu belajar jauh-jauh sampai ke Harvard Yang penting kena memerhati dan belajar dari pengalaman orang, Ramu. Ada apa lagi yang saya boleh tolong, Ramu? Saya mahu ke rumah Pak Amin petang ini mahu hantar barang dan tolong apa yang patut. Dia mahu buat khenduri malam ini. RAMU: Tak apa Tak apa Lain kali saya datang lagi. Saya mahu berbual lagi dengan awak Ah Chai. Mahu tahu lagi rahsia perniagaan AH CHAI Boleh: Boleh Kita tak boleh lokek ilmu. Saya pergi dulu ya! GRAM MUZIK PENUTUP

Contoh Sketsa 2:
Drama: Sketsa Tajuk: 1M Satu Kampung

GRAM MUZIK PENGENALAN K/B SUASANADI PERHENTIAN. BUNYI KERETABERHENTI. PAK MAN: (OFF MIKE) Manalah pulak bas ni, tak nampak bayang pun. Hari dah petang hendak hujan pula nampakanya. Eh, siapa pula budak India yang bawa kereta kancil ni. Berhenti pula Tu agaknya hendak tanya arah ke bandarlah tu. SIVA: (BERTERIAK) Pak Man hendak balik? Marilah saya hantar. Kalau tunggu bas, mesti lama lagi ni. PAK MAN: (OFF MIKE) Sebut nama aku pula? Siapa pula budak ni...(HAIRAN)Awak kenal aku ke? Anak siapa ni? SIVA: (KETAWA KECIL) Siapa pula tak kenal, Pak Man? Ini mesti Pak Man dah lupakan saya. Nama saya Siva. Alah, budak yang Pak Man hambat dengan kayu fasal lastik kerbau Pak Man dengan batu dulu nak Samy yang duduk dekat sekolah tu. Takkan Pak Man tak ingat? PAK MAN: Ya Allah, kamu rupanya! Aku ingatkan siapa tadi. (KETAWA KECIL) Pak Man tak berniat hendak pukul kamu waktu tu, Siva. Pak Man takut kerbau tu naik minyak karang dihambatnya semua orang. Itu yang Pak Man marah tu. SIVA: Cerita dulu-dulu, Pak Man. Memang patut pun kena hambat nakal sangat. Tapi Pak Man tak pukul, saya tetap sakit juga. PAK MAN: Eh, tak kena pukul sakit juga? Pelik tu, Siva. SIVA: Cerita Pak Man hambat dengan kayu tu sampai ke pengetahuan bapa saya. Apa lagi, petang tu dia sudah tunggu depan pintu dengan rotan. Kena sebat lapan das. Sakit, Pak Man. PAK MAN: Bapa kamu tu memang garang dalam hal mendidik anak-anak. Tengoklah, semua anaknya berjaya. Pak Man dengar kamu sudah jadi doktor sekarang. Abang kamu tu, sungguh pun pelajarannya tak tinggi tetapi jadi peniaga. Bertuah bapa kamu tu ada anak-anak yang dengar cakap. SIVA: Bukan bapa seorang, Pak Man. Boleh dikatakan orang kampung lain juga macam Pak Man, Cikgu Mat, Pak Imam... Semuanya kalau kami buat salah tegur. Tak kira anak siapa. Macam dalam keluarga besar. Sebab itulah anak-anak kampung kita semuanya berjaya. Jadi manusia. PAK MAN: Dalam mendidik anak-anak kena begitu, Siva. Duduk sekampung, usah kira siapa, apa bangsa, apa agama yang baik kita puji, yang salah kita tegur. Barulah dapat hidup harmoni. Aman satu kampung. SIVA: Konsep itulah yang pemimpin kita mahukan, Pak Man. Hidup harmoni dalam satu negara Satu Malaysia. Tak kira apa bangsa, apa agama. PAK MAN: Kampung kita dah lama buat, Siva. Buktinya anak-anak kampung yang telah berjaya macam kamulah.

GRAM MUZIK PENUTUP

Contoh Sketsa 3:
Drama : Sketsa Tajuk : 1M - Melancong ke Melaka GRAM MUZIK PENGENALAN K/B BUNYI KENDERAAN, HON DAN ORANG BERJALAN KAKI ZAINAL: Tak sesia kita melancong ke Melaka ni. Banyak betul tempat bersejarah yang dapat kita tengok. Sungguh pun kita jauh berjalan, tak terasa penat pun. AIDA: Melaka ini memang banyak keistimewaannya. Tengok sahajalah bangunan yang usianya beratusratus tahun ini. Masih lagi kukuh sampai sekarang. Tapi sebenarnya yang menarik minat saya ada di depan mata ini. Ha, cuba lihat ZAINAL: Bangunan Masjid Tengkera tu? Memang unik kan. Menaranya ada reka bentuk senibina Cina. Itulah identiti masjid yang unik diMelaka ni. Tak ada di tempat lain di dunia. AIDA: Bukan masjid itu sahaja, Zainal. Cuba lihat sana. Masjid, tokong Cina dan kuil Hindu dibina berhampiran. ZAINAL: Hmm Memang menarik tapi biasalah tu AIDA: (MENGELUH) Apa pula biasanya Luar biasa! Cuba fikir ada ke kat tempat-tempat lain yang masjid dan rumah ibadat dibina berhampiran? Nampak tak? Kewujudan masjid dan rumah-rumah ibadat ini menunjukkan yang sejak zaman dahulu masyarakat tempat ini hidup bersatu padu. Tak timbul sebarang perbezaan atau perselisihan. ZAINAL: Betullah! Baru saya perasan. Wah, nampaknya itu melambangkan masyarakat di sini hidup harmoni sejak dahulu lagi. Masing-masing bebas mengamalkan kepercayaan dan pegangan agama. AIDA: Siapa kata Satu Malaysia baru sahaja hendak bermula? Ini buktinya yang semangat itu sejak wujud sejak dari zaman dahulu lagi. ZAINAL: Saya setuju dengan awak, Aida. (NADA MENURUN) Orang sekarang patut rasa malu dengan masyarakat dahulu lah kalau begitu. AIDA: Eh, kenapa pula awak kata begitu, Zainal? ZAINAL: Yalah, orang dahulu macam di Melaka ini tak perlu adakan kempen, hendak ingatkan selalu tentang perpaduan, tentang hidup bersatu dan harmoni.

AIDA: Tak salah adakan kempen demi untuk kebaikan, Zainal. Lagi pun kalau tak diwar-warkan, ramai yang leka tak sedar kepentingan hidup harmoni dan bersatu padu. Eh, jom kita masuk ke dalam Masjid Tengkera aku hendak ambil gambarlah. Nak jadikan kenangkenangan. ZAINAL: Mari, mana boleh lepaskan peluang inilah wajah SatuMalaysia. Kita boleh tunjukkan pada kawan-kawan balik nanti. GRAM MUZIK PENUTUP

http://contohtugasan.blogspot.com/2010/02/skrip-drama-radio-berbentuk-sketsa.html Format Persembahan Untuk Pertandingan 2.1 Cerita Sketsa (Lakonan Boria) 2.1.1 Sketsa hendaklah disertai oleh sekurangnya 3 - 5 orang sahaja. 2.1.2 Pelakon lelaki dibenarkan berpakaian atau melakonkan wanita jika perlu dan munasabah dengan jalan cerita sketsa dan suara hendaklah tidak dibuat-buat seperti wanita. 2.1.3 Pelakon hendaklah menggunakan Bahasa Melayu loghat utara dan boleh digandingkan dengan loghat Bahasa Melayu lain asalkan bersesuaian dengan cerita. 2.1.4 Bahasa yang digunakan hendaklah dipastikan bersopan, tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan dan berbaur lucah. 2.1.5 Corak lakonan boria hendaklah berbentuk sketsa yang ringkas dan bukanlah sebagai sebuah persembahan teater. Cerita yang hendak disampaikan hendaklah mengandungi mesej yang jelas dan membawa kepada maksud yang positif.3 2.2 Gerak Tari / Pergerakan Kumpulan 2.2.1 Persembahan boria haruslah bercirikan sedia ada yang merujuk kepada persembahan boria tahun 60-an. 2.2.2 Pergerakan koreografi sailor dan Tukang Karang hendaklah mengikut kreativiti masing-masing tetapi masih terikat dengan gerakan asas

boria yang menampakkan ianya adalah persembahan boria dan bukanlah sebuah persembahan tarian. 2.2.3 Gerak tari hendaklah bersesuaian dengan melodi dan mestilah bersopan. 2.2.4 Hand Props boleh digunakan tetapi mesti bersesuaian dan tidak mengganggu gerak tari. Contoh props yang sesuai digunakan adalah payung, bendera, bunga manggar dan alatan ringan yang lain seperti gendang dan sebagainya. 2.3 Rangkap Karangan / Lirik Lagu Boria 2.3.1 Setiap karangan boria mestilah mempunyai suku kata akhir yang sama. Contohnya : Hakikatnya hidup tempat bersandar Bala dan bencana tak boleh dihindar Suratannya takdir Qada dan Qadar Setiap manusia perlulah sedar 2.3.2 Persamaan suku kata berdasarkan sebutan dialek (loghat) juga dibenarkan. Walaubagaimanapun ejaan terhadap sesuatu perkataan mestilah ditulis dengan ejaan yang betul. 2.3.3 Karangan boria hendaklah tidak melebihi 20 rangkap iaitu 10 rangkap untuk Tukang Karang dan 10 rangkap untuk sailor. Rangkap karangan Tukang Karang berselang seli dengan rangkap sailor. Rangkap nyanyian sailor tidak berubah sepanjang persembahan namun sailor mesti mengikut rangkap terakhir Tukang Karang apabila sampai di akhir karangan. 2.3.4 Rangkap karangan mestilah selari dengan cerita sketsa yang

dipersembahkan dan setiap rangkap karangan boria hendaklah terdiri daripada 4 baris sahaja. Sila sediakan rangkap karangan boria untuk kegunaan juri semasa pertandingan dijalankan.4 2.4 Muzik / Lagu / Melodi Boria 2.4.1 Hendaklah mudah didengar dan juga mudah difahami. 2.4.2 Konsep lagu boria hendaklah mengandungi muzik iringan untuk pergerakan masuk sailor, muzik persembahan utama dan pergerakan muzik keluar sailor. 2.4.3 Muzik dan melodi hendaklah bercirikan Malaysia tetapi ianya bergantung kepada kreativiti dan kepelbagaian karya masing-masing. 2.4.4 Lagu berentak asli atau tradisional boleh digunapakai asalkan ianya disesuaikan dengan rentak boria. 2.4.5 Lagu kontemporari yang sedia ada hendaklah diubahsuai mengikut rentak irama boria. 2.5 Pakaian / kostum dan Props Boria 2.5.1 Pakaian semasa persembahan adalah berdasarkan kepada kreativiti kumpulan tetapi mestilah bersopan serta sesuai dengan lagu, tema dan jalan cerita persembahan sketsa dan rangkap boria itu sendiri. 2.5.2 Material untuk kostum adalah bebas berunsurkan budaya Malaysia pelbagai kaum. 2.5.3 Perhiasan kepala (head gear) boleh digunakan bersesuaian dengan persembahan boria seperti tarbus, songkok dan hiasan lain yang bersesuaian. 2.5.4 Sailor dan Tukang Karang hendaklah berpakaian sama konsep tetapi Tukang Karang digalakkan memakai pakaian yang lebih menonjol.

2.5.5 Sailor boleh memegang props semasa persembahan asalkan tidak mengganggu pergerakan tarian manakala Tukang Karang harus memegang tongkat kerana ianya adalah identiti Tukang Karang persembahan Boria Pulau Pinang dengan gerakan memusing-musing tongkat pada ketika yang sesuai. 2.5.6 Kumpulan persembahan boria tidak boleh menggunakan props atau alatan yang berbahaya semasa persembahan seperti benda tajam, api yang menyala dan sebagainya. Juga tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang logo politik atau perlambangan mana-mana agama atau memainkan isu sensitif semasa dalam negara.5 2.6 Disiplin persembahan dan pentas 2.6.1 Kumpulan yang menyertai hendaklah menepati masa dan bersedia di belakang pentas sebelum giliran tiba. 2.6.2 Persembahan keseluruhan selama 30 minit sahaja, jika terlebih masa, markah tidak akan dikira untuk masa yang lebih itu. 2.6.3 Pihak penganjur berhak untuk memberhentikan persembahan sekiranya kumpulan boria yang bertanding didapati menggunakan isyarat lucah atau melampaui batas dengan tingakah laku yang melanggar nilai moral masyarakat, agama serta keperibadian bangsa. http://www.kpkk.gov.my/pdf/syarat_boria_latest.pdf

SKETSA KEMERDEKAAN
Syarat-Syarat dan Peraturan: 1. Terbuka kepada pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMA jemputan. 2. Penyertaan satu kumpulan terhad kepada 5-10 orang sahaja. 3. Setiap kumpulan haruslah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Kolej.

4. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan sketsa berdasarkan skrip yang ditulis sendiri tentang tokoh-tokoh sejarah di dalam Bahasa Melayu yang tidak bercanggah dengan tatasusila IPMa dan adab sopan santun Malaysia. Salinan skrip perlu diemailkan kepada AJK Pertandingan 3 minggu sebelum tarikh pertandingan. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya skrip tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Pilih SATU daripada dua tema sketsa iaitu : Perjuangan Tokoh Manjana Transformasi Warisan BangsaATAU Sejarah Pencetus Akal Budi Budaya Bangsa. 6. Masa persembahan termasuk pertukaran babak (scene change) serta perubahan prop ialah 10 minit. Persembahan yang melebihi masa akan dikenakan penalti.

7. Semua alatan yang tajam/ membahayakan, sebarang haiwan liar, cecair mudah tebakar atau asid adalah dilarang sama sekali digunakan semasa persembahan. 8. Imej-imej seksual yang mengghairahkan, keganasan yang melampau, unsur khurafat,unsur negatif dan bersifat provokasi, cacian dan maki hamun adalah dilarang sama sekali. 9. Setiap pelajar (krew dan penyokong) haruslah menjaga disiplin dan tatasusila sebagai seorang pelajar. 10. Iringan muzik rakaman, kesan bunyi dan cahaya serta multimedia adalah dibenarkan. 11. Segala perbelanjaan produksi kumpulan adalah tanggungan sendiri.

12. Pertandingan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan panel adalah muktamad. 13. Pihak penganjur sebagai tuan rumah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kemalangan, kecederaan atau kematian terhadap peserta atau barang-barang milik peserta atau kumpulan sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini dilangsungkan. 14. Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan jika didapati kumpulan atau individu melanggar mana-mana syarat pertandingan yang disebutkan. 15. Pemarkahan : i. Lakonan (20%) ii. Konsep persembahan (20%)* iii. Pengarahan (20%)

iv. Kreativiti persembahan (20%) v. Penguasaan pentas (10%) vi. Penampilan (10%)

* Pementasan sketsa adalah bertepatan dengan tema

http://kmbpatriot2.blogspot.com/2011/08/syarat-syarat-dan-peraturan-1.html

Anda mungkin juga menyukai