Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya
bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater moden yang
lebih berbentuk kepada realisme.

Definisi
Sejak drama bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah sesuatu
kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan memonopoli kegiatan teater
Malaysia selama lebih 71 tahun. Bangsawan bermula di pulau pinang, lalu berkembang ke
seluruh Malaysia hingga ke Indonesia.
Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah di Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir
daripada perkuburan sebuah teater bergerak dari india. Dalam tahun 1970-an, pulau pinang
telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau
mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan Bahasa Hindi dan
dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari india. Repertoiri cerita
berkenaan adalah percintaan dan pengembangan golongan raja dan dewa-dewa. Penduduk
pulau dalam tahun-tahun tersebut banyak yang memahami Bahasa dari benua India kerana
penjajah Inggeris telah membawa sebanyak mungkin penduduk india untuk bekerja dan
menjadi penduduk pulau itu. Oleh kerana lelaki lebih ramai daripada wanita, akhirnya banyak
pendatang lelaki berkahwin dengan penduduk tempatan. Lama-kelamaan proses ini
menimbulkan golongan india melayu yang pada peringkat permulaannya dikenali sebagai
Jawi Pekan. Golongan ini bertambah banyak dan mereka mulai menggunakan lingua francis
tempatan. Kemudian Wayang Parsi diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan
bernama Mohammed Pusi dalam tahun 1884
Peralatan wayang itu diperbaiki dan digunakan semula, dengan barisan pelakon baru
untuk menggantikan pelakon lama. Tuan baru wayang ini tentu mempunyai minat untuk
memperdagangkan bangsawan lalu ia memberikan nama wayang bangsawan kepada
persembahan itu. Nama kumpulan bangsawan yang pertama ialah puisi indera bangsawan of
penang. Kumpulan ini mulai bergiat pada tahun 1885 dengan barisan pelakon yang
menggunakan Bahasa melayu.

SEJARAH TEATER BANGSAWAN


Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak
melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon, mereka
hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja. Para pelakon bangsawan hanya menuturkan
dialog-dialog secara spontan dan ada kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang
diberikan pengarah. Apa yang penting dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita
yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri
merupakan tarikan utama penonton untuk menonton pementasan tersebut, selain pelakon
yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur
lucu dan melodrama selain daripada unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang
bernada serius.Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar
tentang kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya Jula
Juli Bintang Tujuh. Sehubungan itu, persembahan melibatkan pengunaan panggung, teknik
lampu mengikut cara barat dan juga menggunakan set saiklorama. Pada kebiasaannya, tiraitirai mengandungi tiga hingga tujuh set yang berbeza seperti tirai istana, hutan, laut, awan,
kampung dan gua. Babak dalam bangsawan juga tidak kurang daripada 20 dan mungkin
lebih. Satu yang sangat menarik tentang bangsawan adalah unsur tasmat yang diselitkan
semasa pementasan bangsawan diadakan, umpamanya bunga api. Ia menjadikan pementasan
bangsawan tidak membosankan dan tidak hambar.
Selain itu, extra turn atau selingan tambahan juga terdapat dalam pementasan
bangsawan yang berfungsi sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia untuk
babak berikutnya selain merupakan unsur hiburan kepada penonton. Jika dirujuk dari bahan
bacaan ataupun cerita dari orang-orang lama, para penggiat teater bangsawan dahulu
merupakan seorang yang sangat berkebolehan daripada pelbagai aspek. Mereka mampu
berlakon dengan baik tanpa ada skrip, selain dapat menyanyikan sesuatu lagu dengan merdu
sekali. Nyanyian sebenarnya berfungsi sebagai menzahirkan perasaan berduka lara, gembira,
perkasa dan sebagainya, termasuklah berpantun semasa berlakon. Terdapat juga pengunaan
alat muzik tradisional dan moden seperti piano, biola, gong, tabla, gendang, drum dan
arxodian digunakan untuk mengiringi nyanyian. Ini disebabkan dalam teater bangsawan
terdapat unsur nyanyian, lakonan, muzik dan juga tarian. Para pelakon juga dikehendaki
untuk menari semasa pementasan berjalan.Seterusnya, cara pementasan drama tradisi ini
adalah menggunakan ruang pentas iaitu kecil, besar dan panggung yang berbeza. Pemilihan

pengarah untuk membuat pementasan bergantung pada saiz ruang pentas, set dan props yang
digunakan serta jumlah pelakon yang berlakon dalam cerita tersebut. Jika melibatkan pelakon
yang ramai serta mempunyai babak cerita yang banyak, maka pengarah biasanya akan
memilih untuk mementaskan bangsawan dipanggung.Para pelakon bangsawan akan memakai
kostum tradisional dan berbeza bergantung pada watak yang dilakonkan dan bentuk cerita
yang dipentaskan. Mereka akan memakai kostum yang indah, berkilauan dan bergemerlapan.
Ditambah lagi dengan tirai pemandangan yang berwarni-warni menjadikan pementasan
bangsawan merupakan teater tradisi yang sangat diminati oleh masyarakat tidak mengira
bangsa mahupun peringkat umur.

Ciri-ciri
Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu; hutan, rumah, istana, gua, taman bunga, kampung dan
jalan kampung. Mempunyai juga tirai agung dan tirai extra turn.

Memerlukan bantuan (side wing) sebing iaitu pemidang pipih untuk bahagian
tepi kiri dan kanan pentas.

Menggunakan bahasa klasik, bahasa istana.


Mempunyai extra turn
Taukeh panggung
Pemuzik
Unsur-unsur Tasmat (kesan khas)

Watak
Watak adalah manusia atau orang yang memainkan peranan ( pelakon ) dan melaksanakan
aksi plot. Bangsawan akan dimulai dengan pembukaan yang memperkenalkan watak watak,
membayangkan peristiwa dan memastikan waktu kejadian. Kejayaan watak dalam drama
adalah apabila aksi sesuatu lakonan dapat menghidupkan peranan mereka di atas pentas serta
meyakinkan penonton terhadap lontaran emosi dan aksi yang pelakon lakukan.
Selalunya dalam sesebuah teater terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah teater
mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis)
dan watak antagonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan
menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik
dramatik yang menarik. Watak di dalam Bangsawan juga dikenali sebagai stock-type
character. Watak terbahagi kepada empat kategori utama iaitu watak wira atau wirawati,
watak jahat, pelawak atau badut, dan watak sampingan atau pembantu seperti dayang dan
hulubalang. Watak wira atau wirawati juga dipanggil seri panggung atau orang muda selaku
watak utama. Antara watak dalam teater bangsawan terdiri daripada pahlawan, putera kacak
dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa. Biasanya watak Putera/Pemuda/Puteri yang
dipilih adalah berdasarkan kriteria berikutnya
1)kacak/lawa. 2) pandai berlakon/menyanyi/bersilat/menari. Bukan calang-calang pelakon
boleh diterima menjadi pelakon utama ini. Biasanya mereka akan bermula sebagai pak
pacak/dayang/orang kampong atau watak kecil yang lain sebelum diterima menjadi watak
utama.

Gaya Bahasa
Dialog atau skrip yang dituturkan merangkumi intonasi, imej, penekanan suara, artikulasi
dan bentuk penuturan sama ada bahasa yang digunakan oleh sesuatu watak itu puitis, jenaka,
percakapan harian , mahupun menggunakan loghat atau slanga daerah tertentu. Bangsawan
secara tradisinya tidak menggunakan skrip. Pelakon Bangsawan menokok tambah secara
spontan atau membaiki dialog sambil berlatih atau berlakon dengan berpandukan kepada satu
ringkasan cerita. Kepanjangan Bangsawan pada sesebuah pertunjukan bergantung kepada
sambutan penonton.
Bangsawan lazimnya menggunakan bahasa romantisme formal dan mengandungi idiom
atau gaya bahasa berirama dengan gabungan dialog berpuisi atau bersahaja. Bahasa juga
berasaskan dialog yang berbunga bunga dan berkias. Bahasa juga sebagai medium bagi
memperlihatkan perbezaan watak sama ada watak golongan diraja, rakyat, atau bukan
manusia.

Sinografi
Sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili
keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi iaitu rekaan
pentas, kostum, pencahayaan, susun atur ruang lakon, penggunaan ruang untuk pelakon
termasuklah persekitaran reka bentuk dalaman sesebuah panggung dan apa saja kesan visual
yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut
TANJAK atau kata lainnya iaitu DESTAR adalah salah satu busana atau kostum yg dipakai
oleh Sultan atau pahlawan2 melayu pada zaman dahulu. Ia juga dipakai di dalam pelbagai
istiadat melayu. selalunya, pemakaian tanjak ini berkait rapat dgn status si pemakai, cthnya
dari segi rekaannya. beralih pula kepada BENGKUNG, SAMPIN dan BAJU MELAYU.
biasanya, kostum ini sama seperti baju yg kebiasaanya dipakai oleh orang2 melayu kita. jika
sampin biasanya dijahit dengan menggunakan benang sutera dan menggunakan kain songket.
begitu jugalah sampin yg dipakai oleh pemain2. sampin songket ini biasanya bercorakkan
bunga tabur atau penuh. ia juga dihasilkan dari pelbagai warna dan biasanya bagi seorang
Sultan, warna yang dipakainya adalah warna kuning diraja. bagi baju melayunya pula, ia
terdiri dari 2 jenis corak iaitu cekak musang dan teluk belanga. biasanya sultan melaka akan
mengenakan baju melayu cekak musang dan sultan johor pula, baju melayu teluk belanga.
Pemakaian sampin juga berbeza mengikut daerah walaupun kepentingannya sama, seperti di
johor sampin dipakai di dalam adalah dipanggil sampin dagang. Antara ikatan sampin yang
biasa digunakan adalah ikatan kembung dan ikatan pancung.

Anda mungkin juga menyukai