Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Konsep Pengantar
Pengantar berasal daripada kata akar "Hantar". Pengantar mempunyai pelbagai maksud iaitu
sebagai alat atau orang untuk menghantar, sebagai pembimbing, sebagai sepatah dua kata daripada
pengarang kepada masyarakat pembaca mengenai karyanya dan sebagai pengetahuan asal terhadap
sesuatu bidang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengantar membawa maksud pandangan
umum yang ringkas tentang isi buku, ceramah dan lain-lain.

Konsep Warisan
Warisan membawa maksud khazanah negara yang pernah atau sedang dimiliki oleh
seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat atau manusia sejagat yang menjadi tanggungjawab
bersama untuk dilindungi dan dikekalkan. Warisan juga membawa maksud sebagai kepakaran atau
ilmu pengetahuan yang diturunkan kepada generasi akan datang melalui cara hidup, kepercayaaan
seseorang yang mengunakan objek sebagai simbolik. Ia memberikan gambaran kehidupan masyarakat
serta melambangkan ketamadunan masyarakat tersebut.

Warisan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu warisan ketara dan juga warisan tidak
ketara. Warisan ketara bermaksud sesuatu yang kekal, dapat dilihat dan dipegang sama ada statik
atau mudah alih. Mengikut statik, tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau merujuk kepada
sesuatu yang tidak boleh dipindahkan. Sebagai contoh, tapak tanah bersejarah (Lembah Bujang, Pusat
Bandar Lama Melaka, Kawasan Perlombongan Sg. Lembing). Manakala bagi monumen atau
bangunan pula merujuk kepada istana, kubu, makam, menara. Bagi alam semulajadi pula ia ditujukan
kepada hutan, gunung, gua, sungai, flora dan fauna dan geologi. Mengikut teori mudah alih pula,
warisan merupakan artifak-artifak bahan budaya yang boleh dipindahkan seperti batu nisan, tekstil,
ukiran kayu, manik dan manuskrip.

Warisan tidak ketara pula ialah warisan tidak nyata seperti ilmu dan kepakaran yang ditafsir
melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan. Sebagai contoh, acara
perayaan, ritual dan kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan
dan permainan tradisional. Terdapat juga beberapa contoh warisan ketara dan warisan tidak ketara
yang ingin diketengahkan agar mudah difahami iaitu:

1
a) Senarai Warisan Budaya Ketara Tapak Warisan Budaya, Bandar atau Kota Bersejarah, Landskap
Budaya, Tapak Suci Semulajadi, Warisan Budaya Mudah Alih, Muzium, Warisan Budaya Dalam Air,
Kraftangan, Warisan Dokumentari dan Digital serta Warisan Sinematografi.

b) Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Tradisi Lisan, Bahasa, Acara Perayaan, Ritual dan
Kepercayaan, Muzik dan Lagu serta Seni Persembahan, Perbatan Tradisional, Sastera, Tradisi
Makanan serta Sukan dan Permainan Tradisional.

c) Senarai Warisan Semulajadi - Taman Negara dan Taman Negara, Taman Laut, Kawasan Tanah
Lembab, Hutan Simpan Paya Bakau, Hutan Simpan, Rezab Hidupan Liar, Rezab Mergastua, Reza
Orang Asli, Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar serta Sungan, Tasik dan Laut.

Konsep Budaya
Budaya berasal daripada perkataan sanskrit iaitu buddayah yang bermaksud akal dan tindakan
manusia. Budaya ialah tatacara hidup yang dimiliki oleh sekelompok masyarakat. Ralph Linton 1936
dalam buku The Cultural Background of Personality ,The Study of Man, North American historical
school of anthropology, menyatakan bahawa kebudayaan adalah konfigurasi dari tingkah laku, yang
meliputi unsur-unsur pembentukannya serta diamalkan oleh anggota masyarakat. Selain itu, Edward
Burnett Tylor yang merupakan ahli antropologi telah merumuskan definisi kebudayaan di dalam
bukunya "Primitive Culture" bahawa kebudayaan adalah keseluruhan yang kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, adat resam dan pelbagai yang boleh didapati
di dalam kehidupan masyarakat. Pandangan yang dikemukakan oleh Tylor telah berjaya
mempengaruhi ramai ahli antropologi dan mendominasi hampir lima puluh tahun selepasnya.

Secara keseluruhannya, kita dapat ringkaskan pengantar warisan budaya ialah pengenalan
kepada kesenian dan kebudayaan dan menjadi perantaraan dalam mengenalpasti faktor sesuatu objek
atau perkara yang menjadi warisan. Oleh sebab itu pengantar warisan budaya penting bagi
memelihara dan mengekalkan warisan yang ada.

2
Senjata Tradisional
Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah melayu yang diwarisi oleh masyarakat
melayu sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. Persejarahan senjata di malaysia amat rapat
dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta dipengaruhi oleh
kemahiran tukang besi maka kepelbagaian alat persenjataan terhasil antaranya keris, parang,
kelewang, lembing dan banyak lagi.

Peranan sejata amat penting dalam kehidupan manusia. Selain digunakan sebagai alatan
perang ia juga digunakan sebagai alatan mempertahankan diri daripada binatang buas dan manusia.
Kelokkelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam
mengambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan
pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakan berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna
yang tersurat dan tersirat.

Senjata tradisional seperti lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat
dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang kayu dan diperkuat
dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazaimnya berbentuk seperti pisau dan jarang
berduri. Pada masa kini, lembing yang bermata lebar yang seakan daun sirih digunakan untuk upacara
rasmi sahaja.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah bertujuan bagi memastikan maklumat dan kajian yang berkaitan dengan
peralatan senjata Lembing menjadi lebih difokuskan sebagai satu bahan rujukan. Objektif kajian
diambil bagi bagi mengenali secara menyeluruh mengenai alatan senjata Lembing supaya objektif
kajian yang disenaraikan menjadi lebih kukuh dan mudah bagi difahami dengan baik.

Antara Objektif- objektif kajian ialah :

1) Mengenalpasti peralatan yang digunakan dalam menghasilkan senjata lembing dengan


mengetahui alat-alat, bahan-bahan yang digunakan.

2) Mengetahui bagaimana proses dalam penghasilan lembing supaya dapat lebih mengetahui
tentang hal hal yangberkaitan.

3) Mengetahui jumlah pengeluaran lembing yang dapat dihasilkan berdasarkan pengeluarkan


bilangan lembing yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

4) Mengenalpasti sambutan terhadap permintaan lembing yang ditawarkan oleh masyarakat


dalam mengkaji bagaimana lembing menjadi pilihan ramai.

4
3.0 KAEDAH KAJIAN

Buku Ilmiah

Kami telah mencari beberapa buah buku yang berkaitan dengan senjata tradisional lembing
untuk dijadikan bahan rujukan yang tepat serta sahih. Dengan rujukan daripada buku-buku yang
berkenaan seni tradisional,kami telah berjaya memperolehi banyak maklumat-maklumat untuk tugasan
ini.

Internet

Selain daripada buku,kami juga menggunakan sumber rujukan daripada laman sesawang
untuk mengukuhkan fakta-fakta yang kami perolehi daripada buku. Melalui laman sesawang,kami telah
memperolehi sumber-sumber yang lebih banyak. Memandangkan ,buku-buku berkaitan seni tradisional
terutama sekali berkaitan lembing amat sukar didapati di perpustakaan,kami sedikit sebanyak
mengambil maklumat daripada laman sesawang.

Kajian Lapangan (soal selidik)

Kami juga mendapatkan maklumat berkaitan senjata tradisional lembing ini dengan melakukan
kajian lapangan iaitu menemu ramah Pak Cik Rahim. Dengan menghabiskan masa selama satu hari di
tapak lapangan,kami mendapat pengalaman serta maklumat yang berguna melalui soal selidik. Kami
juga dapat melihat sendiri cara pembuatan lembing serta cara menggunakannya.

Keratan Akhbar

Kami juga mengambil beberapa maklumat daripada beberapa keratan akhabar yang terdapat
sedikit sebanyak menceritakan hal berkaitan alat tradisional lembing ini.

5
4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN LEMBING

4.1 Zaman dahulu

Lembing atau tombak dianggap senjata yang paling tua dari senjata-senjata lain.
Kewujudannya telah dikesan sejak zaman batu lagi. Ia merupakan senjata lontar atau alatan khas
untuk memburu ketika itu. Kemudiannya ia telah dikesan digunakan di zaman Rasulullah dan para
sahabat sebagai senjata tentera di barisan hadapan terutama untuk menjatuhkan tentera berkuda
pihak lawan. Lembing atau Tombak dalam sejarah melayu bukan hanya digunakan sekadar alat
kepada pengawal Istana namun turut dikaitkan dengan Kebesaran Diraja. Malah ada juga lembing atau
tombak yang digunakan untuk mencari rezeki, sebagai azimat dan senjata peperangan. Pelbagai jenis
lembing digunakan untuk pertarungan iaitu pertarungan jarak dekat atau digunakan untuk lontaran.
Salah satu lembing lontar yang paling popular ialah Pilum, iaitu sejenis lembing lontar yang digunakan
oleh masyarakat Rom.

Lembing, merupakan salah satu senjata awal yang dihasilkan oleh manusia dan masih
digunakan bagi memburu dan menangkap ikan. Lembing kekal sebagai senjata tentera dalam bentuk
bayonet, dan sebagai tombak ia digunakan dalam pertempuran selewat hingga 1939 (Polish Lancers
menyerang unit Berperisai Wehrmacht).

Pada zaman dahulu masyarakat menggunakan lembing untuk memburu dan juga untuk
berperang. Batang lembing kebiasaannya diperbuat daripada batang kayu yang lurus berukuran lebih
kurang sedepa. Mata lembing kebiasaannya berbentuk seperti pisau dan tajam. Pada awal terciptanya
senjata lembing masyarakat melayu lebih menggunakan lembing yang lebih pendek, rengan dan mata
tajam dihujung lembing tersebut. Oleh hal demikian, perkembangan lembing telah berubah mengikut
peredaran masa, lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa
dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja.

Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan senjata semenjak sekurang-kurangnya


lima ratus tahun dahulu. Pada awal abad kedua puluh, kebanyakkan senjata Melayu telah ditempah
untuk kegunaan pertarungan ataupun untuk pertahanan diri mahupun serangan. Menurut penelitian
para ahli penyelidik yang bijaksana senjata seperti ini kebanyakannya hanyalah terdapat di Asia
Tenggara, khususnya di Kepulauan Nusantara dan kebanyakannya digunakan di tanah Melayu.

6
4.2 Zaman sekarang

Selaras dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami
perkembangan dan perubahan. Pada masa kini, senjata lembing yang bermata lebar seakan daun sirih
digunakan untuk upacara rasmi sahaja berbeza pada zaman dahulu fungsi lembing adalah untuk
memburu binatang dan berperang. Tetapi kini fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang
mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa,
tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni.

Selain itu, pada masa kini lembing juga digunakan kebanyakannya oleh para pengawal
pegawai-pegawai istana dan juga menjadi sebahagian daripada alat kebesaran diraja. Senjata-senjata
ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti
sekarang.

Perubahan perkembangan lembing pada masa kini telah beralih kepada perkembangan
globalisasi yang kini menggunakan peralatan lembing disebabkan mempunyai kepentingan dan fungsi
yang tersendiri. Lembing pada masa kini berubah menjadi lebih kemas, lebih sempurna dan inovatif
dalam pembuatan seni senjata lembing.Lembing pada waktu kini menjadi lebih relevan jika
dibandingkan dengan pada zaman prasejarah dahulu yang hanya menggunakan lembing disebabkan
kegunaan yang sendiri berbanding lembing yang telah menjadi pelbagai fungsi bagi kegunaan
sekarang.

Sekarang dengan adanya alat teknologi yang canggih membolehkan lembing dapat diolah
dengan lebih sistematik seperti penghasilan mata serta batang lembing yang dihasilkan dengan
sempurna dengan menggunakan alatan mesin yang boleh mencantikkan serta mentajamkan senjata
demikian berbanding lembing dahulu yang hanya menggunakan alatan yang tidak sempurna dan tidak
kukuh seperti menggunaan alat yang semulajadi menjadi alatan bagi memburu dan keselamatan diri.

Pada era globalisasi ini , lembing mengalami perubahan yanglebih ketara. Lembing yang
dihasilkan telah mengalami perkembangan yang lebih efisien dan menarik yang beredar mengikut
zaman. Lembing sekarang telah diubahasuai dengan pemikiran seseorang tukang lembing yang boleh
berfikir secara kreatif dengan menghasilkan lembing secara kreatif dan lebih mendapat perhatian
masyarakat untuk memiliki lembing untuk pelbagai kegunaan.

7
5.0 FUNGSI LEMBING

Lembing ialah sejenis senjata yang wujud semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu
atau pemegang yang diperbuat daripada kayu dan dan mempunyai hujung yang tajam yang dipanggil
kepala yang kebiasaanya diperbuat daripada kayu atau logam. Lembing adalah salah satu senjata
yang mempunyai banyak fungsinya dari dahulu hingga ke sekarang. Antara fungsi tersebut ialah:

Senjata Peperangan
Pada zaman dahulu, lembing merupakan salah satu senjata tradisional yang sering digunakan
dalam peperangan. Biasanya senjata ini dilengkapi dengan tameng yang berfungsi sebagai perisai
yang menahan senjata musuh. Lembing sering digunakan masyarakat zaman dahulu ketika terjadinya
perang atau untuk menjaga banteng daripada serangan musuh. Hampir setiap kerajaan di Nusantara
mengunakan lembing. Terdapat bukti yang jelas yang boleh kita lihat di dalam intitusi raja-raja melayu
sekarang yang masih lagi mengunakan lembing sebagai alat kebesaran diraja. Lembing ini masih
digunakan sebagai lambang kekuatan raja-raja. Lembing ini sering digunakan semasa upacara
pertabalan raja-raja uantuk melambangkan kemegahan senjata masyarakat zaman dahulu.

Senjata Pemburuan
Lembing juga mempunyai fungsi sebagai alat pemburuan bagi masyarakat dahulu. Pada
zaman dahulu ketika masyarakat masih mengekalkan cara hidup nomad atau hidup berpindah-randah,
berburu adalah salah mata pencarian mereka dalam kelangsugan hidup. Senjata ini digunakan untuk
menangkap ikan dengan melamparkan lembing pada ikan tersebut. Lembing juga digunakan untuk
meburu haiwan dihutan. Haiwan seperti babi hutan, kijang, dan rusa sering memjadi buruan
masyarakat dahulu sebagai sumber makanan. Haiwan buruan ini diburu secara berkumpulan dengan
mengepong haiwan tersebut dan menikamnya mengunakan lembing. Memburu mengunakan lembing
ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat orang asli di rantau melayu.

Alat sukan
Lembing ini jika diteliti bukan hanya dimiliki oleh satu bangsa malah seluruh bangsa didunia
yang memiliki senjata yang menyerupai lembing yang mulanya digunakan sebagai alat lontaran dan
tikaman dalam pemburuan atau peperangan. Namun semenjak berlakunya perkembangan dalam
kehidupan manusia daripada kehidupan nomad kepada kehidupan bercucuk tanam dan menternak
haiwan. Perkembangan ini memberi kesan kepada aktiviti pemburuan yang menjadi sumber pencarian
dalam kehidupan nomad. Perubahan gaya hidup ini menyebabkan lembing tidak lagi sesuai dijadikan

8
alat pemburuan. Aktiviti ini diolahkan menjadi suatu olahraga yang dipertandingkan. Unsur
memperolehi makan berubah menjadi unsur hiburan dan prestasi individu. Oleh itu masyarakat
sekarang mengunakan lembing ini dalam acara olahraga sebagai sukan permainan lempar lembing.
Sukan ini sering dimainkan di sukan komenwel yang disertai oleh negara-negara komenwel.

6.0 PROSES PEMBUATAN LEMBING

Pada dasarnya pembuatan lembing dan keris hampir sama prosesnya. Oleh itu barang yang
digunakan untuk membuat lembing dan keris adalah barang yang sama. Dalam proses pembuatan
lembing pemilihan bahan yang baik amat penting terutama sekali di dalam proses pemilihan besi untuk
pembuatan mata lembing. Besi yang sering digunakan dalam pembuatan seperti besi Mangangkang,
Pulosani, Balitung dan sebagainya. Hanya mereka yang pakar yang membuat lembing sahaja yang
mengetahui besi yang mana terbaik untuk membuat lembing buatan mereka. Setiap pembuat lembing
mempunyai kemahiran yang berbeza-beza dalam pembuatan lembing. Ada yang menilai fizik dan
warna besi, ada yang yang memukul besi tersebut dan daripada bunyi dentuman besi maka pilihan
dapat dibuat.

Besi yang telah ditentukan kemudian dicairkan dan dibentuk menjadi kepingan besi yang
sesuai bagi mata lembing yang dipilih bagi membentuk kepingan logam aloi. Kepingan besi yang
terbentuk itu kemudian dipanaskan sehingga merah menyala lalu diketuknya diatas paron. Paron ialah
alas untuk menempa besi diperbuat daripada besi dan berbentuk seperti lutut orang. Kepingan itu
diketuk pada kedua-dua bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang kepingan logam itu. Ia diketuk
dan dipanaskan berulang kali sehingga besi menjadi satu.

Gambar 1 Paron.

9
Selepas besi dibakar dan diketuk berkali-kali ia kemudian dipotong. Setelah dipotong bentuk
yang diinginkan seberti bentuk mata lembing tombak, lembing pendek, lembing budiak dan banyak lagi.
Setelah dipotong mata lembing proses dipanaskan dan diketuk akan diulang beberapa kali. Proses ini
diulang sehingga mata lembing terbentuk dengan sempurna.

Gambar 2 Mata Lembing

Setelah selesai pebuatan mata lembing pembuat lembing akan memilih kayu yang sesuai
untuk dijadikan sebagai batang lembing. Batang yang digunakan selalunya diperbuat daripada kayu
kemuning dan kayu nibung. Hal ini jenis kayu ni mempunyai urat yang lurus yang sangat sesuai dalam
pembuatan hulu lembing. Bantang kayu yang dipilih akan dibentuk dalam pelbagai bentuk.
Kebanyakan lembing yang dibina akan berbentuk tirus sedikit pada bahagian hujungnya

10
Gambar 3 Hulu Lembing

Selepas hulu lembing siap dibentuk mata lembing akan dimasukkan ke dalam lubang yang
dibuat pada hujung hulu lembing. Pengikat besi akan dipasang pada perantaraan mata lembing
dengan hulu lembing bagi mengetatkan mata lembing dengan hulu lembing. Selepas siap semua sekali
lembing ini boleh dihiaskan dengan ukiran dan rambu bagi menampakkan lembing lebih menarik.

7.0 CARA-CARA BERMAIN/MENGGUNAKAN SENJATA LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing
terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh
perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam masyarakat dahulu dan
sekarang. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah
Bahu.

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak
zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam
peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun
1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan
dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

11
Lembing ialah sejenis alat yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk memburu
dan berperang sejak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang,biasanya ia diperbuat
daripada kayu. Lembing yang biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat
daripada besi,berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

Lembing merupakan alat yang banyak kegunaannya,ianya boleh digunakan dalam


pertempuran dan memburu dan d zaman moden ini,lembing berubah fungsinya menjadi sebagai alat
kebesaran diraja,sebagai warisan,menjadi sebagai permainan dan sebagai hiasan.

7.1 CARA BERMAIN LEMBING

7.1.1 PERKARA ASAS MEREJAM LEMBING

Merejam lembing amat berbeza daripada aktiviti membaling seperti melontar peluru dan
melempar cakera. Terdapat perbezaan dari bentuk peralatan yang digunakan dan kawasan untuk
bergerak bagi ketiga-tiga sukan itu. Bagi acara merejam lembing, peserta menggunakan aksi
membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tennis.Walaupun
lembing berukuran kecil dan tidak terlalu berat namun tidaklah bererti bahawa ia dapat dibaling
dengan mudah ke arah sesuatu jarak yang tertentu.

12
Mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan untuk menghasilkan tindakan yang
berkesan semasa merejam lembing. -Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan cara untuk
memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri sehingga dapat berlari
sambil merejam lembing. -Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian
yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu
pergerakan badan.

7.1.2 TEKNIK MEMEGANG LEMBING

7.1.2.1 Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari ( dikenali sebagai gaya Amerika )

7.1.2.2 Memegang lembing antara ibu jari dengan jari tengah ( dikenali sebagai gaya finnish

7.1.2.3 Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah ( dikenali sebagai U-GRIP )

Walau apa teknik dan cara yang digunakan , hendaklah memastikan sebahagian dari tapak
tangan (termasuklah jari-jari ) sentiasa bersentuhan dengan balutan lembing itu. Tapak tangan yang
sedang memegang lembing itu hendaklah dihadapkan ke atas.

7.1.3 GAYA MEREJAM LEMBING

Lembing boleh dibawa dengan dua gaya. Gaya yang biasa dan popular ialah Gaya atas
bahu. Dalam gaya ini, lembing dipegang secara berpenjuru merentangi tapak tangan. Peserta juga
harus memegang lembing pada aras yang lebih kurang sama dengan aras telinga dan selari dengan
tanah. Gaya kedua iaitu Gaya sisi dimana lembing dipegang dengan tangan lurus ke belakang.
Lembing berada dibahagian rusuk pada aras pinggang semasa bersedia untuk berlari, semasa berlari
dan sehingga tiba masa lembing dilancarkan.

7.1.4 BERDIRI DAN MEREJAM

Berdiri dengan kaki kiri di hadapan dan lembing ditarik ke belakang. Pastikan lembing
dipegang dengan tapak tangan yang menghadap ke atas dan bahagian siku mengarah ke hadapan.
Kemudian lembing ditarik ke hadapan dan direjamkan ke sasaran yang telah ditandakan.

13
7.2 Cara Bermain Lembing dalam persilatan.

7.2.1 Belajar cara memegang dengan betul dan mesrakan semangat pendekar dengan lembing
yang di pegang.
7.2.2 Bergerak dengan jurus bersama pusingan batang lembing.
7.2.3 Bergerak dengan jurus tikaman dan menggunakan puting batang lembing.
7.2.4 Jurus berputar bersama lembing empat penjuru alam.
7.2.5Menembak` atau rejaman dan lontaran lembing.

Unsur ghaib

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat
berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib.
Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat
membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.

Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri
dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.
Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan
yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama
tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga
dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras
nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulan, senjata tradisional Melayu
sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

14
8.0 TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN LEMBING

Lembing terdiri daripada 3 bahagian iaitu mata lembing, badan lembing dan juga tali pegangan.
Badan lembing dibuat daripada besi dan pada bahagian hujung depan akan dimasukkan sebuah mata
lembing yang kukuh. Kemudian, tali pegangan iaitu yang melilit pada badan lembing berada pada
pusat graviti tetapi tidak melebihi garis tengah badan lembing dari 8 mm. Lilitan tali pegangan lembing
perlulah sama tebal dan bergerigi.

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran
sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai
logam. Lazimnya, mata lembing akan dibentuk menyerupai bentuk pisau dan jarang berduri. Lembing
Melayu ini lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya.

Pada zaman dahulu ataupun lebih dikenali zaman pra sejarah, lembing ini diperbuat dengan
menggunakan peralatan tradisional iaitu mata lembing diperbuat daripada batu. Terdapat berbagai jenis
lembing yang bermata tajam yang turut diperbuat daripada kayu atau buluh. Sejak berkurun dahulu
lagi, lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa serta
menggunakan besi.

Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara
rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah mata yang berbentuk lebar serta
tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing juga digunakan dalam pertempuran dari jenis
yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit yang lebih kukuh.

Manakala dari segi peralatan membuat lembing pula telah berkembang dari segi teknologi
berikutan peredaran semasa. Menurut pak cik Rahim, dalam menghasilkan lembing masyarakat dahulu
kala hanya menggunakan peralatan tradisional seperti penukul, pemahat, pengetam, kapak, parang
dan sebagainya. Sebagai contoh, peralatan tradisional seperti pahat dan pemukul masih digunakan
bagi mengukir corak pada batang lembing. Walaupun demikian, teknologi peralatan semakin maju
ekoran kemajuan teknologi negara. Dalam menghasilkan lembing pada masa kini, peralatan tradisional
telah diganti dengan teknologi moden iaitu pelbagai jenis mesin turut diketengahkan.

15
9.0 NILAI KEUSAHAWAN PADA PENGHASILAN LEMBING

Keusahawanan merupakan salah satu bidang bagi seseorang untuk memajukan lagi sesuatu
produk mereka. Begitu juga seperti Pak Cik Rahim dimana beliau juga ingin mengembangkan hasil
lembing beliau kepada orang ramai. Sewaktu menemuramah beliau, kami telah bertanyakan beberapa
soalan keusahawanan kepada beliau.

Menurut Pak Cik Rahim, pembuatan lembing ini boleh dipertingkatkan sehingga dalam bidang
keusahawanan sekiranya beliau bersungguh-sungguh dalam memajukan pekerjaan beliau. Beliau juga
berpendapat bahawa penghasilan lembing ini mampu untuk memberikan pulangan yang lumayan
kepada beliau. Dalam menghasilkan lembing, beliau menggunakan peralatan moden serta peralatan
tradisional seperti kapak, ketam serta pahat dan penukul bagi menghasilkan ukiran yang diinginkan.
Bagi menghasilkan lembing yang banyak pada suatu masa, beliau lebih banyak menggunakan mesin
daripada peralatan tradisional. Mesin yang digunakan bertujuan untuk membuang bahagian kayu yang
tidak diinginkan dalam penghasilan lembing. Menurut Pak Cik Rahim, dalam kerja-kerja seperti ini
peralatan tradisional juga boleh digunakan tetapi ianya akan mengambil masa yang lama untuk
menghasilkannya. Manakala bagi menghasilkan mata lembing pula, Pak Cik Rahim menggunakan
kaedah memateri kepingan logam bagi membentuk mata lembing.

Menurut Pak Cik Rahim, beliau telah menjalankan kerja-kerja penghasilan lembing ini selama
20 tahun dan beliau merasakan dalam tempoh tersebut masih belum cukup untuk beliau dalam
menghasilkan lembing. Hal ini kerana terdapat juga pengusaha-pengusaha lain yang cuba untuk
meletakkan lembing dalam bidang keusahawanan. Dalam manghasilkan lembing yang berkualiti, Pak
Cik Rahim menghadapi persaingan daripada pengusaha-pengusaha lembing yang lain. Dalam
memajukan barangan warisan kepada orang ramai dengan memperkenalkan barangan tersebut. Pada
pendapat Pak Cik Rahim, beliau boleh memajukan diri dalam bidang keusahawanan dengan
mempelbagaikan barangan warisan seperti congkak, keris, parang, golok dan pelbagai lagi. Di samping
itu, bagi menarik lebih ramai pengunjung membuat lebih banyak tempahan beliau turut meggunakan
pelbagai jenis corak ukiran pada setiap barangan jualan beliau.

16
Walaupun terdapat banyak persaingan daripada pengusaha-pengusaha lain, Pak Cik Rahim
masih lagi berusaha untuk mempertaruhkan lembing ciptaan beliau dalam bidang keusahawanan.
Menurut Pak Cik Rahim, lembing yang dihasilkan oleh beliau adalah sangat berkualiti kerana beliau
menggunakan pelbagai jenis kayu yang berkualiti. Ini menjadikan lembing ciptaan beliau masih
mendapat permintaan orang ramai. Selain daripada itu, beliau juga turut memperkenalkan pelbagai
jenis ukiran yang menarik dimana mampu untuk menarik lebih ramai pelanggan datang membuat
tempahan dengan beliau. Ukiran yang dibuat oleh Pak Cik Rahim ialah ukiran bunga larik, ukiran
bunga cengkih, ukiran bunga tebuk tembus dan pelbagai lagi. Menurut Pak Cik Rahim, keistimewaan
yang ada pada lembing ciptaan beliau mampu menarik orang ramai datang membuat tempahan
lembing dengan beliau. Selain daripada itu, harga yang ditawarkan untuk setiap sebatang lembing
mengikut atas kehendak pelanggan namun begitu harga yang ditawarkan masih lagi berpatutan.

Dalam temubual bersama Pak Cik Rahim, beliau turut berkongsi suka duka sewaktu beliau
memulakan kerja-kerja menghasilkan lembing ini. Menurut Pak Cik Rahim, beliau pada mulanya tidak
mampu untuk menghasilkan lembing dalam kuantiti yang banyak kerana beliau tidak mempunyai
kelengkapan yang cukup dalam menghasilkan lembing. Hal ini terjadi kerana beliau tidak mampu untuk
mendapatkan kelengkapan mesin bagi menghasilkan lembing. Namun begitu, Pak Cik Rahim berusaha
untuk memenuhi permintaan pelanggan. Perkhidmatan Pak Cik Rahim sebagai pembuat lembing tidak
diketahui umum kerana Pak Cik Rahim kurang mengadakan mempromosi lembing beliau. Namun
begitu, Pak Cik Rahim berusaha keras untuk menarik lebih ramai pelanggan membuat tempahan
dengan beliau.

Pak Cik Rahim memilih untuk melakukan pekerjaan ini kerana beliau ingin memperkenalkan
barangan warisan kepada orang ramai terutama golongan muda yang tidak berminat dalam bidang
membuat lembing ini. Menurut Pak Cik Rahim, dengan menghasilkan barangan warisan ini beliau juga
dapat menyebarkan kepada orang ramai bagai mengekalkan barangan warisan seperti lembing ini.
Selain itu, Pak Cik Rahim juga berpeluang untuk memberikan peluang pekerjaan kepada orang muda
dalam bidang ini namun begitu, kebanyakkan mereka tidak berminat dalam bidang ini. Beliau juga
menggunakan kemahiran yang ada pada dirinya untuk menyara kehidupan beliau. Pak Cik Rahim juga
pernah mendapat tempahan daripada Sultan Selangor untuk menghasilkan sebatang lembing bagi
kegunaan Diraja. Beliau mengambil peluang yang ada ini untuk memperkenalkan lembing ciptaan
beliau dan dengan harapan ciptaannya lembingnya mendapat sambutan yang mengalakkan. Pak Cik
Rahim amat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada beliau.

17
10.0 NILAI BUDAYA PADA LEMBING

Budaya merupakan akal dan tindakan manusia. Budaya juga merupakan tatacara hidup yang
dimiliki oleh sekelompok masyarakat dimana yang telah diwariskan secara turun temurun yang
merupakan aspek warisan kepada generasi yang akan datang. Budaya juga boleh dikatakan sebagai
simbolik bagi sesuatu cerita, barangan atau sesuatu peristiwa. Begitu juga dengan pembuatan lembing
ini. Menurut Pak Cik Rahim yang telah ditemu bual beliau mengatakan bahawa lembing juga
mempunyai nilai budaya yang tertentu.

Menurut Pak Cik Rahim, lembing digunakan sebagai senjata dalam budaya berperang.
Sewaktu Nabi Muhamad SAW berperang menentang musuh Islam, baginda dan umat-umat Islam yang
lain menggunakan alat memanah dan alat senjata seakan-akan berbentuk lembing. Selain daripada itu,
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka juga penggunaan lembing dalam berperang turut diamalkan.
Hal ini kerana masyarakat pada waktu tersebut percaya bahawa lembing mempunyai kuasa magis
yang dapat membantu meningkatkan ilmu kepahlawanan seseorang. Tambah beliau juga, pada zaman
dahulu masyarakat percaya bahawa lembing mempunyai pengaruh yang boleh dikaitkan dengan
pemiliknya.

Budaya yang seterusnya ialah budaya dari segi adat atau tatacara untuk memegang lembing
dan menggunakannya. Menurut Pak Cik Rahim, masyarakat dahulu amat mementingkan adat atau
tatacara tertentu yang perlu dilakukan apabila hendak memegang, membawa, cara menggunakannya
dan banyak lagi. Menurut Pak Cik Rahim, untuk memegang lembing masyarakat perlu memulakan
dengan bacaan basmalah terlebih dahulu. Hal ini kerana masyarakat pada zaman tersebut percaya
bahawa lembing mempunyai kuasa yang tertentu. Masyarakat percaya bahawa sekiranya mereka
mengamalkan adat dan tatacara tersebut lembing tersebut tidak akan memakan diri mereka sendiri.

Budaya lain yang dapat dilihat ialah penggunaan lembing sewaktu upacara pertabalan Diraja.
Menurut Pak Cik Rahim, dalam upacara perkahwinan masyarakat pada zaman dahulu kala pengantin
akan memegang lembing sewaktu upacara perarakan masuk pengantin. Kebiasaannya lembing akan
dipegang oleh kedua-dua pengantin dimana pengantin lelaki memegang bahagian hujung hadapan
lembing manakala pengantin wanita pula memegang bahagian belakang hujung lembing. Sewaktu
upacara perarakan masuk pengantin, pengiring pengantin juga turut memegang dan membawa masuk
lembing pada hari perkahwinan tersebut.

18
Menurut Pak Cik Rahim, budaya penggunaan lembing dapat dilihat dari segi keagamaan.
Budaya ini telah diamalkan ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W dimana terdapat hadis yang
mengatakan bahawa sewaktu Nabi Muhammad memberikan ucapan khutbah sewaktu solat jumaat.
Hadis tersebut membawa maksud Imam SyafiI RA berkata: Telah sampai kepada kami (berita)
bahawa ketika Rasulullah SAW berkhutbah, baginda berpegang pada tongkat. Ada yang mengatakan,
baginda berkhutbah dengan memegang tongkat pendek dan anak panah. Semua benda-benda itu
dijadikan tempat bertumpu (pegangan). Ar-Rabi mengabarkan dari Imam SyafiI dari Ibrahim, dari Laits
dari Atha, bahawa Rasulullah SAW jika berkhutbah memegang tongkat pendeknya untuk dijadikan
pegangan. (al-Umm, juz I, hal 272). Masyarakat pada zaman hari ini masih lagi mengamalkan budaya
tersebut dimana sewaktu membaca khutbah jumaat di masjid, Tok Imam akan berdiri di atas mimbar
serta memegang tongkat atau dikenali sebagai busur sambil membaca khutbah.

Nilai budaya yang seterusnya ialah dapat dilihat pada bentuk lembing yang panjang dan
mempunyai mata yang tajam dihujungnya serta corak ukiran yang menarik pada lembing. Mata
lembing yang tajam dijadikan sebagai simbol bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempunyai
pemikiran yang tajam dan tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Manakala batang lembing yang
panjang menggambarkan bahawa warisan lembing ini kekal panjang sehingga ke hari ini dan
menjadikan warisan lembing ini merupakan satu warisan yang menjadi keagunggan di luar Negara.
Begitu juga dengan hari ini, di setiap IPTA atau mahupun IPTS menekankan pembelajaran warisan
lembing yang semakin luput di telan zaman dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Corak
ukiran yang teliti pada batang lembing menggambarkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu
sentiasa melakukan pekerjaan dengan teliti dan kemas.

Budaya yang menjadi pegangan oleh masyarakat pada zaman dahulu masih lagi diamalkan
dan dikekalkan oleh masyarakat sekarang. Budaya ini menjadi pegangan masyarakat dan sangat
mementingkannya. Budaya yang diamalkan ini dikekalkan dan dijadikan sebagai warisan yang perlu
dijaga oleh semua lapisan masyarakat termasuklah golongan muda pada zaman sekarang
terutamanya sewaktu teknologi berkembang seperti sekarang. Sekiranya warisan lembing ini tidak
dapat dikekalkan, nescaya golongan masyarakat pada akan datang tidak dapat mengetahui sesuatu
budaya yang diamalkan oleh masyarakat yang terdahulu.

19
11.0 KESIMPULAN

Lembing merupakan salah satu barangan warisan yang telah diwariskan oleh nenek moyang
kita agar ianya sentiasa kekal, dijaga dengan rapi dan tidak dirampas oleh mana-mana pihak yang
tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana ia merupakan warisan yang telah dijaga dengan rapi. Barangan
warisan ini perlu dipelihara dan diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya
golongan muda. Hal ini kerana dikuatiri akan tenggelam akibat daripada perkembangan teknologi pada
waktu sekarang. Namun begitu, perkembangan teknologi ini mampu dijadikan sebagai salah satu
medium untuk memperkenalkan barangan warisan Negara.

Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengekalkan barangan warisan lembing ini sebagai
salah satu warisan yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, Kementerian Kesenian Dan
Kebudayaan memberikan bantuan peralatan mesin kepada mereka yang menceburkan diri dalam
bidang membuat lembing ini seperti Pak Cik Rahim. Dengan bantuan yang diberikan mereka mampu
untuk menghasilkan lembing yang banyak disamping mampu menjana ekonomi Negara dan dalam
memajukan diri mereka sendiri.

Selain dianggap sebagai warisan, lembing juga boleh terlibat dalam bidang keusahawanan
seperti yang telah dijalankan oleh Pak Cik Rahim. Kebiasaannya, lembing yang boleh dijadikan sebarai
barangan keusahawanan ialah lembing yang telah diinovasikan namun begitu masih lagi mengekalkan
bentuk yang sedia ada dan mengekalkan fungsi lembing tersebut. Melalui inovasi ini mampu untuk
menarik minat ramai orang dalam barangan warisan ini.

Pengekalan lembing ini perlulah sentiasa diambil perhatian yang serius daripada semua pihak.
Bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dengan kerjasama yang diberikan barangan warisan
lembing serta barangan lain mampu dijadikan sebagai adat serta tatasusila untuk generasi akan
datang.

20

Anda mungkin juga menyukai