Anda di halaman 1dari 19

JCEA 2317

PENGURUSAN MUZIUM, ARKIB


DAN GALERI
OLEH
PROF. DATO DR. OTHMAN YATIM
KULIAH PENGENALAN
Apa dia pentadbiran?

Apa dia pengurusan?

Apa dia Muzium, Arkib dan Galeri?
Pengurusan dan Pentadbiran secara umunya
melibatkan

- Material (bahan)

- Manpower (sumber manusia)

- Money (kewangan)

atau 3M
Dalam kes kita bahannya agak berlainan iaitu
institusi seni, ia berkaitan dengan

- Sesuatu yang nampak dan yang tak nampak

- Spiritual

- Nilai-nilai

Lantaran itu cara pentadbiran dan pengurusannya
berbeza.
Sementara pengurusan muzium, arkib dan
galeri melibatkan 6M

- Mengumpul
- Mendaftar
- Memelihara (pulih dan pelihara)
- Menyelidik
- Mempamir
- Mendidik


Bagaimana untuk mentadbirnya atau
mengurusnya?

- Dahulu

- Sekarang

Siapa dia pentadbir seni
Siapa dia pengurus seni

- Seni tampak muzium, galeri dan arkib dan
sebagainya Kurator dan sebagainya
- Seni persembahan Choreographer dan
sebagainya.

Mereka adalah golongan birokrat / profesional
- Kita kekurangan golongan ini

Tugas mereka antara lain melibatkan
pengumpulan, pemeliharaan dan pemasaran
hasil seni tersebut.

- Siapa yang terlibat
- Sumber kewangan
- Promosi
- Publisiti


Masa depan institusi seni

- Dalam konteks pembangunan negara

- Dalam era teknologi maklumat (IT)

- Dalam era globalisasi


Persoalannya apakah sumbangan anda nanti
sebagai pentadbir atau pengurus institusi seni
pada masa akan datang.
Minggu 1
Definisi : arkib, muzium dan galeri. Ia akan
menyentuh tentang sejarah perkembangan
ketiga-tiga institusi ini daripada suatu kegiatan
tidak formal kepada memiliki kepentingan
nasional bagi sesebuah negara.
Minggu 2 dan 3
Perolehan : Menerangkan konsep dan kaedah
perolehan bagi institusi berkenaan. Pelbagai
kaedah seperti pembelian, derma, pertukaran
dan undang-undang yang melindungi perolehan
institusi ini akan dibincangkan secara
mendalam. Condition report, teknik,
pemerhatian artifak dan memerhati kelemahan
dan kecacatan artifak.
Minggu 4
Penyelidikan Awal : Mengkaji latar belakang
sejarah, diskripsi fizikal dan historiografi,
maklumat daripada pembeli dan kaedah-kaedah
perbandingan maklumat akan diperkenalkan.
Minggu 5 dan 6
Penyimpanan : Merekodkan kaedah dan teknik
asas penyimpanan artifak, preventif dan kuratif.
Persediaan tempat dan bahan keselamatan.
Pengajaran ini akan memerhatikan aspek
penyimpanan di dalam bilik stor, penyimpanan
di dalam ruang pameran dengan menimbangkan
aspek keselamatan artifak daripada di akses oleh
pelawat dan penyimpanan untuk tujuan
peminjaman / packing system.
Minggu 7 dan 8
Pameran dan Penyelidikan serta penulisan write-
up dan caption. Menerangkan kaedah
persembahan dari aspek nisbah besarnya artifak
dengan kotak pameran, teknik pemasangan dan
pengaturan artifak di ruang galeri, grafik dan
teknik lampu dan saiz tulisan.
Minggu 9 dan 10
Pemuliharaan : Memperkenalkan kaedah-
kaedah pemuliharaan preventif dan kuratif.
Penyediaan ruang dan peralatan pemuliharaan.
Pemuliharaan tekstil, tembikar, bahan organik
yang lain seperti kraf logam-logam akan
diterangkan secara teori.
Minggu 11 dan 12
Perkhidmatan dan Pemasaran : Menerangkan
aspek-aspek perkhidmatan pendidikan
kepakaran dan tujuan asal muzium sebagai non
profit making organization. Pendedahan akan
dibuat kepada aspek pemasaran agar dapat
bersaing dengan institusi lain. Kaedah-kaedah
pemasaran yang boleh dilaksanakan dalam
bidang ini termasuk jaringan kerja, pameran-
pameran bersifat global dan penglibatan
korporat dan komersialisasi.
Minggu 13
Muzium dalam era IT dan Globalisasi melihat
kerelevanan muzium dan institusi seni, budaya
dan sejarah yang lain pada masa yang akan
datang.
Minggu 14
Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai