Anda di halaman 1dari 33

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Seni Catan Cina. Ditinjau dari aspek kebudayaan dan kesenian.

1.

Pendahuluan Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di Negara ini. Peratusan

masyarakat Cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk nagara yang seramai 19.66 juta orang. Masyarakat Cina turut menyumbangkan ke arah kemajuan Negara sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran ataupun sosial. Dengan erti kata lain, masyarakat Cina telah bersama-sama menggembleng tenaga dengan kaum lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara makmur dan maju. Pada umumnya terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Cina dengan masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina mempunyai amalan budaya dan falsafah hidup tersendiri yang dianggap sebagai satu fahaman yang amat unik dan berguna dalam usaha membina masyarakat harmoni dan negara yang aman damai. Salah satu pencapaian yang membantu kecemerlangan kebudayaan Cina ialah ketinggian bidang keseniannya. Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. Malangnya, seni catan Cina kian makin kurang dapat sambutan dari generasi muda kerana menganggap ia sesuatu kemahiran yang sukar dipelajari terutama dalam kemahiran menguasai kuantiti air dalam sesebuah catan. Teknik melukis dan menulis kaligrafi pada

catan memerlukan kesabaran dan ketekunan membuat latihan berulangulang sehingga mencapai penghayatan estetik yang maksimum. Secara tidak langsung,
generasi muda sekarang lebih tertarik kepada catan gaya barat dimana tidak mempunyai banyak prinsip dan penentuan struktur seperti catan Cina dalam menjana idea untuk berkarya. Sebagai bukti, galeri seni yang terdapat di Jalan Tan Cheng Lok, Melaka kebanyakkannya galeri seni halus berunsur barat. Jarang sekali kita dapat menemui galeri seni Catan Cina. Tambahan pula dalam zaman mengejar era teknologi dan sains, kerajaan telah merancangkan pelbagai program dalam usaha membina Negara ke arah kemajuan bertaraf antarabangsa. Salah satu program ialah menjadikan bahasa Inggeris

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

sebagai bahasa kedua di sekolah, pelajar digalakkan mengguna dan mempelajari bahasa Inggeris, lama-kelamaan bahasa Cina makin merosot maka tidak hairanlah generasi sekarang tidak mahir dalam menulis kaligrafi Cina dan tidak dapat menghayati keindahan catan Cina yang membawa beribu makna. Tujuan penyelidik mengadakan tinjauan ini antara sebabnya ialah: i. Masyarakat Cina percaya

ajaran

Konfusius

dan

Taoisme

merupakan ajaran falsafah yang amat penting dalam kehidupan.


Kedua-dua menekankan keharmonian manusia dengan alam semula jadi dan penekanan terhadap pembinaan perwatakan manusia. Dalam usaha membina kemajuan dan keamanan Negara, falsafah ini harus disebarkan dan dilaksana oleh seluruh rakyat Malaysia melalui pembelajaran seni catan Cina.

ii.

Catan Cina mempunyai corak, bentuk dan struktur yang tersendiri

dan membawa simbol yang sungguh bermakna dan ia harus


difahami dan dipelajari dalam usaha meningkatkan nilai murni pada

minda dalaman individu serta memupuk jati diri seseorang.


iii. Memupuk generasi muda menyedari dan menghormati budaya bangsa lain dalam multisociety dan akhirnya rakyat Malaysia dapat menjangkau ke pengkalan multikulturalisma.

2.

Konsep Kebudayaan dan Kesenian

2.1

Kebudayaan

Kebudayaan adalah satu konsep yang amat sering digunakan tetapi tidak mudah dimengertikan. Ini ialah kerana takrif biasanya seperti yang digunakan oleh masyarakat umum agak berbeza dari pengertiannya apabila digunakan sebagai konsep ilmiah yang digunakan dalam sains sosial. Kebudayaan biasanya didefinisikan sebagai keseluruhan cara-cara hidup satu-satu masyarakat dan kebudayaan adalah cetusan dari pemikiran manusia. Unsur-unsur penting

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

dalam kebudayaan ialah pengetahuan, gagasan, kepercayaan, adat resam, norma dan nilai, undang-undang, perlakuan, bahasa, kesenian dan segala yang berkaitan dengan peraturan hidup yang dicipta oleh manusia. Menurut Abdul Latiff Abu Bakar (1996:14-16) kebudayaan membawa pengertian kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang atau usaha atau daya mencipta atau berfikir dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Secara keseluruhannya, menurut Tjetjep Rohendi Rohidi, kebudayaan adalah satu sistem yang terdiri daripada nilai, kepercayaan, pengetahuan yang digunakan sebagai prinsip atau panduan kepada sekelompok masyarakat tertentu dengan corak yang khas dan unik. Perkataan budaya lahir dari cantuman dua perkataan iaitu Budi dan Daya. Budi bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala Daya bermaksud tenaga, kekuatan atau kemampuan. Maka cantuman dua perkataan ini memberi erti segala yang dihasilkan oleh manusia melalui gembelingan di antara tenaga serta kemampuan manusia bersama akal dan kebijaksanaannya. Berdasarkan beberapa pandangan tokoh, ciri pertama kebudayaan ialah setiap kebudayaan dicipta dan didokong oleh manusia. Tanpa manusia maka tidak ada kebudayaan. Manusia mencipta kebudayaan untuk memenuhi naluri semulajadinya dan untuk mencapai kemajuan. Manusia juga mencipta kebudayaan dengan tujuan berinteraksi dengan alam sekitar fizikal dan sosialnya secara lebih harmonis. Dan manusia mencipta kebudayaan untuk dijadikan panduan dan peraturan hidup supaya semua individu dapat disepadukan ke dalam masyarakat. Ciri kedua ialah dinamik. Kebudayaan biasanya tidak statik tetapi sentiasa menjalani perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh kemajuan manusia hasil dari interaksi dengan alam sekitarannya yang turut berubah. Ciri ketiga ialah akumulatif. Kebudayaan sentiasa berada dalam keadaan bertimbun tambah kerana perkembangan pemikiran dan peningkatan daya cipta manusia itu sendiri. Ciri keempat ialah kesinambungannya di antara satu zaman dengan satu zaman yang lain di dalam kehidupan manusia. Kebudayaan tidak putus kerana ianya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain menerusi proses pembelajaran atau sosialisasi.

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Ciri akhir ialah ketidakseragaman. Di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, ada kebudayaan yang memberi identiti kepada satu-satu kumpulan etnik. Maka kebudayaan ini dipanggil sebagai kebudayaan etnik (kebudayaan local). Ada pula aspek kebudayaan yang dikongsi antara satu bangsa dengan bangsa lain yang dipanggil kebudayaan pasar dan kebudayaan yang bersifat kontemporary dimana pelbagai kaum hidup dalam satu masyarakat dan berkongsi kebudayaan bersama iaitu kebudayaan kebangsaan atau kebudayaan nasional. Berdasarkan penerangan Prof. Tjetjep Rohendi Rohidi, ciri ketidakseragaman dapat digambarkan seperti model-model berikut:

Kebudayaan Local

Kebudayaan Pasar

Kebudayaan Nasional

Kebudayaan Local

Kebudayaan Pasar

Kebudayaan Nasional

2.2

Seni dalam konteks kebudayaan

Apa itu seni? seni ialah tatacara hubungan manusia dengan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Bentuk-bentuk itu meluaskan penghayatan keindahan dan mencapai tahap kepuasan apabila kita mampu mengapresiasi secara kesatuan antara hubungan yang formal dengan persepsi penghayatan (Herbert Read, 1959:16) Ibn Khaldun menghuraikan kesenian itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ekstetika mengandungi unsurunsur kecantikan, baik susunannya mahupun kekesanannya secara total. Ini melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. (Md. Nasir Ibrahim, Iberahim Hassan, 2003:119)

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Menurut Tjetjep Rohendi Rohidi (2000:10-17) hubungan antara kesenian dan kebudayaan ialah kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan. Fungsinya serupa dengan kebudayaan adalah sebagai pedomen hidup sesuatu masyarakat. Ia memberi panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan dengan keindahan. Selain memberi manfaat yang besar terhadap seniman atau pencipta dalam proses artistik, penghayat seni dalam soal mengapresiasi nilai estetik turut merujuk kesenian dalam aktiviti mengkritik. Kesenian sebagai unsur kebudayaan sering dibicara oleh para pakar atau seniman sendiri. Menurut mereka kesenian berkait rapat dengan kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kesenian yang sering dihubungkait dengan kebaikan bahkan kebenaran kerana seni dapat dilihat sebagai lencana bagi kebenaran moral mahupun etika kebaikan. (Y. Sumandiyo Hadi, 2000:17-18)

3.

Seni Lukis / Catan Cina 3.1 Sejarah seni catan dalam masyarakat Cina

Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru

putih merupakan salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam
bidang kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina. Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan. Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni dikatakan barangan ekonomi kerana ia memerlukan masa dan wang bagi

mengeluarkannya. Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya merupakan subsistem bagi kebudayaan. Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap catan Cina dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni. Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke sini pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai catan Cina. Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini.

i.

Catan Dinasti Tang Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 907) dan kebanyakan terdiri

dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan. Masa ini dipanggil golden age (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura. Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman yang mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai lukisan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam kesusasteraan. Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun strok nya ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei. ii. Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279) Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan. Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis yang agak sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan beliau juga seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang paling tinggi pada zamannya. Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis. Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih (1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam literati painting (lukisan yang ada sajak). Perkembangan seni lanskap bermula dengan pesatnya sepanjang abad ke sepuluh hinggalah ke 13 iaitu semasa Dinasti Lima dan Dinasti Sung. Pelukis lanskap yang hebat di Utara melukiskan gunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luas, manakala rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai Yangtze pula memaparkan bukit-bukau rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi awan, saling terpisah oleh tepian pantai yang memanca. Pelukis-pelukis lain yang terkenal seperti Chou Chee Chang, Lin Ting Tsung, Mei Fei dan lain-lain lagi.

3.2

Bahan dan Alat

Dalam seni catan Cina bahan yang digunakan ialah: 3.2.1 Dakwat - Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. Ink Cake yang diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud pada abad ke 4 T.M. Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju tidak menggunakan bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada dakwat Cina, ink stone dan

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

atick stone. Apabila ink cake digiling dengan air, dakwat segar yang terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang bergantung kepada kuantiti air yang digunakan. Dakwat tersebut adalah begitu halus seolah-olah gambar foto, mutu dakwat boleh ditentukan dengan melihat samaada ia merebak diatas kertas atau sutera apabila direndam berulang kali. Bagi orang Cina dahulu menilai dakwat adalah seperti emas. Contohnya ink cake yang bertarikh 1368 1644 (Dinasti Ming). Sejenis dakwat lagi yang diperbuat daripada minyak biji pokok Tung dan Laker. Dakwat ini lebih hitam daripada dakwat lain dan ia lebih digemari oleh pelukis moden. 3.2.2 Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah sutera dan kertas sebagai penyokong. Kebolehan ulat sutera menghasilkan sutera telah diketahui pada zaman Neolitik. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika Dinasti Sung (960 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga telah digunakan secara meluas. Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding dengan sutera. Berus Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah jenis proto brush. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle 3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera daripada abad 4 B.C dan atas batu nisan dan dinding daripada abab 12 A.D. Jika digunakan oleh pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar dawai ataupun sehalus benang. Antara

3.2.3

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbezabeza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa pelukis. Daripada hasil karya pelukis terkenal didapati berus adalah seperti sambungan kepada tangan pelukis-pelukis dan amat responsif terhadap jari, pengelangan tangan serta lengan.

3.3

Gaya Pai Miao Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan kematangan garisan serta ton gelap yang memberi kesan form Gong bi Lebih kepada realistik, teliti dan menyelupai benda yang sebenar. Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu ditekankan. Xieyi Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa itu. Contoh-contoh gaya seni catan Cina

Terdapat tiga gaya dalam seni catan Cina iaitu: 3.3.1

3.3.2

3.3.3

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

QuickTime an d a TIFF ( LZW) dec omp ress or ar e need ed to s ee this p icture .

Pai Miao

Gong bi

Xieyi

3.4

Teknik

Teknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja penghalusan menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus. Latihannya bermula dari pemahaman tentang cara memegang berus. Biasanya bermula dengan menggunakan berus berbulu kambing yang keras, mala apabila menjadi mahir dengan bulu kambing, bulu lain menjadi mudah digunakan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan berbagai brush stroke yang berlainan (lampiran 1). Brush stroke boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu central Point dan slanting Point. Dalam catan, berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah kepekatan yang dikehendaki. Pilihan jenis sutera dan kertas menunjukkan gaya dan teknik artis. Kepelbagaian jenis kertas memberi pilihan yang lebih banyak berbanding sutera kapada artis. Jenis kertas yang paling digemari oleh pelukis dapat menambah satu lagi demensi pada brush stroke, iaitu kedalaman. Ini terhasil apabila dakwat dan warna meresap ke dalam permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang basah dan kering dapat menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih kelihatan lembab dan segar. Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan mencampur air ke dalam dakwat serta pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk teknik catan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan kesan stroke seperti titik, gosok berkedut-kedut, celup dan tarik (lampiran 1). Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke titik sahaja dapat

10

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan mala juga penggunaannya (lampiran 1). Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung dikenali sebagai titik-titik Mi.

3.5

Penggunaan warna

Biasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi trend utama dalam seni catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan atau sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu kecantikan berus dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi sesebuah lukisan dan senang meyampaikan pemikiran artis. Jenis jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut:

1. Rouge Tint Merah pipi

2. Indigo Biru nila

3. Gamboge Tint Kuning rotan

4. Carmine Merah tua / merah gincu

5. Cinnabar Tint

6. Burnt Sienna

Merah gelap seperti darah Coklat burung pipit. yang hampir kering.

7. Phthalocyanine Hijau kebiruan

8. Vermilion Tint Merah tua

9. Black Hitam

3.6

Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina

Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi kelaziman dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam warna:

11

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

3.6.1

Qing (warna hijau)

Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran dan berharapan.

3.6.2

Hong (warna merah)

Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita atau gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.

3.6.3

Huang (warna kuning)

Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul kebudayaan Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan agama, warna kuning juga dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya memakai jubah kuning.

3.6.4

Bai (warna putih)

Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat dengan bunga teratai.

3.6.5

Hei (warna hitam)

Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang tidak aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam

12

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib suae (malang). Ia dianggap kurang sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan dan bahagia. Bunyi Hong juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang.

3.7

Membina Struktur Catan Lanskap

Binaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelajar melukis dan memahirkannya. 3.7.1 Pembahagian objek utama dan sekunder

Dalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang dikatakan sebagai objek utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek utama. (lampiran 2) 3.7.2 Memberi dan menerima

Pemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan. (lampiran 3) 3.7.3 Adanya sifat nyata dan kabur

Sifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4) 3.7.4 Adanya tempat kosong

Meninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu lukisan yang dikatakan elegent. Peninggalan ruang kosong juga dapat membezakan lapisan lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti dalam menapis alam semula jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak yang jauh lebih jauh dan ruangan yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran 5)

13

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

3.7.5

Adanya padat dan jarang

Stroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku. (lampiran 6)

3.8

Cop / mohor

Setelah siap melukis dan mewarna, langkah yang paling akhir ialah meletakkan cop / mohor peribadi dan sajak mewakili mesej yang ingin disampaikan. Tempat meletak cop dan sajak juga ada peraturannya. Ia perlu diambil berat dari segi keseimbangan rung dan keharmonian keseluruhan struktur lukisan. Tandatangan dan cop kepada hasil seni masing-masing. Inskripsi yang nyata ini adalah satu deklarasi ekspresi diri dan

personaliti artis, bukannya satu penghormatan kepada pihak berkuasa dan bukan juga sebagai tanda dagangan (trademark) barangan untuk ditukarkan dengan beras atau arak.

3.9

Perspektif

seni catan lanskap mempunyai interaksi ruang (spatial relationship) yang dipanggil the three distances. Ini didefinisikan oleh Kuo seperti berikut : (1) Perspektif dari kaki gunung melihat ke puncaknya atau dipanggil high distance, (2) perspektif dari depan (frontal plane) gunung melihat ke belakang (rear plane) atau deep distance dan yang ketiga level distance iaitu perspektif dari kawasan berdekatan gunung melihat ke arah jauh (Ketiga-tiga perspektif ini juga dirujuk sebagai tinggi (height), dalam (depth) dan lebar (breadth)). Level distance seperti yang didemonstrasikan oleh Kuo Hia, bergantung kepada satu siri dataran-dataran menurun (receding plane) yang merentangi secara horizontal dari kanan ke kiri (dalam kes ini) atau dari kiri ke kanan (lampiran 7). Untuk ilustrasi deep distance sila lihat Kao Ko-ming Streams and Hills Under Fresh Snow di mana pemerhati dibawa ke dalam isi perut hutan dalam satu gerakan yang bersudut tepat dengan permukaan kertas (lampiran 8). Bagi contoh high distance pula sila lihat Wen Pojen Dwellings of the Immortals amid Streams and Mountains di mana garis penglihatan bergerak secara semulajadi dari bawah ke atas lukisan itu. Pemerhati terasa seperti mendaki dari kaki gunung ke puncaknya. (lampiran 9)

14

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

3.10

Simbol dalam catan cina

Catan Cina yang bersifat simbolik paling diminati dalam masyarakat Cina. Simbol mempunyai pengertian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah, universal dan mudah difahami. Simbol berasal dari perkataan Greek Symbolon atau tanda iaitu sesuatu imej atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang dan tanda. Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol. Menurut Budiono Herusatoto (1985: 10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan. Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai haiwan yang bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol. Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14) menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang. Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai significance form dalam sesebuah karya seni. Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979: 3) bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti dan mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya.

15

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Konfucius berkata: Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain, iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kirakira. Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan dalam seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau mesej yang tersirat. Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:

3.10.1 Motif flora Motif Catatan i. Shi liu (Delima)

Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina seed (biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif
QuickTime an d a TIFF (LZW) decomp ressor are need ed to see this p icture .

buah

delima

yang

disulam

dengan

motif

delima

dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.

ii.

Mei Hua (Plum Blossom)

Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolaholah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan

16

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala
QuickTime an d a TIFF ( LZW) dec omp ress or ar e need ed to s ee this p icture .

lumrah

kehidupan.

Kehidupan

baru

dan

kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai sifat seperti bunga plum.

Motif iii.

Catatan Song (Pokok Pine)

Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan
QuickTime and a TIFF (LZW) deco mpressor are neede d to se e this picture.

istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik, rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan manusia sendiri.

17

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

iv.

Mou Tan (Bunga peony)

Digelar sebagai Permaisuri Bunga kerana kemewahan warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan kegembiraan.

Motif

Catatan

v.

Liu (Pokok Willow)

Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai menggunakan kuasa menyucikan dahan (dewi Kuan Yin untuk

setangkai

willow

menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan) digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18.

18

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk

berkahwain.

vi.

Ju (Buluh)

Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan, ketahanan, kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik
Quic kTime and a TIFF ( LZW) deco mpr essor ar e neede d to se e this picture.

kerana namanya sama dengan perkataan permintaan.

19

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Motif vii.

Catatan Lian Hua (Bunga teratai)

Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi semangat yang tidak dapat dicemari, membesar dengan akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga teratai mempunyai dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah perkataan yang sama maksudnya dengan kedamaian dan keharmonian dan yang kedua bermaksudnasib baik yang berulang.

3.10.2 Motif fauna Motif fauna dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian, beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka. Islam melarang penggunaan perlambangan manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif fauna dalam masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik, biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Contoh-contoh motif fauna adalah seperti berikut:

20

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Motif

Catatan

i.

Long (Naga)

Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu


QuickTime and a TIFF (LZW) decompressor are needed to see this picture.

digunakan

dan

amat

mustahak

dalam

perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa

transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk mendapatkan disc (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di Beijing Forbidden City. Menurut mitos lama, Yu, nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia. Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan perlindungan.

ii. Kuda
QuickTime an d a TIFF (LZW) decomp resso r are need ed to see this picture .

Ma (Kuda) dikait rapat dengan ketenteraan dan

kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih secara legenda dikait dengan pengangkutan agama Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak mencecah tanah.

21

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Motif

Catatan

iii.

Feng Huang (Phoenix)

Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang
QuickTime an d a TIFF (LZW) decomp ressor are need ed to see this p icture .

terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang berwarna-warni melambangkan kecantikan,

kemewahan dan baik hati.

iv.

Tie (Rama-rama)

Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan peringatan. Oleh kerana bunyi rama-rama ini serupa dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia juga dianggap sebagai simbol panjang umur.

22

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Motif

Catatan

v.

He (Burung Bangau)

Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita dongeng masyarakat Cina, burung bangau ini dikatakan boleh membawa tuah dari nan hai sian tau iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga melambangan pegawai tinggi di dalam istana China (politik).

vi.

Li Yu (Ikan Kap)

Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu (keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana dipercayai semulajadi. kebal daripada kematian secara

Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Batu-batu dan gunung-ganang yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian,

23

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

kestabilan, kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama dan apabila disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang baik.

4.

Gaya dan teknik seni catan Cina berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Cina Seng Yan Chuan dan Fan Pik Wah dalam kertas kerja mereka yang berjudul

Tamadun China: Kesenian dan Kaligrafi, Bengkel Pengajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 16 April, 1998, Kuala Lumpur: Universiti Malaya menjelaskan tentang seni lukis dalam tamadun China banyak dipengaruh oleh falsafah orang Cina. Falsafah masyarakat orang Cina berkait rapat dengan ajaran Taoisme dan Confuciusnisme. Taoisme sebenarnya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam persekitarannya. Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah kuno yang hidup pada abab ke-5 S.M. Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang wujud di dunia ini dijadikan dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan lanskap Cina, binaan struktur juga dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila ada langgit mesti adanya bumi (gunung ganang), pokok dilukis dalam keadaan memberi dan menerima, begitu juga objek ada yang nyata dan ada yang kabul. Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang saling bertentangan dikenali sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan mempunyai asal usul Austronesia China Selatan (Needham, 1956:275). Yang mewakili unsur positif dan Yin pula adalah lambang yang negetif. Dalam kehidupan menusia, lelaki mewakili Yang kerana memiliki ciri-ciri yang baik. Perempuan mewakili Yin kerana memiliki ciri-ciri negetif dan pasif seperti lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak terkawal. Jadi, dalam masyarakat orang Cina lebih mementingkan dan memandang tinggi terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki diberi peluang belajar dan bergembara, oleh sebab itu kebanyakan pelukis adalah terdiri daripada kaum lelaki.

24

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat sementara. Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup penganut Tao. Ajaran Tao

mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak cuba menentang segala ketentuan alam. Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan, mereka cuba mencantumkan keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata dengan apa yang dibuat oleh tangan. Ia mermelukan juga kemahiran yang agak istimewa. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan latihan yang bersungguh-sungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan alam ini. Di dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, Lebih sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara. Umpamanya: Akar pelukis memikirkan sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas yang mungkin. Dengan adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian dapatlah mengagak. Agakan ini merupakan penerokaan di dalam dunia yang putus-putus, yang tidak tersudah, yang berlalu sehingga terjumpa suatu sudut suci zaman kebayian, ketika yang ajab dimana masa telah dibekukan dan dunia diaturkan dengan selamat, sama seperti imej yang terlukis itu sendiri. Confucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung dengan orang, hidup sebagai anggota masyarakat disebuah negara. Agama Confucius telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ia menjadi sebahagian daripada kepercayaan norma dan peraturan yang perlu diikuti oleh orang Cina. Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 sebelum masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang Tsai. Mereka mempunyai sembilan anak perempuan dan kepingin seorang anak lelaki. Masyarakat Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu meletakkan kaum lelaki pada kedudukan yang lebih utama dan dominan. Seperti mana yang telah dibincangkan di atas kaum lelaki berpeluang belajar dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakkan pelukis pada zaman dahulu pernah mengalami kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka membawa diri merantau untuk mencari ketenangan. Melukis merupakan satu cara untuk mereka meluahkan perasaan dan meyampaikan falsafah diri melalui hasil karya lukisan. Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti yang tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia. Terdapat beberapa

25

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep Lamgit-bumi, Jen, Chun Tze, Li, dan Konsep Kesederhanaan.

4.1 Konsep Langit-bumi Langit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di langit, jadi pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu dengan melukis keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan ajaran sebegini masyarakat Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak berbalah, berkrisis dan tidak berebut kepentingan di duniawi. Kekuatan itu bukan datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau pun alam mistik, tetapi wujud di dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita dapat membaca sanubari seseorang pelukis.

4.2 Konsep Jen atau perikemanusian Seseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen tidak mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan pengorbanan untuk memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha, dan melakukan kerja untuk kebaikan masyarakat keseluruhan. Dengan adanya sifat Jen, pelukis melukis alam semula jadi yang dipaparkan di kaca mata pelukis dengan seberapa benar atau seberapa asli yang mungkin. Mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen adalah bersifat sejagat dan keunivesalannya berupaya menyatupadukan manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang serupa.

4.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agung Manusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia dapat hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap sederhana dan segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze merangkumi sifat-sifat baik seperti merendah diri, jadi dalam lukisan seni lanskap Cina didapati manusia atau objek ciptaan manusia biasanya bersaiz kecil jika dibandingkan dengan keagungan alam. Mereka yang

26

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

memiliki peribadi Chun Tze tidak mudah putus asa atau kecewa serta bersedia berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Kejayaan tidak mendatangkan rasa bongkak kepada dirinya. Kegagalan tidak pula mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun Tze akan melahirkan manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia dapat hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat menghasilkan lukisan yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya melahirkan satu perasaan ketinggian dan isipadu (volume) yang besar.

4.4 Li atau Keserasian Manusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta serta sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis biasanya berilmu dan berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya sajak yang ditulis menggunakan ayat dan makna yang baik. Sajak itu biasanya memberi ajaran atau memberi didikan moral kepada si pemerhati. Contohnya dalam Orchids on rocks boleh diterjemahkan seperti berikut: Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung; Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung: Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga; Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan.

4.5 Kesederhanaan Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam melakukan sesuatu. Kesederhanaan membolehkan seseorang berada dalam ketenangan dan dapat membuat pertimbangan yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk seseorang pelukis semasa menjalankan aktiviti melukis.

27

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

5.

Kesimpulannya Masyarakat Cina adalah memandang tinggi kepada bidang seni lukis. Seni ini

dianggap sebagai suatu alat yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka seharihari. Lukisan pada mereka adalah satu makanan dan baja rohani. Kadang-kadang pelukis boleh leka duduk berseorangan sambil memandang lukisan-lukisan yang digantung pada dinding, tambahan kepada mereka yang gagal dalam kehidupan, lukisan tertentu yang sebatin sejiwa dengannya, adalah memainkan peranan yang amat penting. Kerekter orang-orang Cina berlainan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka melukis mengikut cara mereka tersendiri dan jarang dipengaruhi oleh bangsa lain. Mereka mementingkan erti dan maksud lukisan dan tidak pada rupa lukisan itu. Oleh itu, lukisan orang-orang Cina ringkas pembinaannya. Tetapi kalau sebuah lukisan itu disediakan rangkapan pantun atau puisi oleh pelukisnya, maka senanglah peminatpeminatnya menentukan maksud sebenar lukisan itu. Asas seni catan Cina tidak boleh lagi diasingkan kepada lukisan, penulisan kaligrafi dan puisi. Kini ia adalah idea puitis yang diekspresikan melalui berus-berus dan dakwat. Artis mempunyai pilihan: menulis puisi dan mempersembahkannya dalam bentuk kaligrafi, atau menghasilkan lukisan tanpa perkataan tetapi mempunyai emosi yang puitis. Semua yang dipelajari baik daripada segi stail dan tradisi, segala yang diperhatikan dalam alam semulajadi pelukis, dan semua pengalaman hidupnya boleh dihasilkan semula dengan berus dan ditinggalkan sebagai bukti melalui penggunaan dakwat. Dengan demikian, hasil-hasil kerja yang terbaik akan sentiasa berada di tempat yang tinggi bersama-sama kabus dan awan, seperti mana yang biasa dilukis oleh artis seni catan lanskap Cina.

28

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

CARTA GRAFIK SISTEM KEBUDAYAAN

Organisasi

Kekerabatan/ Sosial

Bahasa

Teknologi

Kebudayaan

Religi

Ekonomi

Kesenian

Seni Catan Cina

29

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

MODAL KAJIAN SENI CATAN CINA

MATA PENCARIAN
Catan dijual untuk menyara hidup

ORGANISASI
Maharaja memberi sokongan penuh, pelukis biasanya mempunyai pengalaman hidup yang pahit

BAHASA
Ada sajak yang menggunakan bahasa tinggi untuk sampaikan masej

KESENIAN Catan Cina

TEKNOLOGI
Dakwat yang mempunyai
mutiara, Sutera berkualiti tinggi

SISTEM PENGETAHUAN Symbol yang mempunyai makna tersendiri

RELIGI
Tao Confucius

30

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Rujukan

___________. 1995. Spirit-Calligraphy & Painting. China: Jundical Person. ___________. 2001. Six Centuries Of Islamic Art In China. Kuala Lumpur: Islamic Arts Museum Malaysia. Hal. 57 73 ____________, 2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Latif abu Bakar. 1996. Melaka Bandar Raya Bersejarah Negeri Berbudaya. Artikel Dewan Budaya. hal.14-16 Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor dan Zulkanain Abd. Rahman, 2000. Siri Sejarah Fajar Bakti: TITAS 2. Selangor: Farjar Bakti. hal. 244 247 Boris Parnickel & Para Penulis; 1997. Kebudayaan Nusantara: Kepelbagaian Dalam Kesatuan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 110 115 Cheu Hock Tong. 2000. Confucianism In Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Dick Hartoko. 1984. Manusia dan Seni. Yogyakarta: Kanisius. hal. 73 - 76 Editor:Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan seni Visual dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hamidah Abdul Hamid. 1995. Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 50 82 Hanapi Dollah & Lokman Mohd. Zen; 1995. Kebudayaan Melayu Di Ambang Abad Baru. Kuala Lumpur: Jabatan Persuratan Melayu UKM. Hal. 217 221 Jasman Ahmad & Rosnah Ramli. 1997. Masyarakat Cina: Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. hal. 1 3 Joseph Chan. 1953. Chinese Brush Painting; A Pratical Guide.Singapore: Times Editions. hal. 20 26 Jyh Wee Sew. 1997. Budaya Warna. Artikel Dewan Budaya. hal. 30-32

31

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina: falsafa, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang: USM. Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd. Mazlan Bin Mohamad. 1996. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan seni. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hal. 36-38 Md. Nasir Iberahim, Iberahim Hassan, 2003. Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991. Sejarah Seni Dunia. Selangor: Malindo Printers Sdn. Bhd. hal. 51 54 Mustafa Haji Daud. 2001. Tamadun Dunia STPM. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hal. 16- 19, 254 259 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ong Hean Tatt. 1996. Legend Of The Chinese Lung. Kuala Lumpur: Eastern Dragon Press. Ong Hean Tatt. 1999. Chinese Plant Symbolisms. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Rhonda and Jeffrey Cooper. 1997. Masterpieces of Chinese Art. London: Tiger Books International. hal. 74 76 Roberta Helmer, Stalberg Ruth Nesi, 1983. A Mini Encyclopeadia Of Chinese Crafts. Singgapore: Times Book International. S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sanento Yuliman. 2001. Dua Seni Rupa. Jarkata: Yayasan Kalam. Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : Heinemann Asia. hal. 174 - 179 Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tjetjep Rohendi Rohidi. 2002. Kesenian Dalam Pendekatan Kebudayaan. Bandung: STISI Press.

32

Seni dan Kebudayaan SSP 6513

2003-01356 Salsabila Tang Abdullah

Valery M. Garrett. 1996. Antigues Arts & Crafts In Hong Kong. Singapore: Times Editions Pte. Ltd. hal. 10 -15 Wan Go Weng. 1978. Chinese Painting And Calliggrapny. New York: Dover Publications. Y. Sumandiyo Hadi. 2000. Seni Dalam Ritual Agama. Indonesia: Yayasan Untuk Indonesia.

33

Anda mungkin juga menyukai