Anda di halaman 1dari 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN FEB 2012

KURSUS WAJIB TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA WAJ 3101


TUGASAN KERJA KURSUS

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEB 2012

TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TAJUK KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ3101 TARIKH MULA: 25 FEB 2012

NAMA GURU PELATIH:

SEMESTER: SATU

TARIKH HANTAR: 31 MAC 2012

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan tentang latar balakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun bangsa-bangsa di dunia seperti Tamadun China, India, Jepun dan Islam; 2. Mewujudkan hubungan mesra dan persefahaman sejagat di kalangan berbilang kaum yang hidup secara harmoni, saling memahami, saling menghormati dan bekerjasama antara satu dengan yang lain; 3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri dan boleh menghadapi cabaran global semasa; 4. Mengamalkan prinsip-prinsip Islam Hadhari dalam memantapkan proses pembangunan Negara dan mamapu menghadapi perkembangan global; 5. Mempamerkan jati diri Malaysia sebagai sebuah Negara majmuk yang mengamalkan nilainilai murni dalam kehidupan dan 6. Mempamerkan keupayaan refleksi kendiri dengan menjadikan tamadun serta tokoh-tokoh utama yang silam sebagai role-model. Objektif Kerja Kursus Pendek : Melalui KKP ini, pelajar dapat menjelaskan dan menghuraikan : 1 2 3 4 Ciri-ciri tamadun dan hubungannya dengan pembinaan tamadun Malaysia Prinsip dan matlamat tamadun menurut perspektif Islam Kesan interaksi tamadun Melayu dengan tamadun India Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan peranannya dalam pembinaan tamadun Malaysia 5 Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu

6 7

Ketokohan HAMKA, Kung Fu Tze, Mahatma Gandhi dan Maharaja Meiji Sumbangan tamadun Jepun dari aspek politik, agama dan pendidikan dan kerelevenannya kepada masyarakat Malaysia

8 9 10

Pengaruh globalisasi terhadap peradaban manusia. Hegemoni Barat dan kesan interaksi tamadun Islam dengan tamadun Barat Hak asasi manusia menurut perspektif Islam

Tajuk Kerja Kursus Pendek (Nyatakan Pemberatan) Tugasan ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian 1, Penulisan kreatif manakala bahagian 2, Ujian Akhir Kursus (UAK) Bahagian 1:Penulisan (100 markah,wajaran 60%) Anda dikehendaki mengumpulkan maklumat mengikut tajuk-tajuk yang disediakan , kemudian jadikan bahan tersebut satu penulisan bermaklumat berbentuk kreatif beserta dengan bahan sokongan yang berkaitan dengan tajuk dalam bentuk MS Word ( hard copy dan soft copy) dan juga MS P Point untuk dibentang dalam kelas.

Kelas PPG BM D & PPG PIS B: 1. Kesan interaksi tamadun melayu dengan tamadun China 2. Ketokohan dan sumbangan Mahatma Gandhi 3. Sumbangan tamadun Jepun dari aspek politik, agama dan pendidikan dan kerelevenannya kepada masyarakat Malaysia 4. Kesan Ketamakan manusia terhadap ekosisten alam sekitar. 5. Keutuhan budaya dan moral mengikut pandangan Islam

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

_____________________

_______________

BIODATA DIRI :

NAMA

: HAPIZAH BT HARON

KELAS

: BM D

AMBILAN

: PPG FEBRUARI 2012

SEMESTER

: SATU

K. PENGENALAN : 750119-01-6978

NO. MATRIKS

MENTOR

: EN MOHD IZZAT BIN ABDULLAH

STATUS

: BERKAHWIN

ALAMAT TEMPAT BERTUGAS : SEKOLAH KEBANGSAAN MERU (JLN TAP) PERSIARAN HAMZAH ALANG, 42200, KAPAR, SELANGOR.

BIODATA DIRI :

NAMA

: NORLAILA BT MOHD SALLEH

KELAS

: BM D

AMBILAN

: PPG FEBRUARI 2012

SEMESTER

: SATU

K. PENGENALAN : 660407-01-5890

MENTOR

: EN MOHD IZZAT BIN ABDULLAH

STATUS

: BERKAHWIN

TEMPAT BERTUGAS : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI

BIODATA DIRI :

NAMA KELAS

: AZLINA BT MD.SOON : BM D

AMBILAN

: PPG FEBRUARI 2012

SEMESTER

: SATU

K. PENGENALAN : 670317-10-5066

MENTOR

: EN MOHD IZZAT BIN ABDULLAH

STATUS

: BERKAHWIN

TEMPAT BERTUGAS : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TIONG HUA KOK BIN

BIODATA DIRI :

NAMA KELAS

: NURUL KHAIRIEY BT AYUB : BM D

AMBILAN

: PPG FEBRUARI 2012

SEMESTER

: SATU

K. PENGENALAN : 840108-03-5160

MENTOR

: EN MOHD IZZAT BIN ABDULLAH

STATUS

: BERKAHWIN

TEMPAT BERTUGAS : SJKC MUN CHOONG

JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR

: HAPIZAH BT HARON AZLINA BT MD SOON NURUL KHAIRIEY BT AYUB NORLAILA BT MOHD SALLEH

KUMPULAN KURSUS PENSYARAH

: BM (D) : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA(WAJ3101) : DR. RAMLI BIN SAADON

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Pembahagian kumpulan dan membincangka tajuk

CATATAN

17 MAC 2012 tugasan

Membincangkan tentang isi-isi kandungan dan 25 MAC 2012 mengumpulkan bahan

Mengemaskini bahan dan menyusun isi-isi 26 MAC 2012 kandungan

Menghantar draf tugasan untuk penyemakan melalui 28 MAC 2012 e-mel pensyarah

29 MAC 2012

Menyediakan tugasan berbentuk power point

31 MAC 2012

Menghantar tugasan

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR : HAPIZAH BT HARON AZLINA BT MD SOON NORLAILA BT MOHD SALLEH NURUL KHAIRIEY BT AYUB

KUMPULAN

: BM (D)

KURSUS

: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ 3101)

PENSYARAH

: DR RAMLI BIN SAADON

TARIKH 17 MAC 2012 17 MAC 2012 23 MAC 2012 24 MAC 2012

PERKARA YANG DIBINCANGKAN PEMBAHAGIAN TUGASAN KERJA KURSUS BERBINCANG DENGAN RAKAN SEKUMPULAN BERBINCANG DENGAN PENSYARAH MELALUI PANGGILAN TELEFON MENGUMPULKAN BAHAN DAN MEMULAKAN TUGASAN MENYUSUN BAHAN BERBINCANG DENGAN PENSYARAH MELALUI TELEFON MENGUMPUL DAN MEMURNIKAN TUGASAN MEMBUAT TUGASAN BERBENTUK POWER POINT MENGHANTAR TUGASAN

CATATAN BILIK KULIAH/ INTERAKSI 2 BILIK KULIAH TEKNIK DAN KEHENDAK SOALAN MASJID NEGERI SHAH ALAM PENYUSUNAN BAHAN, PERKAITAN DPT

T.TANGAN PENSYARAH

27 MAC 2012 28 MAC 2012 29 MAC 2012 31 MAC 2012

TAMADUN JEPUN DAN KERELEVANANNYA DENGAN MASYARAKAT MALAYSIA

PENGENALAN TAMADUN JEPUN


Negara Jepun adalah sebuah negara yang terkenal bukan sahaja di Asia Tenggara malah di dunia. Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawan Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7.

Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji(186-1912) dan Taisho (1912-1926). Selepas perang dunia kedua, nihon disebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada Jepun.Panggilan mempunyai keramat ini membuktikan Jepun

kehebatannya tersendiri. Walaubagaimanapun , perkembangan arus

pemodenan dan ketamadunan Jepun tidaklah ditegakkan dalam masa yang begitu singkat malah ia mengambil masa yang begitu panjang untuk membangunkan

ketamadunan Jepun .

Negara Jepun sangat unik ia lebih bersifat homogeneus iaitu bangsa yang tidak mempunyai perbezaan ras, agama, bahasa dan bangsa.Masyarakat Jepun ini lebih menjunjung tinggi kepada budaya ilmu serta mempunyai sikap ingin tahu yang kuat terhadap maklumat serta sifat kesenian yang tinggi di dalam menjalani urusan kehidupan seharian.

SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DAN KERELEVENANNYA KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA


ASPEK POLITIK

Sistem Demokrasi Berparlimen Politik Jepun berlangsung dalam rangka raja demokrasi berperwakilan berparlimen. Jepun mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan yang amat mengehadkan kuasa Maharaja Jepun. Sebagai ketua negara istiadat, kedudukan Maharaja Jepun diatur dalam perlembagaan sebagai "lambang kenegaraan dan penyatu rakyat". Kuasa pemerintah terletak di tangan Perdana Menteri Jepun dan anggota terpilih Parlimen Jepun, sementara kedaulatan sepenuhnya berada di tangan rakyat Jepun yang mengamalkan slogan Kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Malaysia juga mengamalkan konsep demokrasi berparlimen semenjak dari

permulaan hinggalah sekarang.Negara mengamalkan system ini di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan . Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan Negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Selain itu Yang di-Pertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan,

ketenteraan , Agama Islam , pentadbiran kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini terkandung dalam perlembagaan Negara sejak mula ia diperkenalkan. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri . Berdasarkan

perlembagaan,Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat dan memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen.Oleh itu sistem demokrasi berparlimen diamalkan oleh kedua-dua negara ini menggambarkan betapa yang

ia merupakan satu

sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majority rakyat untuk membentuk satu kerajaan yang harmoni.

Badan perundangan -Parlimen Parlimen merupakan institusi tunggal dalam sesebuah negara yang

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen .Parlimen Jepun merupakan parlimen dwidewan yang terbentuk berasaskan sistem England. Parlimen Jepun terdiri daripada sebuah Dewan Perwakilan dan sebuah Dewan Kaunselor. Dewan Perwakilan Jepun terdiri dari 480 ahli yang diundi secara langsung oleh rakyat sekali dalam empat tahun atau setelah majlis rendah dibubarkan. Dewan Kaunselor Jepun pula terdiri dari 242 ahli yang memiliki masa jabatan 6 tahun, dan juga diundi secara langsung oleh rakyat. Warganegara Jepun berusia 20 tahun ke atas berhak mengundi. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat

dirasmikan pertama kalinya pada 11 September 1959. Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli.(26 ahli dipilih dari Dewan Undangan Negeri dan 44 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan agong).Jawatan hendaklah dipegang selama tiga tahun (satu penggal) dan boleh disambung sebanyak satu tahun.Setiap ahli yang dilantik perlu mengangkat sumpah untuk taat menjalankan tugas serta taat kepada Malaysia dan mematuhi , menjaga dan mempertahankan perlembagaan. Untuk menjadi ahli parlimen , calon mestilah warganegara Malaysia,waras fikiran, muflis dan berumur tidak kurang 30 tahun. Justeru, adanya badan perundangan parlimen ini dapat memastikan sistem perundangan kedua-dua negara dapatlah disemak semula agar ia seimbang dan digunakan dalam penggubalan undang-undang.Parlimen Jepun tidak meminda tiada rekod jenayah, bukan seorang

undang-undang yang telah ditetapkan. Perlembagaan Jepun (Shinjitai)merupakan dokumen perundangan asas Jepun semenjak 3 Mei tahun 1947, sebagai

perlembagaan baru Jepun selepas perang yang memperuntukkan Sistem kerajaan berparlimen serta menjamin beberapa hak-hak asasi tertentu. Syaratnya, Maharaja Jepun adalah "lambang Negara dan perpaduan rakyat" serta memainkan peranan adat istiadat sahaja tanpa memiliki kedaulatan. Perlembagaan yang juga dikenali dengan jolokan Perlembagaan Selepas Perang atau "Perlembagaan Damai" juga terkenal sekali kerana penolakan hak untuk melancarkan perang seperti yang dinyatakan oleh Perkara 9, serta sedikit sebanyak juga memperuntukkan kedaulatan rakyat secara de jure berhubung dengan sistem beraja Perlembagaan ini digubal ketika Jepun diduduki oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua dengan tujuan menggantikan sistem

raja mutlak berfahaman ketenteraan dan sistem monarki mutlak dengan sistem demokrasi liberal. Semenjak penerimaannya, Perlembagaan Jepun berupa dokumen tetap yang tidak dilakukan apa-apa pindaan pun semenjak penyusunannya. Berbanding di Malaysia , Perlembagaan Malaysia yang dikenali dengan nama Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Merupakan satu dokumen bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen dahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia telah berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Untuk meminda perlembagaan kedua-dua dewan ia memerlukan persetujuan pada

di parlimen. sekiranya dipersetujui oleh dua per tiga anggota

parlimen , Ia telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun semenjak kemerdekaan sehingga 2005.Adanya perlembagaan iai diharapkan dapat menentukan corak pemerintahan , pembahagian kuasa , menstabilkan undang-undang memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggung jawab rakyat terhadap negara.

Sistem Raja Berpelembagaan. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. . Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy. Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja, yang juga merupakan ketua negara Jepun. Namun, beliau hanya memainkan peranan dalam upacara-upacara istiadat dan tidak memiliki sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Maharaja Jepun merupakan lambang perpaduan negara dan rakyat Jepun.Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh

Majlis Raja-Raja setiap lima tahun Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Perdana Menteri Perdana Menteri Jepun adalah ketua kerajaan yang dilantik melalui undian dari kalangan ahli-ahli Parlimen. Apabila Dewan Perwakilan dan Dewan Kaunselor masingmasing memiliki calon perdana menteri, maka calon dari Dewan Perwakilan yang diutamakan. Pada praktiknya, perdana menteri berasal dari parti majoriti di parlimen. Menteri-menteri kabinet dilantik oleh Perdana Menteri. Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan Parlimen Jepun, dan memberi perkenan atas pelantikan menteri-menteri kabinet. Perdana Menteri memerlukan sokongan dan kepercayaan dari anggota Dewan Perwakilan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri . Beliau merupakan yang pemerintah negara ,dialah ketua kerajaan , menjawat jawatan tertinggi pentadbiran dalam sistem pentadbiran kerajaan Jepun moden. Maharaja Jepun hanya sebagai status simbolik perpaduan rakyat Jepun. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan persekutuan.yang dibantu oleh Jemaah Menteri untuk mentadbir negara merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.Yang Di Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa yang mutlak atau atas budi bicara melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri juga di bantu oleh Ketua Kerajaan Negeri seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam menjalankan tanggungjawabnya memerintah Negara. Pemilihan Perdana Menteri melalui sokongan padu dalam parlimen merupakan satu sistem yang begitu adil dalam memilih seorang pemimpin yang begitu berwibawa untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara.Sekiranya ia tidak

lagi mendapat keyakinan beliau perlulah meletakkan jawatan untuk diganti oleh orang lain.

ASPEK AGAMA DAN SOSIAL


Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat. Masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat yang gigih dalam

membangunkan negara dan ekonomi mereka. Atas pegangan etika yang kukuh Jepun membentuk satu kesepakatan yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika bekerja. Jepun kini sangat terkenal dengan intergriti nasionalnya.

Masyarakat Jepun bukan sahaja berjaya menguasai dunia dalam bidang sains dan teknologi, malahan turut mendahului bangsa lain dalam aspek sosio-budaya dengan kendiri serta etika kerja yang cemerlang. Antaranya adalah sikap yang berdedikasi, menepati masa, prinsip perniagaan yang teguh, professionalisme dan penjanaan idea.

Masyarakat Jepun berpegang kepada empat prinsip asas dalam meningkatkan kualiti kerja. Ianya juga dijadikan sebagai garis panduan ke arah etika kerja yang berkualiti. Bagi para pekerja yang berupaya melakukan tugasannya, dianggap bijak dan akan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya. Selain itu, untuk memberi peluang kepada pekerja meningkatkan kualiti kerja mereka, ahli-ahli dalam koperasi membentuk satu keluarga besar dan bekerja dalam kumpulan. Ianya adalah lebih penting berbanding secara individu.

Pembentukan ke arah gaya kerja yang inovatif, konsep kaizen dilaksanakan bagi melahirkan semangat berterusan para pekerja untuk membaiki hasil kerja mereka. Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. Konsep Mottainai merupakan konsep paling penting dalam masyarakat Jepun. Ia bermaksud, segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah daripada Tuhan. Manusia sebagai pentadbir dan

menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar.

Masyarakat Jepun mengutamakan ketepatan masa. Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat ini terutama membabitkan aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang telah dijadualkan. Sebagai contoh, sekiranya anda terlewat walaupun seminit, anda boleh mengucapkan sayonara (selamat tinggal), terutama apabila shinkazen (bullet train) atau keretapi peluru di Jepun seperti Maglev yang berkelajuan 58- km/j pasti akan meninggalkan anda walaupun anda lewat seminit. Sistem dan jadual

perjalanan densya dan bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Masyarakat Jepun juga terkenal dengan sikap menjaga kebersihan dan menjadi satu identiti dari kaca mata masyarakat dunia. Perbezaan ini dapat dilihat dari tandas-tandas awam di sekolah sehingga kepada stesen keretapi (eki) atau di lapangan terbang. Kawasan tandasnya adalah bersih dan kering serta penggunaan air paip yang jernih. Selain itu, sikap jujur kepada perlaksanaan aktiviti harian telah Berjaya diterapkan, antaranya apabila dilihat di pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oleh petani-petani Jepun yang hanya akan membiarkan jualan mereka berada di situ tanpa pemantauan pemilik. Pembeli hanya perlu memilih produk yang dikehendaki dan memasukkan sejumlah wang bayaran ke dalam bekas duit yang disediakan.

Selain itu, masyarakat Jepun mempunyai etika kerja yang tinggi samada ia melibatkan seseorang dalam profesion perguruan, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya. Sikap yang komited terhadap tugas yang

dipertanggungjawabkan dan berkebolehan untuk bekerja melampaui jadual waktu pejabat.. Masyarakat jepun mengamalkan budaya kerja samurai bushido di mana prinsip-prinsip tersebut ialah pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah, berjuang untuk negara dan ketua atau majikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, jadi dan buatkan yang terbaik dan mati itu lebih baik daripada mengkhianat atau menghampakan majikan atau ketua. Faktor inilah yang membawa kepada kualiti kerja serta hasilnya dapat dilihat melalui pengeluaran automobile seperti Toyota dan kebanyakan produk keluaran mereka yang diiktiraf oleh dunia.

Sikap menghormati orang lain sememangnya terkenal dalam kalangan masyarakat Jepun. Sikap sopan terhadap orang tua, orang yang lebih tua atau senpai (senior). Begitu juga sikap sopan mereka terhadap pelancong-pelancong asing. Contohnya, apabila memasuki kombini atau kedai akan kedengaran para pekerja mengucapkan irasshaimase atau selamat datang jika ada pekerja sedang bekerja mengemop lantai sekali pun, ucapan selamat tetap diberikan sebagai tanda menghormati pelanggan yang datang. Apabila keluar pula akan diucapkan arigato gozaimasu atau terima kasih. Ia merupakan satu pemandangan luar biasa bagi sesiapa yang kali pertama mengunjungi negara Jepun.

Pada 8 Februari 1982, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah melancarkan satu dasar yang telah mengubah sikap dan halatuju Malaysia. Ia memperlihat akan negara Jepun dijadikan contoh dan teladan dari segi meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta dengan

pengubahsuaiannya mengikut keadaan di Malaysia. Selain itu, bagi merealisasikan usaha mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif ke arah mencapai wawasan 2020.

Oleh itu, segala keindahan etika yang ditampilkan oleh masyarakat Jepun sebenarnya sudah lama diaplikasikan oleh masyarakat Islam yang semakin lama jauh etika itu ditinggalkan dan kesungguhan ke arah gaya hidup yang produktif semakin pudar telan zaman. Sikap bertangguh dalam perlaksanaan kerja, keletihan sebagai alasan, permasalahan disiplin kerja dan seumpamanya merupakan ciri-ciri yang merugikan dan kelihatan jauh untuk mencapai status negara maju. Anjakan paradigma sewajarnya dilakukan oleh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam terutamanya membabitkan perubahan sikap. Sentiasa memperbaiki mutu kerja, berusaha untuk berjaya dan sentiasa menghasilkan idea yang bernas berpaksikan al-Quran dan asSunnah antara cara terbaik dalam meningkatkan kualiti hidup agar seiring dan berdaya saing dengan negara-negara timur. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Hasilnya, Malaysia kini menjadi salah satu negara membangun yang sangat disegani dan pandangan-pandangan pemimpin kita sering diguna pakai oleh negaranegara membangun yang lain.

ASPEK PENDIDIKAN
Kemasukan Jepun ke Tanah Melayu juga memberi kesan positif. Antaranya ialah sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan aktiviti daripada akademik untuk menanam sifat kerajinan terutamanya di kalangan orang Melayu. Nilai kerajinan dapat dipupuk di kalangan masyarakat melayu.

Selain daripada itu, rakyat di Tanah Melayu juga menjadi yakin untuk memerintah sendiri negara di mana pemerintahnya terdiri daripada kalangan orang Melayu sendiri. Ini ekoran daripada pengalaman mereka melakukan kerja-kerja pentadbiran Jepun . Orang-orang Melayu merasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris. Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang telah berubah. Sikap anti penjajah di kalangan orang Melayu semakin berkembang dan menebal.

Sistem pendidikan di negara Malaysia mendapat pengaruh yang cukup kuat.dari pengaruh Jepun. Sistem pemerintahan Maharaja Meiji menjadi inspirasi kepada pendidikan di Malaysia.

Sistem pendidikan Jepun sebagai pencetus idea bagi sistem pendidikan di Malaysia. Dasar Pandang ke Timur yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan sistem pendidikan mendapat

penambahbaikan. Melalui dasar ini, Malaysia telah meniru sistem pengurusan dan organisasi negara-negara maju di timur seperti Jepun dan Korea Selatan yang boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia.

Banyak program-program pendidikan yang telah diwujudkan melalui Dasar Pandang ke Timur ini. Program-Program pendidikan di bawah Dasar Pandang ke Timur ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan Malaysia dari sumber manusia. Antara program tersebut ialah :

Program Ijazah Pertama / Diploma

Program penajaan yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM/SPMV. Banyak peluang-peluang melanjut pelajaran di peringkat diploma dan ijazah. Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Universiti dan Kolej Teknikal di Jepun atau Korea Selatan perlu mengikuti program persediaan dalam negeri di pusat persediaan yang ditetapkan dahulu. Bidang-bidang yang ditawarkan dalam bidang pendidikan adalah seperti Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Sains Sosial, Pergigian dan Farmasi. Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa di mana pelajar yang tamat akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang ditentukan mengikut peringkat pengajian.

Program Ijazah Lanjutan

Program-program penajaan yang ditawarkan bagi pengajian ijazah lanjutan adalah seperti Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang dibuka kepada pegawai-pegawai kerajaan yang layak, Biasiswa Monbukagakusho,dibuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Pegawai-pegawai yang layak akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana atau PhD di universiti-universiti di Jepun.

Program Perkongsian Ekonomi(EPP)

Program Perkongsian Ekonomi atau Economic Partnership Training Programme (EPP) ini merupakan salah satu projek di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun (JMEPA) yang telah ditandatangani bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada bulan Disember 2005. Melalui EPP, 1000 pelatih akan dihantar ke Jepun dalam tempoh 10 tahun di bawah pembiayaan bersama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun.

Program-program latihan di bawah EPP meliputi pelbagai bidang mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada pembangunan sumber manusia serta ICT sahaja. Secara prinsipnya, program ini akan mengambil kira keperluan semua

kementerian dan agensi-agensi kerajaan, di mana JPA akan menjadi agensi pusat yang akan menyelaras pelaksanaan program-program latihan di bawah EPP.

Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai - Pegawai Eksekutif(EDP)

Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai - Pegawai Eksekutif Executive Development Programme (EDP). Program latihan ini adalah untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan. Program ini berlangsung dalam tempoh 19 hari. Latihan diadakan di Central Official Training Institute (COTI), Korea, Seminar Pengurusan Eksekutif Di Jepun (EMS). Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP). Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional. Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.

Program Latihan Teknikal Dan Perindustrian (In-Plant)

Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP). Program latihan secara on-job training yang menjurus kepada bidang-bidang teknikal. Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.

Program Latihan Pegawai Muda (Young Leaders Programme).

Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun ini adalah untuk pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berumur tidak lebih dari 35 tahun. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource), Ekonomi dan Pelaburan (Economic and Investment), Teknologi Maklumat (Information Technology), Pendidikan (Education) dan Pembangunan Masyarakat (Community Development). Program ini berlangsung dalam tempoh 18 hari di Jepun.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, kemasyhuran sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini. Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun Jepun yang mampu menyaingi tamadun lain dan dicatat dalam sejarah dunia. Jepun yang satu masa dahulu sebuah negara yang konservatif kini telah menggegar dunia dengan satu model tamadun masyhur dan digeruni oleh sebahagian kuasa-kuasa besar Eropah.

Bagi Malaysia pula, tamadun Jepun sangat memberi sumbangan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat madani. Melalui tamadun Jepun ini jugalah tercipta satu dasar dengan harapan dapat mengubah integriti masyarakat Malaysia. Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini. Melalui kajian yang telah dibuat oleh pihak INTAN. Dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha di atas dan seterusnya Dasar ini dapat membantu usaha Kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini. Di samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

Sejak

awal era

penjajahan

Inggeris,

Tanah

Melayu

mula

mengalami

transformasi. Namun bermula dari pendudukan Jepun di Tanah Melayulah yang sebenarnya merubah kita menjadi Malaysia seperti hari ini. Sehingga kini kita masih mengekalkan dasar ini dan masih berharap agar integriti national kita tidak lagi berada dalam kelas yang ke tiga.

REFLEKSI HAPIZAH BT HARON


Alhamdulillah, setelah lebih dari dua minggu bersama-sama menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Tugasan berkumpulan ini merupakan tugasan yang pertama dapat kami siapkan. Walaupun pada awalnya kami mengalami sedikit kesukaran, namun kami berjaya mengatasinya.

Tugasan ini juga telah mengimbau pelajaran tingkatan enam saya dalam mata pelajaran Sejarah Asia Timur Jauh dan Sejarah Islam. Ada juga sebahagian isi tugasan ini di ambil daripada rujukan buku-buku tingkatan enam.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat memahami dengan lebih jelas kesan pengaruh Jepun ke atas Malaysia tidak kira dari aspek ekonomi, politik, sosial mahupun pendidikan. Ia membuatkan saya lebih faham tentang Dasar Pandang Ke Timur yang Tun Dr Mahathir lancarkan serta mengetahui kesannya pada hari ini.

Sebahagian daripada diri saya juga telah mencuit semangat patriotisma dan kesyukuran kerana baharulah saya sedar bahawa sebenarnya di sebalik pendudukan Jepun di Tanah melayu, ada Allah letakkan hikmah yang sangat rahmah.

Saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria soalan dan menepati seperti yang dikehendaki. Sekian.

REFLEKSI AZLINA BINTI MD. SOON


Sebelum saya memulakan refleksi saya mengenai tugasan yang diberi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr. Ramli Bin Saadon kerana telah bertanggungjawab memberikan tugasan ini. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai masalah dan pengetahuan baru yang telah saya peroleh semasa menyiapkan tugasan ini.

Pada mulanya saya agak kabur dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya tidak faham apa kehendak tugasan ini tetapi setelah berbincang dengan teman-teman dari satu kumpulan, saya mulai faham kehendak tugasan ini. Setelah membuat pembahagian tugasan kepada setiap ahli kumpulan, saya mula mencari dan mengumpul bahan yang diperlukan .

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan bahagian Sumbangan Tamadun Jepun dari aspek agama dan kerelevanannya terhadap masyarakat Malaysia.Melalui kerja kursus ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang Tamadun Jepun melalui pembacaan sewaktu mencari maklumat. Saya mencari modul berkaitan di internet dan tidak lupa juga membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga berbincang sesama ahli kumpulan melalui perjumpaan,telefon dan e-mel untuk mengolah isi agar menjadi satu tugasan yang lengkap.

Di samping itu, saya juga menghadapi sedikit masalah semasa membuat tugasan ini . Hal ini demikian kerana maklumat tentang aspek agama agak sedikit dan terhad. Tetapi syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini.

Setelah tugasan ini siap ditaip dan dijilidkan, kami berharap agar kerja kursus ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki dan dapat dimanfaatkan bersama.

REFLEKSI NORLAILA BT MOHD SALLEH


Alhamdulillah , syukur saya kepada Illahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan yang bertajuk Sumbangan Tamadun Jepun dari aspek politik , agama dan pendidikan dan

kerelevenannya kepada masyarakat Malaysia yang telah diamanahkan kepada kami. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini.Walaupun pada mulanya saya rasa amat sukar untuk memahami tajuk dan mencari bahan-bahan setelah sekian lama tidak memerah idea , namun berkat kesabaran dan ingin mencuba akhirnya berjaya jua. Kini mula timbul satu perasaan seronok menimba ilmu menjadi pelajar semula setelah sekian lama ditinggalkan .Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami Dr.Ramli bin Saadon atas bimbingan , bantuan dan tunjuk ajar dan penerangan beliau,maka dapat menjadikan kami mungkin. Akhir kata semoga ilmu yang kami dapat ini memberi manafaat untuk masa hadapan. Sekian. lebih yakin dan berjaya menyiapkan tugasan ini sebaik

REFLEKSI NURUL KHAIRIEY BINTI AYUB


Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan

keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Asia yang diberikan oleh pensyarah. Kumpulan saya memilih tajuk sumbangan tamadun Jepun dari aspek politik, agama dan pendidikan kerelevanannya kepada masyarakat Malaysia. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Kak Laila, Kak Hapizah dan Kak Azlina dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah saya, Dr Ramli Saadon atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau yang dapat menjadikan saya lebih berpengetahuan dalam pembelajaran tamadun Islam dan Asia ini . Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya talian internet yang agar perlahan, masa tidak mencukupi untuk berbincang dengan rakan sekumpulan kerana jarak tempat tinggal yang agak jauh dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya. Melalui tugasan ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang Sumbangan Tamadun Jepun kepada masyarakat Malaysia seperti sumbangannya tehadap aspek politik, agama dan pendidikan yang masih diguna pakai dan juga dijadikan panduan dalam masyarakat Malaysia. Sumbangan tamadun ini banyak memberikan impak kepada masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hidupnya aman, harmoni dan bersatu padu. Selain itu, saya juga mencari maklumat yang berkaitan melalui internet, bukubuku rujukan yang terdapat di perpustakaan sekolah saya dan perpustakaan awam. Saya juga membuat perbincangan tugasan saya ini dengan rakan sekumpulan saya melalui internet. Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai Sumbangan Tamadun Jepun dari aspek politik, agama dan pendidikan kerelevanannya

kepada masyarakat Malaysia ini. Di samping itu juga, berlaku penerapan nilai semasa saya menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan juga berpuas hati akan tugasan yang disiapkan. Segala kekangan dan dugaan yang saya hadapi semasa membuat tugasan ini, saya akan menjadikannya sebagai satu pendorong untuk berjaya. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Kuala Lumpur Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mustapa Hj. Daud, Tamadun Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2006

Mohd Nor Jusoh(2011) Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur,Sarjana Media Sdn Bhd.

Institut Tadbir Awam Negara,(1983)Sejarah Kita.Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan,Kuala Lumpur, Jabatan Percetakan Negara.

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=466:latihan-dasarpandang-ke-timur&catid=59&Itemid=&lang=en

http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Jepun

http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia

Anda mungkin juga menyukai