Anda di halaman 1dari 3

Objektif : Di akhir sesi peserta kursus dapat memahami : 1. Tujuan dan dasar Persekutuan Pengakap Malaysia 2.

Apa itu Kepengakapan 3. Prinsip asas Pengakap Kaedah : 1. Perbincangan 2. Ceramah Nilai-nilai : 1. Bertanggungjawab. 2. Menurut perintah. 3. Membantu orang lain. 4. Boleh dipercayai. 5. Kepimpinan. Alat Bantu : Komputer dan LCD. Penyampaian Pengajaran : 1 Langkah 1 (10 minit) 1.1 Menerangkan tujuan dan dasar Persekutuan Pengakap Malaysia dengan merujuk P.O.R bahagian II perenggan 1 & 2. 3 Langkah 3 (10 minit) 3.1 Membincangkan prinsip asas kepengakapan dengan mengaitkan definisi berpengakap serta matlamat berpengakapan. 4 Langkah 4 (10 minit) 4.1 Membincangkan prinsip-prinsip berpengakap berpandukan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
1. DEFINASI PENGAKAP. - Pergerakan Sukarela - Bebas dari Politik. - Melatih Golongan Muda Remaja. - Terbuka kepada Semua. 2. MATLAMAT PENGAKAP. Untuk Melatih golongan Muda-Remaja bagi melahirkan Individu yang Berpotensi dari segi Fizikal, Intelek, Sosial dan Rohani serta Bertanggungjawab terhadap Dirinya, Masyarakatnya, Agamanya, Negaranya dan Masyarakat Antarabangsa. 3. PRINSIP-PRINSIP KEPENGAKAPAN. - Kepercayaan Kepada Tuhan. - Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

- Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri. Berdasarkan Kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Berdasarkan Kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. 4. CARA ATAU KAEDAH PENGAKAP. Suatu Sistem Pemelajaaran Memajukan Diri Sendiri Melalui: - Persetiaan dan Undang-Undang - Belajar Sambul Membuat./Bermain. - Mempunyai Kumpulan Kecil (Sistem Patrol) - Skim Latihan Kemajuan yang prograsif (Sukatan Pelajaran)

PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN TUJUAN DAN DASAR PERSEKUTAN PENGAKAP MALAYSIA Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengn Pindaan-Pindaan No.143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R.) BAHAGIAN II TUJUAN DAN DASAR TUJUAN 1. (a) Tujuan Persekutuan ini bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain. mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.

(b) Cara latihan yang tertentu bagi PENGAKAP ialah dengan penerimaannya sebagai ahlikepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulankumpulan lengkongan umur yang bertingkat-tingkat,

seterusnya: dengan membukakan kepadanya berturut-turut gerakerja-gerakerja dan kejayaan-kejayaan yang sesama disukai diluar dan peluang-peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya beransur-ansur tanggungjawab yang bertambahtambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa berkerjasama dan kepimpinan.

DASAR 2. Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan atas Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap rasmi adalah dalam Bahasa Malaysia, tetapi kiranya mustahak, Persetiaan dan Undang-Undang itu dalam Bahasa Inggeris yang disahkan seperti tersebut dalam Peraturan-Peraturan ini boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai