Anda di halaman 1dari 15

KESUSASTERAAN MELAYU (KM)-NOTA

KONSEP KM
1. K Danziger dan W.S Johnson (1983) mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis.
2. Menurut Harun Mat Piah et al. (2006), kesusasteraan membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau
disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.
3. Hashim Awang (1985) pula memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
4. Abu Bakar Hamid (1997) memberi pengertian sastera sebagaisuatu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan
intelek dan gabungan kepuasan estetik.
Secara umumnya, kesusasteraan ialah satu bentuk ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa.
5. Ali Ahmad (1994) berpendapat bahawa sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti
kitab suci.

SEJARAH KM DI MALAYSIA
-rujuk T1
GENRE KM
Tokoh Sastera
1. Tun Sri Lanang
2. Hamzah Fansuri
3. Raja Ali Haji
4. Abdullah Munsyi
5. Syed Syeikh al-Hadi
6. Ahmad Rashid Talu
7. Abdul Rahim Kajai
8. Muhammad Yassin Maamur
9. Ishak Haji Muhammad
10. Keris Mas
11. Shahnon Ahmad
12. Usman Awang
13. A. Samad Said
14. Arena Wati
15. Muhammad Haji Salleh
16. Noordin Hassan
17. Abdullah Hussein
18. S. Othman Kelantan
19.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/tokoh-tokoh-kesusasteraan-melayu.html

Puisi Melayu Tradisional


Pantun dan Gurindam
Pantun Gurindam

Laatar Belakang  Bahasa Minangkabau (panuntun) =pembimbing/penasihat.  Puisi lama yang berkembang di Nusantara
 ditulis sekitar empat abad lalu  Dibawa dari India
 didapati berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri  Dipinjam daripada bahasa Sanskrit
Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan
 Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25
dialek
 Pantun pada hari ini digunakan sebagai pembuka atau
penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.
Jenis 1. Pantun 2 kerat 1. Gurindam Serangkap 2 Baris
2. Pantun 4 kerat 2. Gurindam Serangkap 4 Baris
-Pantun kanak-kanak 3. Gurindam Bebas
-Pantun jenaka 4. Gurindam Berangkai
-Pantun bersukacita 5. Gurindam Berkait
-Pantun berdukacita
-Pantun kiasan
-Pantun budi
-Pantun agama
-Pantun kasih sayang
-Pantun nasib
3. Pantun 6 kerat
4. Pantun 8 kerat
5. Pantun 10 kerat
6. Pantun 12 kerat
7. Pantun 13 kerat
Pantun Berkait
Bentuk Berbentuk terikat Berbentuk bebas

Pemikiran Tema
Persoalan
Bentuk
Unsur-unsur bunyi
Gaya Bahasa
Nilai dan pengajaran

Irama Rima aaaa Rima aaaa, a/b.


4-5 patah perkataan 3-6/ lebih patah perkataan
9-10 suku kata Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu
Baris pertama ialah pembayang, baris kedua ialah maksud fikiran atau peristiwa dan baris kedua (jawab)
pula menyatakan keterangan atau
menjelaskan apa yang telah dinyatakan dalam
baris pertama.

Prosa Melayu Tradisional Prosa Melayu Moden

-Cerita Mitos -Cerpen


-Cerita Lagenda -Drama
https://iluminasi.com/bm/perbezaan-antara-mitos-dongeng- -Novel
legenda-dan-hikayat.html http://members.tripod.com/xfile_my/kosas.htm
-Cerita Rakyat
-Cerita Lipur Lara
https://www.slideshare.net/FaFaiS/prosa-melayu-tradisional-
cerita-lipur-lara
Konsep Teori Sastera
Perkembangan Teori Sastera
Teori Sastera Barat
https://pdfslide.net/documents/bmmb-3033-teori-sastera-barat.html
Teori Sastera Tempatan
Jenis-jenis Teori Sastera Tempatan:
-Teori Pengkaedahan Melayu
Teori Sastera Pengkaedahan Melayu mulai diperkenalkan oleh Hashim Awang dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteaan Melayu ke-9 di
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989. Kemudian dibentangkan dalam Syarahan Perdana jawatan Profesor Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya, pada 8 Ogos 1992 dengan judul ‘Pengkaedahan Melayu dalam Kajian dan Kritikan Kesusasteraan Tanah Air”.
Diterbitkan dalam buku Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik selenggaraan Mana Sikana. (JPM, UKM, 1997) Kesedaran untuk
membina Teori Sastera Pengkaedahan Melayu ini timbul setelah menyedari bahawa sastera Melayu itu terhasil oleh adanya pandangan hidup,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Melayu sendiri, yang ternyata amat berbeza dengan apa yang termilik oleh masyarakat Barat. Dengan
demikian, sastera yang terjelma darinya sudah pasti pula mempunyai nilai-nilai keunikan dan kesignifikan tersendiri; dan, oleh kerana itu, ianya
wajarlah dilihat dan dikaji dari kaca mata pengkaedahan tesendiri juga. (Hashim Awang, 1997: 118) Umum mengetahui bahawa masyarakat
Melayu memiliki kehidupan yang sangat erat dan intim dengan alam, dan menjadi begitu sensitif tehadap alam persekitarannya. Reaksi ini
ditimbulkan dalam pelbagai bentuk sastera moden, sastera yang lebih bebas tetapi masih tetap memelihara unsur keindahan dalam nada kias
ibarat. (1997: 119) Bentuk yang dimaksudkan itu ialah peribahasa dan juga pelbagai ragam sastera lama dan baharu, lalu mereka menjadikannya
sebagai alat untuk menyalurkan petua-petua kehidupan dan pelbagai pengajaran serta panduan hidup. Sastera Melayu, sebahagian besarnya,
mengambil bentuk yang amat bersifat didaktik, iaitu sifat hendak mengajar atau mendidik. (1997: 120)
Dengan itu, sastera Melayu memerlukan pengkaedahan tersendiri. Hashim Awang menamakannya sebagai Pengkaedahan Melayu, yang
berdasarkan kepada cara dan sikap hidup, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat Melayu yang melahirkan karya-karya sasteranya sendiri.
Dua pengkaedahan yang bersesuaian dan bermakna ialah Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua pengkaedahan ini
saling berkaitan atau berhubungan di antara satu dengan lainnya. (1997: 120) Pengkaedahan Alamiah berteraskan corak hidup yang menjadikan
alam sebagai sebahagian daripada diri mereka dan kehidupannya. Hashim Awang menggunakan rujukan Kitab Tajul Muluk, sebuah kitab yang
menjadi panduan hidup masyarakat Melayu. Kitab ini membicarakan enam perkara pokok, iaitu mengenai manusia, mimpi dan firasat,
cakerawala dan perumahan. Dalam Pengkaedahan Alamiah ini digunakan tiga pendekatan, iaitu gunaan, moral dan firasat. Dengan pendekatan
gunaan, didasarkan pada anggapan bahawa sastera merupakan salah satu daripada objek-objek alam ciptaan manusia. Sastera dapat dilihat
sebagai suatu objek alam, yang kejadiannya mempunyai sebab, hikmah dan fungsi tertentu. Kejadiannya boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk
dilihat dan dikaji. Melalui pendekatan moral pula, sastera dianggap objek alam yang bersifat pengalaman hidup, yang dapat memberikan
kemanfaatannya yang lebih jauh dan lebih besar, iaitu menyingkapkan dan memberikan pengalaman tentang peristiwa yang dilalui manusia dan
maklumatmaklumat yang berkaitan dengan manusia dan persekitarannya. Sastera mengandungi pelbagai ilmu dan pengetahuan. Dalam
pendekatan firasat, pengalaman hidup dikaitkan dengan mimpi yang penuh misteri, yang dianggap sebagai bermakna kepada kehidupan
melalui tafsiran lambang atau alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Sastera memiliki sifat-sifat zahir dan batin (tersurat dan tersirat).
Pengkaedahan keagamaan berdasarkan keimanan bersendikan aqidah agama Islam yang rujukan utamanya ialah al-Quran dan hadis. Tiga
pendekatannya ialah dakwah, kemasyarakatan dan seni. Pendekatan dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah untuk mempertingkatkan nilai
ketaqwaan terhadap Allah. Melalui pendekatan kemasyarakatan, sastera dianggap sebagai wadah pendedahan segala macam persoalan yang
berakarkan kepada tujuan mencari kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Melalui pendekatan seni, unsur
keindahan dalam sastera menjadi persoalan pokok; iaitu melihat gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, sudut pandangan dan
gaya bahasa. Tujuannya untuk memperkukuhkan keimanan, ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah SWT. Melalui Pengkaedahan Melayu
alamiah dan keagamaan, yang berasaskan kepada sikap hidup, kepercayaan dan keagamaan (Islam), kritikan sasera Melayu akan lebih bermakna
dan berkesan. Dengan itu dapat menonjolkan secara lebih benar mengenai ciri-ciri sastera Melayu.

-Teori Takmilah
Teori Sastera Takmilah mulai dijana oleh Shafie Abu Bakar pada tahun 1992 apabila beliau membentangkan kertas kerja berjudul “Sastera
Islam: Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid” dalam seminar anjuran DBP yang bertemakan “Sastera, Metadologi dan
Penerapan Teori”. Istilah ‘takmilah’ mulai digunakan sewaktu membentangkan kertas kerja dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu
ke-3 anjuran JPM (UKM) dan DBP pada tahun 1993. Hanya pada 1-3 Disember 1993, apabila membentangkan kertas kerja dalam Nadwah
Sastera Islam Antarabangsa anjuran DBP, Shafie Abu Bakar membentangkan kertas kerja berjudul “Takmilah: Teori Sastera Islam”. Tulisannya
berjudul “Takmilah: Teori Falsafah dan Prinsip” diterbitkan dalam buku Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik selenggaraan Mana
Sikana (JPM, UKM, 1997).
Istilah ‘takmilah’ dalam karya sastera dikaitkan dengan keindahan (estetika) sebagai salah satu sifat Allah SWT, iaitu ‘Jamal-Indah’ yang
termanifestasi kewujudannya pada makhluk. Takmilah merupakan istilah yang bertalian dengan sifat Allah SWT. Dari segi konsep sastera Islam,
ia tidak setakat asal-usul kata, tetapi melibatkan semua aspek 21 yang disifatkan sebagai karya sastera Islam, iaitu melibatkan aspek
falsafah,teori, prinsip dan praktiknya. (Shafie Abu Bakar, 1997: 130) Falsafah Teori Sastera Takmilah berkaitan dengan tauhid keislaman, iaitu
prinsip asas dalam aqidah dua kalimah syahadah. Rangka Teori Takmilah bersifat holistik yang melibatkan ketuhanan, kenabian, keislaman,
keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak. Teori ini diasaskan kepada tujuh prinsip: ketuhanan yang bersifat kamal, kerasulan sebagai insan
kamil, keislaman yang bersifat akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah, pengkarya
yang mengistikmalkan diri, dan khalayak dipupuk ke arah insan kamil. Istilah kamal, kamil, akmal, takamul, takmilah dan istikmal berasal
daripada kata kamal, yang kemudian menjadi takmilah. (1997: 131) Teori Takmilah dapat dirumuskan dalam rangka teori yang disatukan, iaitu
dengan menggabungkan semua prinsip secara melihat dari atas ke bawah kepada prinsip yang
paling asas iaitu Allah, membawa kepada tahap berikutnya: Rasul, Islam, Ilmu, Pengarang, Karya dan Khalayak. Pendekatan ini memperlihatkan
bahawa ketuhanan bersifat induk (pusat) bagi segala kegiatan berkarya. Dalam kesimpulannya, Shafie Abu Bakar mengatakan, tradisi sastera
Islam mempunyai prinsip-prinsip falsafah dan akar yang kukuh berasaskan al-Quran. Di dalamnya terdapat unsur-unsur sastera, sama ada prosa
mahupun puisi. Daripada unsurunsur ini dapat dibina teori sastera Islam berdasarkan prinsip keislaman, iaitu karya sastera Islam seharusnya
dilahirkan oleh sasterawan yang berilmu dan berjiwa keislaman dan faham dengan ciri dan tradisi kesusasteraan Islam. Karya-karya tersebut
akan memancarkan nilai-nilai keislaman yang dapat mendidik khalayak ke arah yang bersifat positif melalui sastera. Sastera bersifat takmilah
bagi perkembangan ilmu yang membantu di dalam mendidik insan ke arah pengukuhan pegangan dan penghayatan, terhadap kesempurnaan
Islam. Sastera juga bersifat takmilah dalam membina insan Khalifah dan 22 Rabbani ke arah insan Kamil untuk mendekatkan diri kepada Allah
yang bersifat Jamal dan Kamal. (1997: 143)

Pengenalan Kritikan Sastera


-Pengenalan Kritikan
-Ciri-ciri dan fungsi Kritikan
http://mimbarkata.blogspot.com/2013/02/pengenalan-kritikan-sastera-bahagian-1.html

-Jenis-jenis Kritikan
http://mimbarkata.blogspot.com/2013/02/pengenalan-kritikan-sastera-bahagian-2.html

Anda mungkin juga menyukai