Anda di halaman 1dari 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 1

PEPERIKSAAN BAWA-PULANG : 10 JUN 2020

KAMPUS : DARULAMAN

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 9 1 8 2 3 4 0 1 6 2

KOD KURSUS : SJHK3043


KURSUS : SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN
MASA : 10 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian :


Bahagian A : 3 soalan esei (100 markah)
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A.
3. Semua jawapan hendaklah ditaip dalam perisian MS Word menggunakan font Arial
12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan
nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kursus peperiksaan di sebelah
kanan header dan dihantar kepada pensyarah melalui media sosial seperti
Whatsapp, Telegram, Emel atau Google Classroom.

4. Tugasan anda perlu merangkumi perkara-perkara berikut :


4.1 Pengenalan yang dapat menarik perhatian dan fokus serta dapat mengupas
maksud dengan jelas dan tepat.
4.2 Pendefinisian yang jelas mengenai konsep-konsep yang digunakan.
4.3 Perkembangan pengetahuan yang luas hasil daripada pembacaan dan
maklumat daripada pelbagai sumber rujukan yang autentik.
4.4 Memberi pandangan, hujah dan ikhtibar atau implikasi dalam perbincangan.
4.5 Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan
sokongan
ilmiah.
4.6 Rumusan/ cadangan mesti berupaya untuk mengetengahkan pendapat
keseluruhan.
4.7 Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4.8 Nyatakan bilangan patah perkataan di hujung kanan setiap soalan.
BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT SJHK3043
ANGKA GILIRAN : 2019182340162
BAHAGIAN A
( 100 markah )

Jawapan

1. Masalah yang biasa dihadapi oleh pengkaji sejarah adalah terlalu kurang sumber
bertulis atau sumber bertulis kurang lengkap sehingga menimbulkan banyak
persoalan tentang kandungan. Jadi, kekuatan sejarah lisan adalah sebagai
pengukuh kepada pelbagai bahan bertulis.

Berdasarkan kenyataan tersebut, anda sebagai seorang pengkaji sejarah, buktikan


kekuatan sejarah lisan sebagai sumber sejarah yang penting.

[30 markah]

Sebagai seorang pengkaji sejarah, kekuatan sejarah lisan sebagai sumber


yang penting adalah yang pertama, dapat dijadikan sebagai pelengkap kepada
sumber bertulis dan sumber arkeologi dalam pengkajian sesebuah sejarah. Hal ini
demikian kerana, sumber bertulis tidak menyeluruh dan dicatatkan apa yang
difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar sesuatu
peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan. Menurut Nadzan Haron (2012),
dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang pengkaji termasuklah terlalu
kurang sumber bertulis dan sumber bertulis kurang lengkap dan menimbulkan
banyak persoalan tentang kandungannya. Oleh itu, sejarah lisan memainkan
peranannya dalam melengkapkan sumber-sumber sejarah dan menjadi sumber
yang menyokong kepada sumber-sumber primer yang lain. Sebagai contoh,
peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sumber bertulis tidak dapat mentafsir
dan meneliti perististiwanya kerana sumber sejarahnya amat terhad.
Walaubagaimanapun, kisah-kisah mengenai pendudukan Jepun di Tanah Melayu
masih banyak didapati daripada percakapan orang-orang tua yang masih hidup dan
telah melalui zaman tersebut. Banyak cerita dan peristiwa dapat kita didengar
melalui mereka terutamanya mengenai kezaliman dan kesengsaraan hidup pada
zaman tersebut. Tegasnya, kekuatan sejarah lisan adalah dapat menjadi pelengkap
kepada sumber-sumber sejarah yang lain.
Selain itu, kekuatan sumber sejarah lisan adalah dapat menjadi sebagai tatapan
untuk generasi yang akan datang. Hal ini demikian kerana, banyak maklumat dan
sumber-sumber sejarah kebanyakkanya tidak direkodkan dan hal ini merupakan

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3043
ANGKA GILIRAN : 2019182340162
satu kerugian kepada sumber sejarah negara dan masyarakat yang akan datang.
Oleh itu, sumber lisan amat penting kepada generasi baru, khasnya generasi yang
tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut
kemerdekaan. Dengan adanya sumber lisan, generasi yang akan datang dapat
mengenali dan mendalami peristiwa-peristiwa yang telah berlaku melalui sumber
lisan yang ada. Contohnya, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa
peristiwa seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum
di Batu Kikir, Batu pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan
tepat sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta. Malah, terdapat juga rekod
bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang termasuklah rekod-
rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa menyerh kalah dalam
peperangan. Oleh itu, sumber lisan sangat penting sebagai alternatif untuk tatapan
generasi yang akan datang walaupun mereka tidak melalui zaman tersebut.
Tegasnya, kekuatan sejarah lisan sebagai sumber yang penting adalah dapat
menjadi tatapan untuk generasi yang akan datang.
Di samping itu, sebagai seorang pengkaji sejarah, kekuatan sejarah lisan
sebagai sumber sejarah yang penting adalah dapat menghasilkan sumber yang
istimewa yang dapat menyelami emosi pelaku dalam peristiwa yang dialami. Hal ini
demikian kerana, keterangan lisan daripada saksi akan membolehkan pengkaji
menyelami emosi mereka terhadap sesuatu peristiwa tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3043

4 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai