Anda di halaman 1dari 4

Ganes : Selamat petang encik.

Saya, Ganeskumar A/L Arumugam merupakan seorang


guru pelatih dari IPG Kampus Darulaman ingin menemu bual encik untuk
mendapatkan beberapa maklumat mengenai perusahaan nasi kandar oleh
restoran encik. Tujuan saya melakukan temu bual ini adalah bagi mencari bahan
serta maklumat sokongan berkaitan sejarah serta asal-usul nasi kandar bagi
menyiapkan kerja kursus Sejarah Lisan dan Pendokumentasian.
Ganes : Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan saya. Encik nama siapa ye?

Responden : Ya. Selamat datang adik. Saya gembira kerana kehadiran


adik untuk mengetahui perusahaan nasi kandar di
Restoran Biriyani. Nama saya
_____________________________. Saya merupakan
pemilik Restoran Biriyani ini.

Ganes : Saya mendapat khabar bahawa restoran encik adalah sangat popular dalam
penjualan nasi kandar dan saya juga mendapati encik mempunyai beberapa
cawangan restoran di sekitar Sitiawan dan Manjung.
Responden : Ya benar adik. Saya mempunyai sebanyak ______
cawangan restoran di sekitar Sitiawan dan Manjung. Ya
benar adik, kami memang terkenal dengan jualan nasi
kandar di kawasan sekitar ini. Memang ramai pelanggan
kami yang beli nasi kandar setiap hari. Jualan nasi kandar
ini selalunya bermula dari pagi sehingga malam.
Ganes : Saya pun dapat melihat pelanggan yang datang ke restoran encik ini memang
ramai jumlahnya. Restoran encik sememangnya popular.
Ganes : Sudah berapa lama encik menjalankan perniagaan ini?

Responden : Sebenarnya, perniagaan ini diwarisi secara turun-


temurun oleh keluarga bermula dari moyang saya,
seterusnya diwarisi oleh datuk saya dan seterusnya
diwarisi oleh ayah saya dan sekarang saya pula
mewarisinya. Perniagaan ini dijalankan selama lebih 50
tahun.
Responden : Mula-mula moyang saya dan datuk saya menjalankan
perniagaan nasi kandar ini secara perseorangan di mana
tiada bangunan untuk menjalankan perniagaan pada masa
itu. Seterusnya, ketika ayah saya mewarisinya, dia
usahakan di bangunan kedai dengan menamakan
restorannya, Restoran Biriyani. Saya pula telah
mengembangkan perniagaan ini dengan membuka
sebanyak 4 cawangan di sekitar kawasan Sitiawan dan
Manjung.
Ganes : Oh begitu encik. Pada tahun bila moyang encik memulakan perniagaan ini?

Responden : Tak silap saya moyang saya start perniagaan setelah dia
berhijrah ke Tanah Melayu dari India ketika British
menguasai Tanah Melayu. Tahun saya kurang pasti.
Ganes : Bagaimana moyang encik memulakan perniagaan ini ye?

Responden : Moyang saya memulakan perniagaan ini pertama kali di


Pulau Pinang. Ketika itu, dia hanya menggunakan modal
yang sedia ada dan berniaga secara kecil-kecilan tanpa
bangunan.
Ganes : Maksudnya, asal usul perniagaan encik ini dari Pulau Pinang lah ye?

Responden : Ye, memang benar perniagaan ini dimulakan oleh moyang


saya di Pulau Pinang dan diteruskan oleh datuk saya di
Pulau Pinang juga. Ayah saya yang mengambil inisiatif
untuk beli bangunan kedai dan seterusnya meneruskan
perniagaan dengan resepi yang sama di negeri Perak, iaitu
di Manjung dengan membuka cawangan yang pertama.
Ganes : Pada pandangan encik, bagaimana makanan ini mendapat nama nasi kandar
ye?
Responden : Moyang saya berniaga nasi dengan bergerak dari satu
tempat ke satu tempat menggunakan kayu pengandar dan
dua bakul di kandar yang di dalamnya diisi dengan nasi,
kari ikan, ikan goreng, sotong, kerang, sayur-sayuran. Nasi
yang dikandar ini menjadi nasi kandar. Sayur yang famous
pada masa itu sayur bendi. Nasi kandar kalau tiada bendi
memang tak complete.
Ganes : Menarik juga ceritanya ye encik. Encik, adakah nasi kandar ini makanan
tradisional kaum India-Muslim?
Responden : Ye, betul. Datuk saya pernah bercerita yang masa moyang
saya berniaga nasi kandar terdapat juga peniaga India-
Muslim lain yang menjual nasi kandar di pelabuhan-
pelabuhan Pulau Pinang.
Ganes : Maksudnya, perniagaan nasi kandar pada masa itu tertumpu di pelabuhan ke
encik?
Responden : Ye, adik. Pada masa itu, peniaga-peniaga nasi kandar
lebih suka memulakan perniagaan mereka di sekitar
pelabuhan Pulau Pinang sebab pekerja pelabuhan ini suka
makan nasi awal-awal pagi. So, sebab itu nasi kandar ini
kalau adik tengok mula dijual pagi-pagi sampai sekarang.
Ganes : Oh, tradisi dalam perniagaan nasi kandar ini masih kekal sehingga sekarang
ye encik.
Responden : Ye, betul. Nasi kandar ini dulu makanan kesukaan pekerja
kuli sebab lauk nasi kandar ini banyak jenis dan makan je
sudah kenyang. Pada masa itu, nasi kandar murah lagi.
Pada masa ini, nasi kandar bolehlah dikatakan harga yang
berpatutan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Ganes : Oh, tetapi nasi kandar pada masa kini sememangnya kesukaan ramai kan
encik?
Responden : Kalau adik tengok hampir semua yang datang ke restoran
kami ini suka beli nasi kandar tak kira bangsa. Melayu,
Cina, India semua suka makan nasi kandar.
Ganes : Benar encik, saya pun suka makan nasi kandar dan ahli keluarga serta rakan-
rakan saya hampir semuanya penggemar nasi kandar. Saya tengok lauk-lauk
nasi kandar di restoran encik memang banyak jenisnya. Lauk apa yang paling
terkenal di restoran encik ye?
Responden : Ye, lauk-lauk dekat restoran kami ini memang banyak.
Hampir 15 hingga 20 lauk yang kami masak setiap hari.
Kebanyakan pelanggan suka beli nasi dengan kuah
campur bersama ayam madu atau ayam goreng dengan
sayur seperti bendi dan kobis. Lauk yang paling famous
ayam madu.
Ganes : Maksudnya, nasi kandar sepatutnya dijual dengan pelbagai lauk ye encik?

Responden : Ye, lauk-lauk yang pelbagai jenis melambangkan


keunikan nasi kandar.
Ganes : Bagaimana cara menghidang nasi kandar ini ye encik?

Responden : Nasi kandar ini dihidangkan bersama lauk-lauk dalam


satu pinggan sahaja yang kelihatan penuh dengan kuah
campur banjir.
Ganes : Harga paling rendah untuk sepinggan nasi kandar berapa ye di restoran encik?

Responden : Satu pinggan nasi kandar dengan kuah campur bersama


lauk ayam goreng dan sayur kobis atau bendi adalah harga
yang paling murah, iaitu RM 5.50 sahaja.
Ganes : Encik, adakah cara masakan dan resepi nasi kandar ini kekal sehingga
sekarang?
Responden : Ye, cara masakan dan resepi nasi kandar masih sama
seperti dulu, tetapi hanya ada perubahan dalam lauk-lauk
sebab kami sediakan banyak lauk berbanding dulu sebab
dulu susah nak bawa banyak lauk sebab nasi dengan lauk
dibawa dalam satu bakul sahaja dengan kayu pengandar.
Lagi satu bakul diletakkan kerusi dan peralatan
menghidang.
Ganes : Encik, berkaitan dengan kayu pengandar dan dua bakul yang dikandar ini,
adakah encik masih memilikinya?
Responden : Tiada adik.
Ganes : Pada pandangan encik, apakah keunikan nasi kandar ini?

Responden : Nasi kandar ini suka dimakan oleh hampir semua kaum
tak kisah Melayu, Cina dengan India dan merupakan
makanan yang senang didapati. Nasi kandar ini hanya
boleh didapati di Malaysia dengan Singapura sebab ada
style dia sendiri dan setiap restoran yang menjual nasi
kandar ini ada signature dish dia.
Ganes : Oh, menariknya. Boleh saya tahu signature dish di restoran encik?

Responden : Signature dish dekat restoran kami ini ayam madu


dengan chicken 65.
Ganes : Wah, terpikat saya untuk merasa nasi kandar di restoran encik ini. Sebelum
mengakhiri temu bual ini, bagaimana encik mengembangkan lagi perniagaan
encik selain membuka cawangan yang lain ye?
Responden : Buat masa sekarang, kami berdaftar dengan Food Panda
dan kami hanya menjual nasi kandar dan nasi biriyani
secara online.
Ganes : Maksudnya, encik nak bawa rasa nasi kandar restoran encik kepada penduduk
lah ni. Dimulakan dengan kayu pengandar sampai peggunaan motosikal untuk
penghantaran atas talian ye.
Responden : Ye, betul. Cara penjualan itu berubah sedikit.
Ganes : Baik, terima kasih Encik ________________ kerana sudi meluangkan masa
bersama saya untuk meceritakan sejarah di sebalik keunikan nasi kandar ini.
Saya doakan agar perniagaan encik terus berjaya.
Responden : Sama-sama. Jangan lupa cuba kelazatan nasi kandar
kami ye.

Anda mungkin juga menyukai