Anda di halaman 1dari 2

1.

PERANAN PMM
● pusat rujukan dan penyelidikan untuk kajian manuskrip.
● pusat sumber katalog koleksi dan salinan naskhah manuskrip asal yang
berkaitan Alam Melayu.
● menyediakan perkhidmatan penerbitan bahan yang berkaitan dengan
manuskrip seperti katalog manuskrip Melayu, Jurnal Filologi Melayu, Program
Mualim Tamu, Warkah Manuskrip Melayu dan brosur.
● mendokumentasi dan menyelenggarakan katalog induk dan menerbitkan
bibliografi.
● bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan, pemuliharaan dan
pembaikan koleksi manuskrip Melayu.
● membantu memelihara manuskrip Melayu dan membantu para pengkaji
dalam kajian mereka.
● menyebarkan ilmu yang terkandung di dalam Manuskrip Melayu melalui
penulisan, penerbitan dan pameran.
● melibatkan usaha menguruskan khazanah berharga ini dari aspek fizikal dan
intelektualnya melalui program dan dasar yang telah digariskan.
● PMM adalah menyediakan ruang pameran manuskrip asal Alam Melayu.
PMM berperanan untuk mengesan, mengumpul, mendokumen, memelihara
dan memulihara koleksi manuskrip Melayu serta menyediakan perkhidmatan
penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
● merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-
anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan
cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

2. Epoigrafi bermaksud suatu cabang arkeologi yang berusaha meneliti benda-


benda bertulis yang berasal dari masa lampau. Dalam barisan itu, Manuskrip
merupakan sumber yang bertulis atauapun berlukis yang amat penting. dalam
Manuskrip lama mengandungi maklumat ataupun bukti yang tulen yang bersifat asli
tentang sesuatu hal-hal berkaitan dengan sesuatu peristiwa sejarah. Penggunaan
manuskrip lama dalam penyelidkan akan memastikan penggunaan fakta, data dan
statistik yang tepat dan sahih di dalam penulisan Sebagai sumber yang mentah dan
bersifat asli, fakta-fakta yang terkandung di dalamnya adalah yang paling diyakini
ketepatan dan kebenarannya. Ini kerana lazimnya dokumen tersebut ditulis pada
sesuatu zaman yang berkenaan, hasil kajian yang menyeluruh, hasil laporan saksi
mata dan berbagai situasi lain yang seumpama dengannya. Pengkaji yang
mengunakan manuskrip dalam penyelidikan untuk mencari fakta bagi menjawab
persoalan yang timbul dan masih belum dijawab lagi. Hal ini akan membantu
pengkaji untuk menghasilkan penulisan yang sahih dan boleh mendapat kepercaaan
dalam kalangan pembaca.

Anda mungkin juga menyukai